Bab 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Karl duduk menghadap Tan Sri Imran yang sudah tersenyum girang. Berbeza pula dengan Karl, wajahnya kusam mencuka. Perasaan serba salahnya mulai memuncak. Entah kenapa, kegembiraan yang dirasakan papanya ketika ini amat menyakitkan hatinya.

"Inilah berita yang papa nanti-nantikan selama ni. Hutang semua lesap dan syarikat kita tak muflis."ujar Tan Sri Imran masih dengan sengih gembiranya.

Karl sekadar tersengih paksa. Walaupun kini mereka berada di dalam restoran kegemarannya, Karl langsung rasa tak gembira. Entah kenapa, dia rasakan semuanya dosa semata. Entah layak atau tidak dia menikmati semua ini.

"Sekarang ni, Karl order aje apa yang Karl nak. Papa belanja. Erm, lagi satu.. semua kad kredit Karl papa dah recharge semula so gunalah sebanyak mana Karl nak. Papa bagi."ujar Tan Sri Imran dengan nada senang hati.

"Papa simpanlah semua itu. Karl taknak."keluh Karl dengan muka yang tidak memainkan apa-apa reaksi.

Kening Tan Sri Imran terangkat. Hairan melihat muka Karl yang lemah mengalahkan perempuan lepas bersalin. Lesu semacam. Gembiralah! Raikan kegembiraan ini, Karl!

"Kenapa dengan kamu ni? Tak bangga dengan hasil kerja kamu sendiri?"soal Tan Sri Imran.

Karl mengeluh perlahan. Matanya akhirnya memandang Tan Sri Imran yang sedang menanti jawapannya. "Karl rasa bersalah pada Aira. Dia tak sepatutnya diperlakukan macam ni. Dia isteri Karl."keluh Karl dengan nada kesal.

"Kenapa pula kamu cakap macam tu? Papa tak ada pula lukakan dia ke, seksa dia ke.. kenapa cara kamu bercakap tu macam papa ni kejam sangat pada Aira?"soal Tan Sri Imran dengan nada sedikit marah. Mana taknya, cara Karl itu seperti menyalahkannya saja.

Karl mengetap bibirnya. "Aira itu sepatutnya simpan harta dia bukan belanjakannya pada kita. Papa tak rasa bersalah ke guna harta anak yatim piatu macam Aira tu? Dia mangsa, pa!"lantang Karl membalas.

"Kamu tanya papa? Cuba kamu tanya pada diri kamu pula? Siapa yang mula libatkan Aira dalam hal ni? Siapa yang mainkan perasaan dia sekarang ni? Siapa yang menipu dia sekarang ni?" bertubi-tubi soalan dipaculkan Tan Sri Imran kepada Karl.

Tak semena-mena Karl diam. Apa yang dikatakan Tan Sri Imran ada benarnya juga. Kalau dia sendiri yang tak pasang perangkap, mungkin Aira langsung takkan terlibat dalam perkara ni. Namun, bukan semua salah itu hanya dituding pada dirinya saja kan? Tan Sri Imran lah dalang semua ni berlaku.

"Karl buat semua ni sebab papa."bidas Karl dengan nada menggertak.

Tan Sri Imran sekadar tersenyum sinis. Wajahnya seakan-akan mengejek Karl di hadapannya. Wajah yang langsung tak memainkan rasa bersalah langsung.

"Kamu suka salahkan papa atas kesalahan kamu sendiri. Sekarang, kamu nak tuduh papa dalang semua ni?"duga Tab Sri Imran.

"Papa tak pernah nak bangga pada Karl. Apa yang papa nampak pada diri Karl cuma kesalahan. Pernah papa puji Karl? Puji hasil kerja Karl? Pernah ke pa?! Bila Karl jadi pak sanggup untuk semua ni, sekarang papa nak salahkan Karl pulak? Huh, susah betul nak senangkan hati papa kan."luah Karl dengan nada bercampur baur. Kalau diikutkan hati, mahu saja air mata jantannya jatuh membasahi tubir matanya. Namun dia masih jantan. Malu kalau menangis pada perkara remeh seperti ini.

Tan Sri Imran tergamam bila mendengar kata-kata Karl. Wajah Karl yang sudah merah menahan perasaan ditatapnya dengan wajah penuh bersalah. Namun egonya buatkan dia masih berkeras pada pendiriannya.

"Papa.."

"Karl ni anak papa. Sepatutnya papa layan Karl macam anak papa bukannya pekerja suruhan papa. Selama ni Karl sabar tapi bila papa libatkan orang yang Karl cinta, Karl takkan berdiam. Tolong jangan jadi selfish, pa. Arwah Tan Sri Ridhwan itu abang papa, papa boleh fikir sendiri layak ke papa buat anak abang papa sampai macam itu sekali?"tambah Karl. Dia tak semena-mena berdiri lalu meninggalkan Tan Sri Imran terkial-kial di meja makan restoran.

Para pelanggan yang lalu lalang memerhati saja gelagat mereka berdua. Tan Sri Imran jadi kesal. Langsung dia tak pedulikan orang sekeliling. Kini, dia benar-benar rasa bersalah. Entah kenapa, kata-kata Karl kali ini menyedarkan dirinya.

Bapa jenis apalah dia ni sampai sanggup memperbudakkan anak sendiri.
...
"Hmmm... tak sabarnya nak suprise kan Karl esok. Mesti dia seronok sangat bila dapat tahu tak lama lagi, dia akan jadi papa."tuturku dalam nada senang hati.

Haih, disebabkan terlalu memikirkan bakal detik-detik gembira untuk esok hari.. tiga hari berturut-turut aku mimpi Karl pegang baby. Baby girl pula itu! Pada masa yang sama, aku harap dengan kehadiran anak ni.. hubungan kami sebagai suami isteri akan jadi makin erat.

Airin yang berjalan di sebelah aku sekadar menopang dagu. Dia sudah buat muka toya. Aku tak kisah dia buat muka macam itu. Sebagai kawan aku, dia kena dengar juga cerita aku ni.

"Untunglah kau, dah nak ada anak dah pun. Aku ni, hah?! Laki pun tak dak, anak pun tak dak!"gerutu Airin. Keluar terus bahasa pineng dia walaupun kenyataannya dia orang terengganu.

Aku sekadar tersengih. Jus tembikai yang aku pesan, aku hirup sedikit selepas itu aku tolak tepi.

"Kaulah. Kerja aje memanjang, manalah jodoh tu nal datang? Cuba luangkan masa sikit cari bakal suami. Haih!"balasku dengan mengeluh kecil.

Airin buat muka itik. "Bagi aku lah kan, suami ini tak payah cari pun.. dia datang sendiri. Aku malaslah nak cari bakal suami aku itu. Pandai-pandailah dia cari aku."seloroh Airin pula.

Aku sekadar menggelengkan kepala. "Kau ni.."

"Kita kan masih muda? Umur baru 20 tahun... kau rasa kahwin itu jalan yang terbaik ke dalam masa terdekat ni? Kau itu.. jodoh datang sendiri. Dalam sekelip mata aje, jodoh kau sampai.. aku ni?? Tak ada sape yang berkenan."keluh Airin dalam nada pasrah.

"Hmm.. kau tunggu ajelah. Jodoh semua itu dalam tangan Allah. Kau doa aje. Minta calon jodoh kau tu orang yang baik-baik."ujarku cuba memberi semangat kepada Airin.

Airin mencebik. Air minuman yang tinggal separuh dihirupnya habis. Malas pula mahu memperpanjangkan topik kahwin ni. Dia pun masih belum ada komitmen nak ada suami dan anak. Nanti-nantilah dia fikirkan pasal benda tu.

"Jadi, kau nak buat kejutan macam mana?"soal Airin mengalih topik.

Aku mengerut dahi berfikir. Baru sebentar tadi aq terfikirkan idea bernas tapi lupa pula.
"Aku ingat nak suprise dia time dia kerja. Aku ada baca artikel yang time suami letih lah time paling sesuai untuk buat suprise. Nanti penat dia hilang. Kan?"soalku pada Airin.

"Kau nak datang pejabat dia?"soalan berbalas soalan. Airin sudah buat muka hairan.

"Haah. Kenapa?"

"Kau tak takut ke kau akan mengganggu dia? Karl itukan jenis sibuk. Jarangkan dia ada kat rumah. Kau sendiri yang cerita kat aku."ujar Airin seperti menasihati aku.

Aku melebar senyum. "Tak sweet ke kalau aku buat suprise kat ofis? Nanti, dia mesti terharu lagi-lagi bila dapat tahu dia akan jadi papa tak lama lagi." dalih ku membayangkan ekspresi gembira Karl nanti.

Airin mengeluh perlahan. Malas nak bertikam lidah. Alih-alih Aira juga yang akan menang.

Setelah beberapa minit, aku pun bergerak keluar dari cafe. Airin pula sudah pulang ke rumah kerana ada kerja nak dibuat katanya. Ramai yang lalu lalang di bahu jalan. Banyak juga kedai-kedai kecil bersepah di setiap jalan. Sempat juga mataku membelek barang-barang yang dijual di sana. Murah dan cantik.

Sedang leka mata meliar mencari barang, tak semena-mena seluruh perhatian ku tertumpu pada sesusuk tubuh wanita yang amat aku kenali bergandingan bersama seorang lelaki asing. Mereka berjalan sambil berpelukan pinggang. Tercengang aku dibuatnya.

Gadis itu pada mulanya tidak menyedari kehadiranku turut sama terkejut bila aku dan dia saling berhadapan. Dia diam. Matanya dialihkan ke tempat lain. Pelukan kemas pada pinggang lelaki asing itu segera dilonggarkannya.

"Dayana?"soalku dengan nada terkejut.

Dayana membisu. Lelaki asing di sebelahnya seperti blur dengan situasi ketika ini. Tak semena-mena tangan Dayana digenggamnya lalu matanya beralih pada aku.

"Siapa kau?"soal lelaki itu dengan suara kasar.

"Stop Jack. Dia kawan I. Erm, you baliklah dulu. I rasa I nak balik dengan kawan I ni."balas Dayana mengalih pandangannya pada lelaki itu.

"But.."belum sempat lelaki itu menghabiskan ayat. Dayana sekadar menolak dada lelaki itu lembut minta lelaki itu mengerti.

Akhirnya lelaki itu faham dan terus berlalu pergi meninggalkan aku berdua bersama Dayana. Aku dan Dayana kini sama-sama membisu. Aku masih tak percaya pada apa yang aku nampak tadi. Kenapa?

"Aira, Dayana boleh explain. Tadi tu.."

"Kenapa Dayana buat macam ni? Dayana tahu tak Dayana tu isteri orang. Dosa besar kalau berlaku curang di belakang suami. Dayana tahu kan semua itu?"soalku dengan nada geram. Mana tak geram. Pantang betul tengok orang mainkan agama ni.

Dayana mengeluh perlahan. Dia diam sejenak sebelum akhirnya dia menyinis. "Isteri? Apa fungsi isteri itu pada suami sebenarnya? Barang mainan ke?"

"Dayana? Kenapa cakap macam itu?" tergamam aku bila Dayana katakan begitu.

Gadis itu memandang aku dengan pandangan kuyu. Sedih. "Aira tak rasa apa yang Dayana rasa. Even, Fakhrul suami Yana tapi cinta dia itu bukan sepenuhnya pada Yana. Cinta yang dia bagi sekarang ni tak sehangat dulu. Hambar. Yana sedih."luah Dayana dalam nada sebak.

Aku terdiam sejenak. Entah kenapa, aku pula yang rasa serba salah. Mungkin ke aku penyebab semua ini?

"Tapi, itu bukannya tiket untuk Dayana buat semua ni kan? Jangan jadikan yang haram tu halal bila dalam kesusahan."aku teruskan menasihati Dayana walaupun kenyataannya aku rasakan diri aku ni tak layak nak menasihati dia.

"Bila hati Fakhrul pada Aira, apa yang Yana rasa semuanya tawar. Dia suami Yana tapi cinta dia pada Aira. Jadi, buat apa Yana terus letak harapan pada lelaki yang taknakkan Yana langsung kan?"soal Dayana meluahkan perasaannya.

Aku tergamam. Lidah ku kelu untuk meneruskan nasihatku. Tak layak rasanya aku menasihati bila aku penyebab benda itu terjadi. "Maafkan Aira, Yana."ucapku dalam serba salah.

Dayana mengeluh perlahan. Dia mencapai tanganku lalu digenggamnya erat. "Bukan salah Aira pun. Ini soal hati. Aira tak pernah paksa hati Fakhrul sukakan Aira pun tapi hati Fakhrul sendiri yang buat semua ini. Yana tak salahkan sesiapa. Mungkin memang Yana memang tak ada tempat dalam hati Fakhrul."ujar Dayana dengan nada mendatar

"Yana.."seruku perlahan.

Gadis itu memandangku dengan pandangan dalam. Aku mengukir senyum. "Aira dah ada suami, Yana pun dah ada suami. Kita jaga suami kita masing-masing. Biasalah dugaan hidup berumahtangga. Ada naik ada turun. Kita tak sempurna tapi kita saling melengkapi. Yana sebagai isteri cubalah cara apa sekalipun untuk rebut hati Fakhrul semula. InsyaAllah, ada jalannya."ucapku.

Dayana tersenyum. Dia menganggukkan kepala. "Terima kasih Aira. Yana cuba."
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro