DUS 1 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

{𝘞𝘩𝘦𝘯 𝘴𝘢𝘥𝘯𝘦𝘴𝘴 𝘧𝘪𝘭𝘭 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘩𝘦𝘢𝘳𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘦𝘢𝘳𝘴 𝘧𝘭𝘰𝘸 𝘪𝘯 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘦𝘺𝘦𝘴, 𝘢𝘭𝘸𝘢𝘺𝘴 𝘳𝘦𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳 𝘵𝘩𝘳𝘦𝘦 𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨𝘴: 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘴 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶, 𝘴𝘵𝘪𝘭𝘭 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶, 𝘢𝘭𝘸𝘢𝘺𝘴 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺ou. }

••••••
.
.
.

Happy reading! ♥️

"PUTERI QAIREEN NISRINA!"

Jeritan yang bergema dari arah dapur itu membuatkan langkah aku semakin tergesa-gesa. Pantas rambut aku diikat kemas seperti selalu sebelum cermin mata juga turut aku pakai. Dan cap hanya sempat aku capai sebelum aku berlalu turun ke dapur dengan lekas.

"Yes, ibu. Sekejap!"

Hesy, tak sah betul kalau tak bising pagi-pagi kan? Nasib juga bukan pagi sangat. Kalau kejut aku subuh macam tadi, huh memang sah aku bangun awal siap solat berjemaah lagi.

Aku duduk di atas kerusi sebelum tersengih memandang ibu yang sudah bercekak pinggang memandangku. Jangan cakap dengan aku yang ibu nak mulakan tazkirah pagi dia sudahlah...

"Reen, cubalah bangun awal sikit, tolong ibu dekat dapur ke apa. Ini tidak. Masa nak pergi U pun susah betul nak bangun kan? Reen, kita ni orang perempuan kenalah rajin-rajin masuk dapur sikit. Tolong ibu apa yang patut. Bukan asyik tidur saja. Reen kena ingat, Reen tu perempuan. Umur dah meningkat dua puluhan pun. Tolong Reen, ubah sikit sikap pemalas tu ya."

Yeah, kawan-kawan. Puan Sara a.k.a ibu kesayangan aku telah pun mulakan takzirah pada  petang ini. Eh, bukan aku tak tahu ayat-ayat seterusnya tu.

First, Reen... bangun pagi. Jangan tidur saja!

Second, Reen... kamu tu perempuan, cubalah tolong sikit apa yang patut. Tolong ibu ni dapat pahala juga tau.

Third, Reen... rajin-rajinlah diri tu tolong ibu dekat dapur ni. Umur pun dah meningkat. Jangan asyik terperap dalam bilik.

Ya para readers sekalian. Itulah antara ucapan yang selalu sangat aku dengar. Ayat-ayat itu semua adalah basic. Benda yang selalu diulang banyak kali. Telinga ni pun dah penat mendengarnya. Disebabkan aku tak nak jadi anak derhaka, aku tadah juga telinga ini mendengar setiap berpatah-patah perkataan yang keluar dari mulut ibu. Memang tak sah kalau mulut tu tak membebel dekat anak-anak. Nasib juga anak-anak ibu ada tiga orang saja. Kalau sepuluh orang?

Memang bernanahlah telinga ni nak mendengar.

"Ya ibu. Reen faham. Eleh, adik tu pun perempuan juga. Kenapa asyik Reen je yang kena tapi adik tak pun? Hello ibu, dia tu perempuan sama macam Reen," kata aku cuba mempertahankan diri. Weh, asyik aku saja yang kena. Habis adik perempuan aku tu pula? Dia pun malas saja aku tengok masuk dapur. Tolong pun tak adalah sangat tapi kenapa asyik aku yang kena?

Ini tidak adil, tidak adil bagiku~

Eh ternyanyi pula. Hehehe.

"Adik tu pun sama saja dengan kamu. Tapi nasib baik dia rajin juga tolong ibu. Tak macam Reen. Reen ni nanti nak jadi isteri orang tau. Risau ibu dengan perangai kamu ni. Lagi pun adik tu dah nak SPM, Reen. Ibu bagilah dia peluang sikit. Nanti lepas habis SPM, dia pun ibu tarik tolong ibu."

See, ibu nak juga back up adik. Kononnya adik SPM lah apalah. Eh hello, aku pun final years tau tahun ni.

Exam pun lagi beberapa bulan. Aku ni ha yang exam dulu berbanding adik. Kenapa aku juga yang kena? Hah yelah tu mengalah dengan budak ya? Hmm best betul.

"Yelah ibu. Nanti kalau Reen tak busy sangat, Reen tolong ibu okay? Maafkan Reen."

Lembut aku menjawab. Sebenarnya aku faham keadaan ibu. Dahlah ibu tunggal. Ada anak tiga orang yang memang tak dapat nak membantu sangat. Dengan ibu yang kerja kantin sekolah dekat sekolah menengah adik lagi. Mesti ibu penat. Ada anak pun tak membantu ringankan beban ibu.

Abang aku dia sibuk. Bekerja siang dan malam. Adik pula macam yang ibu cakap tadi, dia nak SPM tahun ini. Jadi dia tak dapat nak bantu ibu.

Aku ni pun bukannya tak nak tolong, tapi yelah macam aku cakap tadi. Aku ada exam lagi beberapa bulan. Aku sibuk dengan pelbagai di universiti. Pagi hingga ke petang aku ada kelas. Malam pula aku terperuk dalam bilik untuk study atau siapkan assignments. Kalau aku tak usaha dari sekarang, macam mana nak membuatkan hasil? Sia-sia sajalah aku belajar tiga tahun selama ini kalau aku failed. Dahlah aku ambil course yang aku tak minat langsung. Tapi demi ibu, aku sanggup buat apa saja. Asalkan apa yang aku buat boleh bahagiakan kami sekeluarga.

"Dah makan cepat. Reen kata Reen ada class pukul 2 petang nanti kan?" soal ibu lalu kerusi berdekatan aku di duduknya.

Aku angguk kepala. Nasi goreng kampung yang dimasak oleh ibu dikunyah perlahan-lahan. Sedap! Macam selalu.

"Haah ibu. Kejap lagi Reen geraklah. Ni kenapa ibu balik awal? Kerja dah habis ke?"

Ibu sebenarnya kerja dekat kantin sekolah dari pukul 9 pagi sampai pukul 3 petang. Nasi goreng kampung itu mesti ibu masak untuk murid-murid sekolah tetapi ada lebih. Abang sulung aku pula mesti dekat bengkel lah mana lagi waktu-waktu begini. Adik aku? Pukul dua macam ni pun tak balik sekolah lagi. SPM, kan? Mesti ada kelas tambahanlah apalah. Normal lah tu.

"Ibu balik bawa lauk lebih tadi kejap. Ibu tahu Reen mesti lapar. Alang-alang tu ibu tunggulah sekali sampai Reen pergi universiti. Kejap lagi ibu ke sekolah semula. Nak mengemas apa yang patut." MasyaAllah, baik betul hati ibu aku ni. Ini yang sayang lebih ni.

"Hehehe faham, oh ya ibu. Reen baru teringat yang Reen balik lambat sikit hari ni tau. Reen nak spend time dengan Hans sebab hari ni hari last day dia dekat U. Adalah cadang nak makan-makan ke apa nanti. Boleh kan ibu?" soal aku minta keizinan.

Ibu tersenyum kecil. Lengan aku diusap-usapnya. "Kalau dengan Hans, ibu kasi aje. Sebab ibu percayakan dia. Oh dia dah last day ya? Cepat je dia dah habis belajar. Nanti lepas ni Reen pula." Aku mengangguk sambil meneguk air kosong. Ya, selepas ini aku pula menyusul langkahnya.

"Cepat apanya ibu? Hans tu dah empat tahun dah tak graduation lagi. Reen ni yang tiga tahun pun dah nak habis pengajian dah lagi beberapa bulan. Yeah, lepas ni Reen bolehlah cari kerja tolong ibu. Kesian ibu penat kerja."

Ibu terdiam. Lantas memandang aku.

"Reen, ibu tak minta semua tu. Dan ibu tak halang pun Reen kejar cita-cita Reen. Ibu tahu Reen minat musik, kan? So, tak perlulah susahkan diri Reen tu kerja untuk tolong ibu. Selagi ibu hidup, ibu mampu lagi tanggung anak-anak ibu semua. Jangan risau, ibu akan cuba buat yang termampu dan terbaik untuk kita anak-beranak." Luluh hati aku sebagai seorang anal mendengar kata-kata seorang sang ibu. Terus lengan ibu dipeluk sayang.

"Ibu please. Jangan cakap macam tu. Reen, abang akan bantu ibu untuk sara kita semua. Ibu tu sepatutnya tak payah kerja dah. Cukuplah ibu besarkan kami selama ni dengan penat lelah. Tak apa, nanti kalau Reen dah dapat kerja yang bagus, Reen nak ibu duduk je dekat rumah. Tak payah kerja-kerja lagi. Reen tahu ibu mampu dan larat lagi, tapi sampai bila ibu? Kita cari duit sama-sama untuk bayar hutang ayah okay?" pujuk aku perlahan.

Ibu adalah insan yang paling banyak berkorban demi keluarga kami. Kerana aku tiada seorang ayah yang bertanggungjawab, yang mampu mengambil alih tugas ibu itu. Malah ayah semakin membebankan kami sekeluarga.

Ibu tersenyum manis. "Maafkan ibu, sayang. Kalau ibu tak mampu beri yang terbaik untuk korang bertiga." 

"Hish, dahlah ibu. Suka cakap macam tu. Ibu tak buat salah pun dengan Reen, dengan abang dengan adik. Jangan nak minta maaf dah lepas ni. Dan jangan cakap macam tu lagi. Reen tak suka. Ibu dah buat yang terbaik untuk kami. Percayalah."

Ya Allah, sumpah aku sebak. Aku bagaikan anak yang tak berguna membiarkan ibu aku sendirian bekerja untuk menyara kami, bayar hutang judi ayah lagi, dengan duit bil api air semua dan keperluan hidup. Disebabkan itulah aku cuba untuk tidak menyusahkan ibu. Walaupun kadang-kadang aku gagal cuba lakukan yang terbaik.

MasyaAllah, kau permudahkanlah urusan aku sekeluarga untuk meneruskan kehidupan seperti keluarga yang bahagia.

"Dah anak ibu ni. Cengeng pula dia." Kepala aku diusap, penuh kelembutan. Aku mencebik manja melihat senyuman ibu.

"Ibu punya pasal la ni eeii!" 

Setiap kali ibu cakap pasal hal begini, pasti aku akan menangis. Bukan kerana kasihankan ibu, tetap aku terasa diri aku sebagai anak yang tak berguna membiarkan ibu dan abang berdua membantu kami adik-beradik. Pembayaran duit untuk belajar di universiti, bukannya murah. Mahal. Tambah pula aku dapat masuk universiti yang memang agak bagus di Kuala Lumpur ini.

Kalau bukan sebab ibu penguat aku selama ini, memang aku dah lama berhenti belajar dan aku akan tolong ibu dengan cari kerja. Nasib juga aku dapat tajaan biasiswa. Tak perlulah ibu bersusah-payah kerja keras untuk pembiayaan aku pula.

Sekarang mungkin kehidupan kami sudah senang dan selesa sedikit, kerana semua anak-anak semakin membesar. Dan abang juga sudah bekerja membantu ibu. Tetapi kalau keadaan kami dulu, memang aku sedih bila teringat kembali. Kehidupan aku sudah semestinya tidak senang seperti orang lain. Aku bukanlah seorang gadis yang dilahirkan dalam golongan anak orang berada. Lahir-lahir sahaja sudah menjadi anak orang senang. Apa nak, semua dapat. Dan aku sedar diri. Sentiasa akan ingat pengorbanan ibu dan kesusahan untuk teruskan hidup. Aku tak akan lupa. Aku akan terus jadi orang yang baik.

***

Sampai saja di dalam dewan kuliah, fikiran aku mula melayang dan teringat semula bagaimana kehidupan aku dari dulu sampai sekarang. Alhamdulilah kami adik-beradik membesar dengan elok dan menjadi orang yang baik. Hanya ibu yang menjaga kami sekeluarga dan dia adalah ketua keluarga.

Ayah aku?

Huh, dia bukan lagi ayah aku. Ya, memang betul dia masih ayah aku walaupun ibu dan ayah sudah bercerai semasa aku berumur 14 tahun. Tapi aku tak ada ayah yang macam tu. Sakitkan ibu, menyusahkan kami sekeluarga dan tak pernah menjadi seorang ayah yang baik untuk kami. Yang ayah tahu apa? Berjudi, berhutang, berjudi, berhutang. Itu saja yang ayah aku tahu. Kalau dia kalah judi, duit siapa yang ayah aku akan cari? Semestinya lah duit ibu dan abang yang penat bekerja siang malam pagi petang itu.

Aku sumpah rasa sakit hati dengan ayah. Benci? Berdendam? No, tidak. Aku bukanlah seorang yang berdendam dengan seseorang. Apatah lagi sampai nak membenci. Aku cuba kecewa. Aku diajar oleh ibu supaya tidak berdendam dan membenci ayah kandung sendiri. Walaupun hidup aku begini, namun aku tetap bahagia dengan keluarga aku. Sampai sekarang alhamdulilah kami bahagia hidup berempat.

Walaupun aku sebenarnya minat music, tapi demi ingin mengubah kehidupan keluarga aku, aku sanggup ketepikan minat dan keinginan aku demi ingin mendapatkan kerja yang lebih bagus dari seorang pemusik yang berjaya. Aku ingin mengubah nasib keluarga aku. InsyaAllah satu hari nanti.

Tak mengapalah, minat tetap minat. Cita-cita aku adalah ingin bekerja di syarikat yang besar dan mewah, supaya aku dapat tolong keluarga. Itu pun dah cukup memadai.

"PUTERI QAIREEN NISRINA!"

Aku tersentak dari lamunan apabila nama panjang aku di laung sama seperti ibu panggil aku tadi. Sekali lagi ya, nama aku dipanggil. Huh, nama aku sedap sangat agaknya sampaikan semua orang hari ini nak panggil nama panjang aku. Kenapa tak panggil nama ayah aku sekali? Lagi bagus. Heh, heh.

Terus aku berdiri tegak apabila madam Mona atau nama panggilan 'makcik singa' yang sudah merenung aku macam nak tebus itu.

"Ye... yes madam?" Gelabah aku pandang si makcik singa yang berbaju merah hari ini. Cantik, tapi garang perwatakannya. 

"You know that I'm teaching right now right? Kenapa awak berangan? Dah sampai mana fikiran awak pergi? Tak boleh fokus ke apa yang saya tengah mengajar di hadapan?" jerkah madam Mona. Aku tergamam. Kelu lidah untuk menjawab.

Madam bercekak pinggang pula. Eh, eh? Dengan semua pelajar pandang aku sekarang dah kenapa! Halah macamlah korang tak pernah berangan dalam kelas dan kena sergah macam tadi. Malah lagi teruk dari aku pun ada.

Hello, bukan aku seorang saja yang pernah kena okay. Tunggulah siapa yang gelakkan aku tu. Dan antara orangnya... Farha!

Mencerlung aku pandang dia yang ada dekat sebelah aku. Dasar tak guna betul minah ni. Dia boleh gelakkan aku? Bukannya dia nak tegur aku yang madam tengah perhatikan aku dari tadi. Ini tidak, dia boleh gelak selamba babun dia saja. Hesy, memang nak kena minah ni!

'Siap kau!'

Aku bagi eyes contact dekat Farha. Kononnya nak takutkan dia. Tapi malah, minah itu sibuk ketawakan aku. Malah semakin kuat.

"I'm sorry madam." Aku menunduk kepala. Malu woi kena sembur depan satu class. Hekeleh, madam ni pun satu. Masa aku berangan, kau nampak saja kan? Masa orang lain, tak ada pula kau nak tegur bagai. Mereka siap membawang lagi kadang. Ada juga yang bermain telefon di bawah meja.

Annoying saja lebih.

Madam Mona mengeluh perlahan. "Awak tahu kan yang awak tu dah final years? Kalau awak masih main-main macam ni, macam mana awak nak exam nanti?" Terpejam mata aku dibuatnya.

Sumpah, walaupun aku tak minat course business management ini, tapi aku tak pernah main-main. Cuma berangan macam tadi tu selalulah juga. Tapi aku tetap dapat gelaran dekan okay walaupun aku agak tidak berminat dengan course ini. Tapi dah bertahun aku hadap macam ni, nak tak nak aku terpaksa habiskan juga sampai tamat pengajian.

"I'm sorry again, madam. Saya janji saya tak akan buat lagi lepas ni." Dengan yakin aku menjawab.  Kalau aku buat juga, aku janji lagi. Apa susah?

"Fine, I trust you. You can sit down now. Guys, continue your work," arah madam Mona tegas. Dia tidak lagi memberi perhatian pada aku. Aku terus duduk dengan leganya.

Peha Farha dicubit terus. Geramnya aku!

"Auch, sakitlah gila!"

Hah, apa? Sakit? Oh, kisah apa aku dia sakit ke tidak! Hati aku yang sakit sekarang ini.

"Padan muka kau."

Benci betul aku. Selepas itu, aku mula jadi Qaireen Nisrina yang serius dan fokus dalam pelajaran semula.

***

Habis saja class madam Mona, terus aku keluar menuju ke taman mini universiti. Hans kata nak jumpa aku dekat situ. So, yeah, aku pun okay sahaja. Farha pula lepas habis class tadi dia terus balik rumah. Ada hal katanya.

Entahlah minah tu. Merajuk agaknya. Nanti-nantilah aku pujuk. Kalau rajin.

Dari jauh aku sudah nampak kelibat Hans. Dia  apa lagi? Dengan camera dia itulah. Kadang aku jealous tau dengan dia. Hans boleh dapat apa yang dia nak. Walaupun keluarga Hans tak adalah mewah dan kaya mana. Tapi syukur alhamdulilah dia masih dapat kejar apa yang dia minat. Salah satunya?

Itulah minat dia. Menjadi photographer yang berjaya. Dia dapat ambil course itu tanpa halangan sesiapa. Even, mama dia pun tak kisah. Yelah, anak seorang saja kan. Hans tak ada adik-beradik. Dia hanya tinggal berdua dengan mama dia. Tapi tak apalah, aku tumpang gembira dengan dia sebab dia dapat capai cita-cita dia.

Dia walaupun masih student, dia dah ada studio sendiri tau. Studio dia tu pun dah semakin terkenal sekarang. Banyak tawaran dari klien dia dapat. Untung gila! Jealous betul aku.  Hans juga selalu jadi photographer tak berbayar di universiti ini. Hasil gambar dia itulah yang menjadikan dia terkenal sehingga banyak tawaran dari klien. Aku percaya, satu hari nanti mesti dia akan lebih berjaya. InsyaAllah aku doakan untuk dia selalu.

"Bunga, kau tercegat apa lagi dekat situ, huh? Sinilah cepat!" Aku terus tersentak. Oh, Hans sudah nampak aku rupanya. Terus aku tersenyum dan duduk di hadapannya.

Oh lupa nak cerita, Hans ini memang suka panggil aku Bunga. Kalau nak panjang sikit, dia panggil aku bunga mawar putih sebab nama maksud Nisrina dalam nama aku itu. Kiranya nama manja Hans untuk aku, lebih kuranglah.  Mengada tau si Hans ni. Kadang kalau dia bagi aku bunga, mesti dia pilih bunga mawar yang berwarna putih. Aku pun suka!

"Hans, aku nak mengadu something dekat kau ni." Lengannya aku goyangkan. Nak alihkan perhatian dia untuk pandang aku berbanding kamera dekat tangan dia itu.

"Hmm cakaplah."

Eh, ini yang aku rasa nak mengamuk. Dia buat tak endah saja? Oh lupa. Dia kalau dah dengan kamera dia tu, memang terus lupa orang sekeliling. Fokus betul mamat ni.

"Hish, bencilah aku dengan kau ni!" Baru saja aku berura-ura ingin berdiri dan melangkah pergi, terasa lengan kanan aku disambar oleh Hans dan aku jatuh terduduk semula di tempat tadi. Dan yeah, makin rapat pula tu dengan dia.

"Bunga sayang, kenapa kau nak merajuk ni? Ini mesti kau ada masalah kan? Kalau tidak, bunga aku tak akan blah macam tu je. Okay tell me now, apa yang kau nak cerita dekat aku tadi? Sorry kalau aku buat kau terasa. Aku tengah tengok gambar-gambar kenangan terakhir yang aku tangkap tadi dengan semua budak batch aku. Now, I'm listening, cerita cepat." Kamera ditangan pantas diletakkan semula di atas meja dan dia berpaling untuk memandang aku.

MasyaAllah, suara dia tu... sumpah semua gadis-gadis akan cair.

Korang tak percaya? Tengok eh sekejap lagi mesti ada perempuan lalu-lalang tengok aku semacam. Tak pun jeling aku sebab jeles aku rapat dengan seorang hero Malaya yang kacak lagikan baik hati di universiti ini.

"Ya Allah Hans, kau tahu tak tadi madam Mona malukan aku! Eeee, sumpah aku tak puas hati dengan dia. Dasar makcik singa betul." Dengan geram aku bercerita pasal kes tadi. Fikiran aku mula teringat kejadian tadi. Sakit juga hati aku ini.

Hans sudah tergelak kecil. "Dia buat apa dekat kau sampai kau marah sangat ni, Bunga?"

"Kau tahu tak dia kan..."

"Eh, hi abang Hans!" Terus aku terdiam apabila ada suara langau yang memotong percakapan aku. Tumpuan Hans terus beralih ke arah suara itu.

Hesy, sibuk betul la langau-langau ni. Orang nak bercerita pun susah tau tak!

Abang Hans, abang Hans. Menyampah gila aku dengar. Geli!

Tak boleh ke tak kacau aku nak berdua sahaja dengan Hans?

Betul lah orang cakap, kalau berdua-duaan dengan lelaki, mesti akan ada orang ketiga. Iaitu syaitan. Ya, inilah syaitan di hadapan aku sekarang. Syaitan gedik.

Okay, joke.

....

TBC!




Assalamualaikum hai. So far macam mana gais? Okay ke? Hehehe. Walaupun ni dah masuk book keempat sis, tapi sis tetap rasa ayat yang sis guna agak pasar dan teruk! Right? 😂❤️

Ugh, sis akan perbaiki lagi nanti. Maaf diatas segala typo d cacat cela tau.

So korang jangan lupa..

VOTE, COMMENTS, SHARE! ❤️

P/s: Nisrina bermaksud- Bunga mawar putih. So, sebab tu Hans panggil Reen, Bunga. Faham en? Kbye love!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro