Play Victim

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nak tak kalau kitorang bantu kau untuk singkirkan keluarga tiri kau?" Dengan nada dan riak wajah yang serius, Taufan menyatakan pendapatnya kepada Gempa. Iris birunya tidak berkedip merenung iris emas milik Gempa.

"Apa pendapat kau?" Taufan bertanya semula tatkala Gempa sama sekali tidak memberikan sebarang reaksi mengenai pendapatnya sebentar tadi.

"Uhh..." Mata Gempa melilau melihat ke arah lain kecuali Taufan. Tidak mahu bertentangan mata dengan lelaki itu sama sekali.

PIN PIN!

Kedengaran suara hon kereta dari arah belakang telah menyedarkan mereka dari dunia masing-masing. Sebaik sahaja mereka memandang ke hadapan, ternyata lampu isyarat telah bertukar kepada warna hijau yang telah menunjukkan tiba waktu untuk kereta bergerak. Untuk tidak membuang masa, Taufan pun menekan brek tangan semula lalu terus menggerakkan keretanya.

Di sepanjang perjalanan, tiada seorang pun daripada mereka berdua berkata-kata di dalam kereta. Masing-masing terpaksa ditenggelami dengan suasana yang sunyi kerana tiada yang berani bersuara semula selepas pertanyaan yang dilontarkan oleh Taufan tadi. Dan perjalanan mereka diteruskan dengan keadaan demikian sehinggalah akhirnya kereta yang dipandu Taufan tiba di perkarangan rumah Gempa.

"See you tomorrow, Gempa. And please... do consider about what I asked you. We- no... I wanna help you." Taufan berkata kepada Gempa setelah sebaik sahaja gadis itu melangkah keluar dari perut kereta tersebut.

Gempa, sama seperti situasi tadi, tidak berkata apa-apa melainkan hanya diam dan membalas tatapan Taufan. Fikirannya terasa kosong mengingatkan cadangan yang diutarakan oleh Taufan sebentar tadi. Seolah-olah menjadi pita yang rosak, kata-kata itu bermain-main di dalam fikiran Gempa sehingga bayangan kereta Taufan sudah tiada sepenuhnya dalam pandangan.

"Cik Gempa? Cik baru balik?"

Kehadiran suara Yaya telah menyedarkan Gempa daripada fikirannya. Sebaik sahaja dia menoleh, dia mendapati Yaya dan Ying, pembantu rumahnya dan orang paling dekat dengan Gempa di dalam rumah sedang berjalan menghampirinya dengan membawa peralatan-peralatan khas untuk membersihkan pakaian Gempa.

"Ah, Kak Yaya, Kak Ying... Gempa dah balik. Bukan ke akak berdua balik kampung?" Gempa membalas pertanyaan Yaya dengan senyum datar.

Yaya menggelengkan kepalanya dengan wajah yang masih jelas kerisauan. "Urusan kami kat kampung dah selesai. Lagipun kamu risaukan keadaan Cik Gempa kat sini. Kenapa Gempa balik lewat? Ada apa-apa hal ke? Tadi kami tengok Cik Suzy yang balik dulu."

"Ha'a. Gempa yang suruh dia balik dulu."

Kemudian Yaya dan Ying saling bertatapan antara satu sama lain. Hairan jadinya kerana nada suara Gempa kedengaran begitu sendu sekali.

"Cik Gempa penat, ya? Mari, akak siapkan tab mandi untuk kamu dan bawakan makanan untuk kamu, ya? Ying, kau tolong bawa beg Gempa ke bilik."

Dengan masih memasang wajahnya yang datar, Gempa membiarkan sahaja kedua-dua pembantunya itu menguruskan dirinya dan membawanya naik ke bilik. Masing-masing menjadi jeda dan diam membisu tatkala meratapi keadaan Gempa. Dan gadis itu sendiri juga tidak tahu. Hari itu dia rasa luar biasa penat sekali.

💖✨💖✨💖✨💖

Tiba waktu malam, Gempa kelihatan sedang duduk termenung di luar tingkap biliknya dengan gaya bertongkatan tangan kanannya di luar jendela. Bulan dan bintang yang menghiasi pemandangannya pada malam itu sama sekali tidak membantu untuk menenangkan fikirannya yang sedang bercelaru.

Dalam masa dia sedang asyik termenung, memori Gempa mengimbau kembali akan setiap kata-kata yang pernah Taufan beritahu kepadanya siang tadi. Biarpun Gempa tahu bahawa Taufan itu antara salah seorang yang dia fikir baik dan sama sekali tidak akan mengambil kesempatan ke atasnya, tetapi tetap saja Gempa menyanggahnya dengan mengingat bahawa dia salah seorang daripada musuh ayahnya yang dahulu pernah ingin cuba merampas syarikat ayahnya.

Gempa keliru. Dalam masa terdekat ini, lebih kurang 3 hingga 4 orang sudah datang dan cuba berbual dengannya. Seperti Taufan, Blaze, Thorn dan Solar. Seolah-olah mereka itu seperti sahabat lama yang akrab. Gempa tidak kenal mereka. Saat mereka bertemu buat pertama kalinya itulah Gempa baru mengenali nama dan wajah mereka semua. Jadi kenapa mereka begitu ingin berada dekat dengannya?

"Mungkin ke... sebab diorang rancang nak culik aku lepastu nak jadikan aku sebagai tebusan untuk suruh ayah serahkan syarikatnya? Huh, tak mustahil..."

Gempa mendesah lelah sembari menggaru-garu kepalanya yang mula terasa serabut. Pada akhirnya, dia pun membuat keputusan untuk berhenti memikirkan hal tadi dan mula fokus pada keadaan semasanya sekarang.

Ya, benar. Gempa perlu lebih fokus kepada apa yang ada di hadapannya sekarang atau lebih tepat lagi terhadap keluarga tirinya.

Gempa tahu, dia tidak boleh membiarkan keluarga tirinya hidup tenang kerana dia yakin keluarga tirinya itu juga sedang mengambil kesempatan terhadap ayahnya.

Sejujurnya Gempa tidak faham. Kenapa ayahnya tidak begitu peka dengan keadaan sekitarnya? Kenapa ayahnya sering mengambil mudah dalam segala perkara? Adakah ayahnya tidak sedar yang keluarga tirinya itu sudah jelas menunjukkan bahawa mereka ingin mengambil kesempatan terhadap kuasa yang dia ada?

"Ugh... nampaknya semua aku kena fikirkan sendiri! Ada ayah sendiri pun hanya fikir tentang dia saja!"

Gempa berdiri dari tempat duduknya dan mula berniat untuk melepaskan lelahnya di atas katil. Namun belum sempat dia melakukannya, pintu biliknya sudah terlebih dahulu terbuka lebar tanpa diketuk terlebih dahulu.

"Hoi, perempuan!"

Mata Gempa terus berpaling untuk mendapati orang yang sesuka hati menerjah masuk ke dalam biliknya itu ternyata ialah adik tirinya, Suzy.

"Ugh... apa pula yang perempuan ni nak?" batin Gempa dalam kekesalan.

Tanpa mendapat kebenaran daripada Gempa, Suzy terus melangkah masuk ke dalam bilik Gempa dan berdiri sejajar di hadapan Gempa sambil berpeluk tubuh.

"Aku tak tahu pula yang kau rapat dengan musuh ayah eh?"

Kening Gempa berkerut membalas tatapan sinis daripada Suzy.

"Musuh ayah apa pula?"

"Heh! Buat-buat tak tau pulak? Dah terang-terang orang buta yang nak dekat dengan kau sekarang tu adalah 6 Saudara Boboiboy! Kau saja kan nak buat ayah makin stress?"

Mendengar ucapan yang diberitahu oleh Suzy sebentar tadi, barulah Gempa dapat menangkap apa yang ingin disampaikan oleh gadis itu.

"Aku tak nak pun dekat dengan mereka. Mereka yang selalu datang dekat aku! Lagipun bukan salah aku kalau mereka tu nampak aku lebih bernilai berbanding kaca yang tak berguna..." Sengaja Gempa melirik Suzy atas bawah apabila mengungkapkan ayatnya yang terakhir.

Suzy mengetap giginya geram. Sudah tentulah dia tahu yang kata-kata Gempa sebentar tadi adalah ingin memperlekehkannya.

"Kau ingat kau bagus sangat ke? Kau tu cuma perempuan kampung! Kau kena sedar diri tempat kau tu takde guna dekat sini!"

Darah Gempa meledak tatkala dia mendengar hinaan daripada mulut tak berinsurans Suzy tadi. Semakin lama telinganya rasa semakin berdesing sahaja dengan kata-kata sampah yang didengarinya itu.

"Amboi, sedap je kau cakap aku ni perempuan kampung, ya? Habistu? Kau tu apa? Perempuan tak bermaruah! Tak malu nak tumpang harta dan kekayaan orang lain! Tak sedar diri kau tu cuma anak tiri yang takde hak atas segala apa yang kau ada sekarang! Kalau takde ayah aku, kau dengan mak dan abang kau yang sampah tu takkan duduk dekat sini tau tak?!"

"Gempa!!"

Kedua-dua gadis itu dikejutkan dengan suara petir yang keluar dari mulut Amato. Sebaik sahaja menoleh, mereka mendapati Amato dan ibu tiri Gempa, Sofia yang turut berada di sebelahnya dan menyaksikan mereka berdua di dalam bilik Gempa.

"A-ayah..." Lidah Gempa terkelu. Dia dapat merasakan bahawa ayahnya telah dengar segala kata-kata hinaan yang dilontarkan olehnya kepada Suzy.

Namun Amato tidak berkata apa-apa. Beliau hanya berjalan masuk ke dalam bilik Gempa dan perkara seterusnya yang Gempa tahu ialah wajahnya sudah terpaling ke arah kanan dan pipi kirinya terasa perih ditampar.

"Kurang ajar kamu, ya?! Siapa ajar kamu cakap macam ni?!"

Melihat keadaan kian menghangat, Suzy pun mengambil peluang untuk memulakan lakonan palsunya dengan pura-pura terisak dan berlari ke arah ibunya yang sedang berdiri di ambang muka pintu bilik Gempa.

"Isk, isk...! Sampai hati Gempa tu Papa! Dia hina Suzy! Dia hina Mama dan Abang Stanley! Apa salah kami? Isk, isk!

"Shh... shh... jangan nangis ya, sayang? Kita kena ingat kita ni 'menumpang' je. Jadi betul lah cakap Gempa tadi kan?" Ingin menambahkan lagi 'perasa', Sofia pun turut ikut sama memulakan aksi lakonannya dengan turut memasang wajah terluka dan cuba untuk memujuk anaknya itu.

Gempa tahu yang kedua ibu dan anak itu memang sengaja ingin membuat dirinya nampak bersalah di situ. Play victim. Gempa tahu. Tapi apa yang membuatkan hatinya terasa panas adalah mendengar kata-kata ayahnya yang seterusnya.

"Takpe Sofia. Kamu bawa saja Suzy ke bilik. Biar I yang uruskan anak tunggal I ni." Amato berkata dengan nada yang lembut kepada isteri dan anak tirinya itu.

Dan seolah-olah akur dengan arahan Amato, kedua ibu dan anak itupun terus beredar dari sana untuk meninggalkan Gempa bersama-sama Amato. Pada saat Gempa mencuri pandang ke arah pintu untuk melihat keluarga tirinya, dia dapat melihat senyuman sinis terukir di bibir kedua-dua beranak itu. Seolah-olah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka telah menang dalam pertarungan itu.

Hati Gempa sakit. Sakit kerana menyampah dan ingin sekali mencarik lalu membuang muka-muka palsu itu.

"Gempa. Pandang ayah." Suara Amato memecahkan lamunan Gempa.

Dengan muka yang kesal, Gempa menuruti arahan Amato dan memandang wajah ayahnya tanpa berkata apa-apa.

"Haih..." Amato menghela nafas. "Ayah tak nak ambil tahu siapa yang mulakan pergaduhan ni, tapi ayah nak cakap satu je."

Kini wajah Amato menjadi serius. Yang mana ia membuatkan Gempa dapat merasakan ada perkara buruk yang bakal menimpanya selepas ini.

"Gempa, I'm sorry to say this but... lepas apa yang ayah dengar, ayah rasa kamu patut terima hukuman kamu."

Mata Gempa terbeliak.

"Hukuman? What hukuman?"

Hati Gempa semakin memanas. Pada saat itu entah buat keberapa kalinya dia rasa menyesal kerana telah kembali ke pangkuan ayahnya semula dan meninggalkan kampungnya.


TBC(?)
.
Masih ada ke yang berminat nak baca cerita ni? 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro