The Unexpected Gift

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tuk! Tuk! Tuk!!

Bunyi ketukan pintu membuatkan Gempa menoleh ke belakang atau lebih tepatnya ke arah pintu biliknya. "Masuklah. " Dengan sopan Gempa membenarkan orang yang mengetuk tadi masuk. Tidak lama kemudian pintu tersebut terbuka lalu menampakkan wajah seseorang di muka pintu tersebut.

Sebaik sahaja wajahnya dapat dikenal pasti oleh Gempa, pantas riak wajah Gempa sedikit berubah. Dari senyuman ramah, kini ia bertukar ke senyuman terpaksa. "Ah... Ada apa Mak Tiri saya datang nak jumpa saya ni? Maaflah, saya tak ada duit dan tidak sekaya ayah saya. " Gempa berpeluk tubuh sambil memandang sinis ke arah mak tirinya yang tidak kalah sedang berpeluk tubuh sambil merenung ke arah Gempa.

Di belakang wanita separuh usia tersebut, ada anak gadisnya iaitu Suzy yang sedang memegang sebuah kotak yang dibalut dengan pembalut hadiah.

Tanpa sebarang kata, Suzy terus berlari ke arah Gempa lalu dengan riang dia menjerit ke arah Gempa. "Kak Gempa! Kak Gempa, maafkan Suzy tau sebab tadi Suzy melampau dengan akak! Ni, Mama dan Suzy ada belikan hadiah untuk Kak Gempa! Kak Gempa pakailah ya?" Suzy tersenyum kambing ke arah Gempa.

Tidak membalas kata-kata Suzy, Gempa hanya memandang sinis ke arah gadis yang sedikit pendek darinya itu.

"Gempa, nanti malam pakailah baju tu, ya? Maaflah, Mama tak dapat belikan yang cantik sangat sebab Mama tak dapat duit banyak sangat dari ayah kamu. " Wanita tersebut mula menayangkan muka sedihnya yang nyatanya sangat palsu di mata Gempa. Gempa dengan terpaksa menerima huluran kotak tersebut lalu mengukirkan senyuman plastiknya kepada wanita itu.

"Ah, susah-susah saja Mak Cik Sofia. Terima kasih banyaklah. Saya saaaaaaangat hargainya. " Wanita separuh usia yang bernama Sofia itu tersenyum menahan geram dengan kata-kata Gempa tadi. Manakala Gempa hanya menayangkan muka tidak bersalahnya sahaja.

"Baiklah, kalau tidak ada apa-apa lagi, Mak Cik Sofia dan Adik Suzy boleh keluar ya? Maaflah, saya tiada karpet merah untuk dibentangkan kepada kalian berdua. Jadi dengan segala hormatnya dipersilakan keluar." Gempa tertawa sinis ke arah 2 perempuan di hadapannya.

"Hoo... Takpelah, Gempa. Kami pun bukannya hina sangat kalau takde karpet merah pun. Oklah. Jom Suzy? "

"Jom! " Selepas itu, Sofia dan Suzy pun berlalu pergi selepas menghempap pintu bilik Gempa dengan kuat.

Di luar bilik Gempa, Suzy menghentakkan kakinya sambil mengepalkan tangannya dengan geram. "Eeii!! Geram tau Suzy dengan minah tu!! Dia ingat dia tu hebat sangat ke nak hina kita bagai, hah?! "

Sofia menepuk bahu anaknya dengan lembut lalu memberikan senyuman sinis ke arah anak gadisnya itu. "Tidak mengapa Suzy. Kalau sekarang dia boleh hina kita, kita tengok malam nanti dia pula yang akan dihina. " Tidak lama kemudian, mereka berdua pun berlalu meninggalkan bilik Gempa dengan hati yang membara dengan dendam ke arah gadis kampung tersebut.

Sementara di dalam bilik Gempa, Gempa sedang membuka balutan hadiah tersebut lalu membuka penutup kotaknya. Gempa menarik keluar baju yang ada di dalam kotak tersebut dan berkerut keningnya apabila dia melihat rupa paras baju tersebut yang baginya sungguh... Tak cukup kain.

"Eww!! Makcik tua tu nak aku tayang body aku ke apa?! Kalau macam ni baik aku tak payah terima! Baik aku pakai je baju tshirt dan seluar sukan! Apa punya makcik takde taste langsung! " Gempa memaki hamun tentang Sofia sambil mencampakkan baju tersebut ke atas meja soleknya.

Tidak lama berdiam diri, Gempa terus berjalan menuju ke arah almari bajunya lalu membukanya. Di bahagian bawah dalam almari itu, ada sebuah beg shopping yang baru sahaja dibeli oleh Gempa tadi. Gempa terus mengambil beg tersebut lalu mengeluarkan baju yang baru dibelinya itu dengan senyuman yang puas hati. "Hmm.. Tak menyesal aku beli baju ni. Yosh! Masa untuk dress up! "

💖✨💖✨💖✨💖

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Di luar rumah agam yang dibina oleh hasil usaha Tuan Besar Amato di bandar yang mewah itu kini dipenuhi dengan berpuluh buah kereta yang mewah dan hebat. Para hadirin yang hadir pada majlis itu semuanya tetamu-tetamu yang terkenal dan kaya-raya. Namun begitu, hati Tuan Besar Amato tidak sombong, beliau juga tidak ketinggalan menjemput anak-anak yatim dan beberapa orang rakyat biasa untuk turut serta dalam majlis besar-besaran itu.

Sempena kepulangan semula anak kesayangannya, Amato membuatkan majlis yang bertemakan warna kuning keemasan beserta berlian yang cantik sebagai hiasan dalaman. Makan malam yang hanya bertemakan sederhana namun tetap kelihatan mewah.

"Sofia, mana Gempa? " Amato bertanya kepada isteri keduanya sebaik sahaja dia mendapati anak tunggal pertamanya itu tidak kelihatan. Sofia hanya tersenyum senget bersama anak perempuannya iaitu Suzy di sebelahnya.

"Nanti dia turunlah tu. Apa kata abang pergi bertegur sapa dengan tetamu kita dulu?" Amato hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia pun beredar meninggalkan isteri keduanya bersama anaknya.

"Heh, mesti Papa rasa geram sebab perempuan tu buat hal, kan Mama? " Suzy menjeling ke arah Sofia dengan pandangan yang sinis. Sofia juga tidak kalah mempamerkan senyuman kejamnya bersetuju dengan kata-kata anaknya itu.

"Fufu~ kita tengok apa akan jadi selepas ini. "

💖✨💖✨💖✨💖

Masa semakin pantas berlalu, jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam dan majlis bakal bermula sebentar saja lagi. Amato berjalan ke arah tangga untuk menjenguk Gempa namun segera dia dihalang oleh Yaya.

"Sebentar Tuan Amato, Gempa akan turun sebentar sahaja lagi. Saya harap Tuan Amato boleh bersedia di bawah, ya? " Amato memandang Yaya dengan curiga. Namun selepas itu, dia pun menganggukkan kepalanya lalu kembali turun ke tingkat bawah.

Yaya menghela nafas apabila Amato sudah beredar. Tidak lama selepas itu, Gempa muncul bersama seorang lagi maid rumah itu yang bercermin mata bulat di sebelahnya.

"Terima kasih Yaya sebab tolong. " Yaya membalas senyuman yang diberikan oleh Gempa dengan tersenyum manis. "Sudah menjadi tugas saya. Baiklah, sudah sampai masanya watak utama untuk muncul, Cik Gempa. " Gempa ketawa kecil sebelum tersenyum manis ke arah Yaya.

"It's time to play~" Gempa tersenyum dalam diam.

💖✨💖✨💖✨💖

Amato berdiri di anak tangga terakhir rumah agam tersebut. Dia kini sedang menunggu kemunculan anaknya iaitu Gempa sebelum dia tersedar bahawa situasi di dalam keramaian tersebut tiba-tiba senyap. Amato perasan yang semua para hadirin sedang mendongak memandang ke arah tingkat atas. Oleh kerana penasaran, Amato pun melihat ke arah mana para tetamu memandang.

Terpana mata Amato sebaik sahaja dia melihat anak gadis kesayangannya beserta senyuman manisnya sedang melangkah turun ke tingkat bawah dengan begitu cantik dan menawan sekali. Gempa menuruni tangga dengan penuh elegan dan menawa sekali. Sehingga semua mata para tetamu begitu terpesona dengan dirinya. Gempa begitu cantik apabila dia menggayakan rambutnya dengan rapi dan dikenakan pula dengan baju gaun kuning yang sepadan dengan dirinya.

Amato melangkah menaiki tangga lalu menghulurkan tangannya ke arah anak gadisnya itu berserta senyumannya. "Ayah tak sangka anak ayah makin cantik sekarang. "

Gempa tertawa terkekeh-kekeh sambil menyambut huluran tangan ayahnya. "Hehehe! Gempa kan ikut wajah arwah mak? "

Amato tersenyum bangga ke arah Gempa. Mereka berdua bersama-sama turun menuruni tangga seiring sejalan menuju ke arah para tetamu.

Amato membawa Gempa bertemu dengan para hadirin dan memperkenalkan anaknya dengan begitu bangga sekali. Gempa sesekali menunduk hormat dan bersalaman dengan para hadirin dengan ramah sekali. Dalam 2 beranak itu sedang saling berbual mesra dengan para tetamu, kelihatan Sofia dan Suzy sedang merenung mereka dari jauh dengan pandangan geram. "Cis! Macam mana baju yang dipakai perempuan kampung tu lain, Mama?! "

"Mama pun tak tahu! Dia kata dia takde baju untuk malam ni!"

"Habis mana baju yang kita belikan untuk dia! Tak kenang jasa betul perempuan tu! " Suzy mendengus marah. Sofia juga tidak kalah marah juga. Dia mengetap giginya geram. Namun tidak lama selepas itu, dia pun mendapat idea. Senyuman kejam terukir di bibir wanita separuh usia tersebut.

"Hnn~ Mama ada idea. "

💖✨💖✨💖✨💖

"Encik Amato, anak gadis encik berumur berapa tahun? " Seorang wartawan yang turut hadir pada malam majlis itu mula memulakan temu bual eksklusif kepada Amato dan Gempa. Sebagai seorang ayah, Amato yang menjadi penjawab bagi segala soalan. "Anak saya baru berumur 17 tahun. Tidak lama lagi dia akan didaftarkan ke dalam sebuah universiti berdekatan dengan bandar ini."

"Kenapa kami tidak pernah melihat Cik Gempa sebelum ini? Adakah kerana sebelum ini dia tinggal di tempat lain?"

Amato menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. "Sebelum ini anak gadis saya tinggal bersama atoknya di kampung. Semenjak isteri pertama saya meninggal, saya tinggalkan dia bersama ayah saya di sana dan dia membesar di sana sehinggalah baru sekarang dia pulang semula ke pangkuan saya."

"Kenapa encik meninggalkan dia bersama ayah encik? "

"Bagi saya, anak gadis tunggal pertama saya ini amatlah berharga. Jadi saya mahukan yang terbaik untuknya. Oleh kerana saya tidak mahu Gempa diabaikan tanpa kasih sayang seorang ibu, saya menghantarnya kepada ayah saya. Sepanjang anak saya membesar, saya telah berusaha sekuat yang boleh untuk membangunkan syarikat saya sendiri. Dan setelah 10 tahun bertungkus-lumus saya berusaha, akhirnya saya berjaya membangunkan syarikat yang kini dipandang tinggi oleh mata masyarakat. Iaitu Syarikat Golden Galaxy."

Gempa melirik ke arah ayahnya yang berdiri di sebelahnya. Terdetik perasaan kagum dalam dirinya apabila dia mendengar segala kata-kata ayahnya sewaktu berucap di hadapan wartawan-wartawan semua. Walaupun perasaan marah dan tidak puas hatinya pada ayahnya kerana meninggalkannya sewaktu berumur 5 tahun dulu masih ada, tetapi perlahan-lahan perasaan itu kian pudar selepas dia dapat tahu bahawa Amato sangat menyayanginya sehingga sanggup mengorbankan masa mereka bersama demi masa depannya.

"Maaf kerana mengganggu, ya. Saya mahu berbual sekejap dengan suami serta anak saya ini. " Tiba-tiba Sofia datang menyampuk perbualan antara Amato dan wartawan.

Amato mengalihkan pandangannya ke arah isteri keduanya lalu mempelawa para wartawan untuk menikmati juadah terlebih dahulu sebelum menyambung sesi menemuramah.

"Ada apa ni? Abang tengah ada temu bual kot tadi. "

"Alahai, maaflah sayang. Saya datang ni sebab nak tanya sesuatu pada anak kesayangan awak ni. Gempa, mana baju yang Mama belikan tadi untuk kamu? Kenapa kamu tak pakai, hm? " Dengan suara pura-pura lembut Sofia menayangkan senyuman palsunya.

Gempa menjeling geram ke arah wajah perempuan separuh usia itu. "Dasar makcik perut berlapis ni... Kalau ikutkan hati, nak saja aku lempang muka dia. Siapa yang nak sangat pakai baju hodoh tu hah?!" Gempa hanya menayangkan senyuman polosnya.

"Ala... Maaflah. Gempa tersalah basahkannya waktu nak mandi tadi! Hmm... Nasib baiklah Gempa dah siap-siap beli baju sendiri. Cantik tak baju Gempa? " Dengan sengaja Gempa berpusing-pusing ala-ala seorang puteri di hadapan Amato dan Sofia.

Melihat telatah comel Gempa, Amato terus mencubit pipi anaknya dengan geram. "Aduh... Anak ayah ni comel sangatlah! Rasa sayang pula nak biarkan kamu ni uruskan syarikat ayah nanti. "

Mendengar kata-kata Amato yang tiba-tiba itu, terus sesi pusing berpusing Gempa terhenti. Dia menatap ke arah ayahnya dengan tatapan hairan. "Apa... Maksud ayah?" Amato membalas tatapan tersebut.

"Ah? Ayah tak beritahu lagi ke? " Gempa masih dengan wajah hairannya membuatkan Amato tergelak kecil melihatnya.

"Hahaha! Maaf. Maaf. Ha, alang-alang waktu yang tepat ni, baik ayah katakannya terus. "

"A-apa maksud abang? Jangan nak cakap yang... " Sofia mula berpeluh dingin. Seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang bakal diucapkan oleh Amato sebentar lagi.

Namun Amato tidak faham apa yang dikhuatiri oleh Sofia. Dia hanya menganggukkan sahaja kepalanya. "Yep! Abang nak serahkan syarikat abang kepada Gempa." Kata Amato sambil memegang erat tangan Gempa.

Terbelalak mata Gempa apabila mendengar kata-kata ayahnya sebentar tadi. Namun belum sempat dia membuka mulut, Amato terlebih dahulu membuka suara sambil mengarahkan butlernya menghulurkan mic kepadanya.

"Ekhem! Maaf kerana saya mengganggu waktu anda semua. Memandangkan semua sudah ada di sini beserta para wartawan, saya selaku pengerusi syarikat saya sendiri iaitu Syarikat Golden Galaxy, ingin menyampaikan sesuatu kepada para hadirin sekalian. " Semua mata mula tertumpu pada Amato. Ramai yang tertanya-tanya akan apa yang akan dikatakan oleh Amato.

"Para hadirin sekalian, sudah sekian lama saya bekerja di syarikat saya. Dan saya rasa, sudah sampai masanya untuk saya mencari seorang pengganti kedudukan saya tidak lama lagi. Mungkin dalam 2-3 tahun lagi? Dan, sebagai satu-satunya calon yang saya sendiri pilih ialah, anak tunggal pertama kesayangan saya. Gempa. " Amato menarik rapat Gempa ke arahnya. Dia menghadiahkan sebuah senyuman yang penuh bangga ke arah Gempa yang masih dalam keadaan terpinga-pinga.

"Jadi, saya harap suatu hari nanti anak saya akan menjadi salah seorang peneraju yang berjaya yang bukan sahaja di bandar ini, malah di negara dan di serata dunia. Saya tahu yang mungkin dia masih muda, tetapi biarlah dia berdikari dengan caranya sendiri. "

"Berdikari huh..? Ayah ni memang nak aku mati muda kerana stress ke apa?" Kutuk Gempa pada ayahnya. Dia hanya menahan sahaja perasaannya untuk menampar muka ayahnya itu. Ada ke patut dengan selambanya dia menyerahkan syarikat sendiri pada anak yang masih muda dan tidak tahu apa-apa? Paling malang disuruh pula berdikari?

Selesai sahaja berucap, ramai tetamu bertepuk tangan sambil mengucapkan tahniah dan semoga berjaya kepada Gempa. Gempa pula hanya tersipu malu sambil menundukkan wajahnya kerana menerima begitu banyak kata-kata hangat dari para tetamu walaupun dia tidak kenal mereka.

"Abang! Kenapa abang nak serahkan syarikat abang kepada Gempa?! Bukan ke abang sepatutnya menyerahkan syarikat itu pada Stanley?! " Sofia membisik geram ke arah Amato.

"Eh? Kenapa pula? Stanley itu bukan darah daging I. Gempa ni darah daging I. Dia yang sepatutnya mewarisi syarikat I." Amato mematahkan kata-kata Sofia dengan selamba. Sofia mendengus geram lalu segera beredar dari situ dengan hentakan kaki yang kuat.

Gempa yang melihat pemergian Sofia hanya tersenyum sinis. "Heh, padan muka kau makcik! " Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Gempa melompat dan bersorak gembira. Namun dia menyimpannya di dalam hati untuk dilepaskan di dalam bilik nanti.

"Mengumumkan! Ketibaan 6 Saudara Boboiboy! " Semua mata tertumpu pada pintu rumah agam yang besar itu sebaik sahaja mereka terdengar suara penyambut tetamu di situ. Semua para hadirin mula berbisik-bisik dan ada yang terjerit teruja.

"6 Saudara Boboiboy? Siapa tu ayah? Bukan 6 Boboiboy Bersaudara tak? " Gempa menoleh ke arah Amato dengan perasaan ingin tahu. Namun Gempa tersedar, wajah Amato sedikit dingin dan seolah-olah risau akan sesuatu. Perasaan risau dan prihatin mula menerpa di hati Gempa. "Ayah? Ayah ok? Ayah ada masalah ke? "

Tersontak Amato menoleh ke arah Gempa. Namun dia hanya menggelengkan kepalanya dan tersenyum lembut. "Tiada apa, sayang. Cuma... Ayah terlupa untuk memperkenalkan kamu tentang orang 'paling penting' di sini dan bakal menjadi cabaran besar buat kamu di masa hadapan. " Amato menoleh ke hadapan semula bersama wajah seriusnya.

Gempa semakin takut apabila mendengar kata-kata ayahnya itu. Dia juga turut memandang ke arah pintu utama yang terbuka luas itu. Beribu persoalan yang bemain di dalam fikiran Gempa. Debaran hatinya juga tidak kalah kuat berdegup bagaikan dipalu berkali-kali.

Secara perlahan, muncul serentak barisan 6 jejaka yang berjalan seiring sejalan masuk ke dalam rumah tersebut melalui pintu masuk. Sebaik sahaja wajah mereka keluar, ramai para tetamu bertepik kuat dan ada juga beberapa orang fotografer mengambil gambar jejaka-jejaka tersebut.

"Mereka sudah tiba, pesaing-pesaing ayah." Terbelalak mata Gempa apabila mendengar kata-kata Amato disamping memandang wajah jejaka-jejaka itu.

"H-huh?! Diorang ke?! "















TBC(?)

WOAAAHHH~!! APA JADI?! 😮
Siapa 6 jejaka itu? Mesti readers semua tahu dah kan? 😋
.
Agak-agak apa jadi ya?
Apa akan jadi pada kehidupan Gempa selepas ini?
Next or nah?
.

Lebih kurang macam ni lah baju Gempa malam itu.  😄

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro