⚠🔪I SHOULD DIE🔪⚠

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AMARAN SEBELUM BACA
⚠🔪⚠
.
.
Buku kali ini akan diisi dengan situasi di mana apa yang orang rasai dalam diri mereka sewaktu mereka dalam keadaan depresi.
Dan berkemungkinan akan ada situasi membunuh diri dan unsur-unsur yang tidak digalakkan kepada mereka yang tidak sukakan pembunuhan.
⚠NO HAPPY ENDING⚠
ENJOY!
.
.
.
Maafin author menggunakan Gempa sebagai watak depression. TvT

🔪🔪🔪

Depression.
Apa yang mereka tahu tentang depresi?
Sesetengahnya faham depresi itu hanyalah situasi yang mana tidak perlu terlalu dilayani.
Namun adakah mereka yang menghadapi depresi akan berkata demikian?

Sentiasa ditinggalkan.
Sentiasa diabaikan.
Mereka pun tidak perlukan dia.

Itu yang dirasai oleh Gempa sekarang.
Di saat dia menatap cermin di hadapannya, dia dapat merasakan seolah-olah sebuah bisikkan suara.

"Kenapa kau tak saja mati, ya?"

.
.
.

Shaaa~

Kedengaran bunyi percikan air dari pili di singki bercucuran jatuh dan mengalir ke bawah. Air yang suci dan tulen itu terus membasahi singki putih yang berada di dalam bilik mandi tersebut. Pili air itu dibiarkan terbuka tanpa ada sesuatu yang boleh dicuci oleh air tersebut. Seolah-olah dengan sengaja ia dibuka dan dibiarkan bercucuran sedemikian bagi mengisi ruang bilik mandi yang tidak terlalu luas itu dengan bunyi air.

Di singki putih itu, terdapat sebuah cermin yang digantung di dinding dan berbentuk segi empat sama. Cermin tersebut dihiasi dengan retakan yang sedikit pecah dan juga goresan-goresan benda tajam. Percikkan merah maroon juga terdapat di wajah cermin tersebut dan kelihatannya ia adalah titik tompokan darah.

Dan dari pandangan yang lama, terdapat wajah seseorang di balik pantulan cermin tersebut. Di wajahnya jelaslah matanya yang bengkak dan sembap seperti barusan sahaja menangis. Mata yang bengkak itu telah mencacatkan iris emasnya yang berkilauan. Itu membuatkan irisnya menjadi kabur dan kosong. Wajah yang pucat itu juga dihiasi dengan tompokan darah dan juga sedikit goresan-goresan benda yang tajam.

Disebabkan torehan dan goresan yang ada pada wajah tersebut, banyak darah yang mengalir turun ke bawah dan menitik di permukaan lantai. Dan secara perlahan, aliran air bercampur darah itu mengalir keluar dari lubang yang menuju ke tangki kumbahan bawah tanah.

"Hehe.."

Dia tertawa. Kelihatan pakaian yang dipakainya terserlah nama di nametagnya yang tertulis, Gempa di bahagian kiri dadanya.

Gempa, dia terkenal sebagai seorang pelajar yang bijak dan berdisiplin. Dia juga merupakan ketua pelajar di sekolahnya sendiri dan dia sering disegani dan disukai ramai.

Bagi mereka yang tidak mengenali kehidupan Gempa, mereka tidak merasakan sama sekali apa yang dirasai Gempa. Mungkin hanya gembira dengan apa yang dicapai Gempa?

Tapi adakah mereka memahami kesedihan dan keperitan Gempa..?

"Hey... kenapa kau pandang aku macam tu, Gempa..?"

"Kau tak kuat ke..?"

"Kau sakit ke...?"

"Kau tak sakit kan..?"

"Mhmhmhm~ Gempa tak sakit...~"

"Gempa sihat...~"

Gempa tertawa dalam ucapannya. Hanya seorang. Hanya dia seorang sahaja yang ada di dalam bilik mandi tersebut. Langsung tidak sesiapa.

Jadi Gempa bermonolog sendirian. Melihat wajahnya di balik pantulan cermin yang ditatapnya di hadapan.

"Gempa... apa yang terjadi..? Kenapa kau datang ke sini balik...?"

"Kau ditinggalkan lagi ya...?"

"Ish.. ish.. ish.. kesiannya kau Gempa."

Gempa menyentuh permukaan cermin yang memantulkan wajahnya itu. Di tangannya, terdapat sebilah pisau yang mempunyai darah yang melekat padanya.

Gempa menatap kasihan pada wajah yang ada di pantulan cermin tersebut.

"Gempa... kenapa..? Kenapa kau ditinggalkan Gempa..?"

"Kenapa kau dibenci abang dan adik kau...?"

Gempa menundukkan kepalanya. Dia menggenggam kedua tangannya dengan kuat seperti seolah-olah sedang menahan sesuatu.

Bagaikan sebuah tayangan, Gempa tiba-tiba mengingat kembali situasi di sepanjang kehidupan normalnya.

Normal kah? Ah.. mungkin tidak.

Mungkin lebih kepada paranormal? Siapa tahu?

"Woi Gempa!! Cepatlah sikit! Lembap lah kau ni!!"

Salah seorang dari saudara Gempa memanggil Gempa dengan nada yang keras. Gempa pula yang berada dalam keadaan terpinga-pinga sambil membawa banyak beg sekolah menyahut panggilan saudaranya dengan suara yang bergetar.

"A-ahh! Y-Ya.. sekejap Hali!"

Gempa yang sedang memikul 7 buah beg sekolah termasuk miliknya sendiri segera mendekati saudaranya yang lain.
Ini adalah saudara Gempa dan bilangannya ialah 6 orang tidak termasuk Gempa. Gempa merupakan kembar ke-3 selepas kembar sulung yang bernama Halilintar dan seorang lagi bernama Taufan.

Berbeza dari waktu kecil, dahulunya Gempa rapat dengan saudaranya dan mereka saling menyayangi antara satu sama lain dengan begitu kuat sekali. Namun disebabkan Gempa. Disebabkan Gempa mereka berpecah-belah.

Kenapa?

Gempa terkenal dengan sikapnya yang bertanggungjawab dan ringan tulang jadi ramai yang menyukai perwatakan Gempa. Jadi cikgu-cikgu sering meminta pertolongannya sehingga dia harus pulang lewat petang dari sekolah.

Kesibukkan Gempa membuatkan dirinya sering tersisih dari saudaranya. Namun jika kamu berfikir hanya itu sahaja sebabnya ternyata kamu salah.

Akibat dari kesibukkan Gempa, mak dan ayah mereka mula kerisauan. Terutama mak kembar 7 itu. Dia sering menasihati Gempa untuk tidak terlalu mengikuti arah mereka yang hanya tahu ingin mempergunakan Gempa.

"Tapi.. mereka perlukan Gempa."

Dan akibat dari kedegilan Gempa, ibu bapanya sering bertekak kerana mahu memenangkan diri dalam mempertahankan hak Gempa. Mak Gempa bersikeras membantah akan aktiviti harian Gempa manakala ayahnya sebaliknya kerana dia mahu Gempa bebas melakukan apa sahaja.

Dalam situasi pergaduhan yang besar itu, hanya Gempa sahaja yang tiada di rumah manakala saudaranya kesemuanya menyaksikan hal itu di depan mata.

Oleh kerana perkelahihan mereka berdua tidak ada penghujungnya, akhirnya keduanya saling menyalahi pihak lawan dan bertindak untuk bercerai.

Ayah kembar itu meninggalkan 7 anaknya bersama isteri yang tiada pekerjaan. Oleh kerana stress, akhirnya ibunya bertindak membunuh dirinya sendiri dan ia berlaku di depan mata Taufan dan Halilintar.

Akibat dari kematian ibu kembar itu, ayahnya sedikit sebanyak menyalurkan wang harian untuk mereka namun masih sahaja tidak mencukupi. Oleh kerana harus menampung beban keluarga, 3 kembar tertua itu bertindak untuk bekerja sambilan.

Namun disebabkan Gempa sering sibuk di sekolah dan lewat ke tempat kerja, akhirnya dia dibuang dari kerja dan kini hanya Taufan dan Halilintar yang menggalas tanggungjawab untuk menanggung segalanya.

Jika tertanya akan adik-adik yang lain, mereka juga ada yang membantu. Seperti Blaze sang kembar ke-4 menggunakan hikmat dirinya untuk melatih kanak-kanak bola sepak dan justru menjadi coach mereka. Manakala Ais pula bekerja sebagai jurukaunter.di sebuah kedai serbaneka. Thorn pula si kembar ke-6 mula lebih aktif bercucuk tanam kerana dia mahu menjualnya dan separuh lagi boleh dimasak manakala si kembar terakhir iaitu Solar, dia menggunakan kelebihan kepintarannya untuk masuk ke dalam mana-mana acara tv yang melibatkan kuiz yang boleh memenangi hadiah berjumlah wang.

Walaupun usia mereka masih muda, namun kerana kegigihan mereka untuk teruskan hidup kuat akhirnya urusan mereka dipermudahkan.

Walau bagaimanapun, mereka mula berdendam dengan Gempa.

SLAAPP!!

"Kau... KAU PENYEBAB MAK AYAH KITA BERCERAI!! KAU PENYEBAB MAK KITA BUNUH DIRI!!"

Taufan yang terkenal dengan sifat ceria dan tenangnya adalah orang pertama yang menampar Gempa di atas kesalahannya.

Dan tidak lama selepas itu saudara yang lain mula memaki Gempa kerana di mata mereka Gempa lah yang menjadi penyebab utama dalam segalanya.

Tidak cukup dengan stress di sekolah, Gempa semakin murung apabila sering menjadi cacian dan dihina oleh abang dan adiknya.

Gempa ingin berubah agar dia dapat memperbaiki kesilapannya. Namun siapa sangka? Oleh kerana dia tidak mahu pulang lambat ke sekolah, segala kepercayaan dan harapan guru ke atasnya mula memudar dan mereka tidak mahu meminta pertolongan Gempa lagi.

Di saat Gempa ingin terus bertahan, segala tongkat yang digunakan untuk bertahan patah kembali apabila kesemua kawannya meninggalkannya. Hal ini kerana saudara-saudara Gempa mula menyebarkan cerita tentang keburukkan Gempa kepada semua warga sekolah.

Gempa dipinggirkan.
Gempa dipulaukan.
Gempa dilupakan.
Gempa hilang dari pandangan.

Walaupun Gempa sudah jatuh dalam lembah kehancuran, Tok Aba masih setia untuk menolongnya. Namun begitu, bagai jatuh ditimpa tangga, dalam keadaan Gempa hampir baik Tok Aba pula yang meninggal kerana sakit tua.

Pemergian Tok Aba bagaikan satu tamparan yang besar buat Gempa.

Kini dia keseorangan dan sendirian. Setiap kali waktu pulang sekolah dia ingin cuba terus memperbaiki hubungannya dengan saudaranya. Namun malangnya, mereka mula membuli Gempa.

Mereka menyuruh Gempa mengangkat beg sekolah mereka dan membawanya sendiri pulang ke rumah. Dan sengaja mereka menambahkan beban berat beg masing-masing untuk menguji Gempa.

Gempa terlalu bodoh kerana cukup bersabar dengan segala yang diterimanya. Setiap hari dia dipaksa untuk melakukan sesuatu yang lebih dari had kemampuannya.

Dia juga terpaksa berperang kuat di dalam dapur untuk memasak apa yang diingini saudaranya. Andai kata masakkan itu tidak mengikut kehendak selera, mereka dengan selambanya mencurahkan makanan itu ke atas Gempa. Paling menyakitkan pinggang atau mangkuk yang berisi makanan panas di lempar ke arah Gempa.

Badan Gempa penuh dengan luka dan parut yang dalam.

Kemurungan Gempa membuatkan tahap depresinya semakin menjatuh. Dia lebih kuat berkurung diri di dalam bilik dan menangis melepaskan segalanya. Selagi dirinya tidak dipanggil, selagi itu dia akan berada di dalam biliknya.

"Buka!! Tolonglah bukakan pintu ni!! Maafkan aku!! Tolong lepaskan aku!!"

"Hah! Kau suka sangat duduk dalam bilik tu kan?! Pergi matilah kau dalam bilik tu!!"

Sehinggakan dirinya sendiri dikunci di dalam bilik yang gelap dan sunyi itu.

Gempa kian mengurus apabila jadual pemakanannya tidak teratur dan dirinya sendiri tidak mahu makan. Lebih bertambah teruk hingga kerja sekolahnya juga tidak dibereskan dan dia sering tertangkap basah tidur di dalam kelas.

Jika ia sampai di pengetahuan abangnya iaitu Halilintar dan Taufan, mereka berdua pasti akan menghabiskan Gempa di waktu itu juga tanpa belas kasihan. Dan hukuman Gempa kian bertambah berlipat kali ganda apabila dia pulang ke rumah.

Dan hari ini, sudah kali ke-30 Gempa dikurung di dalam biliknya sendiri. Segala tingkap biliknya ditutup dengan papan kayu yang entah bila ia dipasang oleh saudara mengakibatkan biliknya sunyi dan gelap. Tidak cukup dengan itu, kabel elektrik di dalam biliknya terus dipotong membuatkan bilik Gempa menjadi panas dikala musim panas dan suram sejuk di waktu malam.

Untung Gempa masih mempunyai bilik air. Namun apa boleh buat di dalam bilik sejuk itu?

Gempa memanfaatkannya untuk sering meratapi dirinya di hadapan cermin bilik itu. Melihat sendiri wajahnya yang sudah hancur dan tiada seri lagi.

Jika Gempa terlalu murung dan menggila, Gempa akan memukul cermin itu berkali-kali sehingga retak dan tangannya terluka.

Sehingga kini, sudah banyak kesan torehan berada di lingkaran pergelangan tangannya.

"Kenapa... kenapa aku tak boleh mati..? Aku nak mati... AKU NAK MATI!!!"

Gempa menghantukkan kepalanya kuat di dinding bilik mandi itu dan di singki sehingga singki hampir longgar dan ada kesan darah padanya.

Gempa terduduk di atas lantai bilik mandi yang dilimpahi dengan air yang bercampur dengan darahnya. Dia melihat dirinya yang terpantul di permukaan air.

Sungguh hodoh.

Dan Gempa melihat di sekitar dirinya. Hanya ada serpihan kaca cermin akibat dari pukulannya.

Gempa mengambil serpihan itu dan menggoresnya di pergelangan tangannya. Sengaja ditekankan sedikit kaca itu di pergelangannya sehingga ia boleh merasai kaca itu menyentuh tulang tangannya.

"Kenapa... KENAPA TAK SAKIT?!! AAARGHHH!!!"

Gempa semakin menggores kuat di pergelangan tangannya sehingga darah dari tangannya terpecik di wajahnya dan di dinding serta masuk ke dalam limpahan air.

"MATI!! MATI!! MATILAH GEMPA!!! MATIII!!!!"

Gempa menikam pahanya menggunakan kaca yang tajam dan akhirnya perasaan yang selama ini dia cari dia jumpai.

"S-sakit... iskk.. sakit...! AAARRGHHH!!!!"

Gempa tidak berhenti dan malah dia semakin menikam kakinya sehingga banyak darah mengalir keluar dari kedua belah kakinya.

Gempa tertawa senang apabila melihat darahnya begitu banyak mengalir dan bercampur dengan limpahan air.

"Haha...hahaha! HAHAHAHAHA!! BANYAK DARAH!! BANYAKNYAAA!! HAHAHAAHAHAH!!"

Gempa membaringkan dirinya ke atas lantai bilik mandi yang dilimpahi dengan air yang berwarna merah. Dia bagaikan berada di kolam renang, dia menenangkan dirinya dalam air yang kotor itu seolah-olah ia suci dan bersih.

"Aahh... baru aku teringat...~"

Gempa mengangkat tinggi kaca yang ada di tangannya. Kaca yang berkilauan dan memantulkan wajahnya. Gempa tersenyum.

"Bukan ke... mak mati sebab dia kelar dirinya di leher..~?"

Gempa semakin mengembangkan senyumannya. Ditiliknya kaca yang tajam itu seperti menilik sebuah intan permata yang berharga.

"Hehehe~ hanya kita berdua sahaja sayangku~"

Gempa mencium serpihan kaca tersebut dan dia mula berdengung menyanyi.

"Hmm~ hmm~ you are my sunshine~ my only sunshine~"

"Gempa? Gempa kau dengar tak?!"

Gempa dengar ada sauradanya yang memanggil namanya dari luar pintu biliknya namun dia mengabaikannya dan terus menyanyi.

"You make me happy... though skies are grey~"

"GEMPA!! GEMPA BUKA PINTU NI!!"

BHAAM!
BHAMM!
BAM!!

Gempa menatap kaca yang dipegangnya dengan senyuman kebahagiaan. Entah kenapa dia seolah-olah dapat melihat maknya dan Tok Aba sedang memanggil namanya dengan riang sekali. Mata Gempa bersinar dan berair.

"And you will know dear...isk..isk.. how much.. isk.. I love you.."

Halaan kaca itu kini tepat selari dengan aras leher Gempa. Muncung kaca yang tajam dihalakan ke arahnya.

BHAAMM!!

"GEMPA!!!"

"And I will take... that sunshine.. away~"

Gempa terus melepaskan kaca tadi sebaik sahaja saudaranya berjaya masuk ke dalam biliknya.

Bagaikan masa yang berkalu dengan perlahan dan bunyi latar belakang degupan jatung mula bermain, membutang mata saudara Gempa yang lain apabila mereka melihat Gempa yang terbaring di dalam takungan air darah yang melimpah dan melepaskan serpihan kaca itu.

Bagaikan masa yang dihentikan secara tiba-tiba..

SLAASSSHH!!

"GEMPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!"












































THE END

Ha, kan dah cakap ending dia bukan happy ending. X,D Lolololol!
.
Oklah guys. Ani memang saja je buat cerita ni sebab nak seksa Gemgem kejap. So jangan marah ya~ x,D
.
Sudah, sudah! Jangan nangis dah. Gempa akan sedih kalau korang nangis tau! So chill guys! Uwu
.
Byeee~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro