Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Airin, ada benda aku nak tanya pada kau sebenarnya."luahku.

Airin yang ketika itu sedang membelek telefonnya terus memandang ke arahku dengan pandangan ingin tahu. Air coke yang dibelinya disedut perlahan.

"Apa dia?"

"Kalau ada apa-apa terjadi pada aku dan.. aku tiada, harta tu akan berpindah milik pada siapa pula seterusnya?"soalku.

Tercengang Airin mendengarkan soalanku. Tak semena-mena dia menampar lenganku. Aku mengaduh sakit. Isy, tanya pun tak boleh! Terus aku urut lenganku yang sakit.

Hari ini tiba-tiba sahaja Airin ajak aku keluar. Dia kata dia cuti jadi daripada dia bosan duduk rumah maka lebih baik dia keluar dengan aku. Jadi, aku pun pakatlah dengan dia jalan-jalan di sekitar taman sahaja. Malas nak berjalan jauh sebenarnya.

Ingat tadi nak berjogging tapi baru dua kali pusing, aku sudah kepenatan. Aku ni memang lemah sikit bersukan. Tak Suka Bersukan! Jadi, kami melepak sekejap di pondok berdekatan tasik untuk berehat.

"Kenapa kau tanya macam itu, tak baik tau!" pangkas Airin dengan wajah cemberut.

"Aku tanya je. Cuma nak tahu." balasku spontan.

Airin memainkan memek muka menyampah. "Kalau macam itu, harta kau akan diwariskan pada Tan Sri Afran. Harta Tan Sri Mukim memang diwariskan untuk ahli keluarga sahaja. Jika salah satu ahli keluarga tiada, yang lain akan ambil tempat."ujar Airin dengan jelas.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Selepas itu, aku menikmati keropok super ring ku semula. Tanpa aku perasan, Airin sudah membelek hairan melihatku.

"Kenapa kau tanya soalan itu? Kau dah nak mati ke?"uih, minah ni! Mulut main lepas saja bila bercakap!

Terus aku menampar lengannya. Tadi tampar aku kan, sekarang giliran aku pula. Airin terus mengomel sakit sambil mengurut lengannya yang terasa sakit.

"Mulut tu.. insurans sikit eyh. Aku cuma tanya je. Tak de benda pun yang berlaku."balasku.

Airin sekadar anggukkan kepala. Dia terus membelek telefonnya semula. Suasana sepi antara aku dan Airin. Entah kenapa, kepalaku ligat memikirkan sesuatu. Sekali lagi, aku seru nama Airin. Airin pandang aku semula.

"Aku rasa aku nak guna harta itu untuk menambah baikkan hidup orang kampung kat tempat aku dulu. Boleh kan aku keluarkan untuk tu?"soalku memandang Airin.

Airin mengetap bibir. Kali ini wajahnya berubah serius. "Kau nak tolong orang kampung kau?"

Aku anggukkan kepala. "Aku pernah dengar imam kata tempat mengaji budak-budak pun tak ada. Jadi, aku rasa aku nak bangunkan rumah aku jadi sekolah budak-budak kampung mengaji."jelasku seperti keputusan ku kali ini sudah bulat.

Bibir Airin menguntum senyum. Tak semena-mena dia menggosok-gosok bahuku. Aku pandang hairan padanya.

"Kenapa, Airin?"
"Aku bangga dengan kau."
"Untuk apa?"

"Kau sanggup berkorban demi orang lain. Aku respect dengan kau. Sedangkan dulu, ramai yang pandang hina pada keluarga kau tapi kau still sabar dan nak tolong diorang. Hmmm... memang patut rezeki ni jatuh pada tangan kau."puji Airin masih tak lekang senyumannya di bibir.

"Tak ada apa pun sebenarnya. Hmm.. so, macam mana?"

"Dalam tempoh terdekat ini aku akan uruskan pengeluaran wang itu. Kau boleh siapkan surat semua dan beri pada aku. Cepat siap, cepat sedikit budak-budak itu merasa mengaji kat tempat baru kan?"ujar Airin diselangi tawa mengusiknya.

Aku sekadar tersenyum. Tak sangka aku boleh bekerjasama dengan kawan baikku sejak tingkatan 1 itu. Hanya Airin sajalah kawan yang aku ada kerana teman-teman yang lain tak mahu dekat dengan aku. Siapalah aku ini? Aku hidup susah dahulu, makan pun ada masa dan hadnya dan duit belanja pun kadang tiada. Banyak juga yang membuli ku namun aku kuatkan juga hati.

Budak-budak tajaan biasiswa yang lain pun begitu juga. Hinaan dan ejekan memang makanan kami bila di sekolah. Ada yang sampai nak berhenti sekolah kerana tak tahan bersekolah di sekolah orang kaya itu. Ada juga yang gila kerana tekanan emosi akibat selalu diejek dan dibuli. Kasihan..

Airin tak pandang level. Miskin dan kaya sama saja. Tiada beza di matanya. Kerana itu, Airin boleh rapat denganku. Sikapnya juga boleh tahan gila-gila jadi aku terikut sekali. Namun masuk sahaja, form 3 Airin dipindahkan ke sekolah luar negara. Dan, aku sendirian tanpa teman selepas itu.

Perutku tak semena-mena berkompang. Kuat bunyinya. Airin terus gelakkan aku. Pipiku merona merah bila diketawakan. Ini member... haktuih!

"Jom kita makan!"ajakku.

Belum sempat Airin bagi jawapan, tangannya sudah ku tarik ke restoran berdekatan. Ada satu restoran makanan segera aku lihat sebelum datang ke taman tadi. Lokasinya juga tidak jauh.

Setelah sampai di restoran Texas Chicken, aku menarik Airin masuk ke dalam. Airin sudah mencebik lalu berpeluk tubuh. Dia geramlah tu. Airin ini pun jenis jaga badan. Dia tak layan sangat makanan segera ni. Kalau boleh dielakkan.

"Kau ni cuba-cubalah langgar diet kau tu. Just one day for me, please.."rayuku sambil buat muka seposen.

Airin menjelingku. Dia berpura-pura marah. "Kau ajelah makan. Aku just teman."

"Serious taknak makan ni?"
"Yup!"nampaknya Airin bertekad.

Aku pun malas nak paksa orang. Jaga tepi kain sendiri-sendiri sudah. Ketika aku mahu pergi ke arah kaunter, mataku terpandangkan pasangan yang duduk berdua di tepi tingkap. Mereka kelihatan amat mesra sekali. Adegan berpegang tangan buatkan aku terpaku di situ. Apakah?!

"Aira, kau jadi tak nak beli ni?" soal Airin apabila melihat aku masih tercegat di hadapannya.

Tak semena-mena aku larikan mataku pada Airin. Mataku redup sahaja. Ada sinar kesedihan tergambar dalam mataku.

"Tak jadilah.. Aku dah kenyang." jawabku lalu melangkah keluar semula dari restoran.

Airin sudah buat muka hairan. Dia turut sama menuruti langkah ku keluar dari restoran. Tak semena-mena dia menahan aku.

"Kenapa kau ni, Aira? Tiba-tiba aje?"

Aku terus menepis pegangan tangan Airin pada lenganku. Dengan berat hatinya, aku berlalu dari situ.

Kemesraan abang Fakhrul dengan Dayana berulang kali bertayang dalam kepalaku. Kenapa? Kenapa aku perlu disakitkan sampai macam ini sekali?
...
"Bila kamu nak kahwin dengan Aira?"soal Tan Sri Imran sambil memaling ke arah beranda. Dia menikmati suasana malam yang sedikit hening. Sunyi dan sepi.

Karl yang duduk di sofa melipat kaki. Dia mengusik majalah yang tersusun di meja kopi papanya. Business, law, business, law.. phuhh.. bosan. Karl membuat muka jengkel.

"Dalam masa terdekat ini."ujar Karl lalu bangun menghampiri papanya di beranda. Dia berdiri di sebelah Tan Sri Imran lalu sama-sama menikmati suasana malam itu. Indah.

Tan Sri Imran tersenyum bangga lalu dia memandang wajah Karl . Dia tak semena-mena menepuk belakang Karl beberapa kali. Karl terus menoleh ke arahnya. Hati Karl jadi senang. Akhirnya, papa boleh tersenyum bangga dengannya.

"Papa tak sangka anak papa berani ambil keputusan ini. Papa bangga dapat anak macam kamu, Karl."luahnya dengan nada terharu. Sebak di dada susah rasanya mahu digambarkan dengan kata-kata.

Karl melirik senyum. "Karl lakukan semua ini demi papa, demi keluarga kita."

"Sebab itu papa terharu dengan apa yang kamu buat, Karl. Kamu memang anak yang taat dan patuh. Terbuktilah siapa kamu di mata kami, Karl."luah Tan Sri Imran masih tak lekang dengan senyuman bangganya itu.

Karl menganggukkan kepala. Tak lama kemudian dia mengeluh perlahan. Dia merenung jauh ke luar. Nampaknya, ada perkara yang mengusik benak fikirannya.

"Cuma.."
"cuma apa?"soal Tan Sri Imran bungkam.

"Cuma jawapan Aira saja sekarang. Dia masih tak bagi jawapan sama ada dia mahu kahwin dengan Karl atau tak. Kalau dia tak nak, macam mana?" soal Karl sedikit risau.

Sudah berpuluh perempuan dia jatuhkan. Hampir kesemuanya serahkan diri gara-gara mahu bersamanya. Namun,spesies Aira sangat jarang dia jumpa. Gadis itu lah perempuan pertama yang menolaknya mentah-mentah. Pfft.. gadis kampung! Ayam kampung memamg susah sikit nak masuk perangkapnya. Tapi, ini Karl lah..!! Pejam celik, Aira itu sudah jatuh dalam tangannya. Tunggulah dalam masa terdekat, Aira akan melutut padanya.

Tan Sri Imran tak semena-mena tertawa kecil. Karl meleret senyum mendengar tawa ayahnya.

"Papa ingatkan apa tadi. Ini kan anak papa. Karl, bagi papa ini bukannya sesuatu yang susah untuk kamu buat kan?"soal Tan Sri Imran.

"Yes, pa. Its just a small matter."

"You are my man, son."jawab Tan Sri Imran lalu memeluk bahu Karl. Karl tersenyum bangga.

Jarang sekali dia mendapat pujian daripada Tan Sri Imran. Beberapa kali saja dia mendengar papanya memuji dirinya ini. Boleh dikira oleh jari saja. Dia bukannya kebanggaan. Fakhrul adalah kebanggaan.

Namun, hari ini dia buktikan dia boleh seranding Fakhrul. Mungkin lebih baik lagi. Fakhrul menarik sengih.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro