A Sudden Attack!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BANG!!

Semua mata para rakyat jelata- eh bukan! Para hadirin tetamu di majlis mewah tersebut mula memfokuskan mata mereka ke arah bunyi asal tadi. Terbelalak mata mereka dan sehinggakan ada yang menjerit ketakutan sebaik sahaja mereka dapat mengenal pasti bahawa ternyata ia adalah sekumpulan orang asing yang nyatanya ada dalam lingkungan 10 orang dan masing-masing memakai topeng hitam bagi menutupi wajah mereka.

"DENGAR SINI KORANG SEMUA!! KAMI NAK KORANG TUNDUKKAN KEPALA KALAU TAK NAK ADA YANG KENA TEMBAK!! " Selaku ketua dalam kumpulan tersebut, seorang lelaki yang bertopeng dan badannya yang sedikit sasa bertepik kuat sambil memberikan arahan keras.

"Huh?! Datang dari mana diorang ni?! " Blaze mula bertanya panik.

"Ada orang upah mereka ke?! " Taufan juga tidak kalah serius memandang mereka.

Gempa menjeling tajam ke arah kumpulan pengganas tersebut. Dia cuba ingin merapatkan dirinya pada mereka untuk mengecam wajah masing-masing dan pada masa yang sama ingin melarikan diri, tetapi belum sempat dia pergi jauh, dirinya sudah ditarik oleh Halilintar dan dia dilindungi oleh Solar dan Halilintar di belakang mereka.

"Kau tu perempuan. Cuba lah duduk diam sikit. " Sempat Halilintar memberikan jelingan tajam ke arah Gempa seolah-olah ingin menyindirnya. Gempa yang seakan terasa dengan kata-katanya terus mengembangkan pipinya geram.

"Dari mana datangnya kumpulan pengganas ni semua? " Solar memerhatikan setiap tingkah laku kumpulan tersebut. Dirinya masih setia melindungi Gempa di belakangnya bersama Halilintar.

"Kita takde masa untuk mengenal pasti diorang. Baik kita berundur dan cuba memikirkan cara untuk perangkap diorang supaya kita dapat selesaikan masalah ini! " Gempa juga tidak kalah bersuara. Pandangan matanya masih tidak lekang dari memandang kumpulang pengganas tersebut.

"Heheheeh~"

Tersontak Gempa apabila dia seolah-olah dapat mendengar suara seseorang yang sedang ketawa jahat. Dalam diam Gempa melirik di sekelilingnya untuk mencari kelibat orang itu dan akhirnya, iris emasnya tertacap pada seseorang. Ya, seseorang yang selama ini dia ingin atasi.

Keluarga tirinya.

Dalam keramaian tetamu di dalam rumah agam itu, Gempa dapat melihat dengan jelas bahawa ibu tirinya iaitu Sofia bersama adik tirinya iaitu Suzy sedang bergelak tawa dengan kejam. "Jangan cakap yang diorang nak sabotaj majlis ni kot?! " Gempa berdecit kesal.

BAANNGG!!

"TUNDUK CEPAT!! KALAU TAK AKU TEMBAK!! "

"KYAAAA!!! "
"AAAAAAAA!!! "
"TOLOOONNGG!! "
"AAAAAA!! "

Semua orang mula menjerit ketakutan dan sesuai perintah ketua pengganas tersebut, mereka semua menundukkan kepala masing dan mula membungkukkan diri di atas lantai.

Halilintar dan Solar juga tidak ketinggalan terus menolak Gempa untuk membungkuk di atas lantai. Gempa hanya mengikut sahaja perlakuan mereka namun tatapan tajamnya masih tidak lekang dari memandang Sofia dan Suzy.

"Apa yang patut kita lakukan sekarang? " Thorn berbisik pada 5 sekawannya yang lain. Tatapan matanya jelas kelihatan raut wajah kerisauan.

"Woih, korang ada bawa senjata tak?! " Tiba-tiba Solar berbisik pada 5 kawannya yang lain yang mujur mendapat anggukan dari mereka. Gempa yang kebetulan mendegar hal itu terus terkedu. "D-diorang ada senjata?! "

"Ah! Aku punya senjata ada dekat kereta lah weyh! " Taufan berbisik kembali dengan wajah menyesalnya. 5 sekawan yang lain hanya mampu menepuk dahi mereka dengan kesal. Manakala Gempa pula sudah terkebil-kebil memandang situasi di situ.

"Tsk! Kita takde pilihan lain! Wey, Solar! Kau takde rancangan ke? " Halilintar berbisik keras ke arah Solar sambil tangan kanannya sedang menarik keluar sepucuk pistol dari seluarnya. "Takde! Sebab kalau kita serang curi-curi pun, diorang akan nampak sebab keadaan kita sekarang sedang meniarap atas lantai! "

"Dan kemungkinan besar serangan kita akan mengena pada tetamu. " Ais juga menambahkan pandangannya.

Halilintar berdecit kesal. Dia mengeluarkan pistol yang berada di dalam poket seluarnya dengan hati-hati lalu memegangnya di sisi kanan. Nasib baik tindak-tanduknya tidak diketahui oleh kumpulan pengganas itu.

"Berhenti! J-jangan apa-apakan para tetamu ini! " Semua orang serentak berpaling ke arah punca suara asal yang tiba-tiba mencelah masuk itu tadi. Terbelalak mata Gempa apabila dia mendapati ternyata orang itu tadi ialah ayahnya sendiri, Amato.

Amato berani cari maut dengan perlahan berdiri dari baringnya dan menatap tegas ke arah kumpulan pengganas tersebut. Walaupun begitu, masih jelas kelihatan bahawa dirinya juga sebenarnya sedang berada dalam keadaan gugup dan berpeluh dingin.

"A-ayah! " Bisik Gempa dalam keadaan terkejut. "Tsk! Kenapa pakcik tu bangun pula?! Cari maut ke apa?! " Halilintar berdecih geram sambil memandang tajam ke arah Amato. Dia tidak sedar bahawa sekarang dia sedang dijeling tajam oleh Gempa.

"Hahahahah! Kalau kami ikut permintaan kau, apa yang akan kau bagi hah?! "

"Tolonglah! Aku akan bagi apa sahaja asalkan nyawa tetamu ni semua selamat! " Amato masih bersikeras mahu membela para tetamu.

Namun permintaan Amato diendahkan oleh pengganas tersebut. Mereka mula menunjukkan wajah bengis dan tidak suka akan apa yang diminta oleh Amato. Dan hal itu hanya di nampak oleh Gempa dan 6 Saudara Boboiboy itu. Dengan tiba-tiba ketua dari kumpulan tersebut mengangkat pistolnya lalu dihalakan ke arah Amato. Semua orang terkejut dengan hal tersebut.

"DIAMLAH PAK CIK TUA!! "

"J-JANGAANNN!! "

BANG!!!

"AAAAAAA!! "
"KYAAAAAA!!! "

Ramai tetamu bertempik kuat dan ada yang mula berlari berkeliaran di dalam rumah tersebut sebaik sahaja Amato ditembak di bahagian bahunya lalu dia rebah tidak sedarkan diri. Membutang mata Gempa apabila dia sendiri menyaksikan keadaan ayahnya yang kini sudah pengsan tidak sedarkan diri. Perasaannya mula bercampur-baur dengan pelbagai perasaan dan ditambah makin kuat jadinya apabila dia ternampak Sofia dan Suzy ketawa sinis lalu segera beredar dari situ.

"T-tak guna!! Ini semua rancangan mereka rupanya!!? " Amarah di dalam hati Gempa mula membuak naik. Dia dengan pantas bangun dari atas lantai lalu terus mendapatkan pistol yang berada di tangan Halilintar yang membuatkan jejaka tersebut terkejut. "Huh?! Woi! Bahayalah!! "

Belum sempat Halilintar dapat menghentikan tindakan Gempa, gadis itu terlebih dahulu mengacukan pistol ke arah kumpulan pengganas itu lalu melepaskan beberapa das tembakan.

BANG!
BANG!
BAANGG!!

Dan ajaibnya kesemua tembakan tepat mengena pada setiap kedudukan tubuh badan tersebut. Kini 3 daripada 10 orang pengganas telah tumpas ke atas lantai dalam keadaan badan mereka terluka. Oleh kerana terkejut, terus ketua pengganas tersebut mengacukan pula pistolnya ke arah Gempa. "J*lake kau perempuan!! Makan ni!! "

Tembakan dilepaskan menuju ke arah Gempa yang nyatanya masih tidak sedar akan serangan tersebut.

"GEMPA!! " Keenam jejaka tersebut menjerit ketakutan.

BANG!!
STING!!

Gempa diselamatkan!! Kini Gempa tiba-tiba berada dalam pelukan seseorang yang ternyata seorang lelaki dan ia merupakan Thorn. Thorn yang sedang memeluk Gempa memandang tajam ke arah ketua kumpulan pengganas tersebut sambil tangan kanannya memegang sebilah pedang yang entah dari mana munculnya.

"Terbaik, Thorn!! Nasib baik kau sempat!" Blaze dan Taufan bertepuk tangan kepada Thorn manakala Halilintar, Ais dan Solar mengurut dada mereka sambil menghela nafas lega. Manakala Gempa yang berada di dalam pelukan Gempa hanya terpana seketika dengan situasinya sekarang. Namun dia cepat-cepat memandang ke hadapan atau lebih tepatnya ke arah kumpulan pengganas tadi. Belum sempat dia berkata apa-apa, sekali lagi dia dikejutkan dengan sebilah pedang yang kelihatannya amat tajam yang kini berada di tangan kanan Thorn.

"K-K-Kkkk.. KATANA?! " Monolog Gempa berserta wajahnya yang terus bertukar pucat.

"Gempa tak apa-apa? " Soalan Thorn mengagetkan Gempa. Dengan pantas Gempa menoleh semula ke arah Thorn lalu dianggukkan kepalanya menjawab walaupun wajahnya masih kelihatan pucat.

Halilintar dan Ais berjalan mendekati Thorn sambil mata mereka masih tajam memerhatikan kumpulan pengganas tersebut. Tangan kiri Halilintar mengeluarkan sepucuk pistol lagi dan dalam diam dia menjeling tajam ke arah Gempa. "Pandai kau curi hak milik orang, huh? " Gempa yang mendapat jelingan maut daripada Halilintar hanya tersenyum senget sambil membenamkan wajahnya di dalam dada bidang Thorn. "Gomennasai.. " Gempa berbisik ketakutan.

Kini ketujuh orang itu berdiri dalam satu barisan yang sama menghadap ke arah kumpulan pengganas tadi. Dalam keramaian orang yang sedang berlari-lari itu, hanya mereka sahaja yang tampaknya langsung tidak tergugat dengan kemunculan pengganas-pengganas tersebut.

Gempa melirik ke kiri dan kanannya. Nampaknya keenam jejaka tadi sedang berdiri di sekelilingnya yang tampaknya mereka sedang melindungi Gempa. Gempa sedikit berdecih rimas. "Tsk! Aku kena cari cara untuk elakkan diorang tahu identiti sebenar aku. Tapi... Macam mana?" Gempa kembali menoleh ke arah pengganas tadi.

"Taufan, boleh tak kalau dalam waktu kitorang mengalihkan perhatian pengganas ni kau keluar dan bawa masuk kau punya kereta? " Solar melirik ke arah Taufan yang kini berada di sebelahnya. Tatapan Taufan masih tidak berganjak dari memandang pengganas tersebut namun seukir senyuman nakal kelihatan di wajahnya. "Heh, setakat rempuh pintu kecik tu takde hal lah. Korang bagi aku masa 'panaskan enjin je dulu'. " Taufan berkata sinis.

"Tapi aku nampak ada salah seorang dari diorang tu bawa sebuah beg. Solar, kau rasa beg apa tu? " Ais menjeling tajam ke arah beg yang dipegang oleh salah seorang daripada orang pengganas tadi. Solar juga menumpukan perhatiannya pada beg yang dimaksudkan.

Setelah berjaya mengenal pasti apa yang dipandangnya. Perlahan Solar mengangguk kecil. "Ya. Itu beg bom." "Beg bom? Heh! Cun lah tu!! Meh aku tunjuk dekat diorang tu siapa 'pemain bom' yang sebenarnya! " Blaze tersenyum lebar sambil menyisihkan lengan bajunya. Gempa melirik ke arah Blaze dengan pandangan hairan. "A-apa maksud Blaze? Dia... Handal main bom ke apa? "

"Sudah! Mari kita habiskan situasi ni cepat. Ais, aku nak kau bawa budak kecik ni ke tempat yang selamat. Entah apa pula lepasni yang akan dia curi. " Halilintar sempat menjeling ke arah Gempa sambil memberikan arahan kepada Ais. Gempa tidak membantah apa-apa melainkan mengembangkan pipinya geram. "Sedap maggi cukup rasa dia je nak panggil aku budak kecik eh? Dah la poyo! Bagi makan kasut tumit aku baru tau! "

Ais mengangguk faham selepas mendengar arahan Halilintar. Lalu tangannya terus menarik tangan Gempa dan membawa gadis itu menuju ke arah tangga.

Selepas melihat keberadaan Ais dan Gempa hilang, Halilintar dan yang lain kembali memandang ke arah kumpulan pengganas tersebut. Masing-masing menunjukkan wajah serius dan bersedia. Mereka mula membuka kekuda untuk bersedia berlawan.

"Sedia? "













TBC(?)

haiihh... Terpaksa buat part 2 lepasni. Panjang pula chapter kali ni. Ingatkan boleh lah skip dan potong beberapa bahagian untuk buat spot light Gempa berlawan tapi nampaknya kena panjangkan juga. 😅
.
Maaf guys sebab hambar dan tak menarik. Even kitorang sendiri rasa macam tak puas hati dengan kerja kitorang sendiri. So maaf sangat-sangat! 🙇
.
Dah la buku lain pun kena sambung juga tapi hmmm... Yep. Imma ded author. :v

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro