First Day!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gempa melihat kawasan sekelilingnya yang sedang dipandu oleh Taufan di hadapannya dan Halilintar di belakangnya. Mata bulat Gempa bersinar dengan begitu terang sekali sewaktu dia dapat melihat suasana di dalam kawasan universitinya yang kelihatan begitu besar dan mewah kerana ia dicat dengan warna putih. Satu perkara yang Gempa sentiasa peka di dalam pemerhatiannya, menggunakan tema warna hitam ataupun putih boleh mencerminkan aura elegan dan bertaraf tinggi.

'Jadi memang betullah kata orang yang universiti ni adalah bukan universiti biasa-biasa? Masuk je dalam kawasannya kau akan terus terpesona! '

Gempa tidak ingin menipu jadi dia jujur sahaja berkata bahawa dia sangat kagum dengan reka bentuk bangunan universiti tersebut.

"Uwaahh..! J-jadi di sini adalah tempat yang akan aku belajar nanti? " Gempa berkata dengan nada yang seakan-akan tidak percaya. Terasa seperti seolah-olah dirinya berada di dalam sebuah dunia kayangan yang moden!

"Yep! Dan kalau kau tengok dekat kawasan universiti ni dah macam ni. Ha, sekarang kau tengok pula dari kawasan belakang tempat ni! "

Taufan berkata sembari menunjukkan skrin telefonnya yang sudah menunjukkan sebuah gambar di dalamnya.

"Sini... "

"Sini adalah kawasan belakang universiti ni! Cantik, kan? Jalannya bersambung dengan padang yang ada dekat sini. "

'Kawasan belakang pun dah mewah macam ni? Fuh! Ni baru kawasan luar. Kalau dalam bangunan yang tinggi dan hebat ni pula macam mana? ' bisik Gempa di dalam hatinya. Sungguh dia terasa seperti sangat kagum dengan reka bentuk binaan tempat yang dia sedang berada sekarang.

"Sekarang, jom kita masuk ke dalam pula. Masih banyak tempat yang kau perlu kenal, Gempa! "

"Uuhh... Banyak sangat ke? " Gempa bertanya dengan ragu-ragu.

"Hmm... Banyak tu memang banyak! Tapi lama kelamaan kau akan rasa biasa saja. Sebab bila kau dah masuk belajar dalam ni, kau akan lebih ingat dewan untuk course kau saja. "

"Banyak ke course yang ada di sini? "

"Hehe... Kau nak tahu? " Taufan bertanya sambil menyunggingkan senyuman yang bermakna.

"Eerr... Ya? "

"Hahahah! Ok, kalau kau nak tahu... SEMUA course ada dalam ni. "

"S-semua..? "

"Yup! Bila aku cakap semua, aku betul-betul maksudkannya! Art, Engineering, Music, Nursing, Architecture, Medical, Literature, Dentist, Business, Accounting, Modeling, Fashion, Technical dan banyak lagi! Kau sebutlah apa pun nama course tu. Semua ada! "

Gempa melihat sahaja betapa terujanya Taufan memberitahu tentang nama-nama kursus yang terdapat di dalam universiti tersebut. Sampai terlopong mulutnya jadinya kerana saking terkejutnya dia.

"Sekarang! Jom masuk tengok keadaan dalam ni pula! Masih awal lagi ni jadi kau masih sempat untuk ke pejabat! Jom! Jom!"

Taufan pun menarik tangan Gempa untuk mereka meneruskan perjalanan mereka melihat keadaan sekitar kawasan universiti tersebut.

💖✨💖✨💖✨💖

"Alright, dekat sini bila kau mula-mula masuk je, kau akan bertemu dengan perpustakaan depan. " Taufan berkata sambil membukakan sebuah pintu yang berwarna coklat dan mempersilakan Gempa untuk masuk dan melihatnya.

"Uwaaaahh! " Teruja sekali Gempa apabila dia dapat melihat suasana perpustakaan yang dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang sedang menggunakan perpustakaan tersebut.

Dapat dia lihat begitu banyak kemudahan-kemudahan yang disediakan di dalam perpustakaan tersebut selain daripada buku-buku yang banyak. Seperti kemudahan komputer hak milik universiti, tempat meja belajar, kaunter pendaftaran serta peminjaman dan pemulangan dan banyak lagi. Tambahan pula, konsep ruang di dalam perpustakaan itu kelihatan begitu menjimatkan ruang dan kos kerana di setiap tangga yang ada akan dibina beberapa buah rak buku untuk diletakkan di sana. Lagi satu, perpustakaan yang luas itu juga mempunyai kawasan bertingkat 2!

"He-hebatnya perpustakaan ni... " Gempa berkata sambil memandang kagum ke dalam perpustakaan tersebut.

"Ha, ini baru perpustakaan depan! Kau tak tengok lagi Perpustakaan Timur dan Perpustakaan Utara!"

"Per-perpustakaan... What? "

Taufan mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket seluar kemudian membuka sebuah aplikasi yang terdapat di dalam telefon tersebut. Jari telunjuknya kelihatan sibuk menggesel-gesel permukaan skrin telefon itu sehinggalah dia menemui perkara yang dicarinya.

"Ha, ini dia Perpustakaan Timur dan Perpustakaan Utara! "

"Wow! Banyaknya perpustakaan yang tempat ni ada! Sampai 3 sekali? "

"Hahahaha! Nak buat macam mana? "

"Dah kepala sekolah ni gila buku... "

Gempa memandang wajah Halilintar dan Taufan secara bergilir-gilir kerana tidak faham akan maksud mereka tadi.

'Eehh... Tunggu-tunggu! Kepala sekolah yang diorang maksudkan tu... Solar, kan? Eehh... Jadi dia tu gemar baca buku, ya? '

"Oi, budak. " Serta-merta lamunan Gempa tadi terbangun apabila dia mendengar Halilintar memanggilnya.

"Urkh! Uuhh... Tak payah lah nak panggil saya budak, Pak Cik Tua! "

"Huh? Apa kau panggil aku? " Halilintar menjeling tajam ke arah Gempa.

"Pekak ke? " Gempa juga tidak kalah membalas jelingan maut kepada Halilintar.

Jika dunia mereka ialah dunia komik, pastinya tenungan tajam antara Halilintar dan Gempa tadi akan keluar kilat yang saling sambar menyambar. Nampaknya hubungan mereka masih belum baik, kan?

"Haih... Sudahlah korang berdua. Ha, Gempa. Mari kitorang tunjukkan pula kelas-kelas untuk setiap course yang student dekat sini ambil. "

Ingin menenangkan keadaan, Taufan pun melangkah masuk di antara Gempa dan Halilintar tadi bagi menenangkan keadaan. Naya nanti kalau mereka menjadi pusat perhatian daripada pelajar-pelajar dekat situ hanya disebabkan pergaduhan yang sepele.

"Huh, terlepas kau kali ni budak! "

Gempa membalas jelingan Halilintar dan kemudian menjelirkan lidahnya kepada lelaki itu. "Weerrkk! Tak takut pun! "

💖✨💖✨💖✨💖

"Baiklah, ini adalah untuk bahagian course Programming, Sains Komputer, Teknologi dan untuk kegunaan awam pelajar-pelajar dekat sini. Kitorang panggil bilik ni Dewan IT."

"Kenapa tak panggil saja Makmal Komputer?" Gempa bertanya sembari melihat keadaan di dalam dewan tersebut.

"Uuhh... Dah ketua dia nak ia dipanggil Dewan IT, apa boleh buat? "

"Huuhh... Rupa-rupanya Solar memang bawa pengaruh yang besar dekat sini. "

"Hahaha! Dah nama pun Ketua Pengarah dekat sini, memang semua benda tinggal tunjuk jari jelah bagi dia. "

Gempa memutarkan bola matanya dan mendengus. "Aku masih tak faham dengan korang, kerja korang semua hebat-hebat belaka. Yang tu kerja macam tu, yang ni kerja macam ni. Gaji tu tak payah cakaplah. Semuanya kalahkan Perdana Menteri! Tapi kenapa korang masih nakkan syarikat ayah aku? "

"Ceh, kan kitorang dah pernah terangkan dekat kau sebelum ni, syarikat ayah kau tu adalah salah satu syarikat yang boleh membawa manfaat dekat kitorang. Jadi kalau kitorang dapat ambil syarikat ayah kau tu, lagi untunglah kitorang! " Halilintar menjawab dengan suara yang sedikit tinggi.

"Iya? Kalau korang tak dapat jugak syarikat tu macam mana? " Gempa bertanya semula dengan nada yang mengejek. Macam sengaja nak uji emosi Halilintar.

"Aduhh... Korang berdua janganlah gaduh dekat sini! Hali pun, kau janganlah jadi macam budak-budak sangat dan termakan umpan Gempa ni. " Taufan cuba untuk mengawal keadaan. Dia sudah sedia maklum dengan perangai Halilintar dan Gempa ni. Pantang bertemu, pasti beradu mulut macam tiada hari esok!

Gempa hanya mampu memutarkan bola matanya dan segera beredar dari situ selepas dihentikan oleh Taufan tadi. Manakala Halilintar dan Taufan pula, mereka berdua hanya mampu saling memandang antara satu sama lain sebelum Taufan akhirnya mendesah lelah.

"Hali, aku rasa kau betul-betul kena kawal diri kau... "

"Huh? Kawal diri aku? Aku bukannya cekik dia pun, kan? So aku dah kawal diri lah ni! "

"Bukan tu maksud aku... Maksud aku, cubalah jangan terbawa emosi sangat bila bercakap dengan Gempa tu. Cuba mengalah. Gempa tu perempuan. Kau tu pula lelaki. Lelaki kena la mengalah! "

"Ckh! Habis, kau nak semua kaum lelaki ni mudah ditindas semata-mata kerana perempuan? Ingat hati lelaki ni lembut sangat untuk perempuan? Sorry, aku bukan golongan yang macam tu. "

Usai berkata demikian, Halilintar pun turut beredar dari situ dan berlalu pergi mengikut arah yang Gempa pergi tadi. Meninggalkan Taufan yang berada dalam keadaan terpinga-pinga dan tercegat di tempat asalnya.

"Haih... Aku kahwinkan jugak 2 ekor ni nanti... "

Lalu dia pun ikut berlalu pergi dari situ untuk mengekori Halilintar dan Gempa.









TO BE CONTINUE
.
Last update, 27 Disember 2020. Dan sekarang, 7 May 2021. Hmmm... 😂😂
.
Sorry semua, author sibuk dengan persediaan SPM sebelum ni. Dan sekarang baru betul-betul ada masa untuk sambung cerita.
.
Anyway, author dah tak boleh nak janji bila pula akan update. Kalau ada masa baru author update. Tu pun kalau takde benda lain nak kena buat dan ade idea untuk sambung cerita. Harap-harap korang faham la ya?? 😅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro