Bab 42

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Badanku yang terasa lelah aku baringkan di atas katil. Seharian berjalan di luar memang memenatkan. Lagi-lagi bila berbadan dua ni. Cepat betul mengeluh penat.

Badan saja yang penat tapi mataku masih tak mampu aku lelapkan. Beberapa kali aku cuba untuk menutup mata namun aku masih terjaga. Akhirnya, aku mengeluh perlahan. Kenapalah aku jadi macam ni? Erm.. mungkin aku teruja sangat kot menunggu hari esok. Nak buat kejutan untuk suami.

Bibirku mengukir senyum gembira tiba-tiba. Perutku yang masih kempis aku raba perlahan. Hmm.. tak sabar betul nak tunggu masuk lima bulan, mesti besar perut aku nanti. Nak rasa baby bergerak!

Telingaku tak semena-mena menangkap bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Aku tahulah kereta siapa itu. Mesti Karl sudah pulang ke rumah. Terus aku berpura-pura tidur.

Beberapa minit menunggu, aku dengar derapan tapak kaki seseorang memasuki bilik. Keluhan suara garau itu membuatkan aku rasa tebakan ku benar. Karl lah si gerangannya itu. Aku masih berpura-pura tidur. Kononnya lah.

Karl berlalu ke arah sofa lalu menghenyakkan tubuhnya yang kelelahan di atas sofa. Tali leher yang menjerut kolar bajunya dilonggarnya. Satu keluhan berat dilepaskannya. Argh!! Serabut! Kepalanya runsing. Satu persatu masalah datang.

Petang tadi, selepas selesai masalah papa tiba-tiba dia boleh terserempak dengan Fazura, gadis simpanannya. Fazura datang mengharapkan mereka boleh get back semula. Memang taklah, Karl nak setuju.

"Kenapa you boleh berubah macam ni?  I baru tinggalkan you sekejap then senang betul hati you beralih."ujar Fazura dengan nada geram.

Karl mengeluh perlahan. "I dah tinggalkan zaman gelap I tu. Now, you and I just a friend. Thats it."terang Karl masih mahu berunding.

Fazura menyinis. Dia tak semena-mena berpeluk tubuh. Ingat senang ke encik Karl oit?! Jangan harap I boleh lepaskan you senang macam itu aje.

"You ingat senang ke I nak lepaskan you?"ugut Fazura.

"I know. Thats why I akan bayar you berapa yang you nak. Then, you jangan ganggu hidup I lagi lepas ni. Now tell me how much do you want?"balas Karl sambil mengeluarkan beg dompetnya.

Fazura mengetap bibir. "Now, you layan I macam pelacur you. I tak jual cinta I Karl. Apa yang I nak cuma you. I tak kisah you dah jadi husband orang pun, I still nak you. I tak kisah kalau jadi bini nombor dua sekalipun."lantang Fazura melontarkan pendapatnya.

"Fine. Then, I akan tamatkan semuanya sampai sini."tegas Karl. Malas betul mahu berunding dengan orang keras kepala ni. Susah sangat ke nak terima duit dan berambus? Duit kan boleh beli apa saja!

Karl berura-ura mahu pergi meninggalkan Fazura. Namun belum sempat beberapa langkah dia menjerit, dia terdengar rakaman suaranya di pasang.

'She's not my taste. I akan always cintakan you. Perkahwinan ni bukannya betul pun semuanya berasaskan business. Dia senang ditipu maka dia akan jadi mangsa I. After I dah dapat lunaskan hutang syarikat, I will married you. I'm promise. Hmm.. I kesian dengan Aira. Pity girl..'

Tamat sahaja rakaman suara itu, Karl melangkah laju mahu merampas telefon pintar Fazura namun gadis itu pantas mengelak. Dia terus menyembunyikan telefon pintarnya dalam beg tangannya. Dahi Karl yang berkerut marah langsung tak memancing rasa takut dalam hatinya. Lantaklah. Kau mulakan semua ni. Kau tanggunglah akibatnya.

"I tak sangka you teruk macam ni, Faz. Bagi rakaman tu pada I!!"bentak Karl marah. Pandangan orang sekeliling langsung tak diendahkannya. Rasa marah yang memuncak membutakan rasa malu dalam dirinya.

"Then, kalau I bagi pada you, apa yang I akan dapat?"Fazura membalas dengan nada sinis.

Karl terdiam. Dia tak mampu menjanjikan apa-apa. Fazura tersengih sinis. Dia tak semena-mena berdiri lalu meninggalkan meja makan. Semasa melintasi Karl, dia sempat membisikkan sesuatu.

"I tercipta untuk you bukan perempuan kampung tu. I akan pastikan you always by my side."

Karl meraup wajahnya. Kenapalah dia diuji oleh semua ini. Mula-mula papa dan sekarang Fazura pula. Apa bahagianya diorang menyusahkan hidup aku yang memang sudah terang lagi bersuluh memang susah ni?

Mata Karl tak semena-mena terpandangkan Aira yang sedang terbaring di atas katil. Perasaan bersalahnya timbul. Kalau dia tak libatkan Aira mungkin masalah ni takkan timbul. Mungkin inilah agaknya Karma yang perlu dia tanggung. Karl mengeluh.

Dia berdiri lalu mendekati katil. Dia membaringkan tubuhnya di sebelah Aira. Pinggang ramping gadis itu dipeluknya erat lalu dahinya menyentuh belakang kepala gadis itu. Aira yang masih berpura-pura tidur sekadar membiarkan lelaki itu buat begitu.

Hatinya rasa tak sedap tiba-tiba bila Karl buat begitu padanya. Macam dalam masalah aje lelaki itu.

"Aira.."seru Karl perlahan.

Aku tidak menyahut. Masih berlakon tidur.

"Banyak dosa yang abang buat pada Aira. Entah layak ke abang jadi suami Aira bila abang tak sempurna jalankan tanggungjawab abang sebagai suami. Abang sepatutnya lindungi Aira bukannya aniaya Aira macam ni."ujar Karl dengan nada lemah.

Dahiku berkerut tak semena-mena. Mataku ku buka namun mulutku masih aku kunci. Aku pasang telinga. Tak sedap hati pula dengar Karl cakap macam ni. Apa sebenarnya yang dia dah buat sampai merayu-rayu macam ni?

"Abang harap lepas semuanya terbongkar, Aira masih terima abang."tambah Karl.

Apa semua ni? Apa yang karl sembunyikan daripada aku? Aku tak faham. Aku keliru.

Baru sahaja aku mahu bersuara, aku dengar telefon pintar berdering. Telefon pintar Karl. Segera dia angkat lalu meninggalkan katil.

"Kenapa kau call aku malam-malam ni?" bentak suara Karl dengan nada marah.

Aku yang mendengar butir bicaranya hanya mendiamkan diri. Hati aku rasa tak sedap. Karl telefon siapa itu. Lelaki ke perempuan? Dan yang paling penting kenapa Karl marah sangat bila dapat panggilan itu?

"Kita dah tak ada kena-mengena. Kau jangan ganggu aku lagi! Faham?!"Karl mematikan talian. Telefon pintar jenama iPhone itu dicampakkan ke katil. Karl jadi serabut. Apa lagilah minah itu nak daripada aku?! Stresss!!!
...
Masuk sahaja ke dalam rumah, Dayana terus bertembung dengan Fakhrul. Lelaki itu berdiri menunggunya di hadapan pintu. Wajah lelaki itu nampak biasa. Tiada pula calitan marah atau suka menyambut kepulangannya.

Dayana membisukan diri. Usai menyusun kasut di rak kasut peribadinya, dia terus melintasi Fakhrul. Sejak berkahwin, mereka jadi dingin. Fakhrul diam dan Dayana juga diam. Tak banyak benda yang dibicarakan.

Ketika Dayana mahu melangkah ke dapur, tak semena-mena Fakhrul menggenggam erat tangan Dayana. Langkah gadis itu mati. Dayana menoleh ke belakang. Dia biarkan lelaki itu memegang tangannya.

"Kenapa balik lambat?"soal Fakhrul dengan suara mendatar.

"Ada hal."balas Dayana acuh tak acuh.

"Tolong jangan buat macam ni lagi. Kalau ada apa-apa yang jadi pada you, i kena tanggung. Im your husband now not your boyfriend. Please, pergi mana-mana tu report pada I dulu."ujar Fakhrul memusingkan tubuhnya menghadap Dayana.

Dayana tergamam. Namun tak lama kemudian, dia tersenyum sinis. "Fakhrul, I memang isteri you but itu hanya dalam kontrak kahwin kita aje but hati you bukan pada I. I taknak paksa you ambil berat fasal I just because it's your responsible as my husband."luah Dayana dalam nada bercampur baur.

Fakhrul mengeluh perlahan. "So, sebab itulah you dingin aje pada I? Sebab itulah you keluar merayap dengan jantan kat luar sana? Sebab hati I bukan pada you?"soal Fakhrul bertubi-tubi.

Terkejut Dayana dibuatnya. Tak sangka Fakhrul boleh tahu tentang perbuatannya itu. Namun cepat-cepat Dayana sembunyikan rasa terkejutnya itu.

"You sendiri kata kan yang you nak bersama dengan Aira?"ujar Dayana berpeluk tubuh.

Fakhrul tak semena-mena tersengih. Tangannya terus menjalar memeluk leher Dayana lalu ditariknya ke dalam pelukannya. Dayana terpana seketika. Apa semua ni? Kenapa Fakhrul berlagak sweet macam ni? Ini tipu helah ke? Sengaja nak menjeratnya?

"I cintakan you seorang aje. Tak ada sebab lain I ambil you sebagai isteri I selain rasa cinta I pada you. Please jangan persoalkan cinta I pada you, Dayana. Now, you're mine. Right? Sampai bila-bila, hati I pada you." luah Fakhrul lalu mengucup ubun rambut Dayana.

Hati Dayana jadi tersentuh apabila mendengarkan kalimah cinta yang dihamburkan Fakhrul padanya. Benarkah apa yang Fakhrul katakan itu? Kebenaran atau penipuan? Tapi.. yang pasti kata-kata lelaki itu berjaya buatkan Dayana mengalirkan air mata. Tak semena-mena Dayana menangis dalam pelukan Fakhrul. Kedua-dua tangannya memeluk erat pinggang Fakhrul. Dia memang tak mahu lepaskan Fakhrul. Sampai bila-bila Fakhrul ada dalam hatinya.

"Saya sayangkan awak, Fakhrul. Beribu lelaki pun I keluar, fikiran I hanya pada you. Tak ada siapa dapat gantikan you dalam hati I!."luahnya dalam sedu. Air matanya terus mengalir membasahi pipi.

Fakhrul mengangkat wajah Dayana. Air mata yang berbekas pada pipi isterinya itu diseka lembut lalu bibirnya menguntum senyum.

"Maafkan I sebab buat you jadi macam ni. Maafkan I, sayang."ucap Fakhrul lalu mengucup dahi Dayana.

Dayana tak semena-mena menganggukkan kepala. Dia kembali menyandarkan kepalanya pada dada Fakhrul. Selesa buat begitu.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro