Let's Forget for A While

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gempa dengan keadaan tergesa-gesa berjalan menuruni tangga rumahnya selepas sebaik sahaja dia terdengar bunyi hon kereta dari luar rumahnya. Dan sebaik sahaja dia dia turun dari anak tangga terakhir, tiba-tiba dirinya disapa dengan deheman keras dari seseorang yang berada di belakangnya. Gempa memutarkan bola matanya. Sudah tentu dia tahu siapa yang menegurnya itu.

"Nak ke mana? Tergesa-gesa nampak?"

Gempa mendengus kesal dalam diam. Dia tidak mahu bergaduh dengan sesiapa di pagi hari ini. Dan kalau boleh pagi yang indah macam ni pun dia tak nak bertemu dengan 'manusia' tu.

Gempa mengabaikan pertanyaan tadi. Dia terus sahaja melangkah untuk menuju ke arah pintu rumah namun ia serta-merta terhenti apabila dirinya ditanya sekali lagi. Tetapi dengan cara yang kasar pula.

"Hoi, miskin! Aku tanya ni kau nak ke mana?! Jangan nak buat rumah ni macam rumah kau lah!"

Langkah Gempa terhenti. Kalau Gempa pernah sebut bahawa dia tidak ingin bergaduh dengan sesiapa sebelum ini dia ingin tarik balik kata-katanya. Gempa memusingkan badannya untuk melihat ke arah satu-satunya manusia yang ada di situ yang sedang memandangnya dengan pandangan yang mengancam.

Dalam diam Gempa menggenggam tangannya.

"Apa kau panggil aku tadi? Miskin?"

"Ya. Pekak ke? Biar aku ingatkan kau, ya? Kau duduk dekat sini pun hanya menumpang! Jadi jangan sesuka hati nak buat rumah ni macam rumah kau!"

Gempa mengigit pipi dalamnya. Nafasnya mula terasa panas dan diikuti dengan hatinya. Dia cuba untuk menahan dirinya sedikit kerana tidak mahu dengan mudah masuk ke dalam perangkap manusia seperti orang di depannya ini. Dia tahu, manusia ini memang sengaja ingin mencari gaduh dengannya.

Tapi dia tidak tahu bahawa Gempa sentiasa bersedia. Bersedia dengan segala 'jawapan' untuk kata-kata tak bermoralnya itu.

"Kau cakap apa tadi? "

Gempa berkata seraya mendekati Suzy. Satu-satunya gadis yang kalau boleh adalah orang pertama yang ingin Gempa tendang keluar dari rumahnya. Sekali lagi, RUMAHNYA.

"Oh, pekak rupa-"

"I don't finish yet bitch! "

Suzy tergamam. Terkejut apabila mendengar Gempa tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

"Kau cakap apa tadi? Aku duduk sini menumpang saja? Omg, kau memang perasan, ya? Aish... Mesti sejak kecik lagi kau dah makan najis, kan? Sebab terlalu perasan sampai tak sedar mulut kau tu busuk macam najis!

Kau dengar sini, ya? Aku dah lama sabar dengan kau. Kau... Jangan sesekali nak ajar siapa aku dekat dalam rumah ni! Sebab apa? Sebab aku lah PEMILIK RUMAH NI! "

Terbeliak mata Suzy mendengarnya. Sungguh dia tidak tahu tentang apa-apa yang dikatakan oleh Gempa barusan tadi.

"Kenapa? Terkejut? Haha! Itulah... Lain kali, jaga kepala otak kau tu! Dah cemar sangat dengan najis! Apa? Kau ingat ni rumah atas nama ayah aku lagi? Hahaha! Sorry lah, dia dah awal-awal tukar nama kepada nama aku lah! So, aku adalah pemilik rumah ni! Dan aku, boleh je tendang sesiapa saja keluar dari rumah ni sesuka hati aku! "

Gempa semakin mendekati Suzy sehingga mereka berdiri dalam jarak beberapa jengkal sahaja. Dengan penuh amarah Gempa berbisik sadis kepada Suzy.

"Know your place, bitch! Jangan sesekali cabar kesabaran aku. Orang biasanya nasihati kita untuk tidak main dengan api, kan? Tapi pernah kau sangkakan tak? Kalau kau bermain dengan tanah, ia pun akan bergegar dan menenggelamkan kau dengan mudah sekali? "

Selepas itu, Gempa pun memusingkan badannya, meninggalkan Suzy yang masih tercengang dengan apa yang baru sahaja berlaku.

Gempa sempat menjeling ke arah gadis itu. Menandakan bahawa dia memang sudah cukup muak dengan perangainya yang sememangnya melebihi daripada perangai seorang gadis yang sepatutnya. Gempa seharusnya sabar dengan sikap manusia seperti itu. Tetapi kadang-kadang, tahap kesabaran seseorang memang perlu ada batasnya.

"Ah, dan satu lagi... "

Gempa menolehkan wajahnya semula. Menjeling Suzy yang masih berdiri statistik di tempatnya. Tetapi kali ini, wajah Gempa serius tanpa berniat untuk mengusik gadis itu.

"If you tell my father about this, then you will meet the hell, bitch. Know your place. Jangan ingat apa yang aku lakukan selama ni adalah untuk suka-suka semata-mata. Kalau kau berani, cuba lah cabar aku. Aku akan tunjukkan dekat kau siapa yang 'berkuasa' dekat sini. And I'm not fucking kidding here. "

Sebaik sahaja habis Gempa berkata demikian, dia pun kembali meneruskan semula langkah kakinya. Mengabaikan Suzy yang nampak masih sedang memproses apa yang baru sahaja berlaku.

💖✨💖✨💖✨💖

"You are late. "

"M-maaf. "

Halilintar menjeling melihat gadis di sebelah keretanya. Gadis itu menundukkan sahaja kepalanya sambil merenung permukaan jalan yang ada di luar kawasan rumah mewahnya.

"Alah... Takpelah. Masih sempat kot untuk gerak. Masuklah, Gempa. "

Taufan membukakan pintu kereta dan membiarkan Gempa berada di tengah antara dirinya dan Halilintar. Gempa, pada awalnya sedikit takut dan ragu-ragu kerana memikirkan bahawa dia akan dikepung oleh 2 orang lelaki yang entah apa pemikirannya. Tidak. Dia tidak ingin mengambil risiko!

"Aish, Gempa! Jangan risau lah. Kami takkan buat apa-apa yang akan melanggar keselesaan kau. Masuk je. Kami janji takkan apa-apakan kau. Kan Hali? "

"Bukan aku. "

Halilintar mengalihkan pandangannya. Mengabaikan pandangan sepakatan daripada Taufan yang entah baginya tidak membawa faedah.

Melihat tingkah laku sahabatnya yang tiada beza dengan perempuan yang datang bulan itu membuatkan Taufan mendengus kesal. Untung jadi lelaki. Kalau perempuan, memang takkan ada orang mahu kalau perangai sebegini rupa!

"T-takpelah, Taufan. Terima kasih. "

Gempa masuk sahaja ke dalam kereta tanpa ingin memanjangkan lagi masalah. Nasib baik Gempa cepat bertindak. Dan Taufan amat berterima kasih kerananya.

💖✨💖✨💖✨💖

"Kau nampak senyap hari ni. "

Gempa menoleh ke arah Taufan dengan pandangan hairan. Senyap?

"Maksud Taufan? "

Taufan tersenyum prihatin. Dia kemudian menyandarkan badannya pada kerusi kereta dan menghela nafas.

"Entah. Rasa macam lebih senyap dari biasa. Jadi aku fikir... Mungkin kau tengah ada masalah? Dan kau perlukan seseorang untuk mendengarnya. "

Halilintar yang sedari tadi diam pun senyap-senyap mendengarkan perbualan antara Gempa dan Taufan. Ya, dia juga perasan akan perubahan gadis itu. Mungkin bagi orang lain di luar sana, Gempa kelihatan biasa-biasa sahaja kerana gadis itu pandai memainkan wajahnya untuk kekal tenang.

Tetapi bukan di hadapan Taufan dan Halilintar. Dan sekiranya yang lain ada mereka juga akan berfikiran yang sama seperti mereka berdua. Mereka sudah lama memperhatikan Gempa. Jadi mereka sudah cukup kenal Gempa sama seperti keluarga Gempa sendiri.

"Tak... Takde apa. Saya baik-baik sahaja. "

"Kau akan bercakap formal bila kau dalam keadaan tertekan dan cuba kawal emosi kau. "

"Eh? "

"I know you, Gempa. Walaupun pertemuan kita tak panjang, tapi aku tahu macam mana keadaan kau dalam satu tempoh tertentu. "

Gempa menjadi terkedu di tempatnya. Tidak menduga bahawa Taufan begitu pantas mengenalinya hanya dengan mendengar cara dia bercakap. Bagaimana Taufan begitu yakin?

"Saya... "

"Aih... Macam ni lah. "

Taufan membetulkan posisinya semula. Duduk selari dengan Gempa di dalam kereta dan menepuk kepala gadis itu dengan lembut sembari tersenyum manis.

"Let's forget for a while. Lupakan masalah yang ada dalam kepala kau ni dan bertenang. Aku mungkin tak tahu apa masalah kau but... Just forget about it, ok? Bertenang. Kau ada kami. "

Gempa terharu. Biarpun dia tidak menceritakan tentang isu keluarganya kepada mereka tetapi mereka kelihatan begitu mengenalinya. Begitu rapat dengannya persis seperti adik-beradik yang dekat hubungannya.

Taufan bertingkah seperti dia tahu apa yang terjadi di rumah Gempa tadi. Bukan bermaksud Taufan tiada kelebihan untuk mencari tahu tentangnya dengan kuasanya tetapi Gempa percaya, Taufan betul-betul ingin Gempa bertenang kerana mereka sekarang kan ingin semakin dekat?

💖✨💖✨💖✨💖

"Ha, kita dah sampai! "

Bunyi suara Taufan menyedarkan Gempa daripada lamunannya. Dengan pantas gadis itu menjenguk ke luar tingkap kereta dan melihat bangunan universiti yang bakal dia mulakan pelajarannya tidak lama lagi. Dalam diam Gempa meneguk ludahnya dan cuba menenangkan dirinya yang entah kenapa tiba-tiba terasa begitu takut dan gemuruh sekali.

"Kamu ok, kan? "

"Huh? "

Gempa menoleh dan memandang Taufan yang sedari tadi memandangnya dan tersenyum. Gempa tidak membalas senyuman Taufan. Sebaliknya, dia hanya diam membisu sambil menundukkan kepalanya.

"Gempa takut, ya? "

"Eerr... Takdelah takut sangat. Cuma berdebar sikit. Sebab ini hari pertama, kan? Lepastu aku sorang je yang ada dekat sini..."

"Oh? Tentang tu Gempa jangan risau-"

"Heh, kau mesti penakut, kan? "

Gempa dan Taufan menoleh ke arah Halilintar yang kini sedang memandang ke arah mereka. Atau lebih tepatnya ke arah Gempa sambil tersenyum sinis. Gempa yang terkesan dengan ejekan Halilintar mula mengetap giginya kerana geram.

"Aku bukan takutlah! Aku cuma gementar saja! "

"Sama lah tu. Orang yang gementar ni biasanya penakut. "

"Eish! Dia ni..! "

Pap!!

"Adow! Sakit lah woi! "

Gempa tersenyum puas melihat Halilintar yang kini meringis kesakitan kerana dipukul oleh Gempa pada bahunya tadi. Dia memang sudah tidak peduli dengan tatatertib dan bersikap formal di hadapan 2 orang lelaki ini dan yang lain. Kerana mereka perlu tahu, jangan sesekali ambil kesempatan ke atas perempuan!

"Heh! Sedap? "

"Sedap muka kau! Sakit lah! "

"Sedap muka aku? Eh, kau pernah makan ke? "

Kini Gempa pula yang tersenyum mengejek ke arah Halilintar.

"Tak! Meh, sini aku nak rasa! "

"Eh! Eh! Sudah woi! Harap badan je besar sekor-sekor! Tapi perangai macam budak! "

Baru Halilintar hendak menyerang Gempa tetapi dia segera dihentikan oleh Taufan. Gempa dan Halilintar menghentikan aktiviti mereka dan menjeling antara satu sama lain sebelum Halilintar berdecih.

"Ckh! Kau cakap macam kau, Blaze dan Thorn takde beza je. "

Taufan hanya mampu ketawa terkekeh-kekeh sahaja sebelum dia menepuk bahu Gempa semula.

"Orait, Gempa. Jom keluar? Kita tengok kelas kau dan jalan-jalan sambil kenal tempat ni. "

Gempa terus tersenyum teruja apabila mendengar pelawaan Taufan. Dengan senang hati dia pun keluar bersama-sama Taufan dari perut kereta dan berjalan beriringan menuju ke pintu masuk universiti yang diikuti oleh Halilintar dari belakang.

Agak-agak bagaimana kisah Gempa di universiti pula, ya?










TBC(?)
.
Baru update... Astaga. 😂💦
.
So sorrrrryyyyy guuyysss!! Maaf sebab Ani selalu lambat update untuk cerita ni! Sedangkan korang selalu tertunggu-tunggu dengan sambungan cerita ni betul tak? Walaupun Ani tak tahu kenapa korang suka sangat baca cerita yang karut dan hambar ni. Lol 😂
.
Ok, soon Ani akan cuba teruskan update cerita ni. Memandangkan cerita yang lain masih lagi perlukan update juga. 😣👌

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro