What's The Matter?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Gempa? "

Yaya mengetuk pintu bilik Gempa sambil memanggil nama cik mudanya dengan prihatin. Masakan tidak? Sejak kelmarin Gempa pulang ke rumah langsung tidak keluar dari bilik. Makanan pula hanya dijamah sedikit sahaja. Amato selaku ayah kandung Gempa sudah tentu terlebih dahulu mengkhuatiri anak tunggalnya itu. Namun asal dia mahu menjenguk, ada saja urusannya yang mendadak. Jadi dipendekkan cerita, beliau terpaksa meminta tukang gajinya tolong jenguk-jenguk akan anaknya itu.

Jadilah sekarang Yaya dan Ying kini sedang berdiri di ambang muka pintu bilik Gempa. Mereka pada awalnya mahu meminta tolong Fang namun entah kemana lah lelaki itu pergi kerana sejak kelmarin juga dia tidak pulang ke rumah. Hal ini semakin membuatkan seisi penghuni rumah agam yang mewah itu semakin kerisauan.

"Tsk, biarkan jelah minah tu kat situ. Mereput sampai ke mati pun takpelah. Senang sikit. " Suzy berdecit dalam diam. Menyampah pula rasanya apabila melihat seluruh penghuni rumah kecuali keluarganya begitu bersungguh-sungguh sekali ingin memujuk Gempa supaya keluar dari biliknya.

Sofia menatap sahaja pembantu rumahnya itu. Dalam diam dia sedikit kurang senang dengan perubahan Gempa. "Apa kes pulak budak kampung ni? Nak mati dah ke? Heh, kalau dah nazak, senanglah kerja aku lepasni~" Dengan sinis Sofia tersenyum dan dirinya mula membayangkan saat-saat di mana dia dapat menghancurkan keluarga Gempa.

Kembali ke Yaya dan Ying, kelihatannya mereka masih gagal untuk memujuk Gempa keluar dari biliknya. Masing-masing mula mengeluh kesah. Perasaan risau semakin membuak-buak dalam jiwa mereka memikirkan keadaan Gempa yang masih belum menjamah apa-apa sejak pagi tadi.

"Gempa... Jangan macam ni. Share lah dengan Yaya dan Ying. Mana tahu kitorang boleh tolong? " Yaya masih cuba memujuk Gempa.

"Ya loh... Jangan macam ni maa... Tuan Amato sangat susah hati wo.. Kamu ada masalah kah? Share lah dengan kami. " Ying juga tidak jemu memujuk Gempa.

Hening. Itu sahaja yang mereka dapat dari gadis itu. Yaya dan Ying mengeluh kecewa. Walaupun mereka masih tidak ingin menyerah kerana dari segi mereka rapat, namun mereka harus faham akan status mereka bahawa mereka berdua hanyalah hamba kepada seorang gadis yang merupakan anak kepada tuan mereka.

"Macam mana ni, Ying? " Yaya menoleh ke arah Ying dengan wajah sedih.

"Kita biarkan sajalah dia dulu. Nanti bila sudah baik, kita tanya baliklah. " Ying membalas sambil cuba memberi semangat buat sahabatnya.

Yaya hanya mampu pasrah. Dirinya cukup risau akan Gempa. Entah apa sudah jadi kepadanya kelmarin tak tahulah dia. Akhirnya, Yaya dan Ying terpaksa berganjak dari situ dengan hati yang tidak rela.

Klik!

"Kak Yaya... Kak Ying... "

Terdengar suara lemah dari arah bilik Gempa sebaik sahaja Yaya dan Ying baru beberapa langkah ke hadapan. Mereka berdua kenal sangat akan suara itu. Pantas mereka berpaling lalu melihat pemilik asal suara tadi.

"Gempa! " Seukir senyuman kegembiraan muncul di wajah 2 orang pembantu rumah itu sebaik sahaja mereka melihat wajah Gempa berada di ambang muka pintu biliknya. Segera 2 gadis tadi berlari mendapatkan Gempa.

"Gempa! Gempa kenapa? Gempa sakit ke? Gempa lapar? Nak makan tak? " Yaya bertanya dengan nada yang khuatir ke arah gadis itu. Di belek-beleknya wajah Gempa takut-takut kalau ada sebarang luka yang mereka terlepas pandang.

Gempa sekadar menggeleng bagi menjawab pertanyaan Yaya. Dia menatap wajah runsing Yaya dan Ying secara bersamaan. "Kak Yaya dan Kak Ying... Boleh dengar masalah Gempa tak? " Dengan sayu Gempa bertanya pada 2 orang pembantu rumah itu.

Yaya dan Ying saling berpandangan antara satu sama lain buat seketika. Timbul tanda tanya dan perasaan ingin tahu mereka tentang apa yang ditanyakan oleh Gempa tadi.

"Baiklah. Jom kita ke taman. " Ajak Yaya.
Gempa sekadar mengangguk dan mereka berdua pun keluar setelah Ying menutup pintu bilik Gempa.

💖✨💖✨💖✨💖

"Nah, minum dulu air ni. "

Ying menghulurkan air teh hangat kepada Gempa dan disambut oleh gadis itu. Ying melabuhkan duduknya di sebelah kanan Gempa manakala Yaya di sebelah kiri. Masing-masing memberikan tatapan prihatin mereka ke atas Gempa dengan melihat keadaan gadis itu seperti tidak tenteram sahaja.

Gempa menghabiskan air teh yang diberikan oleh Ying. Selepas itu, dia pun meletakkan cawan teh tadi ke atas piring di atas meja semula.

"Jadi... Gempa sudah boleh cerita pada kitorang? " Yaya mula membuka bicara sambil mengusap belakang Gempa.

Anggukkan kecil diberikan oleh Gempa. Sebelum mula bicara, Gempa menarik nafas terlebih dahulu.

"Hmm... Sebenarnya... Gempa dalam dilema. "

"Dilema? " Serentak Duo Y itu bertanya.

Gempa membalas anggukkan. "Gempa... Rasa macam Gempa dah buat silap. Tapi pada masa yang sama... Rasa patut pun ada. "

"Kenapa pula? "

"Apa silap yang Gempa dah buat? " Ying bertanya.

"Ingat lagi tentang 6 Saudara Boboiboy? Yang mereka pernah datang waktu majlis meraikan kepulangan Gempa? " Soalan Gempa mendapat anggukan dari Duo Y itu.

"Kelmarin... Gempa jumpa mereka. Itu pun sebab mereka yang datang. Gempa rasa... Mereka ada cakap sesuatu dekat ayah sebab mereka minta izin untuk bawa Gempa keluar dan makan bersama mereka melalui ayah. Gempa dapat lihat riak wajah ayah kurang senang dengan mereka. Entah apa yang dikatakan mereka tu tak tahulah. Tapi memang jelas ayah tidak menyukainya. Kerana terpaksa, Gempa pun jumpa jelah mereka tu. Tapi... Entahlah... Gempa sedikit kurang senang dengan kehadiran mereka dalam hidup Gempa. " Gempa meluahkan isi hatinya dengan nada yang sedih.

Yaya dan Ying saling berpandangan buat sementara sebelum menatap ke arah Gempa semula.

"Kenapa? Gempa rasa diorang mengganggu ke? " Yaya bertanya bagi mendapatkan kepastian.

"Lebih kurang? Sebab semenjak kami saling berkenalan sewaktu malam majlis itu, mereka sering menghantar mesej kepada Gempa. Dan sering mencelah masuk dalam kehidupan seharian Gempa. Entah kebetulan ataupun tidak, setiap kali jika Gempa mahu keluar ke bandar, pasti mereka akan tiba-tiba muncul dan mahu sertai Gempa bersama. Bukan Gempa tidak mengalu-alukan kehadiran mereka, tetapi Gempa syak bahawa mereka mengintip Gempa dalam diam. "

"Kenapa pula? "

"Sebab Gempa tak pernah pun cerita apa-apa mengenai aktiviti harian Gempa dan hal peribadi Gempa. Tapi... Macam mana mereka boleh tahu? Tentang Fang juga. Gempa tidak pernah pun bawa dia bertemu mereka, tetapi macam mana mereka sudah syak perkara tak baik dekat Fang? Padahal Gempa sudah lama kenal Fang. Tak mungkin Fang akan kejam. " Gempa mengetap bibirnya menahan rasa geram. Sambil-sambil itu dia bermain dengan jari-jarinya yang putih dan runcing itu.

"Jadi... Apa jadi dengan kelmarin? "

"Hmmm... Gempa cakap... Gempa dah tak nak jumpa mereka dah. Walaupun Gempa tahu mereka dekat dengan Gempa mungkin sebab nak rampas syarikat ayah, tapi Gempa juga dah tak nak bersama Gempa sebab alasan tersendiri. "

"Dan... Sebab kenapa Gempa rasa serba salah adalah kerana Gempa rasa mereka tak bermaksud untuk buat macam tu pun. Mungkin mereka memang ingin mengenali Gempa dengan lebih dekat? Sebab apa Gempa tak tahu. Tapi rasanya... Mereka ikhlas.. " Sambung Gempa lagi.

Duo Y itu menganggukkan kepala mereka faham akan keadaan Gempa. Keduanya mengusap kepala Gempa dengan lembut dan memberikan senyuman kepadanya.

"Dah lah. Tak guna untuk mengingati perkara yang sudah lepas. Biarkan saja mereka tu. Asalkan mereka sudah tak ganggu Gempa takpe lah, kan? " Yaya memberikan kata-kata semangat buat Gempa.

"Ya looh... Nantikan kamu akan masuk universiti. Mesti fokus belajar maa... " Ying juga bersetuju dengan kata-kata Yaya.

Gempa memandang kedua pembantu rumahnya bergilir-gilir. Seulas senyuman diberikan kepada mereka berdua. "Hm! Terima kasih! "

"Sama-sama! "






TBC(?)

Ayooo!! Gempa dah tak nak kawan dengan diorang dah ke?? 😱😭😭

Apa jadi seterusnya, ya? Boleh teka tak? 😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro