Her Love (Pt. 2)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Fang! " Gempa melambai teruja ke arah seorang lelaki yang sedang memakai t-shirt berwarna ungu pekat dan berseluar jean. Dia juga kelihatan begitu menarik dengan mengenakan sebuah cermin mata yang lain reka bentuknya untuk menambahkan lagi auranya.

Lelaki yang bernama Fang itu segera menolehkan kepalanya dan terpandang ke arah Gempa yang sedang berlari kecil menuju ke arahnya. Secalit senyuman terukir di bibir teruna itu sambil dia pun berjalan mendekati Gempa. "Hi, Gem. " Fang menyapa Gempa beserta senyumannya.

"H-hi, Fang. Kenapa awak ada di sini? "

"Alah, tak salah kan kalau aku ada kat sini? Aku saja nak buka pandangan lagi. Nak tengok kemajuan yang sudah dikecapi di bandar maju ni. Kau bila nak balik, hm? Aku dah rindu tau tak? " Kata-kata Fang membuatkan Gempa bertambah gembira diselang kemerahan apabila mendengar perkataan 'rindu' dari Fang.

"Ehehe! Saya pun rindu awak- eh! M-maksud saya! Saya rindu korang semua juga!! Tok Aba, Cattus, Iwan, Hanna... Semua! "

"Aku kau tak rindu ke? " Fang bertanya diselang senyum nakalnya.

Gempa serta-merta kemerahan mendengar pertanyaan Fang diselang senyuman nakalnya. Saja nak buat hati Gempa meletup. "M-mestilah rindu... " Gempa menundukkan sedikit kepalanya sambil berbisik lembut yang masih didengari oleh Fang.

Melihat telatah comel Gempa yang menggemaskan itu membuatkan Fang geram lalu mencuit dagu Gempa. "Cute tu cover lah sikit Cik Gempa~"

Wajah Gempa semakin kemarahan mendengar ejekan Fang. "Eh?! S-sejak bila saya buat macam tu?! Mana ada lah! "

"Hahahaha! Yelah! Yelah. Bahasa kau tu jangan lah formal sangat. Aku tak suka lah. Buat susah-susah kau je kena cakap panjang darab lebar bagai. "

Gempa hanya sekadar terangguk-angguk kecil sambil tersenyum. "Hehehe! Ok! "

💖✨💖✨💖✨💖

Disebalik semak-samun yang berdekatan dengan muka depan stesen itu, kelihatan sebaris 6 jejaka yang lengkap berpakaian sut sedang memandang tajam ke arah pasangan itu. Atau lebih tepatnya pandangan mereka lebih tertumpu pada Fang. Masing-masing diam sambil mencerna keadaan yang sedang berlaku sekarang.

"Solar, analisis. " Arah Halilintar sambil pandangan matanya masih tidak lekang tertumpu pada Fang. Timbul rasa iri hati apabila dia melihat Fang dengan mudah membuatkan gadis berhati batu seperti Gempa itu kemerahan wajahnya.

Solar yang baru sahaja lengkap mengisi data terus meneruskan kembali pandangannya ke arah jejaka bernama Fang tadi. "Mengikut analisa dan pengumpulan data aku, lelaki tu bernama Fang. Dia salah seorang dari sahabat baik Gempa yang sudah lama membesar bersama Gempa. Latar belakangnya masih misteri tetapi data yang paling penting aku temui ialah, dia tu adalah crush Gempa. "

"Crush? Hh!! Dia nak hapuskan Gempa ke?! " Thorn bertanya panik. Mula timbul imaginasinya yang membayangkan Fang tiba-tiba menembak dan menggilis Gempa di hadapan matanya. "AAAAAAA!!! TAK NAK!!! " Thorn menjerit ketakutan.

Mendengar pertanyaan tidak masuk akal Thorn beserta dapat meneka apa yang sedang Thorn bayangkan membuatkan satu ketukan diberikan kepada lelaki yang beriris hijau itu daripada Solar. Thorn sedikit mengaduh sakit manakala Solar menggelengkan kepalanya.

"Bukan crush yang macam tu lah, Thorn. Crush yang ni maksudnya ialah perasaan istimewa kita kepada seseorang tu. Macam... Kita suka seseorang tu dalam diam? Entahlah aku pun tak tahu sebab aku mana faham dunia percintaan ni. " Solar menggaru-garu kepalanya frust. Dia memang anti tentang bab ni tambahan pula dia tak pernah ada pengalaman. Ah, sadisnya.

Sambil menggosok-gosok kepalanya, Thorn mengangguk faham. "Ooohh.... Baru faham. Eh, tapi... Kita yang tengah buat macam ni, ni... Tak ke membawa maksud bahawa kita juga ada crush pada Gempa? "

Pertanyaan Thorn membuatkan 5 yang lainnya diam kaku. Masing-masing mula tersedar dengan apa yang barusan sahaja mereka lakukan.

"Betul ke? " Desis hati masing-masing tertanya.

💖✨💖✨💖✨💖

"Jadi, Fang? Awak akan menginap di mana nanti? " Gempa bertanya sambil mengiringi Fang menuju ke arah kereta yang sudah siap ditunggu oleh pemandu peribadi Gempa tempoh hari. Agak sukar untuknya mengadaptasi dalam berkata-kata tanpa bahasa formalnya. Mungkin sudah terbiasa dengan bahasa formal jadi nak guna bahasa dekat baginya agak sukar.

Fang terdiam seketika sambil menunduk sebelum dia mengangkat bahunya sambil menjawab, "Entahlah. Aku tak terfikir pun tentang tu. "

Seolah-olah nampak harapan, Gempa terus memandang ke arah Fang dengan wajah yang penuh keterujaan. "Kalau macam tu, boleh tak kalau Fang duduk rumah saya?! Fang tidur rumah saya, ya? Rumah saya, ada baaaaaaaanyak bilik! Semuanya kosong lagi! Takpe, nanti saya cakap dengan ayah, ya? " Dengan bersemangat Gempa mengajak Fang untuk menumpang tidur di rumahnya. Dia juga risau juga akan keadaan Fang jika dia tidak tahu akan selok-belok bandar yang besar ini. Tambahan pula Fang akan menginap dalam lebih kurang 3 hari.

Fang terdiam seketika sebelum sebaris senyuman terukir lalu dia menganggukkan kepalanya setuju. "Baiklah. Rezeki jangan ditolak, kan? " Mereka berdua tertawa bersama.

"Baiklah, Fang. Sebelum balik, jom kita singgah ke mana-mana mall dulu. Sambil-sambil tu bolehlah awak kenal dengan persekitaran bandar ni. " Cadangan Gempa mendapat anggukan dari Fang. Mereka berdua pun terus masuk ke dalam kereta peribadi milik Gempa dan memecut pergi.

💖✨💖✨💖✨💖

"Jadi Fang, apa rancangan awak ke sini?" Gempa melirik ke arah Fang yang kini sedang berjalan di sampingnya di dalam sebuah mega mall yang berada di pusat bandar tersebut. Mereka berdua berjalan seiringan bersama-sama tanpa arah tuju sambil memegang sekon aiskrim di tangan masing-masing. Fang terdiam seketika sambil memikirkan dan pada masa yang sama mencerna soalan Gempa.

"Hmm... Entahlah. Sebenarnya aku datang ni sekadar nak suka-suka saja. Dan... Nak juga melawat rumah baru kau. Yelah... Bila aku tanya Tok Aba tentang kau, Tok Aba cakap kau akan tinggal terus di sini. " Fang memandang lirih ke arah Gempa. Mendengar pernyataan dari Fang membuatkan Gempa menundukkan kepalanya sedikit sambil menatap ke arah lantai mall tersebut. Hatinya juga tidak kalah rasa sakit lagi dengan kenyataan dari ayahnya tempoh hari. Dia tidak sanggup meninggalkan kampung halamannya kerana banyak sangat kenangan manisnya di sana.

"Maaf, Fang. Ini permintaan dari ayah saya. Saya... Tak boleh menolaknya. Tambahan pula, kami kan sudah sekian lama terpisah. "

"Takpe. Aku faham. Lagipun peluang dapat bersama dengan keluarga kan memang susah untuk dapat bila kita dah besar nanti. Jadi waktu yang ada nilah kita harus hargainya. " Fang menepuk kepala Gempa lalu mengusapnya dengan lembut.

Gempa menoleh ke arah Fang semula lalu mengukirkan senyuman. Hatinya terasa hangat sedikit selepas mendengar kata-kata dari Fang. Sebab inilah kenapa Gempa sangat sukakan Fang. Fang sentiasa bersamanya tak kira suka atau duka. Fang lah yang sentiasa mendengar keluhan hati Gempa dan dikala Gempa memerlukan dukungan, Fang yang menjadi motivasi buat Gempa. Bukan sahaja menyukainya, Fang juga menjadi idola Gempa. Kerana Fang, Gempa mempelajari banyak perkara dari segi perlindungan diri dan beberapa seni yang hanya orang Cina yang ketahuinya. Jadi tidak hairanlah Gempa memang pakar dalam perubatan. Namun menjadi seorang doktor bukanlah salah satu pilihan Gempa. Dia hanya melakukan hal tersebut sekadar untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuannya.

"Jadi... Tak lama lagi kita akan masuk 18 tahun, kan? " Fang mengalihkan topik sambil memandang ke arah Gempa.

Gempa mengangguk setuju.

"Kau sudah rancang nak masuk universiti mana? " Fang bertanya lagi.

Kali ini Gempa terdiam. Aiskrim di tangannya dibiarkan di mulutnya walaupun rasa sejuk itu terasa.

"Ummm.... Saya tak pasti. Nanti saya fikirkan. Sebab saya pun tak pasti jika diterima ataupun tidak."

"Kenapa pula? Kau dapat Straight A kot! Banyak A+ pula tu! A- pun 1 je! Kalau kau minta mana-mana universiti confirm kau dapat diterima punya! "

Gempa hanya sekadar senyum sekilas sebelum mengangguk kecil. Sebenarnya dia pun tidak terlalu pasti dengan keputusannya nanti. Mungkin lebih elok jika dia berbincang dengan ayahnya terlebih dahulu sebelum membuat kata putus. Memandangkan Fang juga berada bersamanya, mungkin dia tidak akan terlalu sukar membuat keputusan.

"Baiklah, nanti saya fikirkan. Sekarang ni, jom saya belanja Fang makan, nak? " Gempa memberikan senyuman semangatnya ke arah Fang. Fang tidak terlalu mempersoalkan topik mereka barusan tadi dan dia hanya tersenyum sahaja.

"Baiklah, aku nak perkenalkan kau makanan Chinese pula! Jom! " Fang menarik tangan Gempa dan mereka berdua bersama-sama menuju ke sebuah restoran yang terkenal dengan menu masakan Cinanya.

💖✨💖✨💖✨💖

"Gempa dah nak masuk universiti ke..? Alaa... Sedihnya. " Taufan meremas geram pada bungkusan McD yang dibelinya tadi. Mereka terlalu leka mengekori pasangan tadi sampai sanggup membeli makanan segera.

Ais yang sedang menikmati Aiskrim Sundaynya melirik ke arah Solar dan Halilintar. "Korang ada rancang sesuatu?" Pertanyaan Ais mendapat anggukan dari keduanya. Halilintar menghabiskan burgernya lalu berkata, "Tentang... Universiti budak tu. "








TBC(?)

OOOOHHHH!!! Nampaknya para 6 Saudara Boboiboy ada rancang sesuatu! Hmm... Tapi apa dia ya? ( • ̀ω•́ )✧
.
Hahaha, siapa dapat teka dengan betul tentang soalan chapter lepas? Tahniaaahh!! 😆🎉
.
Ok, korang rasa lepasni akan jadi apa pula? Fang ni.... Boleh dipercayai atau tak, ya? Hmm... Kalau Gempa boleh je percaya dia kenapa kita tidak? (^・ω・^ )

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro