A Little Moment

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Gempa? " Fang mengetuk pintu bilik Gempa sambil cuba memanggil namanya. Sebaik sahaja dia pulang dari keluar bersiar-siar di bandar, dia ada terdengar suara bisikan para pembantu rumah yang sedang menyebut-nyebut nama Gempa. Melalui apa yang didengarinya, dia syak ada sesuatu yang buruk telah menimpa gadis itu. Dan untuk mendapatkan kepastian, dia pun terus mencari Gempa.

Namun apa yang didapatinya hanyalah balasan yang kosong. Fang mengeluh. Dia tidak tahu harus apa lagi. Dia takut kalau Gempa merajuk dengannya yang kerap keluar dari rumah tanpa membawa gadis itu bersama.

Bukan kerana ingin mengelak, tetapi Fang agak kurang senang untuk duduk di rumah orang lama-lama. Maka dari itu, dia pun sering keluar merayau ke mana-mana yang dia ingin pergi kerana tidak mahu terlalu terperap di rumah Gempa yang mewah itu. Pergilah mana-mana pun asalkan bukan di rumah mewah itu.

"Fang? "

Mendengar namanya dipanggil membuatkan Fang terus menoleh ke belakangnya. Dan terpancarlah wajah insan yang selama ini dicarinya. Gempa.

"Awak buat apa di depan bilik saya? " Soal Gempa sambil memandang hairan ke arah Fang yang sedang berdiri di ambang muka pintu biliknya.

Fang cepat-cepat membetulkan posisinya dan memandang Gempa dengan tegak. Persis seorang kadet yang taat namun takut kepada komandernya. "T-takde apa-apa pun! Tadi aku cari kau. S-sebab kau takde niatnya nak cari tempat lain lah. " Fang membalas sambil mendekati Gempa.

"Macam mana sekarang? Kau dah ok? " Soal Fang sambil mengusap kepala Gempa.

Gempa kemerahan jadinya apabila menerima perilaku Fang. Walaupun itu (mungkin) perkara biasa, tetapi apabila menerimanya dari orang yang disukai amatlah luar biasa. Dan ia sangat membahagiakan!

"Uhhmm.. Dah ok dah. Terima kasih... Sebab s-sudi risaukan saya.. " Tersipu-sipu Gempa jadinya apabila menerima suapan lembut Fang. Manakala Fang hanya ketawa terkekeh-kekeh melihat telatah comel Gempa.

"Hmm... Memandangkan kau sudah ok, jom keluar cari aiskrim nak? "

"Aiskrim? " Berbinar mata Gempa apabila mendengar perkataan 'aiskrim'. Dia menatap Fang dengan pandangan berharap agar lelaki itu memang membawa maksud seperti apa yang di beritahunya.

Fang tertawa dibuatnya Gempa yang begitu kekanak-kanakan. "Hahahah! Kau ni masih macam dulu, kan? Masih setia bersama aiskrim! "

"M-mestilah! Aiskrim sedap tau! "

"Ppfft-! Ok lah. Ok lah. Dah jom. Kita keluar, ya? Aku ada ternampak kedai aiskrim yang ada dekat-dekat kawasan ni. Tak pernah cuba lagi jadi aku pelawa kau lah, ya? "

"Hm! Terima kasih, Fang! Jom! "

Lalu mereka berdua pun beredar dan turun dari tingkat atas dan menuju ke tingkat bawah. Sambil-sambil menuju ke muka pintu utama, mereka berdua berborak kosong sahaja terlebih dahulu. Tidak sedar bahawa ada yang sedang perhatikan mereka dari jauh.

"Hmph! Sebab ada lelaki, terus gedik macam perempuan murahan!! " Suzy menjeling tajam seraya menggengam tangannya geram dengan mereka berdua. Terlebih lagi Gempa.

"Tunggulah kau, Gempa! Bila aku hapuskan kekasih hati kau tu, kau akan aku bunuh selepas ni! "

Suzy mengeluarkan telefonnya untuk mendail nombor seseorang. Tertera di layar skrin telefonnya perkataan "Hubby💕" lalu dia pun terus menekan butang memanggil.

💖✨💖✨💖✨💖

Gempa menunggu aiskrimnya selesai dibuat sambil menunggu Fang yang sedang membuat panggilan yang dikatanya ialah ibunya. Gempa dapat mendengar suara sayup-sayup Fang yang begitu mencuba untuk mengelak dari orang panggilan sebelah sana.

"I-iya mak... Fang akan balik jugalah. Iya... Gempa memang takkan balik dah. Dia kata dia akan sambung belajar dekat sini.... Eh!! Tak nak! Fang tak nak belajar dekat sini! Fang nak belajar dekat kampung tu! Tak lah stress! Ok lah, mak. Fang tengah keluar dengan Gempa ni. Apa-apa nanti Fang call. Ok, bye. " Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, Fang pun berjalan mendekati Gempa.

"Kenapa mak awak tiba-tiba call? " Gempa bertanya sebaik sahaja Fang berada di sebelahnya.

"Hmm... Sebab dia tanya yang bila aku boleh balik. Hmph! Abang aku dah ada buat apa nak rindu? " Fang mencebik seolah-olah kesal akan orang yang baru disebutnya tadi.

Gempa terkekeh-kekeh melihat telatah Fang. Kenal benar dia pada lelaki ini seorang. Cemburu kerana abangnya dilebihkan lagi berbanding dirinya. Mungkin kerana abangnya itu hensem? Entahlah. Bagi Gempa, Fang yang lebih hensem dari abangnya!

Sebaik sahaja mereka berdua menerima aiskrim yang diberikan oleh penjaga kedai tadi, mereka pun beredar dari situ dan berjalan untuk kembali pulang ke rumah. Sambil-sambil itu, mereka mengisi waktu berdua dengan berbual kosong dan menikmati aiskrim yang berperisa dengan pilihan masing-masing.

"Oh ya, Gempa. Aku dah lama tak nampak 6 lelaki yang selalu jadi masalah buat kau tu. Mana diorang? Dah tak ganggu kau dah? "

Gempa terdiam seketika apabila mendengar nama 6 Saudara Boboiboy yang disebut oleh Fang.

"Uhhmm... Saya... Sudah minta mereka supaya menjauhkan diri dari saya. " Gempa menjawab perlahan.

"Huh? Kenapa? Diorang ada buat salah ke? "

"T-tak! Cuma... Saya rasakan yang mereka ni terlalu mengawal saya. Padahal kami baru jumpa, kan? Kenapa mereka terlalu ingin mendekati saya seolah-olah kami sudah lama kenal? " Gempa memandang wajah Fang seolah-olah menantikan satu jawapan yang dia tahu dia tidak akan ketahuinya melalui Fang.

Fang hanya membalas sahaja tatapan Gempa sambil mengetap bibirnya. Dia memandang simpati ke atas gadis itu.

"Takpelah. Yang penting sekarang ni, kau dah tak serabut dengan diorang, kan? " Fang cuba memberikan semangat kepada Gempa seraya mengusap kepala gadis itu.

Gempa tersenyum senang menerima usapan lembut dari Fang. Mereka berdua meneruskan semula perjalanan mereka dalam keadaan senyap.

"Eerr... Fang. Saya dah lama tertanya tentang ni. Dan... Boleh saya tanya sekarang? "

Gempa melirik ke arah Fang buat seketika bagi melihat reaksi lelaki itu. Dan nampaknya Fang tidak mempermasalahkan hal itu. Dia menoleh sambil menunggu soalan dari Gempa.

"Apa dia? "

"Eeerrr... Awak ke mana- Argh! "

"Huh?! Hoi!! "

Alangkah terkejutnya Gempa dan Fang apabila seorang peragut yang tidak dikenali tiba-tiba meragut dompet yang berada di tangan Gempa. Peragut itu terus lari melepaskan diri sebaik sahaja habuan yang disasarkannya itu didapati.

Fang tak dapat berbuat apa melainkan cuba menjerit dan ingin bertindak untuk mengejar peragut itu. Dia cuba untuk berlari selaju yang boleh demi mendapatkan balik dompet Gempa.

"Woi!! Jangan lari!! "

Fang terus mengejar peragut itu tanpa henti. Namun dengan keadaan fizikal yang masih belum bersedia, Fang tak dapat memperlajukan lariannya. Nafas Fang kian tercungap-cungap.

"Ckh! Tak guna! " Fang cuba memaksakan dirinya untuk berlari selaju yang boleh dan cuba bertahan namun dia sudah tidak larat. Dimakinya peragut itu kerana mempunyai stamina yang kuat sedangkan dia tidak.

Fang terpaksa memperlahankan kelajuan lariannya. Dalam dia hampir berhenti, tiba-tiba seseorang melintasi lariannya.

Dan dia adalah Gempa.

"GIVE ME BACK MY MONEY YOU DUMBAASSSS!!! " Dengan kelajuan yang mengalahkan juara pecut dunia, Gempa mengejar peragut itu tanpa henti.

Terlopong Fang jadinya tatkala melihat situasi tersebut. Betapa sukarnya untuk dia percaya bahawa dia kalah dengan gadis yang lemah-lembut dan sopan santun seperti Gempa. Serta-merta lariannya terhenti dan dia memerhatikan sahaja Gempa menangkap peragut tadi.

💖✨💖✨💖✨💖

Gempa menambahkan lagi kelajuan lariannya sebaik sahaja dia semakin hampir dengan peragut tadi. Dia mencuba sedaya-upaya untuk meraih baju peragut itu dan Zap! Dia dapat menangkapnya. Dengan sekuat tenaga yang ada Gempa menghentikan peragut itu dengan menarik bajunya dan memperlahankan lariannya. Tidak cukup dengan menarik baju, Gempa menarik pula telinga peragut itu dengan sekuat hatinya sehinggalah dia dapat mendengar suara serangan keras dari peragut tersebut.

"Aaarrghhh!!! Sakit! Sakit woy! Tak guna!!" Peragut itu terpaksa berhenti kerana tidak dapat menahan rasa sakit yang dilakukan oleh Gempa.

Tidak membuang masa lagi, Gempa terus menarik bahu peragut itu dan memusingkan badannya menghadapnya lalu dilayangkan satu tumbukan keras di wajah peragut tersebut.

DUSH!!

Dengan puas hati Gempa merampas kembali dompetnya yang sempat dicuri oleh peragut tadi. Manakala peragut tersebut telahpun pengsan kerana tumbukan keras Gempa. Gempa memandang peragut itu dengan sinis. Sempat dipijak dan ditendangnya peragut itu tanpa belas kasihan sehinggalah Fang datang ke arah mereka.

"Gempa, kau ok? " Fang bertanya risau dengan nafas yang masih tercungap-cungap.

"Hm? Saya ok je! " Gempa melemparkan senyuman manisnya sambil menghadap ke arah Fang. Dibetulkan rambutnya yang sedikit berantakan kerana larian laju tadi dan segera mengelap peluh yang mengalir di wajahnya.

"Fang ok? Kesian Fang kena kejar peragut tadi! " Gempa memandang Fang risau.

Fang hanya mampu ketawa canggung dan memandang Gempa dengan wajah yang terkejut dan tidak percaya. "Sepatutnya aku yang tanya dia... "

"Y-ya... Aku ok. Jap, aku call polis dan kita balik, ya? "

"Hm! Baik! " Gempa tidak membantah sama sekali dan terus kekal dengan senyumannya. Seolah-olah telah lupa tentang keganasan yang telah dia lakukan kepada peragut tadi. Fang terpaksa tersenyum senget ke arah Gempa. Demi menjaga maruah manis gadis itu.










TBC(?)

Part paling Ani rasa terhibur di sini. 😂 Goodjob Gemgem! You make something that impossible turns out to possible. 😂👏👏
.
Ok kita biarkan macam ni dulu dan nantikan chap akan datang! Thanks for reading! 😉💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro