Bye! and Hello!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gempa berjalan seiringan bersama Fang di dalam stesen kereta api. Di tangan Fang, terdapat beg galas dan di bahunya pula disandang pula beg sandangnya. Kini mereka berdua sedang menunggu ketibaan kereta api yang bakal dinaiki oleh Fang sebentar sahaja lagi. Sambil-sambil menunggu, Gempa dan Fang berborak bersama.

"Sekejapnya awak duduk dekat sini, Fang. Rasa macam cepat saja masa berlalu. " Gempa meluahkan rasa kesalnya sambil menundukkan kepalanya.

Fang tersenyum melihat Gempa sekadar cuba untuk memberikan semangat buat gadis itu. Ditepuknya perlahan kepala Gempa lalu berkata, "Jangan lah risau. Nanti aku akan datang baliklah. "

Gempa mendongakkan kepalanya memandang ke arah Fang. Dia juga turut membalas senyuman Fang sekadar untuk meyakinkannya. Tidak lama kemudian, terdengar suara pengumuman tentang ketibaan kereta api tidak lama lagi. Para penumpang yang bakal menaiki kereta api tersebut mula mendapatkan barang-barang mereka dan mula berdiri dari tempat duduk masing-masing. Semua mula menuju ke kawasan yang bakal menjadi tempat kereta api bakal berhenti seketika nanti.

"Jadi... Kau akan betul-betul tinggal sini selepas ni? " Fang berpaling ke arah Gempa semula selepas melihat orang ramai berpusu-pusu menuju ke kawasan perkumpulan.

"Uhmm... Nampaknya macam itulah. Saya tak boleh lawan permintaan ayah. Lagipun... Kami kan sudah lama tidak bersama? "

"Betul juga tu. Jadi... Nampaknya kena tunggu jodoh kita lah baru dapat jumpa balik, kan? " Fang mula berjenaka.

Merah wajah Gempa jadinya apabila mendengar jenaka Fang. Terus didongakkan kepalanya memandang lelaki itu yang berdiri di hadapannya.

"Hahahah! Kenapa dengan muka kau tu?" Fang tergelak melihat muka merah Gempa yang tidak ubah seperti muka buah epal merah.

"Ish! Fang ni, suka sakat oranglah! Takkan lah kita... Ada jodoh... Kot... " Gempa malu-malu mengulang balik kata-kata Fang tadi. Jari-jarinya dimainkannya sendiri bagi menahan malu.

Fang tersenyum sahaja melihat Gempa. Selangkah dia mendekati gadis itu lalu memegang dagu Gempa dengan menggunakan tangan kanannya. Mata mereka berdua bertembung antara satu sama lain. Seolah-olah menzahirkan perasaan yang ada dalam jiwa masing-masing.

"Kenapa? Kau... Tak suka ke dapat jumpa aku? " Fang mempamerkan wajah kecewanya beserta nada suara yang sedih seakan-akan kecewa.

Gempa cepat-cepat menggelengkan kepalanya bagi menidakkan pendapat Fang. "M-mana ada! Saya gembira lah sebab dapat jumpa Fang! Walaupun beberapa hari sebelum ni kita jarang berjumpa kerana kondisi saya, tapi dapat tengok muka Fang, buat saya selalu bahagia! "

Fang tersenyum mendengarkan itu. "Baguslah. Aku pun... Tak sabar untuk bertemu dengan orang aku sayang balik lepasni. "

"Eh...? " Terdiam Gempa jadiya apabila mendengar ungkapan terakhir Fang.

"Ah, lebih baik aku pergi sekarang. Kang tertinggal kereta api pula. Bye, Gempa! Thanks for everything! " Fang terus beredar sebaik sahaja dia melihat respon Gempa tadi.

Gempa hanya terpana dengan Fang dan kata-katanya tadi. Sebelum bertolak, Fang sempat melambaikan tangannya ke arah gadis itu dan pintu tertutup rapat. Dengan perlahan kereta api mula bergerak setelah mendapat tiupan wisel dari penjaga yang menjaga penumpang untuk naik ke kereta api.

Puuunnnn!!

Bunyi kereta api menandakan bahawa ia akan bergerak. Gempa serta-merta tersedar kerana bunyi tersebut dan dia sempat melihat lambaian kasih (eh? :v) terakhir Fang kepadanya.

"F-Fang!! "

Dengan di luar kawalannya, Gempa terus mengejar kereta api yang semakin bergerak jauh. Dia cuba menunggu Fang memunculkan dirinya di sebalik tingkap kereta api dan akhirnya Fang muncul.

"Jaga diri kau baik-baik ya, Gempa! "

Gempa menggenggam tangannya erat. Degupan jantungnya mula laju berdetak. Tak tahulah sama ada kerana dia sedang berlari atau kerana perasaannya sekarang.

Tapi, jika ia adalah kerana perasaannya...

"Fang!! "

Fang melihat ke arah Gempa. Dari situ dia dapat melihat wajah Gempa tiba-tiba kemerahan. Entah kerana penat atau..? Dan Gempa pun berhenti dari belari. Dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menjerit.

"Saya suka awak, Fang!!! "

Tidak menghiraukan pandangan orang-orang di sekelilingnya, Gempa memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya kepada Fang.

Jarak antara dirinya dan Fang semakin menjauh. Fang terdiam seketika sambil memandang Gempa lama. Jarak mereka yang kian menjauh itu membuatkan Fang tidak dapat membalas dengan kata-kata melainkan hanya tersenyum dan melambaikan sahaja tangannya. Gempa memandang pemergian Fang dengan keadaan yang tercungap-cungap. Dia memegang erat bahagian dada di mana tempat jantungnya berada dan merasai sendiri degupan jantungnya yang berdegup dengan kencang sekali. "Aku... Aku berjaya! " Gempa mula menangis kegembiraan.

Ting!

Seketika kemudian Gempa mendapat mesej dari seseorang. Segera dibukanya telefon miliknya lalu melihat mesej tersebut.

Daripada Fang.

"Terima kasih. "

Hanya kata-kata yang singkat. Namun ia sudah cukup membuatkan Gempa terus menangis kegembiraan dan terduduk. Gempa memeluk erat telefonnya dan mengetap bibirnya untuk mengelakkan dirinya daripada menjerit.

Bahagianya terasa tatkala dia berjaya melakukan perkara yang dia tahu bukan dia sahaja yang mengalami kesukaran untuk melakukannya. Malah, ramai lagi orang di luar sana yang ingin melakukannya. Namun Gempa telah berjaya mengatasinya. Dia berjaya meluahkan perasaannya pada Fang. Orang yang selama ini disukainya dalam diam.

Saat mereka bersama terlalu singkat namun Gempa dapat manfaatkannya dengan baik dan dapat juga menyatakan perasaannya kepada Fang. Walaupun singkat, ia sudah cukup bermakna buat Gempa.

"Fang... " Gempa memanggil nama Fang sambil tersenyum.

Tap. Tap. Tap.

Seorang lelaki dewasa berjalan menghampiri Gempa tanpa disedari oleh gadis itu. Dia seorang diri sahaja. Memerhatikan Gempa yang masih dalam keadaan duduknya dan memeluk erat telefonnya.

Lelaki itu yang berada di belakang Gempa menbuatkan gadis itu tidak sedar akan kehadirannya. Dengan perlahan, lelaki itu mendekati Gempa dan menepuk bahu Gempa. Hal itu membuatkan Gempa tersedar dari dunianya dan menoleh.

Terbeliak kecil mata Gempa tatkala iris keemasannya bertemu dengan iris merah ruby yang berkilat, tajam dan dingin itu.

"K-kau...? " Gempa mula berpeluh dingin apabila melihat wajah lelaki itu. Dia kenal sangat dengan lelaki itu. Lelaki yang selama ini menjadi salah seorang manusia yang ingin dihindari oleh Gempa.

"Hoo... Bahagia nampak diperbodohkan oleh cinta buta? "

"Tsk... Halilintar. "

Gempa memberikan tatapan dingin ke arah lelaki itu. Jelas terpampang wajah tidak puas hati dan amarahnya kepada lelaki tadi iaitu Halilintar.

"Heh, hello... Gempa. "

Halilintar mempamerkan senyuman sinisnya ke arah Gempa. Mereka berdua kekal dengan keadaan begitu agak lama jangkaan masanya.








TBC(?)

Ahhhhh!!! Maafkan Ani yang suka pasangkan Halilintar dan Gempa bersamaaaa!!! 😭💦
.
Padahal ini adalah Harem!Gempa tapi lebih utamakan HaliGem pula! Aish! Nanti Ani cuba kurangkan sikit adengan HaliGem dan kembangkan lagi ship AllxGem lain. (๑•̀ㅂ •́)و ✧
.
Yosh! Minna! Terima kasih untuk supportnya! Maka, dari sini... Berakhirlah cerita ini. Eh, bukan! Maka berakhirlah kehidupan bahagia Gempa. Selepas ini dia akan diuji dengan beberapa ujian.
.
Terima kasih sudi baca sampai ke sini. 😄
//hnnggg!! Bila buku ni nak habisss?! 😭
Dan maaaaffff sebab laaaaamaaaaaa sangat untuk update. (;ω;)

P/S Ani ada sedikit kecewa dengan beberapa orang readers sebenarnya dan ia menjadi salah satu sebab kenapa Ani lambat update. Harap mereka sedar kesalahan mereka. :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro