⏳ 📓 Why You Dead? 📓 ⏳

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Terkejut Ani bila dapat noti yang ramai minta sequel dari buku ni. Lol!
.
Ok lah.. ok lah kita buat sambunganlah tapi Ani tak boleh janji geng kalau korang akan menangis lagi. X,D Tambah pula mood Ani sekarang tengah kuat di sisi menyedihkan. Lololol.
.
Ok di atas permintaan peminat- ehh lol!
Ok di atas permintaan readers Ani akan buatkannya!
.
Enjoy!
.
.
.
.
Tak payah ulang warning lah Ani malas nak taip atau main copy paste bagai. At least semua tahu at the end sedih jugak kan? Lol x,D
.
.
.

Zrraaaa~

Bunyi rintik-rintik hujan yang deras kedengaran dan ia membasahi muka bumi. Seolah-olah memahami situasi yang sedang berlaku, hujan mulai turun, daun-daun dan pokok-pokok mula layu dan berguguran jatuh ke tanah dengan kehampaan. Langit juga tidak menunjukkan sebarang tanda untuk cerah kembali dan akan kekal redup dan suram untuk jangka masa yang lama.

"Isk.. isk..."

Kedengaran bunyi suara isak tangisan dari seseorang. Dirinya sedang duduk berlutut dan menghadap ke sebuah kubur yang ada di depannya.

Pakaian yang dipakainya serba hitam dan lusuh akibat dari air hujan. Namun dia langsung tidak mempedulikannya dan dia terus membasahi dirinya di bawah hujan yang deras itu.

"Isk.. isk... m-maak... mak.. maafkan Gempa, mak... maafkan Gempa...!"

Gempa, seorang pelajar sekolah menengah tinggi kini bersendirian sedang meratapi kesedihan yang memuncak dalam dirinya. Dia merelakan air matanya terus mengalir dan bercampur dengan hujan yang deras turun menimpa tanah.

Gempa keseorangan. Dia sendirian di tapak perkuburan yang sunyi itu. Mungkin boleh dikatakan gila kerana siapa yang berani berada di kawasan terbuka namun menyeramkan itu sendirian.

Namun ia tidak sama sekali mengganggu mental Gempa untuk terus 'menemani' ibunya yang sudah ditanam di dalam liang lahad.

"Mak... mak... Gempa sedar salah Gempa mak... jangan pergi tinggalkan Gempa mak..."

Gempa menangis tersendu-sendan sambil melihat ukiran nama ibunya di batu nisan berwarna putih itu.

KRAKOOOMM!!

Bunyi sambaran kilat dan petir mengejutkan Gempa. Gempa pantas mendongak melihat ke langit yang mana hujan semakin deras turun menimpa bumi yang rata.

"Mak... G-Gempa takut..."

Gempa yang cukup terkenal dengan keberanian dan keyakinannya mula menundukkan kepalanya dan menyembunyikan wajahnya di sebalik lipatan kakinya.

Dia cukup trauma dengan bunyi dentuman kilat dan guruh. Baginya bunyi itu menandakan kematian. Seseorang yang disayangi pergi meninggalkan dunia yang fana.

Gempa tidak mahu bertahan lama di situ kerana dia dapat merasakan air di kawasan perkuburan itu bakal bertakung dan melimpah. Jadi dia segera bangkit dari duduknya dan berlari keluar dari kawasan tapak perkuburan yang sunyi tanpa sebarang hidupan di situ.

Gempa berlari dan terus berlari menuju ke rumahnya. Sambil-sambil itu dia menutupkan kedua belah telinganya dengan tangannya kerana mahu mengalihkan pendengarannya dari bunyi dentuman guruh dan kilat.

Walaupun berisiko bakal kemalangan kerana Gempa juga sedang menutupkan matanya, namun dia tidak peduli sama sekali akan nasibnya. Jadi dia teruskan berlari sehinggalah akhirnya dia tiba di muka pintu rumahnya.

Gempa yang berada dalam keadaan tercungap-cungap cuba menenangkan dirinya dan mengelap air matanya walaupun dia tahu matanya sudah bengkak teruk kerana menangis terlalu lama.

"Hhhaa... kau mesti kuat Gempa.."

Gempa menghela nafas dan mencapai tombol pintu. Sebaik sahaja pintu dipulas, Gempa terus melangkah masuk ke dalam rumah dan segera ditutupnya pintu tersebut.

"Saya dah bal-"

PANGG!!

Terkedu diri Gempa apabila dia tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang keras telah menampar wajahnya dengan begitu kuat sekali. Dia dapat rasakan jantungnya seolah-olah hampir gugur sebaik sahaja dia menerima sesuatu yang boleh dikatakan ialah tamparan yang kuat.

"BUDAK KURANG AJAR!! KE MANA KAU PERGI HAH?!!"

Gempa menoleh ke hadapan semula dengan penuh gementar dan membutang matanya apabila dia melihat wajah yang paling digeruninya.

Halilintar.

"A-abang... G-Gempa tadi pergi ke kubur mak.."

"BUAT APA KAU KE SANA HAH?!! DENGAN CUACA HUJAN LEBAT MACAM NI!! KAU MEMANG SENGAJA NAK CARI MAUT KE HAH?!!"

"Abang tolong maafkan Gempa! Gempa cuma rindu mak-"

"BUAT APA KAU RINDU DIA SEDANGKAN KAU PENYEBAB KEMATIAN DIA?!!"

Lantang suara Halilintar menjerit di hadapan Gempa. Gempa terus menundukkan kepalanya sambil mengetap bibir untuk menahan diri daripada terus mengeluarkan air matanya.

"Heh, rilek Hali... dia bukannya boleh buat apa pun. Mak dah mati kan? Sebab dia juga tu. Dia dah insaf lah tu..."

Suara seseorang datang menerpa di indra pendengaran Gempa. Dia mendongak sedikit dan melihat satu lagi abangnya iaitu Taufan datang mendekati mereka berdua sambil berpeluk tubuh.

Gempa dapat merasakan senyuman yang sedang terukir di wajah Taufan itu bukan senyuman yang selama ini dia melihatnya. Ia adalah senyuman sinis dan menghina.

"A-abang Taufan... maafkan Gempa sebab lambat balik."

"Heheh, takpe..takpe... kau dimaafkan."

Bagaikan satu kehangatan mengalir di tubuh badan Gempa. Dia rasa bagaikan diselamatkan apabila mendengar kata-kata abang keduanya tadi. Namun adakah ia akan berkekalan?

"Tapi dengan syarat..."

Senyuman yang hampir diukirkan oleh Gempa kian memudar kembali apabila mendengar suara abangnya itu bertukar dingin.

Gempa semakin menundukkan kepalanya dan menggenggam tangannya sendiri apabila Taufan semakin menghampiri dirinya.

Taufan berjalan mengelilingi Gempa sambil merenung tajam ke arah adiknya itu. Seketika itu, Taufan berhenti tepat di hadapan Gempa dan membelakangi Halilintar.

"Heh, muka macam kau ni kan, layak ke terima kemaafan? Aku rasa tak layak..."

Dengan sinis Taufan berkata sambil jari telunjuknya dengan selamba menuding dahi Gempa dengan kuat sehingga Gempa hampir terdorong ke belakang.

"Tak macam tu Hali?"

Taufan mengerling ke arah kembar sulungnya dengan pandangan sinis dan Halilintar mara melangkah ke hadapan sambil menatap Gempa dengan dingin.

"Daripada kau terima hukuman, baik kau mati terus! Aman hidup kitorang dan hidup kau sekali kan?!"

Kini Halilintar pula yang menolak kepala Gempa sehingga Gempa terundur ke belakang dan tersandar pada pintu di belakangnya dengan kuat. Gempa sedikit meringis kesakitan apabila dia merasakan satu denyutan kuat ada di belakangnya.

"Abang... Tolonglah maafkan Gempa. Gempa.. Gempa tak bermaksud pun untuk buat semua ni terjadi! "

"Kau tak bermaksud? Oh, so sekarang ni kau nak salahkan takdir?! Eeyy!! Manusia ni! PATUTNYA KAU YANG MATI LAH!! "

"Abang Hali tolong jangan cakap macam tu! Gempa.. Isk.. Gempa tahu Gempa salah! Isk.. "

Air mata jernih yang selama ini ditahan Gempa akhirnya jatuh mengalir melusuri pipi Gempa yang bengkak. Dia cuba menghapuskan air mata tersebut namun semakin ingin ditahannya semakin kuat ia mengalir.

"Heheheh! Kau nangis? Dah terlambat untuk kau menyesal, Gempa. "

Gempa merebahkan dirinya terduduk di atas lantai. Kepalanya mula pening kerana dia terus menerus menangis tanpa henti. Ditambah pula cuaca yang sejuk dan dia terdedah dengan hujan pada hari itu, pandangannya hampir ke arah kabur.

"Apahal ni? "

Bunyi suara salah seorang saudara Gempa satu lagi semakin mengagetkan Gempa. Tangannya mula terketar-ketar. Wajahnya bertukar pucat dan matanya membutang seolah-olah sedang trauma.

Taufan menoleh ke belakang serentak bersama Halilintar. Mereka berdua mendapati adik-adik mereka yang lain baru sahaja turun dari tingkat atas dan kini jumlah mereka adalah 7.

Taufan tersenyum sinis. Dia membukakan ruang untuk adik-adiknya melihat keadaan Gempa. Yang lain melihat hanya memandang datar ke arah Gempa.

"Apsal manusia ni balik hah? "

"Entah. Ingatkan dah berambus pergi. "

Solar dan Blaze bersuara dingin. Mereka seolah-olah cukup benci pada Gempa dan muak melihat wajah abang ke-3 mereka itu. Sehingga Ais dan Thorn yang terkenal lembut ke atas saudaranya memandang keji ke arah Gempa.

"Kenapa Abang Gempa balik? "

Thorn bersuara dingin. Gempa makin menundukkan badannya. Dia tidak mahu mendengar suara-suara dingin tersebut. Dia rindukan suara ceria abang dan adiknya.

"T-Thorn.. Abang-"

"JANGAN KAU BERANI PAKAI BAHASA 'ABANG' DENGAN THORN! "

Jeritan lantang Halilintar semakin mengagetkan Gempa. Isak tangisan Gempa semakin kedengaran. Gempa pantas menutup kedua belah telinganya menggunakan tangannya.

"Tolong... Tolong berhenti perlakukan aku macam ni!! Aku mohon!! "

Suara sayu dan sedih Gempa diabaikan oleh saudaranya. Mereka hanya menatap Gempa dengan pandangan datar dan tiada sebarang belas kasihan. Taufan yang sedang memandang Gempa berlutut kesedihan mula mendapat idea kejam.

"Hey, guys. Mari kita habiskan saudara kita ni. "

Yang lain pada awalnya diam kini menganggukkan kepala masing-masing dan mengukirkan senyuman kejam. Gempa yang mula merasakan firasat buruk mendongak melihat saudara-saudaranya yang kian menghampirinya.

Degupan jantung Gempa semakin laju. Ketakutan yang selama ini dirasainya kian membara di setiap benak jiwanya. Dia sudah buntu hendak lari ke mana.

"J-jangan.. Aku mohon.. Jangan!! "

"Memandangkan kau liat sangat nak mati, biar kami sahaja yang matikan kau. "

"Isk.. JANGAAAANNN!!! "

KRAKOOOMMM!!!

Dentuman guruh makin kuat kedengaran. Cahaya kilat yang saling sambar menyambar di langit kelam di malam hari dan memancarkan cahayanya di setiap ruang. Tidak ketinggalan di sebuah rumah 2 tingkat yang kedudukannya berhampiran dengan taman kawasan perumahan tersebut. Suasana di dalam rumah yang juga sedang turut dibasahi hujan itu kelihatannya suram dan senyap sunyi sekali. Mungkin kerana kesemua saudara kembar atau penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sedang lena tidur dibuai mimpi masing-masing.

Namun, adakah kesemuanya sedang menikmatinya?

"Hiks.. Isk.. Kenapa... Isk.. Sniff.. "

Di dalam sebuah bilik yang berada di hujung lorong bilik-bilik lain, terdapat seseorang penghuninya yang kini sedang terlantar lemah di atas lantai yang suhunya amat sejuk dan dingin. Dirinya seolah-olah lumpuh dari pergerakannya. Namun begitu, tiada sesiapa pun yang memperdulikan keadaannya.

Paling malang, oleh kerana lampu bilik tersebut sudah tidak berfungsi atau lebih tepatnya telah dipotong arus elektriknya, tiada sesiapa pun yang dapat melihat aliran darah merah pekat di atas lantai tersebut.

Bukan sahaja di atas lantai, malah di pintu, dinding dan di atas katil juga terdapat percikan darah merah dan kesan cakaran serta tapak tangan yang berwarna merah.

Gempa, satu-satunya penghuni bilik tersebut adalah insan yang sering diseksa dan dihukum berat oleh saudaranya. Kini dirinya sudah tidak bermaya berada di atas lantai tersebut. Dia langsung tidak memperdulikan kan keadaan suhu lantai itu. Baginya ia sudah cukup untuk menjadi kawasannya berehat.

Pandangan matanya yang selama ini juga selalu bersinar dan terang persis suria kini bertukar suram dan kosong. Dan jika ditenung lama,  ia bagaikan tiada kehidupan di dalamnya. Tidak lupa juga dengan jiwa Gempa yang kini seolah-olah sudah hilang dari jiwanya. Dirinya hanya bagaikan sebuah jasad tanpa nyawa di dalamnya.

Megimbas kembali akan penyeksaan yang dia peroleh dari saudaranya, kali ini sudah 15 kali dirinya diseksa dan dihentam kuat oleh abang dan adiknya sendiri. Semenjak penceraian mak ayah mereka dan pemergian mak mereka, Gempa mula disiksa dan dihukum dengan teruk sekali. Dia dibedal, dihentam, dipukul, disepak, dibelasah secukupnya dan malah ada juga ditusuk dengan pisau kecil atau sesuatu yang tajam di permukaan wajah dan badannya.

Mengingat kembali akan penyeksaan yang dialaminya, Gempa kembali mencurahkan air matanya. Dia memeluk dirinya sendiri dalam keadaan lemah itu. Segala sakit dan keperitan yang dirasai kian terasa kembali. Peritnya dan sakitnya hatinya sehingga mentalnya terganggu. Isak tangisan mula kedengaran di dalam biliknya itu.

Gempa mula mengimbas kembali akan nasib yang sedang menimpa dirinya yang sadis itu. Segalanya hancur berkecai dan sudah tidak ada harapan lagi. Tidak lupa juga dengan keadaannya sendiri sekarang.

Memandangkan Gempa kian disisih oleh orang di sekitarnya, dia mula berubah menjadi pendiam dan penakut. Dia sering kemurungan dan mengurung diri sendiri di sekitar tempat yang sunyi dan tanpa sesiapa pun ketahuinya. Dia juga sehinggakan mempunyai fobia takut akan orang ramai (Ochliphobia) dan sentuhan dari sesiapa sahaja (Hafefobia).

Oleh sebab fobia itu, kemurungan Gempa kian jatuh dan siapa sangka? Ia mencapai tahap Gempa mula berhalusinasi di kawasan sekitarnya.

Setiap kali jika dia dikelilingi oleh orang ramai, dia sering terbayangkan orang-orang tersebut akan memandang keji ke arahnya. Akan mengejek dan memakinya. Paling parah Gempa akan terganggu emosinya sehinggakan dia membayangkan bahawa orang-orang tersebut sedang membaling batu ke arahnya.

"Hhhh.. Heenntikaaan...! Aku mohon... Aku bersalah tapi aku mohon.. Hentikan semua ini... Isk... Salahkan aku untuk bertanggungjawab kepada semua..? Isk.. Hwaaaaa...!! "

Gempa mencengkam hatinya dengan kuat. Menahan segala keperitan dan kesakitan yang dia alami. Cukup. Cukup semuanya!! Dia sudah tidak tahan!!!

"Hey Gempa, daripada kau hidup. Baik kau mati saja. "

Keesokkan harinya setelah pulang sekola, ke-6 saudara sedang duduk bersantai di ruang utama rumah. Masing-masing sedang menjalani aktiviti mereka seperti biasa. Namun adakah sesiapa tahu? Bahawa mereka tiba-tiba mengalami firasat yang tidak beres?

"Hey, Hali. Kau... Masih marahkan Gempa ke? "

Taufan melirik ke arah abang kembar sulungnya itu. Kelihatan Halilintar sedang menggeset telefon pintarnya. Mendengar pertanyaan adik kembar pertamanya itu, Halilintar menghela nafas.

"Hhaa.. Aku tak tahu Taufan. Sudah 1 bulan kita seksa dia. Hati aku pun rasa... Tiba-tiba tak sedap. "

"Kau pun rasa macam tu? "

Halilintar menganggukkan kepalanya menjawab pertanyaan Taufan. Taufan hanya sekadar mengangguk menerima respon dari abangnya itu. Tangan kanannya menyentuh dada kirinya. Entah kenapa perasaannya sangat tidak sedap sekarang. Rasa sakit yang tiba-tiba menyapa dan fikirannya mula resah.
"Abang Gempa.. "

Tersontak hati Taufan dan Halilintar apabila mereka terdengar suara Thorn. Mereka memandang ke arah Thorn yang ternyata sedang memandang sebuah bingkai gambar yang ternyata mempunyai mereka ber-6 bersama Gempa dan ibu bapa mereka.

"Thorn? Kau buat apa tu? "

Solar bertanya dingin. Thorn menggelengkan kepalanya sambil mengetap bibirnya. Pandangan matanya seolah-olah sedang menahan satu perasaan yang tidak dapat diceritakannya. Thorn segera memandang ke arah 2 abangnya yang sedang duduk di atas sofa.

"Abang Hali, Abang Taufan. Thorn dah tak sanggup buat Abang Gempa macam ni. Thorn.. Thorn nak minta maaf pada Abang Gempa.. Isk.. "

Secara tiba-tiba air mata Thorn mengalir. Bingkai gambar yang berada di tangannya dipeluknya erat. Thorn membiarkan air matanya terus mengalir turun. Blaze dan Ais yang memandang mula berasa sayu.

"Maafkan Blaze untuk katakan ini tapi... Blaze dah tak sanggup buat Abang Gempa macam ni. Kau tak rasa macam tu Ais? "

Ais menganggukkan kepalanya. Walaupun wajahnya masih tetap datar pada waktu itu, namun tiada sesiapa tahu betapa menangisnya hatinya merindui kehangatan abang kesayangannya itu.

Solar yang memandang keadaan saudaranya menghela nafas. Buku yang dibacanya sudah tidak menarik lagi. Hatinya mula terasa sakit sembari mengingat kembali akan perlakuannya kepada Gempa.

Di waktu persekolahan, atau lebih tepatnya di perpustakaan sekolah, Solar sedang membaca di kawasan rak buku dengan begitu khusyuk sehinggalah dia ternampak abang ke-3 nya iaitu Gempa diheret paksa oleh beberapa orang pelajar.

Solar pada awalnya tidak mahu memperdulikan hal tersebut namun entah kenapa tubuh badannya seolah bergerak sendiri mengikuti pelajar tersebut bersama Gempa.

Solar mengikuti mereka sehinggalah mereka akhirnya berada di hujung kawasan perpustakaan. Terbeliak mata Solar apabila dia melihat abangnya sedang dibuli teruk oleh pelajar-pelajar tersebut. Dengan sadis Gempa dibuli dan dipukul. Namun Gempa tetap diam walaupun dirinya sedang menangis keseksaan.

Gempa cuba sehabisnya untuk menahan suaranya kerana dia tidak mahu sesiapa datang. Bukan kerana tidak mahu, menyusahkan. Malah Gempa khawatir jika yang datang itu akan semakin menambah penyeksaan yang sedang dia hadapi sekarang.

Gempa terpandang Solar yang sedang mengintai mereka. Mata mereka saling bertembung. Gempa bagaikan tergerak hati mahu meminta tolong Solar dengan memanggil namanya. Namun belum sempat Gempa membuka mulut, Solar sudah berpusing dan melarikan diri dari situ. Betapa hancurnya hati Gempa untuk menerima perlakuan adiknya yang sebegitu.

Akhirnya Gempa dibelasah cukup-cukup sehingga dia dipanggil untuk ke bilik disiplin dan didenda teruk oleh pihak sekolah. Dalam waktu mereka sedang makan, Gempa telah dimaki hamun oleh Halilintar dan Taufan namun dia tidak sekali pun mengungkit akan pertembungannya dengan Solar. Solar juga malah mendiamkan diri sahaja tanpa mempedulikan kesakitan yang sedang dialami oleh abangnya itu.

Mengingat kembali akan kesedihan yang sedang dilalui oleh abangnya itu, Solar dalam diam menangis dan menggigit bibirnya sendiri untuk menahan suaranya daripada terkeluar. Lembap. Dia cukup lembap. Dia tidak sedar bahawa dia cukup sayangkan abangnya itu namun ego dan kemarahannya itu sering menguasai dirinya.

"Thorn.. Haih... Baiklah kalau macam tu. Kita akan bercakap dengan Gempa. "

Dan akhirnya Halilintar mengalah. Thorn yang mendapat keizinan daripada abang sulungnya tersenyum riang. Dia mula bangun dari tempat duduknya dan melompat riang.

"Baiklah! Thorn akan panggil dan bawa Abang Gempa ke sini ya? Tunggu tau semua! "

Dengan semangat Thorn berlari menuju ke arah tangga dan menaikinya. Mereka yang lain yang memandang hanya tersenyum lucu memandang kerenah Thorn.

"Haa... Leganya aku rasa bila kita akan bersatu kembali. "

Taufan menghela nafas lega sambil menyandarkan dirinya di sofa.

"Aku dah tak sabar nak mulakan hidup baru kita bersama Gempa. Aku yakin dia akan ceria semula. "

"Yup! Dan aku pun nak ajak Abang Gempa main bola sepak! "

"Hahaha! Kita kena tunggu kaki Gempa baik dulu, Blaze. Kau tak ingat ke kita dah lukakan kaki dia tempoh hari? "

"Eh.. Ha'a lah! Aduhh... Menyesalnya.. "

Kesemua yang berada di situ mentertawakan Blaze yang sedang kecewa. Mereka semua menantikan kehadiran Gempa yang akan muncul tidak lama lagi. Masing-masing sedang membayangkan betapa cerianya wajah Gempa nanti. Tersenyum manis dan penuh keseronokan seperti dulu.

Tetapi...

Adakah ia akan terjadi?

...

Thorn yang sedang berjalan mendekati bilik abang ke-3 nya semakin ceria apabila dia semakin hampir. Walaupun di benak hatinya ada terasa sedikit tidak sedap hati, namun dia mengabaikannya. Disangkakannya ia adalah satu firasat yang biasa-biasa sahaja.

Namun..

Tok! Tok! Tok!

"Abang Gempa? Abang, Thorn ni! "

Senyap.

Thorn meneguk ludahnya. Terdetik hatinya perasaan yang tidak sedap yang kini mula menguasainya. Thorn cuba untuk memulas tombol pintu bilik Gempa. Namun nihil. Ia terkunci.

"Abang... Abang! Abang buka pintu ni!! "

Thorn cuba menguatkan sedikit ketukan pintunya. Namun tetap sama saja. Thorn terus melekatkan telinganya pada pintu bilik Gempa. Dengan sayup-sayup Thorn dapat mendengar bunyi aliran air yang nyatanya dari bilik mandi.

DOOOMMM~

Perasaan tidak sedap hati menguasai jiwa Thorn. Nafasnya mula tidak teratur. Pemikirannya mula kalut memikirkan keadaan Gempa di dalam. Dan tanpa berfikir panjang, Thorn terus berlari menuruni tangga untuk mendapatkan abang-abangnya yang lain.

"ABANG HALI!! ABANG TAUFAN!! TOLOONNGG!! "

Tersentap jiwa saudara kembar itu apabila mereka mendengar suara jeritan Thorn. Halilintar dan Taufan yang pada awalnya tenang mula berubah wajah.

"Hali... J-jangan cakap... "

"Tolong!!! Tolong Abang Hali!! Isk.. Bilik Abang Gempa!! Terkunci!! "

Thorn mula mengeluarkan air matanya deras. Mulutnya mula terketar-ketar sambil tangannya juga turut bergetar ketakutan.

Terbelalak mata mereka melihat keadaan Thorn dan apa yang dikatakannya barusan tadi. Perasaan yang mereka alami selama ini mula menyapa. Masing-masing memaparkan wajah histeria dan pucat.

Lalu tanpa membuang masa, Halilintar terus bangun dari duduknya dan berlari menuju ke tangga. Saudara yang lain juga dengan tangkasnya mengikuti Halilintar dari belakang. Mereka semua berdoa dalam hati semoga mereka sempat menyelamatkan Gempa.

Namun kadang nasib tidak menyebelahi kita bukan?

Kini mereka sudah tiba di hadapan bilik Gempa. Halilintar dalam keadaan tercungap-cungap mula memular tombol pintu bilik Gempa dengan kuat.

Namun tetap sahaja ia dikunci dengan kuat. Tiada cara lain! Mereka harus memanggilnya dari dalam!!

"GEMPA!! GEMPA BUKA PINTU NI!! "

BHAAM!!
BHAMM!!
BAM!!

Halilintar mengetuk atau lebih tepatnya memukul pintu dengan kuat. Suaranya dilantangkan semoga adiknya mendengarnya. Tidak lupa juga Taufan dan Blaze turut menjerit nama Gempa berulang kali namun jawapannya tetap sahaja sama.

"Hiks.. Isk.. Macam mana ni?!! Thorn tak nak kehilangan Abang Gempa!! "

Thorn mula menangis kuat. Halilintar dan yang lain mula mengetap gigi mereka ketakutan.

"Taufan! Blaze! Tolong aku banting dan runtuhkan pintu ni! "

Tanpa memprotes, mereka bertiga mula membanting pintu bilik Gempa dengan kuat.

Cubaan pertama tidak berhasil.
Cubaan kedua masih tidak berhasil.
Cubaan ketiga mereka dapat merasakan pintu hampir tercabut.
Cubaan keempat mereka semakin menguatkan bantingan pintu sehinggalah,

BHAAMM!!

Saudara Gempa mula mencari kelibat Gempa sehinggalah mereka ternampak Gempa yang sedang berada di dalam bilik mandi dan sedang memegang sebuah serpihan kaca yang tajam.

Jantung mereka seolah-olah hampir berhenti berdegup.

"GEMPA!!!"

"And I will take... that sunshine.. away~"

Gempa terus melepaskan kaca tadi sebaik sahaja saudaranya berjaya masuk ke dalam biliknya.

Bagaikan masa yang berkalu dengan perlahan dan bunyi latar belakang degupan jatung mula bermain, membutang mata saudara Gempa yang lain apabila mereka melihat Gempa yang terbaring di dalam takungan air darah yang melimpah dan melepaskan serpihan kaca itu.

Bagaikan masa yang dihentikan secara tiba-tiba..

SLAASSHHH~!!!

Tidak..
Tidak..
Tidak..!!

Mereka semua kaku berada di situ melihat kejadian yang menyakitkan yang sedang terjadi. Serpihan kaca tadi... Ia menusuk masuk ke dalam leher Gempa!!
Dengan di luar kawal air mata mereka bercucuran jatuh. Nafas mereka tidak keruan. Jantung mereka berdegup kencang.

Darah mengalir keluar dari leher Gempa dan Gempa... Sedang tersenyum kegembiraan.

"GEEEMPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!"

KRAKOOMM!!

Hujan menitis turun di permukaan bumi yang kian suram dan sayu. Meninggalkan kesan dan memori yang dalam kepada hidupan yang berada di atasnya.






















The End(?)

Hahaha! Amacam guys? Best tak? 😆 Ani cuba sebaik mungkin untuk buatkan sequel yang korang minta ni menjadi lebih menyakitkan hati. 😂
.
Hahaha jangan marah ya~
.
Ada sesiapa perasan ke Ani buat (?) tu? Hmm... Apa maksudnya ya? 😋
.
Pernah terfikir tak.. Nak menjadikan sesuatu cerita yang awalnya sad ending menjadi... Happy ending? 😉
.
Tapi macam mana ya?
Uwu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro