DHM - 17 -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Asnida memerhatikan orang yang sedang membantu suaminya mengangkat tandan pisang di kebun belakang rumah mereka. Bibirnya seraya muncung itik setelah memastikan identiti orang itu. Cepat-cepat dia menuju ke arah suaminya yang sedang sama-sama mengangkat pisang itu.

"Abang, sejak bila diorang ni datang? Abang tak takut ke kalau pisang ni diorang curi dan jual ke tempat lain?"

Hafiz yang terdengar tuduhan itu menelan air liur pahit. Matanya dikerling ke arah wanita tua itu.

Asnida mencerung tajam membalas ke arah Hafiz dan Hariz yang sedang membantu suaminya.

"Ish, cakap tak ada insurans kamu ni ya? Nanti dengarlah diorang." Haji Rauf menjeling tajam ke arah isterinya. Peluh di dahi dilapkan kering.

"Hawa tengok abah penat seorang-seorang bersihkan kebun pisang ni ... Hawa minta tolonglah pada mereka." anak gadis Asnida menyampuk.

"Kamu ni Hawa, suka pandai-pandai. Bukannya abah kamu tak boleh buat pun, ibu pun boleh je tolong. Ini tidak, terus je panggil orang yang tak berkenaan." bebel Asnida.

"Kamu nak menolong kerja-kerja ni? Subahanallah, Alhamdulillah ... dari tadi pagi saya panggil tak dengar. Asyik sangat tengok tv, drama makcik bawang. Nasib baiklah diorang ni ada ... kalau tak, saya pengsan ke apa pun awak tak sedar." balas Haji Rauf selamba.

Asnida mencebik muka melihat anak gadisnya yang tersenyum sumbing.

"Dahlah ibu, kerja dah nak siap ... Hawa nak pergi ambil air yang dah bancuh tadi." Hawa lantas berjalan ke arah pintu rumah dan masuk ke dalam dapur. Air sirap lemon yang telah siap dibancuh dikeluarkan daripada peti sejuk.

"Hawa, sejak bila kamu tak takut dengan orang macam itu? Hah? Ish, makin lama makin ibu tak faham dengan kamu ni!" bebel Asnida ke telinga anak gadisnya itu.

"Apa masalahnya? Dia bukan kacau Hawa pun. Malah Hawa terhutang budi sebab dah banyak kali dia tolong Hawa ..." balas Hawa. Kali ini dia mencapai beberapa biji cawan plastik dan diletakan bersama di atas dulang.

Asnida makin menjuihkan bibir tanda tidak puas hati.

"Dia tolong apa? Mesti ada makna tu. Kamu jangan cuba-cuba ya Hawa!" jari telunjuknya ditunjuk keras.

"Apa dia ibu ni?" Hawa mengerutkan dahi. Sedang dia ingin membawa hidangan ke luar, ibunya pula cuba menghalang.

"Ibu nak pesan kamu baik-baik. Ibu tak suka kamu rapat dengan dua beradik tu, walaupun hanya sekadar kawan." kata Asnida lagi.

Hawa buat tidak peduli. Terus sahaja dia keluar menatang dulang yang penuh.

Asnida merengus. Malas dia mahu turut serta anak dan suaminya minum petang di belakang rumah.

"Hafiz, Hariz ... berhenti dulu. Ni ada air ni, minum." Haji Rauf menjemput kedua-dua anak muda itu untuk minum petang.

***

Mazli terkekeh menahan sakit perut. Tawanya terhambur mendengar cerita Raimi itu.

"Kau ketawa kenapa? Aku cakap benda serius ni." Raimi menjeling tajam.

"Kau tak ada perempuan lain ke yang kau berkenan? Si Hawa tu sombong dengan kau dari dulu lagi ... mana sesuai kau dengan dia." komen Mazli.

"Apa yang tak sesuai? Dia tu perempuan baik, suci ... aku ni? Hmm, faham-fahamlah. Kalau aku dengan dia maka lengkaplah hitam dan putih, macam ying dan yang." balas Raimi.

"Hisy, jahanamlah si Hawa kalau mendapat laki macam kau ni, hahahaa," Mazli ketawa lagi.

Raimi menjeling tajam ke arah Mazli yang masih mengetawakannya.

"Khaira kan ada ... dia dari dulu minat dengan kau. Janganlah kau hampakan hati dia. Yang tak mahu jangan dikejar. Yang datang bergolek kau terimalah," kata Mazli.

"Tapi aku tak cintakan dia,"

"Eleh, nak tangkap cinta konon," Mazli masih mahu mengejek.

Sekali lagi Raimi menjeling tajam.

"Ehem-ehem ... sebut nama Khaira ke?" tiba-tiba mereka disapa oleh gadis itu.

Mazli membetulkan duduknya. Dia lantas berdehem ke arah Raimi.

"Amboi, Khaira sampai je terus abang dua orang diam. Mengumpat kita lah tu?" Khaira memberi jelingan maut. Tanpa diundang, terus sahaja dia duduk di sisi Raimi.

"Mana ada, sayang janganlah tuduh abang macam tu." pujuk Raimi.

Mazli mencebik bibir. Tadi kata tak cinta, sekarang pakai abang-sayang. Raimi memang lelaki jenis tak boleh percaya.

"Manalah tahu, dari tadi telinga ni rasa gatal semacam. Macam nama ni kena umpat pula." kata Khaira.

"Siapa yang umpat sayang Khaira yang cantik ni? Mata bulat bersinar, bibir merah merekah, kulit putih gebu ... perfect angel. Mana boleh sesuka kutuk," balas Raimi. Perangai kasanovanya sudah mula.

"Okay, kalau tak ... tak apa. Yang penting abang janganlah sebut-sebut nama Hawa tu. Khaira cemburulah. Kalau dia dah tolak pinangan abang Raimi, sudahlah. Khaira kan ada, kenapa tak masuk meminang lagi?" ujar Khaira sambil mata dibulatkan.

Raimi menelan air liur pahit. Entah kenapa soalan itu umpama tali gantung yang bakal menjerut lehernya. Walaupun dia berkasih dengan Khaira, tetapi hatinya lebih mencintai Hawa. Aneh, bukan? Mungkin kerana Hawa lebih mencabar egonya. Semakin Hawa tolak, semakin dia mahu kejar. Kalau gadis lain, petik jari sahaja sudah berderet mahukan dirinya.

"Kenapa diam?" Khaira bertanya lagi.

Raimi berpandangan dengan Mazli. Rokok sebatang dinyalakan lalu disedut ke mulut. Kemudian dihembus.

"Tunggulah masa yang sesuai nanti. Abang belum bersedia ... abang masih dalam kekecewaan, tau tak." balas Raimi acuh tak acuh.

Khaira mencebik muka. Wajahnya jelas tidak puas hati mendengar jawapan itu. Mana tidaknya, pinangan Raimi yang ditolak oleh Hawa sudah setahun berlalu. Selama tempoh itu, dia yang sering menemani Raimi. Raimi mahu itu ini semua diberi. Tak mungkinlah masih dalam kekecewaan? Melampau sungguh.

"Okay, Khaira tunggu ... jangan pula nanti abang tetap pergi meminang si Hawa tu. Kalau tidak, siap abang Raimi!" Khaira memberi amaran.

Raimi sekadar mengangguk sambil angkat bahu. Entah ya, entah tidak. Padanya, dia masih mahukan Hawa menjadi isterinya.

***

"Kak Hawa, cepatlah naik." Hariz memanggil gadis itu yang sedang tertawa melihat Hafiz menariknya menggunakan daun pelepah kepala yang telah mati.

"Tak naklah. Kak Hawa berat." Hawa malu jika dia mahu turut serta bermain. Tetapi dalam hati memang rasa teringin.

"Naiklah sekali ... apalah, korang berdua bukan besar gajah pun." pelawa Hafiz. Dia senang melayani kedua-dua mereka. Hawa dan Hariz sama-sama dilayan seperti adik.

Hawa berura-ura mahu bergerak.

"Cepatlah, lepas ni saya nak bakar daun ni." ajak Hafiz lagi.

Mahu tidak mahu Hawa turut duduk bersila di atas daun pelepah kelapa itu. Baju Hariz menjadi mangsa gengamannya.

Hafiz perlahan-lahan menyeret daun pelepah kelapa itu. Kemudian dia tersenyum nakal serta menarik daun itu lebih laju lagi.

"Hei!" Hawa menjerit. Terasa panas pula pungungnya merasai geseran daun kering dan tanah keras.

Hariz di hadapan tetap tertawa. Sudah lama dia teringin untuk bermain seperti itu bersama abangnya.

Selesai menarik daun itu hingga ke tempat pembakaran, Hawa dan Hariz berdiri. Masing-masing sama tertawa dengan sikap kebudak-budakan mereka. Dalam keseronokan perasaan itu, sempat Hawa melihat wajah Hafiz yang begitu menggoda bersama senyum tawanya. Matanya sempat terpaku.

*
1078
21 Januari 2019
14:40
*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro