DUS 2 🦋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Don't trust to much in love. Once we get betrayed by someone we trust, we'll change."
•••••••

.
.
.

Happy reading!♥️

" Eh, hai abang Hans!" Terus aku terdiam apabila ada suara langau yang memotong percakapan aku.

Hans pandang aku seketika sebelum dia membalas senyuman gadis tersebut dengan begitu kekok. Gaya seperti tidak ikhlas.

"Oh err, hai. Erm, Rossa kan?"

Ewah kau Hans. Ingat pula kau ya dengan nama langau seekor ni?

Aku dengan wajah yang begitu menyampah sekali hanya mendiamkan diri saja. Membatu. Sambil mata memang tidak lepas memandang wajah gedik si Rossa itu. Eee, menyampah betul aku!

"Wow! Abang Hans ingat nama Rossa? Awh how sweet you are handsome man!" See, kau orang tengoklah betapa gediknya Rossa senget ni. Menyampah gila aku dengar! Dengan baju tak cukup kainnya lagi. Dengan tergedik-gedik pintal-pintal rambut dia yang karat tu lagi di hadapan kami. Memang sudah cukup seperti diva bimbo aku tengok. Macam tak ada lelaki lain kau nak try and error pun!

Tapi sorry sikit, aku bukannya benci dia. Aku cuma menyampah dengan sikap gedik dia tu. Tak cukup kasih sayang ke apa? Dahlah suka cari pasal dengan aku. Entah kenapa mereka semua mesti nak jealous pula bila aku rapat dengan 'Abang Hans' dia orang ni. Aku duduk diam saja selalunya di sisi Hans.

Eh hello, aku kenal Hans dulu dari kau gila! Hesy, sabar Reen, sabar!

"Oh err, hm mestilah abang ingat kan? Rossa nak apa ya sebenarnya? Abang ada hal nak bincang dengan Kak Reen sebenarnya ni." Hans pandang aku sekilas. Aku hanya menjeling dia.

Oh, ingat pula aku ada dekat sini. Ha, lupa nak bagi tahu, Hans ni memang baik gila dengan semua orang. Sebab itu, semua orang menggedik dengan dia. Especially, perempuan-perempuan dan junior-junior. Pantang betul nampak senior baik macam Hans ni. Suka ambil kesempatan! Tapi Hans, dengan lelaki dia nampak agak... tegas? Ya, tegas. Dingin. Beku. Tapi dengan perempuan, dia layan baik-baik sahaja selalunya. Macam mana dia layan baik-baik dengan perempuan, macam itulah dia layan dengan sangat baik pada mama dia. Memang anak yang baik si Muhammad Naz Hans Bin Zaen ini. 

Dan sebab sikap dia itulah yang membuatkan aku sayangkan dia lebih dari seorang kawan. Hmm, sesiapa saja di tempat aku pasti akan melakukan perkara yang sama punya. Catch feeling dalam diam. Sakit babe auch.

Rossa menjeling aku apabila nama aku disebut oleh Hans. "Alaaa, abang Hans ni. Rossa baru je nak ajak abang makan sama-sama dengan Rossa. Yelah, hari ni kan last day abang dekat sini. Ingatkan nak spend time dengan abang. Nanti belum tentu kita Boleh jumpa lagi. Boleh kan abang?"

Amboi!

Lembut sangat suara tu dah kenapa? Fikir Hans akan tergoda ke dengan kau? Huh, maaflah ya. Dia tak minat perempuan gedik. Tapi itulah pasal, Hans sibuk nak melayan juga. Dah tahu tak suka tu buatlah cara tak suka. Ini tidak, Hans lagi melayan. Selalu sangat tak sampai hati. Aish aku yang panas dengan perangai dia!

Kelihatan Hans seperti serba salah. Sedang memikirkan jawapan yang lebih selamat untuk diberikan agar dirinya dapat mengelak dari keluar makan bersama Rossa itu. 

"Erm, maaflah Rossa. Tapi abang tak bolehlah. Abang dah janji nak balik awal hari ni. Sorry eh?" Serba salah Hans memberitahunya.

Aku tersenyum sinis. Balik awal kononnya. Cakap sajalah Hans yang kau nak dating dengan aku sekejap lagi. Susah sangat ke nak cakap? Nak aku tolong cakapkan untuk kau? Biar Rossa ni sedar diri sikit yang kau tu milik aku. Ermeh?

Rossa menghentak kakinya. Dengan wajah tak puas hati dia mula melangkah pergi. "Bencilah dengan abang ni!" Aku menahan gelak. Kena reject dengan lelaki kacak memang macam tulah. Frust menonggeng biasalah kan? Hahaha pity you girl.

"Fuh, blah pun dia," luah Hans lega. Aku mencebik. Hans memang susah betul nak straight to the point dengan orang. Cakap sajalah dia tak nak keluar dengan perempuan tu, apa susah? Ini nak juga bagi alasan merepek dia itu.

"Itu lah aku cakap, kalau tak suka, berterus-terang je. Bukannya bagi harapan dekat anak orang macam tu. Hesy, menyampahlah aku dengan kau ni. Dahlah malas layan kau." Baru saja aku ingin mencapai handphone di dalam beg untuk bermain media sosial, tangan aku ditarik oleh Hans. Terkebil-kebil aku memandangnya.

"Kau merajuk dengan aku ke?"

Aku membuat rolling eyes. Boleh tanya soalan macam tu pula dia ni kan! Aku melepaskan keluhan. Aku pandang dia serius.

"Aku tak merajuk, aku cuba marah dan geram dengan sikap kau ni. Terlampau baik. Terlampau nak jaga hati orang. Tapi sebenarnya kau tak sedar yang kau dah sakitkan hati orang tu. Contohnya macam tadi, kau seolah-olah bagi dia harapan tau. Selama ni dia fikir kau bagi dia harapan dengan layanan baik kau terhadap dia. Tapi sebenarnya tak pun. Dan dalam tak sedar kau dah mempermainkan hati seseorang.
Hesy, tak fahamlah aku dengan kau ni."

Puas aku membebel, terus aku mengangkat wajah memandang Hans semula. Terkedu aku saat dia merenung aku bagaikan nak tembus. Dengan senyuman dibibir dia tu buat aku semakin jatuh...

Jatuh cinta padanya. Jatuh cinta dengan best friend kindergarten a.k.a crush aku sejak kecil. 

"Kau kenapa tenung aku macam tu?"

Dia fikir aku ni tak ada hati dan perasaan ke? Aku pun perempuan juga. Semestinya aku akan cair seperti mana perempuan-perempuan lain rasakan. Malah mungkin lebih.

"Habis dah? Kau ni comel tau tak? Aku geram dengan kau ni." Pipi tembam aku dicubit olehnya dengan perlahan. Aku mendengus geram. Okay, ini tak kelakar!

Dia tahu kut aku tak suka orang usik wajah aku. Cium tu aku okay. Kalau yang dah halal macam ibu selalu cium pipi aku, itu masih okay dan boleh diterima lagi. Tapi kalau cubit, usik, cuit ke apa, memang mintak kaki betul!

"Hish, kau ni. I'm serious okay. Kau anggap apa yang aku cakap tadi tu main-main ke?" Tajam anak mataku merenung lelaki itu. Muka dahlah selamba saja. Tak ada perasaan. Tahu tak aku ni tengah sakit hati dengan dia?

Hans ketawa. Okay, sumpah merdu. Aku suka dengar. Eh, gatalnya aku.

"Habis tu kau nak aku buat apa, Bunga? Pergi pujuk dia? Okay baik, aku nak pergi minta maaf  lepas tu nak pujuk dia kejap." Terus aku sambar lengan kanannya saat lelaki itu benar-benar ingin pergi.

Gila kau? Aku nak biarkan dia pujuk si perempuan langau tu? Memang tak akan! I'm jealous okay. Dah memang bagus dia pergi.

"Tak payahlah pergi. Hish, kau ni. Aku suruh kau jangan terlampau baik sangat dengan perempuan lain. Cukuplah kau baik dengan aku, mama, ibu dengan adik aku je. Perempuan lain jangan terlampau baik sangat. Kesian diorang nanti. Kau faham tak ni apa yang aku cakap?"

Geram betul aku tengok Hans sekarang ni. Boleh lagi dia tangkap gambar aku bila aku tengah serius macam ni? Hesy! Minta kaki betul mamat ni. Ada yang aku bagi makan selipar.

"Dengar Bunga. Kau ni, okaylah. Aku baik dengan korang je. Hah apa yang kau nak cakap dengan aku tu?" soal Hans prihatin. Kameranya diletakkan di atas meja kembali.

Bila Hans tanya soal tu semula, terus hilang mood aku bila teringat balik kejadian tadi.

"Hesy, tak ada mood lah aku nak cerita semula. Aku nak kita happy-happy je hari ni sebab hari ni kan hari last day kau. So, kau nak buat apa je dengan aku hari ni?" Terus ceria kembali mood aku. Disebabkan hari terakhir dia, jadi mestilah kita kena ikut apa yang dia mahukan.

Hans tersenyum kecil. Sumpah, kacak.

"Kau macam seronok je kan bila aku dah tak ada dekat sini? Asal? Kau ada lelaki lain ke?" Tajam matanya memandang senyuman di wajah aku.

Terus mati senyuman aku. Pulak dah dia ni. Ke situ dia fikir. "Mana adalah. Gila aku nak seronok kau tak ada? Aku alone lah nanti weh. Tak ada siapa nak borak dengan aku, kacau aku, teman aku, jaga aku. Hmm nasib aku pun tak lama lagi nak berambus dari sini jugak. Tak adalah aku sendu sangat tanpa kau."

Jujur aku katakan, aku akan bosan tanpa Hans di universiti ini. Selain Farha, Hans sahajalah kawan yang aku paling rapat di sini. Ke mana aku pergi pasti dengan dia, Farha dan Aniq. Tapi nak buat macam mana, aku terpaksa okaylah dengan semua ini. Nanti aku pun dah nak habis pengajian. Jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan.

"Janganlah buat muka macam tu, kau jangan risau. Aku still akan teman kau, jaga kau, ada dengan kau walau aku dah tak belajar dekat sini. Kau masih dalam lindungan aku, Bunga. Jangan sedih-sedih, tak comel dah." Hans senyum. Rambut di bahagian hadapan wajah aku diusap-usap persis mak kepada anak.

Aku mendengus dan menepis tangannya. Habis kusut rambut aku!  "Ya, aku tahu. Kau yang buat aku sedih tiba-tiba. Dahlah. Hah kau nak buat apa je dengan aku hari ni? Aku dah mintak kebenaran ibu untuk balik lambat." Aku kembali menyoal soalan tadi.

"Aku nak... kau mainkan piano untuk aku. Nyanyi lagu untuk aku. Dan aku nak kita main basketball macam selalu. Lepas tu kita makan cendol tepi jalan sama-sama. Okay tak?"

Tersenyum aku mendengar permintaan lelaki itu. Semua itu adalah rutin harian kami semasa kecil dahulu. Main basketball, hm aku takut dia kalah saja nanti. Well, setiap kali main bola keranjang, sudah semestinya aku yang sentiasa menang. Hans memang kalahlah jawabnya.

Loser.

"Aku on je. Tapi basketball tu, are you sure? Tak takut kalah ke nanti?" soal aku ingin mengusik lelaki itu. Terus mati senyuman dibibir Hans. Dia pandang aku dengan penuh bersemangat.

"Kau ni. Hish, aku akan pastikan yang aku menang kali ni." Yakinnya kamu wahai Naz Hans. Ayat yang sama setiap kali nak main bola keranjang dengan aku. Dia tetap kalah jugak.

"Kalau kau tetap kalah?"

"Kalau aku tetap kalah, kau bagilah peluang aku menang. Please, hari terakhir aku ni kut. Tak akanlah kau nak menang juga?" Alolo, comel betul muka mengharap dia tu. Fikir aku akan ubah fikiran kasi dia menang? Memang taklah. Jatuh saham aku selaku pemain handal wakil universiti nanti.

"Aku tak janji eh nak bagi kau menang. Tapi weh hmm, aku rasa kita main basketball nanti jelah. Aku malas nak ke padang bola keranjang sana tu. Jauh sangat. Lagi pun aku tak bawah kasut yang sesuai. Sekarang ni kita pergi bilik musik dan aku nyanyikan lagu untuk kau."

Lengan Hans aku tarik untuk mengikuti langkah aku tanpa sempat dia setuju. Hans hanya akur tetapi sempat tangannya mengeratkan lagi pegangan kami. Dan dia yang pegang tangan aku sekarang ni. Aku pula hanya membiarkan. Hans memang macam ni. Terlebih overprotective dengan orang yang dia sayang. Termasuklah aku.

Dia sayang aku. Huwaaa, happy semacam rasanya. Kenyataan yang membanggakan aku. Tapi jangan risau, aku pun sayangkan dia.

***

Sampai saja kami di bilik musik, terus aku menyuruh Hans duduk di bangku tepi sementara aku duduk di tempat duduk piano. Tangan sudah bersedia ingin memulakan rentak lagu.

Acuallly, aku minat dan pandai main piano saja, tapi dah kelebihan yang aku ada, aku pandai menyanyi sekali. Mungkin bakat aku sejak kecil. Syukur alhamdulilah dengan apa yang aku ada.

"Aku nyanyi ni khas untuk my Mr Click-Click!" Hans tersenyum sambil tangan sudah bersedia dengan kameranya. Ingin menangkap gambar aku.

When everything is wrong I'll come talk to you
You make things alright when I'm feeling blue

You are such a blessing and I wont be messing
with the one thing that brings light to all of my darkness

You are my best friend
and I love you, and I love you
Yes I do

Walaupun aku tahu yang Hans mesti terkejut dengan lagu yang aku pilih, tapi aku tetap tersenyum dan berlagak selamba. Antara salah satu cara nak luahkan perasaan, dengan menyanyi macam ni. Lagi-lagi bila kita jatuh cinta dengan kawan baik sendiri.

There is no other one that can take your place
I feel happy inside when I see your face
I hope you believe me
Because I speak sincerely
and I mean it when I tell you I need you

You are my best friend
and I love you, and I love you
Yes I do

I'm here right beside you
I will never leave you
and I feel the pain you feel when you start crying

Hans menggigit bibirnya. Cuak juga dia dengar. Namun, ditahan perasaanya saat ini. Tangan ligat menangkap gambar perempuan yang dicintai. Cantik, itu komennya. Sebab itu dia suka ambil gambar Qaireen.

You are my best friend
and I love you, and I love you
Yes I do

You are my best friend
and I love you, and I love you
Yes I do
Yes I do...
Yes I do

"Tamat!"

Aku berpaling menghadapnya sambil mengukir senyuman manis. Walaupun lagu My Best Friend by Weezer itu rancak dan lelaki penyanyi asal lagu tu, tapi bila diubah suai sambil main piano, sumpah sedap dia lain macam.

Click!

Aku tersenyum menyampah. Sempat ambil gambar lagi. Hans memang. Dari dulu sejak dia dah ada kamera sendiri, asyik nak ambil gambar aku saja. Akulah model tak berbayar dia. Tapi aku suka. Sekurang-kurangnya dia tak ambil gambar perempuan lain.

"Sedap tak aku nyanyi?" soal aku lantas tersengih. Suka mintak kena puji. Hans juga turut tersenyum lebar.

"Merdu as always. You are very a talented Bunga. I'm so proud of you!" Aku tersenyum nipis dengar pujiannya. Aku memang suka bermain alat musik. Disebabkan aku tak mampu lagi beli piano sendiri, jadi terpaksalah aku pinjam pihak universiti punya kalau rasa nak main.

"Thank you."  Hans tenung aku sedalam-dalamnya. Gugup aku jadinya.

"I want to ask you something."

"What?" Bunyi macam serius sahaja mamat ni. Buat aku semakin gugup pula.

"Do you love me?"

Serius saja wajah Hans. Dia betul-betul ingin tahu.

Aku tergamam. Membulat mataku apabila Hans menyoal aku begitu rupa. Wajah seriusnya membuatkan aku semakin gelabah.

Oh my gosh, apa aku nak jawab ni? Patut ke aku jujur? Oh, tidak! Buatnya dia tak cintakan aku juga, memang habis malu aku nak menghadap dia lepas ni. No, jangan jujur!

"Oh erm, soalan apa kau tanya ni? Itu hanya lagu okay. Tak lebih dari tu. Hesy, mulalah tu nak mengarut." Aku ketawa kecil. Sehabis baik aku cuba kawal riak wajah. Tak nak nampak ketara yang aku tengah gelisah sekarang ni.

Ah, bodoh kau Qaireen, tak ada lagu lain ke kau nak nyanyi untuk dia? Nak jujur sangat kan tadi?  Hah, sekarang baru nak rasa menyesal. Hans bukannya bodoh tak dapat nak agak apa yang aku dalam fikiran aku.

Hans mengeluh kecil. Namun, bibirnya masih mengukir senyuman kelat. 

"Aku ingatkan kau suka aku tadi. Terkejut aku. Dahlah jom kita pergi makan cendol pula. Oh ya, sebelum aku terlupa, mama ajak kau makan malam rumah aku esok malam. Yelah, sebab aku dah habis belajar, jadi mama ada masak-masak sikit untuk kita. Kau datang tau. Aku ambil kau nanti. Jangan risau, aku bagitahu ibu nanti. Kalau kau nak ajak ibu dengan yang lain pun boleh. Mama mesti gembira," ajak Hans lantas tersengih.

Aku mengangguk faham. Mama Hans memang suka memasak. Almaklumlah ibu tunggal. "Apa-apa hal aku call  kau nanti." Hans hanya mengangguk faham.

....

TBC!

VOTE, COMMENTS, SHARE!❤️




P/S: lagu My Best Friend by Weezer. Sebenarnya lagu ni tak sesuai bila main dengan piano sebab lagu tu rancak. So, yeah. Korang buat-buat jelah tak tahu musik yang sebenarnya macam mana.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro