The Dancing Night

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Apa khabar Tuan Amato? Sebuah majlis yang menarik. " Selaku ketua dalam 6 dari mereka, seorang lelaki yang beriris ruby yang pernah menculik Gempa tadi siang menyapa Amato beserta Gempa dengan nada yang sinis.

Amato hanya mengerling tajam sebelum dia membalas senyuman sinis tersebut. Huluran tangannya disambut oleh lelaki tadi. "Hanya sekadar majlis untuk meraikan kepulangan anak saya sahaja. Gempa namanya. " Amato memperkenalkan Gempa di hadapan barisan para jejaka itu.

Gempa tidak memberikan sebarang reaksi lain selain merenung sahaja 6 jejaka di hadapannya. Jelas kelihatan wajahnya yang tidak puas hati dan serius pada jejaka-jejaka itu.

"Wow, what a beautiful princess! " Seorang lagi jejaka bersuara yakni ialah Taufan. Iris biru sapphirenya melirik setiap inci tubuh Gempa bermula dari atas hingga ke bawah yang akhirnya dia mendapat jelingan tajam oleh Gempa. "Cis! Tak guna punya jantan! Sempat kau nak scan body aku, ya?! " Gempa sedikit mengundurkan dirinya ke belakang.

"Heh, saya berterima kasih atas pujian anda semua. Halilintar, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar, silalah menjamu selera dahulu. Maaf sekiranya ada cacat cela di dalam majlis ini yang membuatkan anda semua tidak berpuas hati. " Amato mempersilakan mereka berenam untuk menjamu selera.

Keenam-enam jejaka itu saling berpandangan sebelum salah satu dari mereka, yang sedang memakai cermin mata oren datang menghampiri Gempa. Iaitu Solar. Wajah Gempa direnungnya dalam membuatkan gadis itu meneguk ludah takut. "Tuan Amato, jika diizinkan... Biarlah kami 'berkenalan' dengan anak dara tuan ini. Siapa namanya tadi? Ah.. Gempa. Perfect name for the perfect person, right Gummy? "

Wajah Gempa kemerahan apabila dirinya dipanggil dengan nama manja baru oleh Solar. Dia mendapat kekekan tawa daripada 5 jejaka lain di hadapannya. Amato hanya menggelengkan kepalanya. Namun dia hanya menarik lembut tangan Gempa lalu menghulurnya ke arah Solar. "Baiklah, Gempa. Berkenalanlah dengan mereka berenam. Sekurang-kurangnya kamu dapat mengenali siapa musuh ayah. "

"Huh?! Tetapi ayah-! "

Belum sempat Gempa mahu membantah, suasana di sekitar rumah tiba-tiba menjadi gelap. Semua orang mula tertanya-tanya akan keadaan tersebut sebelum alunan muzik mula kedengaran.

Menari.

Gempa sedikit kaku apabila dia baru sahaja dapat menangkap keadaan di sekitarnya. "Macam mana boleh ada tari-menari pula?! Apa yang ayah dan 6 jantan gangguan mental ni semua rancangkan, huh?! " Monolog Gempa dalam kesal.

"Hey, Gummy. " Lamunan Gempa terhenti apabila dirinya ditarik rapat oleh seseorang yakni Solar. Iris mereka saling bertautan. "May I have this dance? " Beserta pakej senyuman menawannya, Gempa sedikit kemerahan melihatnya. Perlahan kepala Gempa menunduk untuk menyembunyikan wajah merahnya.

"Ugh... S-silakan. " Solar tersenyum selepas mendengar jawapan Gempa.

Sesuai dengan alunan muzik, mereka berdua mula menari mengikut rentak bersama.

💖✨💖✨💖✨💖

Solar memusingkan Gempa sambil memegang tangan mulus gadis itu. Tangan kiri Gempa berada di atas bahu kanan Solar manakala tangan kanannya bertautan dengan tangan kiri Solar. Manakala tangan kanan Solar pula merangkul di pinggang ramping milik Gempa. Iris mereka masih saling bertautan seolah-olah menyalurkan ssbuah perasaan.

"Jadi korang berenam sudah tahu tentang majlis ini, huh? " Bagi memecahkan kesunyian dalam sesi tarian mereka, Gempa mula membuka soalan yang mendapat senyuman dari Solar.

"Kami sebagai CEO untuk syarikat kami tersendiri, harus tahu tentang perkara yang musuh kami lakukan. Dan hal yang berkaitan dengannya juga kami perlu tahu. " Solar memusingkan Gempa sehingga membuatkan tubuh badan gadis itu berbalik membelakangi dirinya. Pantas badan kecil gadis itu ditarik rapat dan Solar meletakkan wajahnya di atas bahu kanan Gempa.

Gempa mengerling geram ke arah Solar. Namun dia masih meneruskan tarian mereka berdua. "Apa yang korang nak sebenarnya dari syarikat ayah saya? " Sekali lagi Solar tersenyum. Dan perlahan, dia berbisik lembut di telinga gadis itu. "Sorry, Gummy. One question per one person only. See you~"

"Apa? Whoa! " Belum sempat Gempa memahami perkataan Solar, dia tiba-tiba dipusingkan oleh Solar dan pegangannya pada Solar terlepas. Gempa terus berpusing sehingga dia tiba-tiba ditangkap dan terpeluk badan seseorang.

Pantas Gempa mendongak lalu dia dapati sepasang iris hijau memandang tepat ke arah iris emasnya. Seukir senyuman manis terukir di wajah lelaki itu. "Kita bertemu lagi Cik Gempa. "

"T-Thorn? "

Mereka berdua mula menari. Gempa masih tidak dapat untuk mentafsir keadaannya sekarang. Wajahnya juga sangat rapat pada wajah jejaka itu. Dapat dilihat bahawa Gempa sedikit kemerahan dengan situasinya sekarang.

"Cik Gempa sangat cantik dan menawan. Thorn bahagia dapat menari bersama Cik Gempa. " Thorn mempamerkan senyuman kegembiraan sambil memeluk rapat tubuh Gempa.

Gempa mengetap bibirnya untuk menahan rasa malu. Dia membuang mukanya ke arah lain. "T-tolong panggil saya Gempa sahaja.. "

"Baiklah kalau itu yang Gempa mahu. "

Mereka berdua masih menari bersama. Oleh kerana ingin memecahkan kesunyian, Gempa kembali mendongak ke arah Thorn. "Thorn? "

"Hm? "

"Adakah ayah saya dan kalian berenam adalah musuh? "

Secalit senyuman terukir di wajah jejaka beriris hijau tersebut. "Tidak pun. Kami hanyalah pesaing yang sihat antara syarikat-syarikat. Tetapi berbeza dengan syarikat yang lain, syarikat ayah Gempa merupakan pesaing yang hebat. " Gempa menganggukkan kepalanya faham.

Kemudian dia sekali lagi di pusing ke belakang dan dilepaskan oleh Thorn.

"Ukh-! " Badan Gempa merempuh seseorang dan wajahnya tersadung pada dada bidang seseorang. Gempa sedikit terundur untuk melihat wajah orang yang dilanggarnya.

"E-Encik Ais? M-maafkan saya. Saya cuai tadi."

Tidak menjawab maaf Gempa. Ais mula menarik Gempa semula ke pangkuannya lalu mereka mula menari.

"Perkenalan kita terlalu singkat tadi siang betul tak, Gem? " Ais mengukirkan senyuman dinginnya pada Gempa. Gempa yang memandang hanya menganggukkan kepalanya sambil menunduk.

"Dan maaf tentang kemalangan tadi siang. Saya mempunyai tabiat yang mana saya akan mudah keletihan dan tertidur tidak kira masa dan tempat."

Gempa menganggukkan kepalanya tanda faham. Iris emasnya menatap iris biru aqua milik Ais. Seolah-olah sedang meneroka di tengah dasar lautan yang luas, iris biru aqua Ais sangat mempesona.

"Iris kamu sangat cantik Ais. " Gempa memuji Ais sambil iris keemasannya masih lagi tidak lari dari memandangnya.

Ais tersenyum lembut mendengarnya. "Terima kasih. "

Mereka berdua meneruskan tarian.

"Jadi... Memandangkan saya hanya dibenarkan untuk bertanya 1 soalan untuk setiap seorang dari kalian berenam. Boleh saya tanya? Kalian berenam sentiasa meminta saya untuk menyerahkan syarikatnya pada kalian. Apa sebenarnya motif kalian? "

Ais terdiam seketika sebelum dia menundukkan kepalanya agar lebih dekat dengan wajah Gempa. Tarian masih diteruskan bersama. "Seperti yang kamu tahu, Gem. Syarikat Golden Galaxy merupakan salah satu syarikat yang terkenal dan berjaya di serata dunia. Walaupun kami juga merupakan CEO dari syarikat kami sendiri, tetapi jika kami dapat merampas syarikat ayah kamu, kami dapat menjadi seorang CEO yang paling hebat di serata dunia. "

Gempa terpana apabila mendengar penerangan Ais. "Jadi apa yang mereka mahukan selama ini adalah... Sebuah syarikat yang mampu menaikkan nama mereka? Tsk! Semuanya gila kuasa! " Gempa berdecih kesal dalam hatinya.

Selepas menari, Ais membawa Gempa menuju ke arah Blaze. Blaze menerima huluran tangan Gempa yang diberikan oleh Ais lalu mula menari bersama Gempa. "Hi, Gemgem! Seronok dapat jumpa dengan kau balik! "

Gempa mendongakkan kepalanya memandang Blaze. Namun kemudian, dia menundukkan kepalanya semula.

Blaze yang melihat tingkah laku dingin Gempa mula memandang gadis itu hairan. "Kenapa? "

"Tak. Cuma... Saya rasa betapa kejinya korang semua kerana sanggup ingin merampas syarikat ayah saya semata-mata... Mahukan nama. " Gempa semakin menundukkan wajahnya ke bawah.

Blaze memandang Gempa dengan pandangan kesal. Namun tiba-tiba dia mendapat idea. Badan Gempa terus dipusingkan kuat dan dia memeluk pinggang Gempa erat sambil meletakkan wajahnya pada bahu kiri Gempa.

Terkejut Gempa apabila menerima perlakuan Blaze yang sedemikian rupa. Wajahnya terus kemerahan sambil memandang ke arah Blaze. "B-Blaze?! K-kenapa ni?! "

"Aku hanya ingin menikmati saat-saat bersama Gemgem macam ni. Aku tahu, Gemgem sayangkan ayah kau kan? "

Gempa terdiam apabila dipersoalkan sedemikian rupa. Namun secara perlahan, dia menganggukkan kepalanya.

Blaze melepaskan pelukan mereka berdua lalu meneruskan tarian bersama.

"Hati kau sungguh suci, Gemgem. Aku rasa gembira dapat kenal perempuan macam kau ni. "

"A-apa maksud awak? "

Blaze menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Jika dilihat dari dekat, terdapat semburat merah di pipinya. "Takde apa. Aku cuma rasa... Betapa bertuahnya hari ini. Heheh! "

Gempa terkebil-kebil memandang wajah Blaze. Namun dia hanya tersenyum dan mengangguk setuju. Tarian masih diteruskan.

"Uhmm.. Blaze? Boleh saya tanya sesuatu? "

"Hm? Gemgem nak tanya apa? "

"Uuhhh... Adakah kalian berenam ini semua bersaudara? Sebabnya saya terdengar kalian dipanggil 6 Saudara Boboiboy. "

"Oh, yang tu. Hahaha! Sebenarnya kitorang ni bukannya saudara pun! Tapi kami ni sekawan yang sudah bersama sejak kecil lagi. Kami sama-sama merupakan anak orang paling kaya dalam bandar ni. Kami sebagai satu-satunya ayam tambatan dalam keluarga, telah menjadi pewaris kepada ayah kami." Blaze bercerita kepada Gempa sambil mereka meneruskan tarian.

"Mungkin sebab kebetulan kami ditakdirkan menjadi satu-satunya pewaris bagi keluarga kami dan kami bertemu serentak pada tahun yang sama waktu kecil? Hehehe! Jadi kami berkawan bersama dan jadi rapat sehinggalah kami besar!!" Blaze bercerita sambil menunjukkan reaksi wajahnya yang teruja dan bersemangat.

Gempa sedikit terkekeh kecil melihatnya.

Blaze tersenyum melihat gelakkan kecil dari Gempa. Dia kemudian menyambung ceritanya. "Lepastu, nama Boboiboy tu berasal dari nama panggilan rakan sekelas kami. Memandangkan diorang selalu nampak kami bersama, diorang pun panggilkan kami Boboiboy. Kalau Gemgem tertanya kenapa Boboiboy dan bukan yang lain... Aku tak tahu nak jawab macam mana. Tapi Gemgem tak rasa ke panggilan Boboiboy tu manly? Ha, cuba bayangkan kalau dipanggil Boboi? Yuck! So cliche! Dan kalau... Setiap Boi mewakili bilangan kitorang? Jadi pula Boboiboiboiboiboy? Naya kena semput orang yang nak memanggilnya. "

"Hahahaha!! Betul juga tu! Encik Blaze boleh tahan kelakar ya? "

"Heheh! Panggil je Blaze. Malu lah pakai encik bagai ni. Kita bukannya beza banyak pun. "

"Eh? Berapa umur korang? "

Blaze mengukirkan senyumannya. Badan Gempa ditarik rapat membuatkan gadis itu merona kemerahan kerana jarak mereka yang tiba-tiba dekat itu. "Itu... Gemgem tanya Taufan ya~?"

"Huh? Waaaahh!! "

Sekali lagi Gempa ditolak dan dipusingkan oleh Blaze. Dan sekali lagi Gempa terlanggar badan seseorang dan mujur orang itu pantas memeluk Gempa dengan erat. Gempa terus mendongak melihat insan yang memeluknya itu.

"Hi, Gempa! My princess finally come to me!!" Taufan, jejaka beriris biru sapphire tersenyum manis ke arah Gempa yang membuatkan Gempa kemerahan pada wajahnya.

"A-apa Encik Taufan ni! Tiba-tiba panggil saya princess? Malulah! " Gempa sedikit memukul bahu Taufan dengan perlahan sambil menutup malunya.

Taufan ketawa kecil melihat tingkah laku comel Gempa lalu tangan kanannya mula memegang dadanya iaitu di tempat Gempa memukulnya tadi. "Aduh, panahan cinta Gempa sungguh menyakitkan! Pesona Gempa ni sangat menawan tau! Pukul manja pun dah buat saya gembira~!" Taufan mengenyitkan sebelah matanya ke arah Gempa yang akhirnya dia mendapat wajah malu Gempa semula.

"Mengarutlah! Encik Taufan ni sudah berapa tahun, hah? Perangai macam budak-budak saja! " Gempa cuba menutup malunya.

"Gempa janganlah panggil kitorang encik! Rasa macam nanti dipanggil pedofilia pula sebab tengah mengorat seorang gadis bawah umur. Umur kita ni tak banyak sangat pun beza rasanya. Gempa umur berapa sekarang? "

"17."

"Ouh! Kitorang baru 24! Alah, beza 8 tahun je pun. Tapi masih awet muda, kan? " Taufan mempamerkan senyuman menggodanya ke arah Gempa dan akhirnya dia mendapat pukulan kecil dari Gempa dan gelak tawa dari gadis itu. "Taufan ni peliklah. " Gempa sedikit memuncungkan bibirnya yang akhirnya dia mendapat cubitan manja dari Taufan. "Pelik-pelik pun mesti Gempa suka, kan? "

"Ceh! Tak hinginlah! " Gempa tersenyum geli hati dengan telatah Taufan. Taufan juga tidak kalahnya tertawa kecil sebelum dia mula membawa Gempa ke ruang tengah kawasan tarian itu sambil menari.

Taufan mengukirkan senyuman penuh maknyanya. "Gempa, semoga kamu bertabah ya? "

"Huh? Kenapa pula? "

Dengan tiba-tiba Gempa diangkat tinggi lalu dilambung kuat membuatkan dirinya sedikit terapung dan bertepik ketakutan kerana terkejut. Namun hal itu tidak berlangsung lama sebelum pinggang rampingnya tiba-tiba ditangkap oleh sepasang tangan yang nyatanya ialah tangan seorang lelaki. Kerana 'penerbangan' yang seketika tadi, Gempa sempat memejamkan matanya erat. Namun apabila dirinya dapat mencecah lantai balik, dia terus membuka matanya.

Iris keemasan Gempa bertemu buat kesekian kalinya dengan sepasang iris ruby yang datar dan dingin. Sekali lagi Gempa terpesona dengan warna iris tersebut.

"Hoi. " Panggilan dingin itu mengejutkan Gempa dari lumunannya. Gempa sedikit menolak orang yang menyambutnya itu sehingga jarak mereka tercipta. Namun malangnya dirinya ditarik semula oleh lelaki tadi dan mereka berdua mula menari bersama.

"A-apa hal dengan kau ni?! Aku tak nak menari dengan kau lah! " Gempa memaparkan reaksi geramnya pada lelaki tersebut yang ternyata ialah Halilintar. Seorang lelaki yang berdarah sejuk. (Lol)

"Habis kau ingat aku nak sangat menari dengan kau? Masa bersama dengan yang lain bukan main hormat dan gelak tawa bagai. Dengan aku kau tunjuk belang, ya? "

"Apahal pula kau nak ungkit bagai ni? Helo, like I said before lah. Aku tak peduli tentang tatasusila aku dengan orang yang menjengkelkan macam kau ni! "

"Habis kau ingat kau tu baik sangat? Perempuan pendek! "

"Jantan dayus! "

"Apa kau panggil aku?! "

"Eh? Laa... Pekak rupanya! Kesian... "

"Eeiii!! Perempuan ni!! "

Baru sahaja Halilintar mahu menengking Gempa semula, tiba-tiba majlis tersebut diganggu oleh sesuatu.

BANG!!

Semua orang di situ terkejut dan ada yang terjerit ketakutan.
















TBC(?)

Hahaahah! Baru nak enjoy, kan? 😂
Ok guys! Nak sambungan tak? Maaflah kalau chapter kali ini agak hambar dan tidak memuaskan hati para pembaca. 💦
.
Adengan action akan bermula tak lama lagi! Huish! Tak sabarnya!! Eh? Kenapa tak sabar pula, ya? Heheheh... Mestilah ada makna~ 😎✨
.
Next or not?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro