Bab 21

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mama, Aira dah jemput semua rakan Aira datang sekali."ujarku mendekati Puan Sri Tania yang sedang bertungkus lumus menyiapkan majlis resepsi pernikahan aku dan Karl.

Hanya tinggal seminggu sahaja lagi, aku dan Karl bakal dinikahkan. Semuanya, Puan Sri Tania yang selesaikan. Mulai dari pakaian pengantin sehinggalah ke majlis persandingan, dia sediakan sendiri. Puan Sri Tania nampaknya benar-benar gembira menyambut hari pernikahan ini. Dia sahaja yang teruja. Kadang, Tan Sri Imran pun bagi idea sekali. Aku ikutkan saja apa mereka mahukan.

Beberapa kali saja aku keluar dengan Karl untuk membeli cincin pernikahan dan pakaian pengantin. Tema perkahwinan kami sangat indah. Bertemakan fantasy jadi gaun pengantinku di majlis persandingan nanti kembang sana sini dan berwarna merah jambu. Itu semua pilihan Puan Sri Tania.

Dahulu, wanita itu memang berkelulusan dalam rekaan fesyen dan pernah sentuh sikit fasal interior decoration. Jadi, apa yang dia belajar.. dia praktikkan dalam majlis persandingan kami nanti. Aku tak sabar juga melihat hasilnya nanti.

Aku? Hmm.. aku cuba hiburkan hatiku sendiri. Aku terpaksa berpura-pura teruja menyambut hari gembiraku ini. Karl layan aku baik sekali. Dia layan aku seperti seorang kekasih. Jadi, aku percaya memang hatinya padaku. Sekali-sekala dia panggil aku sayang. Walaupun kekok juga kadang tapi aku tadah juga telinga dengarkan apa yang dipanggilnya kepadaku.

Biy, honey, darling, my wifey, sayang, manja.. semuanya dia panggil. Terkadang, bila fikirkan semula. Memang kelakar Karl ini rupanya. Pernah sekali itu, dia siap hadiahkan aku bunga dan coklat sempena satu minggu perkenalan kami. Aku ambil juga hadiah itu. Coklat kot... siapa yang tak nak.

"Baguslah macam itu. Lagi ramai yang datang, lagi meriah majlis itu nanti."ujar Puan Sri Tania melangkah ke tempat bersanding kami.

Hotel Hitler ditempah khas oleh Puan Sri Tania untuk majlis kami nanti. Majlis pernikahan di buat pagi dan majlis persandingan pula di buat pada waktu malam. Senang. Itupun aku setuju. Sebab, malas nak buat banyak benda nanti. Sekali jalan pun boleh.

Setibanya di tempat persandingan, hampir tercengang aku dibuatnya. Persandingannya sangat menawan. Memang nampak temanya di situ. Warna pink dan ungu saling membaluti tempat persandingan yang terpamer.

"Ma, cantiknya...."luahku masih tak percaya.

Puan Sri Tania yang ketika itu sedang berbual dengan para krew terus menoleh ke arahku. Bibirnya menguntum senyum. Seusai dia siap berbual, dia mendekatiku. Dia turut sama memerhati singgahsana ku nanti yang hampir separuh siap.

"Mama ingat nak buat kejutan pada kamu dan Karl nanti tapi nampaknya kejutan dah pecah tembelang."tutur mama dengan tawa kecilnya.

Aku tak semena-mena memeluk pinggang Puan Sri Tania. Kepalaku menyandar pada bahu wanita itu. Automatik, Puan Sri Tania membelai ubun rambutku.

"Cantik, ma. Kalau dah siap nanti, mesti lagi cantik. Terima kasih, mama."ucapku terharu.

"Ini semua mama buat demi kamu dan Karl. Tak sangka akhirnya anak mama itu kahwin dengan gadis pilihan mama sendiri."ujar Puan Sri Tania.

Aku mengukir senyum nipis. Aku melepaskan pelukanku pada pinggang Puan Sri Tania. Aku menghampiri meja resepsi yang disediakan tidak jauh di hadapan singgahsana aku nanti. Puan Sri Tania menuruti ku dari belakang.

"Tempat makan pengantin pun cantik."pujiku teruja.

"Kenalah cantik seperti pengantin perempuannya juga." balas Puan Sri Tania memandangku.

"Mama ni hebatlah. Bukan calang-calang rupanya bakal ibu mertua saya ni." sendaku.

Puan Sri Tania menyengih bila mendengar pujianku. Nampaknya dia gembira mendengar pujianku yang tak seberapa ini.

"Erm, bercakap fasal Karl.. mana dia? Bukan tadi, dia kata dia nak keluar dengan Aira ke?"soal Puan Sri Tania. Matanya melilau memandang ke sekelilingku namun kelibat anak terunanya itu masih belum kelihatan.

Aku menggelengkan kepala. "Memang tadi abang Karl kata dia nak bawa Aira keluar tapi.. dia dapat panggilan penting. Itu yang dia hantar Aira jumpa mama." luahku.

"Pergi mana? Aira ada tanya tak?"soal Puan Sri Tania memandangku. Dia sudah mengerut hairan.

Aku angkat bahu. "Dia tak cakap pula."balasku.

Puan Sri Tania sudah menggumam sendiri. Bibirnya digigit. Perasaannya rasa tak sedap pula. Takut-takut Karl ulang perangai lamanya. Walaupun sekarang dia jarang melihat Karl keluar malam, hatinya masih tak yakin.

Tak semena-mena aku memegang bahu Puan Sri Tania apabila melihat dia berdiam sedari tadi. Puan Sri Tania terkejut lalu menoleh ke arahku.

"Kenapa, ma?"soalku hairan.

"Tak ada apa-apa, sayang."ucapnya cuba mengurangkan kegusaran di hatinya. Pipiku dibelainya lembut. Penuh rasa kasih sayang. Aku membiarkannya.

"Terima kasih Aira sebab sudi terima Karl itu sebagai suami. Walaupun Karl itu tak sempurna, terima dia seadanya, ya Aira."ujar Puan Sri Tania berharap.

Aku anggukkan kepala. "Arwah ibu Aira pernah pesan. Jika nanti Aira dah ada suami, layan dia dengan baik. InsyaAllah Aira akan cuba bahagiakan Karl." tegasku. Aku separa yakin sebenarnya. Benarkah aku boleh bahagia bersama Karl? Itu persoalan yang sedari merobek keyakinan ku pada pernikahan ini.

"Betullah apa yang ibu kamu katakan, syurga isteri di bawah kaki suaminya."tambah Puan Sri Tania menyapu bahuku lembut.

Aku ukir senyum nipis. Tak semena-mena tangan Puan Sri Tania yang menyentuh bahuku aku pegang. 

"Terima kasih, ma."
...
Lagu rancak membingit di setiap pelosok ruang. Malam ini malam mereka. Ramai dijemput hadir ke parti tak terkecuali juga perempuan-perempuan seksi yang menggoda nafsu. Malam itu malam khas untuk meraikan Karl yang tak lama lagi bakal berkahwin.

"Bro.."sergah Haril.

Karl yang sedang asyik menari bersama dua orang perempuan tak semena-mena menoleh ke belakang. Dia mendengus geram apabila Haril menganggu waktu gembiranya ini. Perempuan cina dan perempuan vietnam... susah nak dapat sekarang yang dahi licin.

"Apa dia?!"jerkah Karl.

"Ada benda aku nak cakap dengan kau sikit."bisik Haril ke telinga Karl.

Terus Karl pandang wajah Haril dengan dahi berkerut. Tiba-tiba dia rasakan tangan-tangan perempuan itu memeluk pinggangnya. Terus Karl tepis lembut.

"Sorry darling, I got to go. My friend call.."pinta Karl lalu meninggalkan gadis-gadis itu di belakang.

Dia menuruti langkah Haril tiba di sofa. Mereka duduk bersebelah.

"Apa benda yang kau nak cakapkan bro?"soal Karl lalu meneguk air coke yang tinggal separuh.

Air setan yang dihidang di depan mata langsung dia tak pandang. Bukan taste nya minum semua itu. Bukan sebab haram tapi sebab nak jaga badan. Alkohol tak baik untuk badan sasanya itu. Kalau tak fikirkan diet, mungkin sudah lama diteguknya.

"Mana bakal wife kau? Aku buat parti ini untuk raikan kau dengan dia.."ujar Haril sedikit sebal.

Yalah, dia mahu sambut ini khas untuk perkahwinan. Tapi, Karl pula datang sorang. Dia pun belum kenal lagi bakal isteri Karl itu. Mukanya bagaimana, bentuk badannya bagaimana.. yang penting tahap menggodanya itu macam mana..

Tak semena-mena Karl ketawa berdekah. Lawak bodoh apalah yang cuba dibuat Haril ketika ini? Nak bawa budak kampung masuk parti? Bak membawa kambing masuk bandar saja rasanya. Karl tak berhenti ketawa.

"Kau serius nak aku ajak dia masuk sini? Dia budak kampunglah, bro. Dia mana reti menari minum bagai ni."perli Karl menghabiskan sisa baki tawanya.

"Bro, orang kata budak kampung ni 'mahal' tau.  Kau jangan perlekehkan diorang."tutur Haril sambil menghirup 7up nya. Malam ini, dia tak ada mood nak layan air setan itu. Beli saja, minum tak.

Makin galak Karl ketawa. "Mahal mananya bro? Maksud kau, keseksiannya itu ke?"soal Karl meleret sengih.

Haril mengeluh perlahan. Pelipis matanya diurut perlahan. Hari ini, dia memang teruja untuk berjumpa Aira. Bagaimana rupanya.. Sebab itulah, Haril buat parti ini. Parti menyambut Aira sebenarnya. Namun, hampeh! Karl datang sorang saja rupanya.

"Aku tak fahamlah dengan kau, Karl. Kalau kau tak suka dia, kenapa kau nak kahwin dengan dia?"gerutu Haril.

"Bro, aku dah cakapkan. It's all about business."

"Habis, lepas kau dah gunakan dia.. kau buat apa?"soal Haril ingin tahu.

Karl mengukir senyum sinis. "Aku buang dia."

"Bro?!"

Karl tertawa. Dia jeling ke arah Haril. Serius semacam Haril hari ini. Tak ikut pun dia ketawa sekali. Ketawalah! Ini pencapaian paling baik yang pernah aku dapat tau. Sekarang.. aku dapat semuanya. Kebanggaan papa, kasih sayang mama dan yang paling penting kepercayaan daripada papa.. getus Karl dalam hati.

"Tak baik kau buat orang macam itu. Aku pun. Sekeji-keji aku ni, tak ada lah aku nak mainkan perempuan sampai macam itu sekali. Kau kahwin dan kau buang. Dia bukan sampah tapi dia isteri."ujar Haril dengan nada serius.

Karl menggumam. Kenapa malam ini, Haril jadi tak best? Perlu ke Haril membela nasib Aira? Dia itu bukan siapa-siapa. Dia hanya budak kampung yang menyusahkan. Kerana harta saja, dia direbuti.

"Aphal kau nak bentak aku sekarang ni?"jerkah Karl menolak bahu Haril.

Haril mendengus. Dia cuba menahan sabar. Demi persahabatan, dia mengalah. "Kau kawan aku. Apa kau buat, aku akan tegur kalau salah. Ini hal hati dan kahwin. Dua benda penting. Aku taknak kau buat pilihan yang salah." Haril cari pendekatan cara tenang.

Terus Karl bangun. Wajahnya membengis. Pantang betul dia bila silapnya ditegur. Kini, semua mata beralih ke arah mereka berdua.

"Kau tak perlu nak tegur aku. Kau pun 2x5 saja dengan aku. Kalau kau tak tahu apa-apa, kau boleh jaga kain kau sendiri. Aku tak perlukan kaulah, bro. Setel hal masing-masinglah!"bentak Karl dan terus berlalu meninggalkan Haril sendirian.

Karl berlalu keluar dengan hati bengkak. Segala teguran daripada Haril dia rasakab seperti suatu hinaan. Kenapa semua orang nak kena bela Aira? Kenapa? Apa specialnya perempuan itu sampai dibela sebegitu sekali!
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro