A Sudden Attack! (Pt. 2)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selepas melihat keberadaan Ais dan Gempa hilang, Halilintar dan yang lain kembali memandang ke arah kumpulan pengganas tersebut. Masing-masing menunjukkan wajah serius dan bersedia. Mereka mula membuka kekuda untuk bersedia berlawan.

"Sedia? "

BANG!!

"AARGHH!! "

"BOSS!!? "

Terkejut para pengganas tersebut setelah mereka mendapati ketua kumpulan mereka tiba-tiba ditembak tepat mengenai dada kanannya. Manakala 5 sekawan tadi (kecuali Ais) sudah terlopong luas mulut mereka melihat keadaan tersebut. Blaze terkebil-kebil hairan. "Err... S-siapa yang tembak tadi? "

"Gempa! Tunggu dulu! Bahayalah!! "

Pantas orang yang berada di situ berpaling ke belakang dan mendongak melihat keberadaan Gempa yang kini sedang turun dari tangga dengan cepat manakala Ais di belakangnya terus mengejarnya. Pandangan Gempa pada kumpulang tadi langsung tidak dialihkan dan ia seolah-olah membakarkan semangat Gempa untuk terus menyerang kumpulan tersebut.

Taufan, Blaze dan Thorn terbuka mulut mereka dengan luas sampai boleh nampak anak tekak masing-masing sewaktu memandang Gempa. "Gila cool Gempa. " Solar berbisik sambil sweatdrop. Sebenarnya dia sendiri kagum dengan Gempa yang walaupun kecil badannya namun keberaniannya sangat mengagumkan.

"Kau dah tembak ayah aku. Kali ni... KAU MAKAN PULA PELURU NI!! "

"LARI WOOOII!! "

BANG!
BANNGG!!
BANG!!!
BANG!!

"Weeyy!! Anak sapa yang ganas sangat ni?! " Taufan berlari sambil menjerit ketakutan. Nasib baik tak terkucil dalam seluar kerana ingin mengelakkan diri dari tembakan Gempa yang dikhuatiri mengena mereka. Tsk! Ini Gempa lah! Tak main lah tembak tak kena ni!

"Taufan! Saya nak awak keluar sekarang dan bawa masuk awak punya kereta! Sekarang!! " Gempa menjerit lantang ke arah Taufan yang membuatkan jejaka beriris biru sapphire tersebut kaku seketika. Namun dia tidak menunggu lama sebelum dia mengangguk laju dan terus keluar dari keramaian tersebut.

Gempa masih tidak berhenti dari menuruni tangga. Dia terus-menerus melepaskan das tembakan ke arah kumpulan tersebut. "Ckh! Kurang asam laksa punya budak!! " Salah seorang dari kumpulan pengganas tersebut terus mengacukan pistolnya ke arah Gempa dan mula menembak.

Solar yang perasan akan hal itu terus memandang ke arah Thorn. "Thorn! Cepat lindungi Gempa! " Tidak membantah, Thorn terus meluru ke arah Gempa untuk melindungi gadis tersebut dari setiap tembakan.

Halilintar mengeluarkan satu lagi pistolnya. (Seriously? Berapa banyak mamat ni ada pistol sebenarnya? :v) lalu, membalingkannya ke arah Solar. "Dah, jom habiskan semua ni. Aku tak nak dipanggil lelaki dayus balik sebab tengok perempuan tu je yang lindungi kita. "

Solar tertawa sinis sambil menerima pistol tadi. "Heh, padan muka. "

Halilintar mengabaikan kata-kata sinis Solar dengan mendengus lalu mereka berdua pun mula berlari menuju ke arah pengganas tersebut.

Manakala Blaze yang sedari tadi melihat hanya menahan rasa semangatnya untuk berlawan. "Kkhh!! Nasib baik aku pandai main bom je! Kalau tak, habis semua aku tembak!! Ceehh.. Tapi bosan lah pula duduk sorang-sorang. Hm? " Blaze ternampak Amato yang nyatanya masih berada di atas lantai dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Seriuslah? Takde ke siapa-siapa nak tolong Tuan Amato tu? Kang kena pijak naya pakcik tu. Hmm... Takpela. Alang-alang aku tengah duduk rilek ni. Jom buat amal ibadat kejap. " Blaze terus berlari mendapatkan Amato yang masih tidak berganjak dari tempatnya.

💖✨💖✨💖✨💖

Kembali ke arah Gempa yang masih dilindungi oleh Thorn, dia terus memerhatikan sahaja keadaan di situ dengan tajam. Dia menjeling ke arah Ais yang berada di belakangnya lalu memanggilnya. "Encik Ais, apa kelebihan Encik Ais? " Ais terkebil-kebil sekejap sebelum menjawab, "Uuhh.. Aku boleh hack je. "

Gempa tersenyum kecil setelah mendengarnya. Dia berjalan menghampiri Ais lalu memegang tangan Ais dengan erat. "Encik Ais, saya nak selepas sahaja semua ni tamat, Encik Ais cari mana-mana gajet yang ada pada kumpulan tu dan cari kepala boss yang berikan mereka arahan ni. Kalau tak boleh cara lembut, guna cara 'keras'. Boleh kan? " Gempa memandang Ais dengan pandangan berharap. Ais sedikit terpana melihat wajah yang penuh harap itu lalu dia berdehem kecil. "B-baiklah. "

Gempa tersenyum senang setelah mendapat persetujuan daripada Ais. Dia kembali melihat ke arah kumpulan pengganas yang sedang bertarung hebat dengan Halilintar dan Solar di hadapan. Dengan pantas Gempa menghampiri Thorn dan bertanya, "Thorn. Thorn ada lagi tak pisau atau benda-benda tajam? "

Thorn memandang ke arah Gempa dengan pandangan terkebil-kebil. Namun dengan perlahan dia menganggukkan kepalanya. "Y-ya.. Kenapa? " Gempa tersenyum manis. "Boleh saya minta satu? Saya ingin menggunanya buat sementara. Nanti saya pulangkan balik, ya? " Dengan wajah polos Gempa meminta pada Thorn. Thorn sedikit kemerahan melihatnya dan tanpa ragu-ragu dia terus memberikan Gempa sebilah pisau.

Setelah pisau bertukar tangan, Gempa tersenyum sinis sambil melihat pisau tersebut. Bagai seseorang yang mempunyai niat tersembunyi, Gempa terus menurunkan pisau tersebut. Dia kembali memandang ke arah Thorn dan tersenyum manis. "Terima kasih, Thorn!"

Setelah berkata demikian, Gempa pun terus beredar dari kawasan tersebut dan terus masuk ke kawasan kekecohan. Nampaknya sebilangan tetamu masih tidak dapat menghindari dari serangan tiba-tiba tadi. Namun ia sama sekali tidak mengganggu perkelahian antara 5 saudara tersebut bersama para pengganas tadi.

💖✨💖✨💖✨💖

"Haih, kalau bukan sebab terpaksa. Dah lama rahsia aku tak terbongkar pada 6 Mamat Pelik tu. Naik geram aku dengan diorang. Dah la lembap lepastu buat kerja pula tak tentu hala. Last-last aku juga yang kena berikan arahan. Ceh! " Gempa melepaskan segala amarahanya di dalam hati sambil berlari menuju ke suatu ruang yang tersembunyi. Melihat dari keberadaan Gempa, nampaknya dia sudah hafal dengan kedudukan di dalam rumah ini. Dan kini dia sedang berada di ruang injak elektrik utama rumah tersebut.

Gempa mendongak melihat ke arah punca suis elektrik utama rumah itu. Dia kemudian menoleh ke kanan untuk melihat suasana pergaduhan tadi. Iris emas Gempa kemudiannya tertumpu pada pintu masuk rumah agam tersebut. Seulas senyuman kecil terukir. "Sekarang... Kita tunggu. "

💖✨💖✨💖✨💖

Kembali ke perkelahian tadi, nampaknya sudah banyak ruang dan kawasan yang berlubang di sekitar tempat tersebut. Dan ada juga beberapa orang tetamu yang kini sudah terbaring lemah di atas lantai kerana terkena tembakan yang entah dari Solar dan Halilintar atau para pengganas tersebut.

Setelah Gempa beredar sebentar tadi, Ais dan Thorn terus menghampiri Halilintar dan Solar dan ikut bertarung walaupun Ais hanya kadang tengok sahaja pertempuran tersebut.

"Tsk! Berapa banyak senjata diorang ada ni?! " Halilintar berdecih kesal sewaktu sedang mengelak dari setiap serangan tiba-tiba dari orang-orang pengganas tersebut. Dia bertungkus-lumus cuba mengelak dari tembakan dan balingan pisau tajam ke arahnya.

"Itu satu hal! Yang satu hal lagi mana Si Taufan ni! Takkan nak hidupkan enjin kereta pun ambil masa yang lama kot?! " Solar bertepik geram sambil membalas tembakan pada setiap anggota pengganas tersebut.

BHAAAMM!!

"I CAMING LIKE A WRECKING BALL!! "

"Huuh... Panjang umur. " Solar menjeling kesal apabila dia melihat ke arah sebuah kereta yang tiba-tiba merempuh masuk ke dalam rumah agam tersebut dan ia dipandu oleh Blaze yang entah macam mana boleh keluar dari rumah itu dan Taufan yang kini sudah siap dengan senjata besarnya. Snipergun!

"Makan hadiah aku ni!! Wahahahaahahaha!!! "

RATATATATAATATATATATAATATATATATATATATAATATAT!!!

"AAARGHHH!! WOY TAUFAN!! KOT YA PUN KAU NAK TEMBAK TENGOK ORANG DULU LA WOY!! "

Habis kalut Halilintar bersama Solar, Ais dan Thorn cuba mengelak dari serangan tembakan Taufan. Yang menembak langsung tidak mendengarnya dan teruskan sesi tembak menembak ke arah kumpulan pengganas tersebut.

Gempa yang memerhatikan dari jauh hanya mampu mendesah kesal. "Ah... Diorang ni sekumpulan lelaki dewasa yang tak cukup memori waktu budak-budak dulu aku rasa... " Gempa menepuk dahinya kesal.

Gempa menolak ke tepi perasaan kesalnya dan dia terus mendongak melihat ke arah suis utama laluan elektrik tadi. Tanpa berfikir panjang, dia terus menutup suis tersebut.

TAP!
ZHOOOOMMM!!

Suasana dalam keadaan riuh-rendah tersebut terus gelap dan senyap. Masing-masing mendongakkan kepala melihat siling rumah yang sudah gelap kerana lampu terpadam. Ada yang masih menjerit ketakutan dan ada yang sudah berhenti menyorok kerana ingin melindungi diri.

Situasi yang tiba-tiba tersebut berjaya menghentikan segala tingkah laku 6 Saudara Boboiboy itu termasuk kumpulan pengganas tadi. Gempa yang melihat terus tersenyum. Rancangannya berjaya! Lalu tanpa membuang masa, terus Gempa menyimpan pisau tadi dengan menyelitkannya pada tali pinggang baju yang dipakai oleh Gempa.
Dengan pantas Gempa berlari menuju ke arah pertempuran tadi.

💖✨💖✨💖✨💖

Dalam keadaan waspada, 6 Saudara Boboiboy itu mula berkumpul semula di suatu tempat yang sama. Masing-masing bersedia melindungi antara satu sama lain.

"Ckh! Siapa pula yang tiba-tiba potong elektrik ni?! Susahnya nak nampak! " Halilintar mula berdecih kesal sambil memerhatikan keadaan sekelilingnya. Dalam hatinya sudah berdebar-debar kerana khuatir andai kata salah seorang pengganas tadi akan menyerang hendap mereka dalam diluar jangkaan.

"Taufan! Jom kita ke tempat diorang! " Blaze berbisik laju ke arah Taufan sambil menarik-narik baju rakannya itu. Taufan tanpa menunggu lama terus mengangguk setuju. Mereka berdua pun terus melompat turun dari kereta dan terus berlari menghampiri sekawan mereka yang lain.

"Tsk, suasana gelap sangat! Aku tak boleh nak nampak apa-apa lah! " Solar berbisik kesal. Dia mula mengaktifkan cermin mata elektroniknya yang dapat membantu dirinya melihat dalam suasana gelap tersebut.

Iris Solar mula melilau mencari kelibat pengganas tadi namun tiba-tiba dia ternampak susuk tubuh seseorang yang sedang mengenakan gaun yang tidak dapat dikenal pasti warnanya sedang berlari menghampiri kereta Taufan yang barusan ditinggalkan oleh Taufan dan Blaze tadi. "Huh? Siapa tu? " Monolog Solar dalam ingin tahu. Pandangannya masih lagi tertumpu pada orang misteri tersebut.

💖✨💖✨💖✨💖

Kembali ke situasi para pengganas tadi, mereka mula berpecah ke serata tempat untuk mencari kelibat sesiapa sahaja yang melintasi mereka. Misi utama mereka ialah menghabiskan keadaan dalam rumah agam tersebut dan menamatkan riwayat Amato dan anaknya... Gempa.

"Ckh! Apsal lah makcik tu tak racun saja suami dia tu? "

"Entahnya, bukannya susah sangat nak tipu orang tua tu. "

"Heish! Korang ni cakap banyak pula! Dah lah, jom habiskan misi kita cepat. "

3 pengganas tersebut terus berjalan menelusuri suasana gelap tersebut. Dan salah seorang dari mereka ternyata sedang memegang sebuah bom masa yang masih belum ditetapkan lagi masa letupan.

"Oh ya, agak-agak mana makcik tu dan anak perempuan dia eh? "

"Haish! Kan dia dah cakap waktu bagi arahan mula-mula yang lepas je kita serbu diorang akan naik ke bilik dan pura-pura diikat dan dijadikan tebusan! "

"Ooohh... Jadi tebusan. Lepastu dia bayar kita berapa ribu eh? "

"Alah makcik tu. Bayar 10 Ribu je pun! Sebab dia kan miskin! Hahahahah! "

"Hehe! Betul juga tu! Weyh, lain lah suara kau Jamil. Macam suara perempuan waktu kau tanya tadi! " Salah seorang dari pengganas tadi menepuk rakan sebelahnya yang bernama Jamil iaitu si pemegang bom tersebut.

Jamil memandang rakan sebelahnya hairan. "Eh? Bukan aku lah yang tanya tadi! Sejak awal lagi aku dah duduk diam kot! "

"Hahaha! Pandai pula kau nak melawak! Habis kalau bukan kau siapa pula?"

"Mana lah aku tahu! "

Semua tiba-tiba diam. Masing-masing mula merasakan satu firasat yang tidak enak dan terasa seram sejuk di belakang mereka. Dan tiba-tiba mereka terdengar bunyi suara kekekan dari belakang. "Hehehe! Takpe, kalau korang tak jumpa jawapannya, mari aku tunjukkan. "

SLAAASHH!!

"WAAAAAAARRGHHH!! "



















TBC(?)

Makin pelik je cerita dia sekarang. Aduuhh!! Nilah akibatnya bila kau main tibai je menaip!! 😭😭
.
Maaf semua kalau tak best! Tiba-tiba jalan cerita jadi pelik pula. Nanti kami akan cuba yang terbaik untuk memperbaikinya!
.
Thanks for reading!! 😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro