New Friend

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gtak!!

"Huff! Akhirnya, itu yang terakhir."

Gempa berdiri tegak dengan bercekak pinggangnya sewaktu memandang ke arah sebuah rumah banglo berwarna putih yang berdiri megah di hadapannya. Satu helaan nafas panjang keluar dari belah bibir kecilnya tatkala khayalan masa hadapannya yang seterusnya mula bermain dalam fikirannya.

"Well... this is it! What you give, you get back. Karma is real, bitch." Gempa sedikit mengusutkan kepalanya apabila mengingat kembali akan nasib yang sedang menimpanya.

Segalanya bermula pada malam minggu lepas. Sewaktu dia harus berhadapan dengan ayahnya sendiri telah tertangkap basah menghina dan memarahi adik tirinya, Suzy pada malam itu.

💖✨️💖✨️💖✨️💖

FLASHBACK

"Hukuman? What hukuman?" Gempa bertanya kepada Amato dengan nada yang jelas sekali berbunyi kekesalan di dalamnya.

Amato memandang anak semata wayangnya dengan pandangan hampa. Sedikit sebanyak terpaut rasa kecewa terhadap anak tunggalnya itu kerana apa yang selama ini dia harapkan nyatanya masih jauh untuk wujud di dalam diri Gempa.

"I'm sorry, my dear. Tapi nampaknya, demi kebaikan kamu, ayah terpaksa arahkan kamu untuk menetap di kediaman universiti kamu."

"WHAT?!" Gempa terjerit terkejut.

Kini suasana di antara mereka berdua menjadi senyap seketika sebelum akhirnya Gempa bersuara semula dan mula memberontak. "What do you mean for my own sake?! Kenapa ayah jadi macam ni?! Ayah sanggup buang anak kandung ayah sendiri demi orang luar? Ayah, Gempa ini adalah anak ayah! Kenapa ayah tidak tanya terlebih dahulu kenapa Gempa berbuat demikian tadi?!"

Amato tidak menjawab. Sebaliknya, dia memusingkan badannya dan mula bergerak untuk keluar dari bilik Gempa.

"Ayah! Ayah!" Panggilan Gempa tidak disahut.

Gempa menjadi kesal. Dengan langkah cepat dia mengekori Amato dan mula menjerit penuh kekesalan.

"Baiklah! Kalau itu yang ayah mahukan! Kalau itu yang ayah selama ini pendam sendiri, baiklah! Buatlah apa yang ayah inginkan! Bela lah orang luar seperti mereka! Mulai saat ini, Gempa takkan peduli lagi tentang ayah!"

Bham!

Dan di saat Amato melangkah keluar sahaja dari bilik anaknya, Gempa sudah terlebih dahulu menghempas pintu biliknya dengan kuat sehingga berdesing telinga jadinya.

Amato menghela nafas pasrah. Perasaan kesal dan benci terhadap dirinya sendiri serta-merta muncul dalam hatinya setelah itu.

END FLASHBACK

Sejujurnya itulah pertama kalinya dalam hidup Gempa untuk merasai perasaan yang cukup menyakitkan. Segala macam perasaan seperti marah, sedih, kecewa, lelah, pasrah, benci dan segalanya ditumpahkan serta diluahkan dengan tangisannya sendirian. Tiada sesiapa pun yang dapat melihat dirinya menangis sekuat itu melainkan hanya bersaksikan bulan dan bintang pada saat itu.

Gempa benci hidupnya. Selama dia membesar di kampung bersama-sama Tok Aba tidak pernah sedetik pun dia berhenti tertanya-tanya mengapa hidupnya harus begini? Gempa tidak ingin hidup yang kucar-kacir sebegini. Dia sama sekali tidak memintanya. Jadi kenapa harus dia yang menghadapinya?

"Haahh... the pain gives you strength, huh? Teruskan je la hidup ni Gempa..."

Dengan hati yang pasrah Gempa membawa segala beg bagasi dan beg pikulnya untuk masuk ke dalam kawasan rumah yang akan ditetapnya selepas ini.

💖✨️💖✨️💖✨️💖

Tok! Tok tok!

Iris keemasan Gempa melilau-lilau melihat keadaan sekitar rumah seketika selepas dia mengetuk pintu rumah untuk menunggu penghuni dalamnya membuka pintu. Rumah yang bakal dihuninya ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Namun, ia merupakan rumah banglo yang mempunyai 2 aras. Tidak dilupakan juga kawasan sekitarnya kelihatan seperti campuran gaya moden dan tradisional. Adakah ini salah satu projek hebat yang dilakukan oleh pengarah universitinya? Membangunkan kompleks-kompleks rumah penginapan yang sesuai dan selesa untuk pelajar-pelajarnya yang ingin menetap di dalam kampus.

Klik!

Bunyi pintu hadapan yang terbuka menarik perhatian Gempa untuk melihat ke arah bukaan pintu. Dan dari tempatnya, Gempa dapat melihat seorang gadis muda yang mengenakan hijab hijau sedang memandang ke arahnya.

"Ah, hai... Nama saya Gempa. Saya adalah housemate baru awak."

Gempa mengangkat tangan kanannya dan sedikit menggoyangkannya ke kiri dan ke kanan sebagai tanda melambai dan menyapa gadis di hadapannya. Gadis itu tidak berkata apa-apa dan memandang Gempa atas dan bawah beberapa kali sehingga membuatkan Gempa sedikit canggung di tempatnya.

"Hm, masuklah."

Gadis itu membukakan pintu rumah tadi dengan lebih luas sebagai tanda untuk memberikan ruang untuk Gempa dapat masuk.

Sebaik sahaja dia melangkahkan kakinya buat pertama kalinya di rumah itu, Gempa sedikit terpesona dengan suasana di dalamnya yang banyak menggunakan konsep moden biarpun di luaran rumah itu kelihatan seperti klasik dan membosankan. Setelah masuk, perkara pertama yang Gempa dapat lihat ialah dapur dan meja makan yang berada di bahagian kirinya. Dapur yang dibina tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil serta kemudahannya cukup-cukup sahaja untuk diinap oleh golongan muda sepertinya. Selain itu, di sebelah kanan Gempa juga dia dapat melihat ada tangga yang disambung ke tingkat atas. Dan tak terlepas juga, ada ruang tamu kecil di tengah rumah, dan juga bilik mandi serta ruang basuh baju turut disediakan.

"Wah... menariknya rumah ini!"

"Iya? Baguslah.."

Gadis bertudung hijau itu menjawab singkat dan datar sebelum dia berjalan ke arah dapur untuk minum. Gempa menoleh, memandang gadis itu yang kini akan menjadi rakan serumahnya selepas ini.

"Umm... nama awak apa, ya?"

Gadis itu mengerling dan memandang singkat ke arah Gempa. Membuatkan Gempa terkebil-kebil di tempatnya seketika.

"Shielda."

"Shielda?"

"Panggil je aku Shielda."

"O-oh... okay."

Gempa berdiri kaku di tempatnya. Otaknya menggeliga memikirkan tentang sebarang dua idea yang boleh dia katakan untuk terus berbual dengan rakan serumahnya ini namun nihil. Dia tidak menemukan apa-apa sama sekali.

"Bilik tidur semua ada dekat tingkat atas." Shielda memberitahu sambil menunjukkan jari telunjuknya ke tingkat atas yang bersambung dengan tangga berdekatan dengan pintu masuk tadi. Gempa mengangguk faham.

"Oh, ok. Terima kasih, Shielda. Dan boleh saya tanya? Apa undang-undang dalam rumah ni?"

"Undang-undang?"

"Ya. Undang-undang." Gempa tersenyum kekok.

"Kenapa perlu ada undang-undang?" Shielda mengerutkan alisnya hairan.

Gempa terdiam. Salah satu tangannya yang sedang memegang telefonnya terkaku manakala satu tangan lagi tergenggam erat. Dia dapat merasakan darah mengalir naik ke kepalanya.

"Maaf. M-maksud saya... memandangkan awak tinggal di rumah ni terlebih dahulu, jadi saya fikir yang mungkin awak ingin katakan beberapa undang-undang yang perlu saya patuhi sebab mulai hari ni kita akan berkongsi tempat tinggal bersama..." Gempa cuba menerangkan sebabnya biarpun suaranya sedikit tergagap.

Penerangan Gempa hanya mendapat tatapan datar daripada Shielda. Gempa berdiri canggung di tempatnya. Dia ada salah cakap ke?

"Hm, takde banyak sangat pun. Cuma jangan kasi hilang kunci, pintu dan tingkap pastikan ditutup rapat sebelum malam, dapur kena bersih selepas guna, pakaian jangan biarkan bertimbun selama berminggu-minggu baru nak basuh, sampah jangan buang merata-rata, sapu lantai 2 kali seminggu, bersih rumah sekali sebulan... apa lagi?" Jawapan daripada Shielda sebentar tadi membuatkan Gempa tercengang. Itu yang dia kata tak banyak?

Gempa mendesah kecil lantar dia mengangguk kepalanya. "Baiklah. Kalau ada lagi penambahan beritahu sahaja, ya?"

Shielda mengangguk kepalanya dan kemudian berjalan menuju ke arah kerusi sofa yang berada tidak jauh dari tempat mereka sedang duduki. 

"Bilik kau dekat bahagian kiri. Boleh naik dan kemas-kemas la kalau nak." Shielda berkata sambil jarinya sibuk menekan-nekan butang alat kawalan jauh televisyen untuk menonton rancangan-rancangan yang menarik.

Gempa menganggukkan kepalanya. Dengan pantas dia mengambil barang-barangnya, mengangkat beg bagasinya, lalu terus dibawa naik ke tingkat atas. Agak renyah sediki nak bawa naik barang-barang yang berat itu. Tetapi nasib baiklah satu tingkat sahaja. Kesiannya lemak-lemak Gempa yang terkumpul selama ni habis terkabar begitu sahaja.

💖✨️💖✨️💖✨️💖

Setelah bertungkus-lumus membersihkan bilik dan menyusun segala barang-barang ke tempat sedia ada, Gempa akhirnya melompat ke atas katilnya yang bersaiz single untuk melepaskan lelahnya. Gempa termenung ke arah siling biliknya yang berukuran 3 meter itu. Sempitnya. Tapi cukuplah untuk dijadikan sebagai tempat dia berteduh dan belajar. 

Gempa meraih telefon pintarnya. Digeselkan layar skrin tersebut untuk mengaktifkan telefon itu. Dia melihat terdapat beberapa mesej baharu yang telah masuk ke dalam aplikasi komunikasinya. Kebanyakannya adalah dari pengumuman umum universitinya. Tidak penting. Gempa menggesel pula ke bawah. Matanya menangkap nombor-nombor yang dikenalinya bersusun.

Mamat Hijau

Hi, Gemgem~ Buat apa tu?? :3           (1)

Mr Icy Snow

Sebab kalau kau nak aku boleh hantar ke rumah kau...           (5)

Batu Api

GEEEEMMM JAWAAABBB!!! :<            (7)

Pikachu : Use Thunderbolt!

Let's date.          (1)

: ) ??? 

I'll listen to you.          (11)

Mr Narcist

I'm not a narcist!           (6)

Gempa mengangkat alisnya sebelah setelah melihat setiap satu nama-nama yang timbul di muka skrin telefon pintarnya. Kebanyakannya adalah nama-nama yang dia kenali namun kalau boleh ingin dielakkan.

Gempa mendengus sebal. Namun setelah beberapa lama dia termenung sendirian, tiba-tiba dia mendapat satu idea.

Gempa membuka semula telefon pintarnya. Dia menaip nama seseorang di dalam barisan kenalannya dalam aplikasi WhatsApp. Setelah itu, Gempa mula menggerakkan jarinya dengan laju untuk menaip sesuatu mesej kepada kenalannya itu.

Hi.

Boleh aku hubungi kau buat masa sekarang?

Gempa tidak perlu menunggu lama untuk mendapat balasan singkat dari kenalan yang dihubunginya sebentar tadi.

Ada apa?

Gempa tersenyum simpul. Dia terus membalas.

Aku perlukan bantuan kau untuk dapatkan maklumat seseorang. Aku tau kau mesti boleh tolong.

Siapa?

Adik tiri aku, Suzy.

💖✨️💖✨️💖✨️💖

Setelah beberapa minit berbual dengan kenalannya, Gempa akhirnya menutup telefon pintarnya lalu meletakkannya di atas meja belajarnya. Dia kemudian membaringkan diri di atas katil semula sambil mendengus lelah.

Dalam fikiran Gempa sekarang dia sedang menyusun suatu strategi untuk membalas perbuatan keluarga tirinya ke atas dirinya. Memang tidak dapat dibendung lagi, Gempa sudah cukup geram dengan mereka.

Sofia, sang ibu tiri. Suzy, si adik tiri perempuan. Dan Stanley, si abang tiri. Mereka bertiga cukup mencekik darah Gempa.

Fikiran Gempa mengimbau kembali akan pandangan-pandangan sinis yang diberikan oleh mereka bertiga ke atas dirinya. Bukan main lagi mereka menyindirnya secara depan muka di saat keberadaan ayahnya tiada. Bila ayahnya ada, mereka pandai pula berlakon seperti tidak pernah melukakan sekecil-kecil binatang seperti semut.

Namun untunglah Gempa mempunyai kepandaian seperti arwah ibunya. Ibunya adalah permata hati dan semangat untuk Gempa teruskan hidup sebelum ayahnya dan atoknya. Gempa bertekad, dia akan dapatkan keadilannya semula.




TBC (?)

Please, dah berapa lama tak update cerita ni huwaaaa TT 

.

Memandangkan masih ada yang sudi membaca meh author nak letak 'side note' sikit untuk semua. Pertama sekali author nak minta maaf sebab banyak cerita-cerita author yang tertangguh disebabkan faktor kehidupan author. 

.

Author sedang dalam tempoh pengajian degree di institusi perguruan. Jadi as bakal guru, author perlu beri keutamaan yang lebih besar kepada pengajian author. Oleh itu, kepada readers author yang author sayang sangat-sangat mohon maafkan author tauu T^T Mood habis hilang semua untuk menulis sejak belajar. Jadi jangan serang author :')

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro