DHM - 18 -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bakri menyalakan rokok yang sudah disisip ke bibir. Kedinginan malam mebuatkan badannya terasa menggigil. Oleh itu, cepat-cepat dia nyalakan rokok untuk memanaskan paru-paru.

"Sampai bila kita nak berjaga malam ni?" tanyanya. Kedua tangan bersilang di dada. Keningnya bertaut.

"Entahlah, Pak Bakri. Saya pun penat sebenarnya, siang kerja, malam kena berjaga! Kalau saya dapat orang yang mencuri tu, nahas diorang!" balas Nizam, salah seorang ahli jawatankuasa kampung yang bertugas malam bersama Bakri.

Bakri menjeling tajam. Ruang balairaya diperhatikan lama. Kemudian kakinya melangkah masuk ke dalam.

"Nak ke mana tu, Pak Bakri?" Nizam mengekori lelaki bertubuh kurus dan tinggi itu.

Bakri mengambil tempat di atas meja balairaya. Habuk yang bertaburan disapu dengan tangan. Dia kemudian berbaring di atasnya.

"Ishak dah nak percaya kata aku, ini semua kerja si jahanam yang baru keluar penjara tu. Tapi si Pak Haji tu pula tak mahu percaya. Tengok siapa yang susah nak berjaga? Orang-orang kita juga. Si Pak Haji dengan Ishak dah nyenyak tidur." omel Bakri tidak puas hati.

Nizam menganggukkan kepala. Dia mengambil sebuah kerusi plastik lalu duduk menyandar.

"Tapi betul ke? Manalah tahu orang lain pun terlibat, tu yang kita kena siasat." balas Nizam.

"Kau pun sama tak percaya, huh!" dengus Bakri.

"Bu-bukan tak percaya, tapi itulah ... saya takut terbuat fitnah. Besar dosa nak ditanggung tu." Nizam menyatakan pendiriannya.

"Cuba kau fikir, sebelum dia balik kampung ni ... ada ke kejadian ni? Ada ke pasukan sekuriti macam kita diarah berjaga malam ni?" tanya Bakri. Asap rokok dilepas ke atas.

"Ada betulnya tu ... tapi," Nizam menggaru dagunya.

"Selama ni, kampung ni tak ada kes besar macam ni. Kalau kes kecurian kecil-kecilan tu biasalah ... di mana-mana pun ada. Tapi yang jadi sekarang ni, sejak dia balik semula ke sini ... kedai runcit Cik Milah kecurian, bukan setakat duit saja, barang kedai dia pun kena sapu. Nasib baik tak licin. Lepas tu, keping getah Jamil makin lama, makin kurang, masalah ni bukan setakat Jamil saja ... penoreh lain pun kena. Hah, cuba kau fikir? Siapa lagi yang datang bawa bala?" kata Bakri meyakinkan.

"Ta-tapi, saya tengok dia dah jadi elok pun. Bergaul dengan Tok Imam, Ustaz Azman, Pak Haji pun senang dengan dia. Tak kanlah dia nak buat benda-benda ni?" Nizam masih ragu-ragu mahu berburuk sangka.

"Eh, kalau kau nak tahu, arwah bapak dia dulu, adik aku tu pelihara dia elok dari kecik. Makan pakai pun cukup. Belajar mengaji dari umur lima tahun, sekolah pun pandai, naik pentas setiap tahun ... tapi lepas dia ke bandar apa yang jadi?" Bakri bangkit dan duduk bersila di atas meja.

Puih. Air liur pahit dibuang ke lantai. Matanya mencerlung melihat halaman balairaya yang gelap gelita.

Nizam menelan air liur pahit. Wajah bengis Bakri menakutkan dirinya yang hanya berdua berjaga malam itu.

***

"Ibu, kebun getah siapa yang tak jauh dari tanah arwah abah tu?" tanya Hafiz.

Suriati yang sedang melipat pakaian mengerutkan dahi. Cuba mengingati kawasan yang dimaksudkan.

"Ibu tak pastilah, dulu tanah tu pernah kena jual. Tak tahu siapa yang beli. Mungkin tok ketua, kot. Kenapa Hafiz tanya?"

"Kebun getah tu dah makin semak Hafiz tengok. Pokok pun dah tua, kering, tak berhasil."

"Laa, ya ke?"

Hafiz mengangguk sekali. Kemudian bibirnya mahu mengatakan hal yang sering bermain di fikiran sejak hari itu.

"Tapi tempat tu macam ada benda mencurigakan yang berlaku," ujarnya.

"Apa dia?" Suriati mendengar serius.

"Macam ada orang menjual sesuatu,"

"Sesuatu?"

"Ya ... macam ... da ... dah," Hafiz menyebut dengan penuh hati-hati. Risau jika ibunya masih tidak mahu terima apa yang dilakukannya dulu.

"Apa kamu cakap ni? Tak mungkinlah!" marah Suriati.

"Hafiz rasa, apa yang Hafiz nampak tu boleh jadi bukti. Tapi tak ada orang akan percaya, ibu pun tak percaya," keluh Hafiz. Rambutnya diraup ke belakang.

"Hafiz, kamu masih tak boleh lupakan ke hal tu?" tanya Suriati pula.

"Tak ada maknanya ..."

"Hafiz, biarlah apa yang jadi di kampung ni. Ibu tak mahu kamu terlibat dan masuk campur. Kalau boleh, yang lepas tu Hafiz lupakan. Ibu tak izinkan Hafiz terlibat lagi dengan dunia haram tu." lembut tetapi tegas pesanan Suriati itu.

Hafiz sekadar melepas nafas kasar. Dia kemudian menyambung sahaja pembacaan novel yang dipinjam daripada Hariz.

***

Malam yang dingin menjadi saksi. Api dan lilin marak menyala-nyala. Ditemani jarum yang bisa merubah dunia realiti menjadi fantasi.

"Aaah," terasa puas apabila cecair putih itu mula meresap ke dalam pembuluh darah. Bebanan di kepala terasa ringan dan fikiran mula tenang ke alam lain.

"Arghh," makin menjadi-jadi desahan mereka.

"Lagi ... lagi," pinta salah seorangnya.

"Habis,"

"Habis? Cis, kenapa kau habiskan semua!" tidak tahan kerana masih belum cukup sampai ke puncak, seorang lelaki bertubuh sasa mula mengamuk tidak tentu fasal.

"Ssushh! Jangan bising ... nanti orang kampung dengar." pujuk seseorang yang sudah basah lecun kerana peluh yang makin merenik. Dalaman badannya terasa makin membahang. Air liur yang turut mengalir dari lurah bibir dipalit kasar.

"Shuuuk! Aaargh," bunyi-bunyian aneh mula kedengaran daripada beberapa orang yang berada di situ.

"Hish, semua nampak tak senonoh!" tegur seseorang yang kelihatan biasa. Mungkin hanya mengambil sedikit dari bahan terlarang yang digunakan, atau mungkin sama sekali tidak menyentuhnya.

"Cepat habiskan, lepas tu kemas semua ni sebelum orang menoreh datang. Pastikan tak ada bekas-bekas yang tinggal." pesan lelaki yang bersuara parau itu.

"Heheh, baik tuan ..." jawab anak muda yang terlibat. Senyumannya menyeringai buruk kerana telah sampai ke puncak khayalan.

***

Nizam di balairaya tidak henti-henti memukul tubuhnya sendiri. Sekejap di tangan, sekejap di belakang, kadang-kadang di bahagian kaki.

"Ish, nyamuk ni tak henti-henti minta darah, rimas sungguh." desisnya. Naik hantu pula mahu melayan mahkluk kecil tetapi menyengat itu.

Bakri di sebelahnya tetap tenang tanpa ganguan. Mungkin kerana dia mengeluarkan asap rokok, nyamuk-nyamuk itu tidak menyerang lelaki berkenaan.

"Pak Bakri,"

"Hm?"

"Bukan ke malam ni Mazli patut ada sekali? Saya tengok jadual yang Tok ketua tulis tiga orang. Sepatutnya Mazli pun ada," Nizam mula menggaru kulit bekas gigitan nyamuk.

"Entahlah si Mazli tu, tadi petang ada pula ke rumah cari Khairil." balas Bakri.

"Suka curi tulanglah si Mazli ni, kita buat ni bukan sesaja. Untuk kebaikan kedai runcit kakak dia juga." omel Nizam sambil menampar lehernya yang menjadi mangsa.

"Nanti esok pagi aku pergi tengok dia ke mana," ujar Bakri tenang.

"Hah, yelah."

*
1023
26 Januari 2019
22:29
*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro