Bab 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Abang, lari cepat! Lari!!!'
Suara budak perempuan itu bergema.

Dia tergamam. Sempat matanya melilau ke arah sekeliling dan matanya terus saja terpaku pada sosok budak perempuan yang berpakaian baju T-shirt biasa berserta seluar hitam sedang menarik-narik tangannya. Jelas kelihatan raut cuak bermain di wajahnya.

'Abang, cepat bang! Kita kena sembunyi!!! Cepat lari, bang!!!!!' pinta budak itu masih tak lepas dari menarik tangannya.

Dia sudah kehairan. 'L-lari dari siapa dik?' soalnya masih tidak memahami.

Budak perempuan itu terus saja menuding ke belakang. Serentak itu, dia menoleh ke belakang. Terbelalak matanya melihatkan adegan berdarah di depan matanya.

Matanya menangkap sosok seorang lelaki sudahpun dilibas dengan parang lalu jatuh menyembah bumi. Dia kelu. Air matanya sudah mencurah keluar.

Abang!!!

Abangg!!!!!

Serta-merta dia terjaga dari tidurnya. Peluh renek yang membasahi tubuhnya langsung tidak dihiraukan nya. Masih anak mata hitamnya melilau mencari kelibat yang ada dalam mimpinya itu namun.. sia-sia. Ianya cuma mainan tidur ketika di malam hari.

Terus, dia pejam matanya rapat. Air matanya deras mengalir. Walaupun bilik tidurnya sejuk namun masih air peluhnya masih tak berhenti mengalir. Yurp, dia trauma dan buntu.

"Dani?!" sergah suara serak mamanya dari luar.

Daniel terus saja mengalihkan perhatiannya ke arah pintu. Dilihat nya wanita itu sudah mengatur langkah merapatinya. Di belakang, dia lihat papanya sedang berdiri dengan muka tegas. Tidak tercalit langsung kerisauannya.

"Kamu kenapa?" soal wanita itu dengan raut resah. Dia mengambil tempat di sisi katil lalu mengusap lengan anak terunanya itu. Berharap dengan cara itu dapat meredakan keresahan yang membelengu Ungku Haidar Daniel.

Daniel ketap bibir. Dia tak mahu bersuara. Cukuplah hanya dia saja yang tahu asbab dia jadi begitu. Dia tidak mahu mama dan papanya pula terlibat sama.

Apabila melihatkan Daniel hanya membisu, Ungku Zarina sudah berkerut. Wajah Daniel dipandang nya untuk mencari jawapan.

"Kamu.. masih mimpi tentang benda sama ke, Dani?" soal wanita itu seakan dapat menghidu.

Daniel laju saja menggelengkan kepala. "Taklah ma. Dani cuma mengigau aje." bohongnya. Senyum tipisnya diukir agar dapat menghilangkan gusar yang bermain di hati mamanya itu.

Ungku Syariffuddin yang sedari tadi memerhati hanya mengeluh kecil. Dia bersilang tangan. Raut wajahnya langsung tak menunjukkan yang dia risau tentang keadaan Daniel.

"Baguslah kalau mengigau. Kamu jangan layankan sangat perasaan kamu tu, Dani. Anak lelaki tak boleh lemah sangat." sempat kata-kata itu dilemparkannya.

Daniel yang mendengar hanya mampu membisu. Dia tidak mengiakan, dia juga tidak membantah. Hanya mampu diam. Pandangannya ditundukkan ke bawah.

"Kenapa abang cakap macam itu? Abang tak risau ke dengan keadaan Dani?" soal wanita itu sedikit marah.

Ungku Syariffudin sudah berkerut dahi. Wajah bersih isterinya itu dipandang. "Awak yang lebih-lebih ni kenapa? Tuan punya badan cakap okay, jadi okaylah." ujar lelaki itu.

"Abang!"

"Lagipun kalau dia lemah, abang pun takkan berani nak serahkan syarikat abang pada dia. Orang lemah tak sesuai nak pimpin apa-apa jawatan." tambah Ungku Syariffuddin tidak berlapik.

Segera, dia melangkah meninggalkan bilik tidur Daniel. Tiada raut bersalah nya bertayang. Hanya mendatar.

Di dalam bilik, Ungku Zarina sudah kertak gigi menahan geram. "Isy, orang tua ni! Lebih pula dia!" gertaknya.

Baru saja dia berura-ura mahu bangun, Daniel pantas menahan. Perlahan, dia geleng kepala sebagai tanda tidak.

"Tak apalah ma. Papa ada masalah lah itu. Dani faham sangat. Nanti okay lah tu." ujar Daniel cuba untuk menyedapkan hati.

Ungku Zarina mengeluh lemah. "Tapi, janganlah sampai macam itu sangat layanannya. Kamu itu masih anak dia."

"Tak payahlah fikir ma. Erm.. Dani nak tidur. Tolong jangan gaduh." sempat Daniel menitipkan pesan sebelum dia membaringkan tubuhnya kembali.

Ungku Zarina sekali lagi mengeluh. Mahu tidak mahu, terpaksalah juga dia mengalah. Langkahnya disusun keluar dari bilik tidur Daniel. Sempat jasad Daniel yang terbaring dipandangnya.

Setelah itu pintu bilik Daniel ditutupnya perlahan. Rasa geramnya masih terulit.

Tidak membuang masa, dia menyusun langkah ke arah bilik tidurnya. Lampu bilik tidur yang masih menyala menandakan Ungku Syariffuddin masih belum tidur. Segera dia menerobos masuk ke dalam bilik. Seperti tebakannya, lelaki itu masih belum tidur.

"Kenapa abang cakap macam itu pada Daniel?" soalnya dengan nada geram.

"Macam mana?" bukannya jawapan yang dia dapat, malah soalan pula yang dibalas.

Ungku Zarina merengus. Terus, dia merapatkan jarak. Kelibat suaminya yang sedang menghadap komputer riba dipandangnya.

"Abang, walaupun Daniel itu anak yang tak sah tapi abang tak boleh buat macam itu. Dia still anak abang. Satu-satunya anak yang abang ada. Boleh tak, sekali aje abang tolong hargai dia. Itu aje yang Ina minta pada abang." rayu wanita itu hampir saja menangis.

Mendengarkan itu, Ungku Syariffuddin terus menatap wajah isterinya. Keningnya terangkat. " Awak nak saya hargai dia macam mana lagi? Nak saya junjung dia, nak saya sembah kaki dia?"

Tergamam Ungku Zarina dibuatnya. "Abang.. tergamak abang cakap macam tu?"

Ungku Syariffuddin sudah mengeluh lemah. Hilang terus moodnya yang tadi mahu mengerjakan kerja pejabat nya. Segera dia menutup komputer ribanya lalu dia bergerak melintasi Ungku Zarina.

Lampu bilik tidurnya ditutup. "Saya nak tidur. Malas nak gaduh." luah lelaki itu sebelum bergegas memanjat katil.

Ungku Zarina sudah ketap bibir. Penumbuknya sudah dikepal. Ikutkan hati, memang dia nak tumbuk muka suaminya itu. Namun, akal warasnya menghalang.

Huh!! Kau kena tahan, Ina.
Sekejap saja dan semuanya akan berakhir.
...
Tudung sarung berwarna pink cair itu aku sarungkan ke kepala ku. Setelah itu, aku membelek tubuhku untuk kesekian kalinya. Hanya kardigan biru cair dan juga t-shirt hitam kosong. Dipadankan pula dengan seluar jeans biru. Erm, cukuplah gaya ini nak menggambarkan aku cuma nak ke pejabat pos saja.

"Lawa-lawa pun nak goda siapa." selorohku sambil mencapai telefon pintarku. Beg plastik Ikea yang penuh dengan surprise box aku angkut sekali.

Alhamdullilah dengan rezeki aku minggu ni. Aku akhirnya dapat juga tingkatkan keuntungan hasil dari surprise box ini. Walaupun masih tak berapa lumayan tapi ia cukup untuk membangkitkan semangat aku untuk teruskan perniagaan kecilku ini.

Satu persatu anak tangga aku turuni sambil beg berat itu angkut sekali. Azab nak bawanya itu hanya Tuhan saja yang tahu. Sudahlah aku tak biasa nak bawa barang-barang berat ini. Paling berat aku bawa pun, dompet aku. Itupun bila awal bulan. Bila dah hujung-hujung, ringanlah dia.

Ehem!

"Nak papa tolong ke tu?" sapaan papa itu berjaya menjedakan aku.

Papa yang ketika itu sedang berura-ura mahu bantu aku, terus saja aku larang. " No, no. Papa! Rissa boleh angkat sendiri. No worry!" jawabku cuba gigih.

Terpaksalah aku pendam segala keluhan yang tadi meniti. Aku tak naklah buat papa risau pula. Perniagaan aku, biar aku seorang saja susah sendiri. Gitu!

Dato' Zulkifli kembali duduk di meja makan namun matanya masih tak lepas memerhatikan aku. Ada segaris senyumannya terlukis melihatkan kegigihanku.

"Banyak anak papa ni dapat order. Makin mantaplah bisnes kamu kan?" soal lelaki itu kembali menyambung kunyahan nasi gorengnya.

Usai meletakkan barang tersebut di ruang tamu, aku bergegas ke meja makan. Lapar.

"Rissa promote kat TikTok sekali pa. Itu yang makin naik itu. Ramai yang berkenan." jawabku sambil menyendukkan nasi goreng tomyam itu ke dalam pinggan.

Papa sekadar menganggukkan kepala. "Bolehlah lepas ni kamu belanja papa pula. Bila nak belanja papa McD?" lelaki itu berseloroh.

Aku tergelak kecil. "Bukan setakat McD pa, papa nak Rissa belanja makanan five star hotel pun, Rissa on!" sahutku semangat.

Ketawa besar lelaki tua itu dibuatnya. Riuh sekejap suasana villa tiga tingkat itu.

Semenjak mama meninggal dunia, hanya tinggal aku dan papa saja di rumah. Selama tiga tahun ini selepas ketiadaan mama, dialah satu-satunya lelaki yang banyak mengorbankan masa dan wang untuk membina masa depan yang baik untukku.

Hmm..

Kadang, aku sendiri fikirkan yang aku tidak layak untuk mendapat semua layanan itu. Yurp, aku hanyalah anak angkat. Seorang anak yang tak ada kena mengena pun dengan Dato' Zulkifli dan juga Datin Aqilah. Namun, mereka membesarkan aku ibarat aku anak kandung mereka sendiri.

Pakai makan minum aku mereka tanggung. Sekolah sampai lah ke universiti, mereka juga yang tanggung. Senang cerita, budi mereka itu bak aku berbudi dengan ibu bapa kandungku sendiri. Sudah hampir 9 tahun, aku bersama mereka dan jawapan aku.. aku bahagia menjadi anak mereka.

Walaupun sekadar anak angkat.

Selesai saja menikmati sarapan, aku terus saja bergegas mahu bawa keluar beg Ikea tersebut namun seruan papa menjedakan segalanya. Segera aku menoleh ke arah papa yang masih tak beralih dari meja makan.

"Bulan ni, papa bayar kamu punya duit kereta." beritahu lelaki itu hemat.

Namun, aku pantas menggelengkan. Senyum tipisku terukir. "Tak payahlah, pa. Rissa dah bayar dah pun. Papa lambat sehari." selorohku cuba menambah rencah gurau di situ.

Papa ketap bibir. Dia juga mengukir senyum. "Isy. Tak apa. Bulan depan papa bayar duit kereta kamu. Jangan nak mengelat." ujarnya.

Aku terus bagi signal 'OK' kepada nya sebelum langkah ku atur keluar dari villa tersebut. Sempat aku lambai kepada dia sebelum jasadku hilang ke dalam perut kereta.

Dato' Zulkifli yang melihat kereta Arissa sudah dipandu keluar dari rumah, tak semena-mena mengeluh. Sudu makannya diletakkan kembali. Dia sudah berteleku sendiri.

'Saya nak ambil Arissa jadi isteri kepada Daniel.'

Hmm... bagaimana dia mahu beritahu perkara itu kepada Arissa?
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro