Her Love

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Riinngg~!!

Seorang remaja lelaki yang sedang mengenakan cermin mata hitam mengeluarkan telefonnya yang sedang berdering. Dijawab panggilan itu selepas melihat nama yang tertera di layar telefonnya.

"Helo, sayang~ Iya... Saya sudah ada di bandar ni. Nanti kita jumpa, ya? Kita ikut saja plan kita. Ok sayang? See you soon~" Sambil senyuman sinis terukir di bibirnya, dia pun mematikan panggilan tersebut.

"Heh, tak sabar nak tengok kemuncak kisah dia."

Usai berkata demikian, lelaki itu pun terus berjalan menuju ke sebuah pusat bandar.

💖✨💖✨💖✨💖

"Gemgem kejam!! Kenapa Gemgem tak beritahu kami yang Gemgem tukar nombor baharu?! " Thorn dan Blaze masing-masing mengembungkan pipi mereka sambil merenung ke wajah seorang gadis yang manis rupanya di hadapan mereka.

Gempa, Si Gadis Beriris Emas hanya tertawa canggung sambil meletakkan ice-chocolate blendnya di atas meja. Diliriknya 6 lelaki yang umur mereka lingkungan 20-an itu satu per satu.

"Macam mana aku boleh terjebak dekat sini, ni?" Gempa bermonolog pada dirinya sendiri kerana hairan.

Apabila masa diimbas kembali, Gempa sedang seronok berbual bersama 2 maid kesayangannya merangkap sahabat baiknya iaitu Yaya dan Ying di sebuah taman. Namun kemudian mereka bertiga dikejutkan dengan ketibaan salah seorang dari butler rumah agam milik ayah Gempa itu. Kelihatan wajah butler itu risau dan khawatir sekali akan sesuatu. Kerana prihatin, Gempa terus bertanyakan tujuan butler itu kemari.

Tidak berselindung lagi, butler itu pun menerangkan bahawa 6 Saudara Boboiboy tiba-tiba datang ke rumah agam milik Tuan Amato dan berniat untuk bertemu dengan Gempa. Oleh kerana aura mereka berenam lain macam, para pengawal dan butler mula kerisauan lalu tanpa basa-basi lagi, mereka pun akur sahaja dengan arahan mereka berenam dan mula mencari Gempa.

Gempa yang terkejut dengan ketibaan mereka berenam dan risau akan keadaan rumahnya bakal diapa-apakan pun terus ikut sahaja kemana bakal mereka berenam membawanya. Dan secara tidak langsung, Gempa terus dibawa ke sebuah cafe yang ternyata sudah ditempah khas oleh Solar.

💖✨💖✨💖✨💖

"Err... K-kenapa kalian berenam kelihatan begitu tergesa-gesa sekali? Apa yang ingin kalian bincangkan? " Gempa mula membuka bicara tanpa belapik lagi.

Soalan Gempa mendapat dengusan dari 6 Saudara Boboiboy itu serentak. Halilintar, selaku ketua dari geng tersebut menepuk meja geram. "Macam yang Blaze dan Thorn cakap, kau tukar nombor sebaik sahaja kitorang dapat nombor kau, ya? "

"Eh?! T-tidak! Bukan begitu! Se-semalam terdapat kejadian yang berlaku di luar jangkaan saya! Jadi saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan harus melindungi diri saya sendiri! Jadi tanpa berfikir panjang, saya ambil sahaja telefon milik saya lalu dibaling terus! " Panjang lebar Gempa menerangkan kejadian yang sebenarnya berlaku semalam. Memang telefonnya tidak segaja digunakan olehnya untuk menyerang Suzy kerana dia langsung tidak menyangka yang Suzy akan tiba-tiba menyerangnya. Namun nasib baik Gempa dapat mempertahankan dirinya dengan baik sekali.

"Kejap. Maksud kau... Semalam ada orang nak serang kau ke?! " Solar mula membuat kata putus setelah menganalisa kata-kata yang barusan Gempa ceritakan tadi. Dan Gempa pun tanpa ragu-ragu terus menganggukkan kepalanya.

"APA?! MACAM MANA?! " Serentak 3 trio yang selalu bising itu menghentak meja yang diduduki mereka dengan kuat sehingga mengejutkan penghuni cafe tersebut.

"Woy! Retak meja ni karang! Duduklah! " Marah Halilintar kepada 3 trio itu. Manakala mereka bertiga hanya tertawa serba salah lalu duduk semula di kerusi masing-masing.

"Uhmm.. Bertenang. Saya tidak apa-apa dan baik-baik saja. Dan jangan risau, 'penjahat' itu sudah 'ditangkap'. " Gempa berkata sambil berlapik kata-kata. Dia tidak mahu rancangannya tentang dirinya dan keluarga tirinya akan terbongkar. Tambahan pula oleh 6 lelaki yang entah apa-apa perangainya.

Gempa bernasib baik bahawa keenam-enam mereka hanya menangguk faham. Dalam diam dia menghela nafas lega. "Nasib baiklah semuanya cetek akal belaka."

Truuuuttt~!!

Tiba-tiba telefon Gempa berdering. Dia dengan cepat melihat layar telefon itu lalu senyuman manis mula berkembang di bibirnya.

"Uhmm.. Maafkan saya, ya? Saya harus jawab panggilan ini." Selepas itu, Gempa pun beredar dari situ untuk menjawab panggilan. Tanpa disedarinya, dia baru sahaja memukau 6 jejaka di hadapannya itu dengan senyuman manisnya.

"Tak guna. Senyuman tu memang saja nak buat jantung aku tercabut ke apa? " Blaze mengetap giginya geram sambil cuba menahan dirinya dari menangis kagum. Manakala Taufan dan Thorn pula sudah awal-awal berdarah hidung dan menangis.

3 lelaki yang selebihnya hanya mampu menahan jeritan mereka di dalam hati kerana tidak mahu kantoi dan hilang cool nanti.

💖✨💖✨💖✨💖

"Hi, Fang! Awak berada di mana ni?" Gempa bertanya sambil senyumannya tidak lekang di bibirnya. Jelas sekali keterujaan di wajahnya itu.

"[Hi, Gempa! Saya sedang berada di Stesen Bandar Pulau Rintis ni~]"

Membutang mata Gempa apabila mendengar kata-kata di hujung takiannya. "A-apa?! Awak berada di stesen?! M-macam mana awak boleh ke sini?! "

"[Hahaha! Saja saya nak berikan kejutan pada awak. Saya baru sampai saja ni. Awak ada di mana?]

"Saya? Eeerr... S-saya sedang berada di pusat bandar sekarang! A-awak tunggu di situ , ya? Saya akan datang segera untuk menjemput awak! "

"[Eh! Takpela! Awak mesti ada hal sekarang!]"

"Mana ada! Tidaklah! Awak tunggu, ya? Saya akan datang segera! "

Dan Gempa pun terus menutup panggilan. Dia meluru masuk ke dalam cafe tadi semula lalu menghampiri 6 Saudara Boboiboy tadi dengan perasaan yang teruja.

"Korang! Maaf ya aku kena gerak sekarang! Nanti kita jumpa lagi, ya? Bye!!" Belum sempat mendengar reaksi dan balasan dari 6 jejaka itu, Gempa pun terus meluru keluar dari cafe dan berlalu mendapatkan pemandu keretanya.

"A-apa jadi tu? " Taufan bertanya hairan.

"Entahlah. Nampak teruja betul dia. " Blaze menjawab.

"Tak sangka bila dia teruja habis hilang kata-kata formalnya. " Solar tertawa kecil.

Halilintar diam seketika sambil memandang kepergian kereta yang dinaiki oleh Gempa tadi. Timbul perasaan tidak sedap hatinya apabila melihat situasi Gempa tadi.

"Kau pun fikir macam yang aku fikir, Hali? " Suara Ais memecahkan lamunan Halilintar. Tidak menoleh ke arah Ais, Halilintar sekadar menganggukkan sahaja kepalanya.

Manakala yang lain yang kebetulan terdengar pertanyaan Ais mula memandang Halilintar dan Ais secara bersamaan dengan hairan. "Kenapa? Apa yang korang fikirkan? " Taufan bertanya hairan.

"Gempa mungkin sedang menjemput seseorang. Atau lebih tepatnya... Orang dia sukai? " Solar mula membuat andaian seolah-olah faham akan apa yang difikirkan oleh Halilintar dan Ais. Dan tidak sangka sebenarnya ia tepat.

3 trio tadi mula terlopong tidak percaya. "A-apa?! Gempa dah ada orang yang dia suka?! "

"Ish! Tak boleh jadi ni! Jom kita ikut ke mana diorang akan pergi! Cepat!! "

Dan tanpa membuang masa, 3 trio itupun mula melangkah menuju ke arah kenderaan masing-masing. Manakala 3 yang lain hanya keluar dengan bersahaja. Tidak terlalu tergesa-gesa seperti 3 trio tersebut.

"Kau sudah letak penjejak? " Halilintar menjeling ke arah Solar. Solar membetulkan cermin matanya lalu tersenyum sinis. "Always ready~"

Dan mereka bertiga pun turut memasuki kenderaan masing-masing dan mula memecut laju mengikut lokasi yang sudah ditandai oleh Solar. Nampaknya mereka berenam sudah saling melengkapi antara satu sama lain. Dan kini, mereka mula menjalankan misi mustahak mereka.








TBC(?)

Yaaahh~~ musuh elements brothers kita sudah datang~ 😆😂
.
Hmmm... Korang rasa-rasa... Akan ada pergaduhan tak nanti? Siapa boleh teka apa akan jadi lepasni?

A. Mereka sekadar mengintip dari jauh.
B. Jangan tunggu lagi! Serang saja!
C. Pura-pura bertegur sapa dengan Fang.
D. Claimkan yang Gempa adalah milik mereka!
.
Jawapan terpulang pada semua. Kita main teka-teki biasa saja. 😄 Kalau korang dapat teka dengan baik memang Ani tabik korang! (๑•̀ㅂ •́)و ✧

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro