Bab 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aku terima nikahnya, Aira Firzan binti Tan Sri Ridhwan Amar dengan mas kahwin senilai RM5400 dan seperangkat alat solat dibayar tunai."jelas dan lancar Karl menjawab akad.

Setelah semua saksi menjawab sah maka terishtiharlah kami sebagai pasangan suami isteri. Karl menghampiriku lalu menyarungkan cincin pernikahan ke jari manisku. Seraya itu, dahiku dikucupnya lembut. Mata aku dan Karl saling bertentangan. Aku menghulur senyum nipis kepadanya.

"I love you, sayang.."bisiknya perlahan lalu kenyitkan mata kepadaku.

Aku sekadar tersengih. Boleh tahan nakal juga si Karl ini. Setiap hari, aku selalu disakatnya itu dan ini. Karl hari ini memang terserlah kekacakannya. Dengan baju melayu putih yang tersarung pada tubuhnya berserta songkok hitam, aku puji dalam hati.

Malamnya, majlis persandingan berlangsung. Aku dan Karl jalan bergandingan menuju ke singgahsana kami. Aku teruja. Sempat aku jeling ke arah Puan Sri Tania yang ketika itu bertepuk tangan menyambut kehadiran kami si raja sehari. Aku gembira apabila melihat wajah yang lain tersenyum.

Namun pandanganku mati tatkala melihat abang Fakhrul. Dia datang bersama Dayana. Ketika itu juga dia memandang ke arahku. Jadi, mata kami bertembung. Tanpa aku sedar, aku peluk erat lengan Karl. Menyedari itu, tak semena-mena Karl memegang tanganku. Aku terus mengalihkan pandanganku pada Karl. Bibirnya menguntum senyum.

"Jangan takut. Abang ada kat sini."bisiknya perlahan namun aku dapat dengarinya.

Kata-kata Karl sedikit sebanyak melegakan hatiku. Aku terus melangkah tanpa menoleh ke arah Fakhrul. Lengan Karl aku peluk erat.

Orang ramai bertepuk tangan. Kami sampai di singgahsana kami pada malam itu. Pelbagai persembahan diadakan. Ada satu part itu, Karl menyanyikan lagu cintanya untukku. Aku tersentuh hati. Boleh tahan jugalah suara Karl ini.

Pernah juga sekali aku mendengar Karl menyanyi sambil memetik gitar. Jujur aku katakan, aku nikmati lagunya ketika itu. Suaranya merdu dan sedap. Aku suka dengarkan. Kalau Karl mengaji, pasti merdu bunyinya. Tebakku sendiri.

"Tahniah, bro."ucap kawan-kawan Karl.

Aku berikan tundukan kecil. Aku tak banyak bersuara apabila bersama-sama rakan Karl. Beri peluang pada mereka bersemuka dan bercerita. Kalau aku sampuk sekali,mungkin ada yang mengata dalam hati nanti.

"Abang.. saya nak pergi sana sekejap."pintaku.

Karl yang ketika itu sedang sibuk bersembang terus menoleh ke arahku. Dia menganggukkan kepala dengan sebingkis senyuman di bibir.

"Sayang pergilah dulu, nanti abang pergi pada sayang.."ujar Karl.

Dahiku dikucupnya di hadapan temannya. Aku tergamam. Pipiku sudah merona merah. isy, Karl ini! Kalau nak bersweet-sweet pun belakanglah. Aduh!! Cepat-cepat aku peegi tinggalkannya. Malunya dapat suami Mr. Sweet ni!

"Aira!!!"sorak seseoeang dari jauh.

Aku terus menoleh ke arah punca suara itu. Terlihat Linda dan Danny berlari-lari anak mendapatkan aku. Segera, aku berlari menuju ke arah mereka lalu aku berpelukan lama dengan Linda. Ermm... rindunya dengan Linda!

"Weiyh, aku ingat kau takkan datang. Rupanya, hmm.. seronoknya aku!" terujaku sambil terlompat-lompat girang.

"Gila tak datang. Kawan nak kahwin dowh. Aku pun rindu kau weiyh. Lama aku tunggu kau datang melawat restoran Encik Khalid tapi batang hidung pun tak nampak." keluh Linda dengan nada sebak.

"Entah.. kesian Linda dengan aku. Tiap hari tengok pintu menanti kau datang."celah Danny yang sedari tadi mendiamkan diri.

Aku tersengih sumbing. "Sekurang-kurangnya kalau tak ada aku, korang ada untuk tengok satu sama lain kan?"sakatku menyeka air mata yang bertakung di tubir mata.

Tak semena-mena Linda menyiku perutku. Terus aku mengaduh sakit. Isy, Linda ni. Benda betul kan? Buat apa nak selindung.

"Haih, melepaslah aku. Baru nak try kau.. tapi, dah kahwin pula. Lepas ni, nak try Linda pula lah."spontan Danny mengusik Linda. Aku tertawa mendengarnya.

Nampaknya, Danny bagi green light pada Linda. Aku lihat wajah Linda sudah memerah. Tak semena-mena lengan Danny ditampar Linda. Seganlah itu disakat crush sendiri. Danny sudah mengaduh sakit. Aku gelakkan mereka berdua. Tak sabar rasanya mahu melihat mereka berdua naik pelamin di kemudian hari.

"Mana suami kau,Aira?"soal Linda memanjangkan leher mencari kelibat Karl yang sedari tadi tak kelihatan.

Aku menjuihkan bibirku ke arah kerumunan lelaki yang asyik bergurau senda. Linda dan Danny anggukkan kepala.

"Tak sangka encik Karl boleh jadi suami kau kan? Orang yang buat kau dipecat jadi orang yang mengambil kau sebagai isteri."ujar Linda masih tak lepas memandang Karl yang sedang ketawa bersama rakan-rakannya.

Aku sekadar tarik senyum nipis. Sempat aku jeling ke arah Karl. Ketika itu, Karl juga turut memandang ke arahku. Tak semena-mena, dia mengenyitkan mata. Aku tertawa kecil. Boleh tahan nakal juga si Karl ini rupanya.

"Kalau dah jodoh, dipisahkan benci pun akan berputik cinta."ujarku memandang Linda. Dannya anggukkan kepala perlahan.

"Jadi, kau cintakan encik Karl?"soal Danny memandangku.

Aku tidak mengangguk tidak menggeleng. Tak berani untuk bagi jawapan muktamad buat masa sekarang ini.

"Aku akan cuba cintakan dia."balasku dengan nada perlahan. Takut-takut ada pula yang mendengar.

"Kau tak rasa ke encik Karl ada niat lain? Takkan semudah itu, dia ambil kau sebagai isteri kan?"celah Linda sambil menjeling-jeling ke arah Karl.

Aku tarik senyum. "Aku percayakan dia. Sekarang, dia adalah suami aku."balasku.

"Sayang.."seru Karl dari belakang.

Kami bertiga menoleh ke arah Karl. aku rasakan tangan Karl merangkul pinggangku lalu dia menarikku dekat dengan tubuhnya. Walaupun janggal, aku biarkan saja.

"Siapa mereka ni, sayang?"soal Karl memandang Danny dan Linda silih berganti.

"Mereka ni kawan saya, abang. Ini Danny dan ini Linda. Diorang lah kawan saya sewaktu saya bekerja di restoran Encik Khalid. Abang ingat kan?"soalku. Aku perkenalkan Linda dan Danny kepada Karl.

Ketika Danny mahu bersalaman dengan Karl, Karl tidak menyambut. Salaman Danny dibalas dengan pandangan semacam. Terus Danny tarik tangannya semula.

"Korang.. dah makan ke?"soal Karl dengan senyuman manis di bibir. Dia cuba berlagak ramah walaupun dalam hati, dia meluat melihat wajah orang bawahan di majlis ini. Tak selevel.

"Kitorang dah makan banyak tadi. Sedap semuanya. Pandai, encik Karl buat pilihan."puji Linda dengan nada ikhlas.

Karl sekadar menarik sengih. Korang tak pernah makan benda mahal macam itu, memanglah korang puji sedap. Aku tiap-tiap hari makan benda itu dah rasa bosan makan benda sama, perlinya dalam hati.

"Erm, saya nak bawa Aira sekejap ye. Nanti kita berborak semula."pinta Karl lalu menarikku menurutinya.

Setelah menjauhi Danny dan Linda, Karl memandangku cemberut. Aku dengar keluhan meniti di bibirnya.

"Siapa yang jemput mereka datang sini?"soal Karl memandang ke arahku.

Aku mengerut kan dahi. "Siapa? Awak maksudkan Linda dengan Karl ke?"soalku meminta kepastian.

"Yup. Siapa yang jemput diorang datang sini?"Karl ulang semula soalannya. Wajahnya seperti tak suka saja.

Aku tergamam. Aik? Salah ke kalah aku jemput kawan aku datang sini?

"Saya yang jemput diorang datang sini sebab diorang kawan saya. Kenapa, bang?"soalku lagi. Tak puas hati pula tiba-tiba ada yang mempersoalkan kehadiran kawankh di majlis pentingku ini. Aku pun berhak jemput kawan-kawanku juga. Bukan Karl seorang saja yang ada kawan, aku pun ada.

"Hmm.. tak ada apa-apalah." keluh Karl menarikku ke tempat lain.

"Karl!"seru seseorang dari arah belakang. Suaranya kedengaran seperti seorang perempuan.

Aku dan Karl sama-sama menoleh ke belakang. Aku tergamam tatkala melihat Fakhrul dan Dayana menghampiri kami berdua. Pelukan Fakhrul ke pinggangku jadi erat. Aku memandang Karl sejenak. Dia bagi isyarat mata kepadaku supaya aku bertenang. Aku patuh isyaratnya.

"Tahniah for your ceremony. Aku ucapkan tahniah lagi-lagi pada kau, Karl!" ucap Dayana gembira. Tangannya erat memeluk lengan sasa Fakhrul. Sempat aku jeling Fakhrul. Dia sedari tadi seperti melarikan pandangannya daripada memandangku.

"Kenapa? Kau fikir aku takkan kahwin ke?"tebak Karl.

"Kau kan perangai teruk sikit. Sikit ajelah tapi tak sangka ada juga perempuan yang melekat kat hati kau."balas Dayana spontan.

Gadis itu tak semena-mena memandang ke arahku. Tangannya dihulurkan kepadaku. Aku pandang huluran itu lalu aku sambut. Kekok sedikit suasana ketika ini.

"Aira.. you kenal I tak?"soal Dayana tersenyum memandang ke arahku.

Gila tak kenal? Kaulah perempuan yang paling gedik yang pernah aku kenal semasa zaman sekolah dulu. Sampai sekarang, aku takkan pernah lupakan kau. Perempuan yang dah buat aku hancur kepercayaan pada Fakhrul.

"Kenal. Awak Dayana kan?" jawabku menghulur senyum hambar.

Dayana membalas senyumanku. Dia mengalihkan matanya memandang ke arah Fakhrul yang swdari tadi berdiam diri. Aku turut sama memandang Fakhrul. Hmm.. aku.. ergh! Aku benci kau, abang Fakhrul!

"You kenapa diam? Tak nak ucap tahniah pada diorang ke?"soal Dayana mencuit lengan sasa Fakhrul.

Terdengar keluhan kecil Fakhrul. Tak semena-mena wajah Karl dan aku saling dipandangnya. Sebuah huluran diberikannya pada Karl. Karl menyambut salamnya itu. "Tahniah."ucapnya sepatah dengan senyuman hambar.

"Macam tak gembira aje bunyi." sampuk Karl cuba menghangatkan suasana.

Kami tak semena-mena dengar Fakhrul ketawa. Terpaksa sahaja bunyinya. Dia menampar lengan Karl. " Apa kau merepek ini? Aku gembiralah. Kedua-dua sepupu aku dah kahwin. Tak sangka."ujarnya masih tak lekang dengan tawa dibuat-buat.

Aku sekadar menyungging sengih. Inilah apa orang katakan satu riwayat. Aku bersama Karl dan Fakhrul bersama Dayana. Aku dan Fakhrul memang ditakdirkan takkan bersama. Jadi, lebih baik aku redha. Mungkin, sudah tercatat jodoh aku bersama Karl.

"I hope pernikahan kami pun akan seindah dan semeriah majlis korang berdua ni.  Kan, Fakhrul?" ujar Dayana memandang Fakhrul.

Fakhrul anggukkan kepala. Matanya semlat menjeling ke arahku setelah itu dia larikan pandangannya ke tempat lain.
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro