Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Langkahnya disusun merapati lif bangunan 8 tingkat itu. Sesekali matanya melirik ke arah beberapa orang gadis yang sedang mencuri-curi pandang ke arahnya namun dia langsung tak hiraukan. Masih dia melangkah masuk ke dalam lif dan jalani hidupnya seperti biasa.

"Ungku tak pernah tak kacak kan hari ni?"

"Hari ni lagi kacak. Geram."

Bisikan-bisikan halus itu sempat menyambar gegendang telinganya sebelum pintu lif tertutup. Dia sendirian dalam lif. Tak semena, senyuman nipisnya terukir. Sempat anak matanya melirik ke arah pantulan dinding lif yang seakan cermin itu.

Senyum simpulnya terukir tatkala membelek dirinya. Yurp, dia akui yang dirinya memang tampan. Dengan badan yang sederhana sasa, tinggi lebih dari 170 cm, kulit cerah, mata hitamnya yang pekat dan tak lupa juga rambutnya yang perang sedikit. Kalau sekali tilik, memang tak serupa macam lelaki melayu lebih kepada lelaki Turki. Cuma...

...dia kurang bahagian jambang saja. Al-maklumlah, dia dari dulu memang tak suka nak bela jambang. Rimas dan panas. Misai pun tak ada.

Keluar saja dari lif, langkahnya diatur ke arah pejabat. Semua yang melihat nya secara automatik memberikan tundukan hormat manakala dia pula masih meneruskan perjalanan ke bilik kerjanya.

"Selamat pagi, Ungku." ucap Lydia sambil berdiri. Tundukan hormatnya diberikan.

"Selamat pagi." jawab Danial berura-ura mahu masuk ke dalam pejabatnya.

Namun, Lydia segera menjedakan. "Ungku, hari ini Ungku dapat beberapa bunga dan kotak hadiah sempena hari Valentime." beritahu Lydia sambil menunjukkan pada kotak-kotak dan juga bunga yang berkumpul di atas meja kerjanya.

Agak semak di situ.

Danial terus saja mengalihkan perhatiannya ke arah meja kerja Lydia. Banyak jenis bunga yang dia dapat hari ini. Ada yang sebatang dan juga sejambak. Kotak-kotak berbalut pos laju pun dia dapat juga. Hmm.. mesti coklat, dia sudah menduga.

"Awak ambillah Lydia. Saya tak nak. Awak bagi-bagilah dekat budak office yang lain." ujar Danial. Air mukanya cukup menggambarkan pemberian itu langsung tak bermakna baginya.

Akur. Lydia menurut arahan.

Baru saja Danial mahu masuk, Lydia menyerunya sekali lagi.

"Ungku, hari ini ada pekerja baru nak datang untuk interview kerja. Saya dah beritahu Ungku melalui pesanan whatsapp semalam." ujar Lydia tertib.

Daniel sekadar berkerut dahi. Terus saja telefon pintarnya dibelek bagi mendapatkan kesahihan. Seperti apa yang Lydia katakan, gadis itu memang ada beritahunya tentang pekerja baru itu.

"Okay. Nanti awak bawa masuk pekerja itu ke pejabat saya kalau dia dah datang." balas Daniel.

"Dia dah sampai pun, Ungku." ujar Lydia sambil matanya terus melirik ke arah gerangan yang sedang berdiri di belakang Daniel.

Serentak itu, Daniel memusingkan tubuhnya ke belakang. Tergamam dia sejenak tatkala melihatkan sosok seorang gadis berbaju kurung dengan corak bunga kecil sedang berdiri di belakangnya. Kelu dia sejenak.

Entah kenapa, dia seakan pernah lihat baju tersebut tapi.. Huh! Dia lupa!

"Selamat pagi, Ungku. Nama saya Nur Fatimah. Saya datang untuk di'interview' pagi ini." tertib gadis itu memperkenalkan diri. Tundukan hormatnya.

Daniel pula masih terpaku. Memori nya dikerah untuk mengingati pemilik baju kurung tersebut. Serentak itu, dia teringat pada sosok gadis yang berada di tanah perkuburan beberapa hari lalu. Bukan ke dia gadis yang baca yasin hari itu?

Dia belek gadis itu. Yurp, gadis itu memang sangat lawa. Dengan wajah cerah dan bebas jerawat, comel tingginya dan juga ramping. Untuk pandangan pertama, Daniel rasa dirinya terpukau.

"Erm.. Ungku." seru Fatimah sambil melambai-lambai kecil di depan wajah Daniel.

Terus, Daniel tersentak. Dia kembali ke dunia realiti semula. Erm.. mungkin cuma gadis berbeza yang berpakaian sama. Barangkali?

"Fatimah nama awak?" soal Daniel.

Gadis itu mengangguk sambil tersenyum. Kelihatan sangat manis dan menawan. Kalau ramai lelaki yang tengok, pasti mereka cair.

Daniel pula balas senyuman gadis itu tipis. "Masuklah. Saya akan interview awak." ujarnya.

Secara tak sedar, dia membukakan pintu dan memberi laluan buat gadis itu masuk. Erm.. ini dikira gila bayang ke?

Lydia yang sedar akan tingkah Daniel pula sudah sengih sendiri. Jangan cakap bos mereka yang sangat kebal pada cinta itu sudahpun lebur dek kerana  Fatimah seorang.

Habislah!
...
Air milo ais yang baru saja tiba, aku hirup perlahan. Mataku sudah terkunci ke hadapan namun fikiran ku melayang memikirkan tentang perkara lain.

Yurp, perkara berkaitan pertemuan tak disangka antara aku dan juga teman kecilku semasa di rumah anak yatim dulu.

"Rissa?" teguran suara garau dari arah belakang menjedakan langkahku serta-merta.

Tergamam aku sejenak tatkala melihatkan sosok tubuh seorang lelaki sedang berdiri di belakang aku. Senyuman manisnya diberi ikhlas. Lagaknya itu, seperti teruja mahu bertemu denganku.

"Siapa?" soalku sudah angkat kening.

Dia tarik sengih. "Cuba teka siapa. Takkan tak kenal kot?" soalnya pula tidak menjawab soalan ku.

Aku sudah berkerut dahi. Atas bawah  nya aku tilik namun aku masih tidak mendapat sebarang klu atau petanda yang aku pernah mengenalinya.

Walaupun sudah hampir dua bulan, aku tamat pengajian namun aku yakin lelaki itu bukannya dalam senarai lelaki yang pernah aku jumpa di universiti dulu.

Aku lihat dia masih teruja untuk menyuruh aku meneka. Huh!! Pagi-pagi suruh aku jawab teka-teki, pfft! Memang taklah.

"Siapa?" soalan itu kembali bertamu.

Lelaki itu sudah mengeluh kecil. "Kau ni masih sama kan Rissa. Pelupa tak habis!"

Erk?!

Macam mana dia tahu aku ni pelupa? Aku pula yang makin tertarik untuk mengetahui siapakah gerangan lelaki itu.

"Awak kawan universiti saya ke?" soalku cuba menebak.

Dia pula geleng kepala menidakkan jawapan aku ni. Apabila melihat aku kononnya ligat nak mengingat, dia hanya mampu tarik senyum.

"Ini.. abang Haris. Ingat lagi tak? Ke.. lupa juga?"

Kelu aku sejenak. Serta-merta fikiran ku teringat pada zaman kanak-kanak. Zaman aku dibesarkan di rumah anak yatim BaitulIman. Dan..

Ya!

Muhammad Haris Lutfi adalah salah seorang kawan karib aku semasa aku di sana. Walaupun dia tua hampir empat tahun dari ku, namun dia masih boleh masuk dengan aku. Dialah yang selalu ajak aku keluar untuk bermain di saat kawan-kawan aku yang lain, lebih memilih untuk bermain di dalam rumah saja.

Huh!!! Tak sangka, aku akan bertemu dengan lelaki itu sekali lagi!

"Aih, suka termenung!" sentakan itu berjaya mematikan lamunanku.

Segera, aku melirik ke arah abang Haris yang sudah datang bersama dulang berisi pinggan. Jelas haruman kari kepala ikan menusuk batang hidungku.

"Abang beli apa itu?"

"Favourite Rissa lah. Nasi kandar." jawabnya sambil menghidangkan pinggan berisi ayam, nasi dan juga kuah kari.

Wahhhh!! Ini betul-betul throwback ni! Zaman kecil-kecil dulu, aku memang selalu minta abang Haris belikan nasi kandar untuk aku. Bila dia balik sekolah, dia mesti takkan lupa untuk bungkuskan aku nasi. Bila ingat balik, aku terus rasa rindu.

Sudah lama juga, aku tak menjenguh BaitulIman sekarang. Kali terakhir aku melawat, semasa aku berusia 19 tahun. Hmm.. sudah hampir tiga tahun berlalu.

"Terima kasih, abang Haris." ucapku sudah mengapai sudu dan garfu.

Lelaki itu membalas dengan anggukan. Sesekali matanya memerhati ke arahku. Tanpa sedar, senyuman tipisnya tercoret.

"Lama juga kan kita tak jumpa. Hampir 9 tahun." tutur lelaki itu sambil menyuakan sesuap nasi ke dalam mulutnya.

Aku hanya mampu tersengih. Entah kenapa, suasana itu aku rasakan janggal sedikit. Masa kecil-kecil dulu, tak adalah pula perasaan awkward. Aih!!

Makan pun aku kena coverline.

"Abang kerja apa sekarang ni?" aku pula berdalih. Tidak mahu perbualan kami hanya sangkut pada kenangan 9 tahun semata.

Haris pandang aku. "Abang kerja biasa aje. Tak hebat pun. Rissa pula?" jawapannya sangat tak memuaskan tapi terpaksalah berpura-pura terima.

"Rissa tak kerja sekarang cuma.. Rissa adalah buat bisnes kecil-kecil. Boleh lah daripada tak ada." jawabku pula.

"Rissa tak kerja dengan keluarga angkat Rissa ke? Abang ingat dulu Rissa duduk dengan Dato' Zulkifli kan?" persoalannya kali ini membuatkan aku termangu.

Terus saja aku alihkan perhatian ku kepada lelaki itu.

"Abang tahu dari mana keluarga angkat Rissa?"
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro