Right Over Here

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gempa berjalan menelusuri bahu jalan raya sambil menikmati pemandangan pokok-pokok yang rendang yang menghiasi jalan raya tersebut. Fikirannya kosong sembari dirinya hanyut sewaktu sedang mendengar muzik-muzik kegemarannya melalui earphone di telinga. Jiwanya terasa kosong dan letih, tetapi fizikalnya masih bertenaga untuk bergerak. Hairan.

Ding!

Gempa melihat ke arah layar skrin telefonnya apabila dia tiba-tiba terdengar bunyi notifikasi dan getaran daripada telefon pintar tersebut. Sebaik sahaja membuka aplikasi pesanan di dalam telefon itu, dia pun melihat nama Fang tertera di tapak paling atas notifikasi tersebut.

Fang 🐺

Hi, Gempa! Apa khabar?
Hari ni ada surat yang sampai ke rumah!
And guess what? Saya dapat belajar di tempat kegemaran saya! ✌

Saya sangat teruja dan tak sabar rasanya nak ke sana! Apa-apa pun, hari ni hari pertama awak belajar kan? Semoga hari pertama awak berjalan lancar!

Call me when you free 👌📱

Gempa tersenyum setelah selesai membaca mesej yang dikirim oleh Fang sebentar sahaja tadi. Semenjak dari hari Fang pulang ke kampung halamannya yang berdekatan dengan rumah Tok Aba, Gempa sudah tidak sempat untuk memikirkan lelaki yang disukainya itu dek kerana dia harus menyelesaikan banyak perkara di sini. Selain itu, banyak juga perkara yang berlaku pada masa yang singkat ini sehingga ia membuatkan Gempa harus fokus kepada yang lebih penting dan menjadi profesional terhadap perasaannya.

Ah, Gempa rindu akan dirinya sewaktu kanak-kanak dahulu. Dia masih ingat yang pada waktu itu tidak banyak yang dia perlu fikir dan risaukan. Hanya sibuk membayangkan apa yang akan dia jadi apabila dewasa nanti dan lakukan kerja-kerja yang persis seperti seorang usahawan yang berjaya. Walaupun Gempa tidak seberapa gemar dalam bidang perniagaan atau pengurusan syarikat, namun dia tidak dapat menafikan bahawa sekurang-kurangnya dia bersyukur yang kini dia sudah tidak perlu runsing memikirkan tentang apa yang perlu dia fokus untuk kerja nanti kerana ayahnya sudah menetapkan apa yang bakal dia jadi selepas ini.

Mungkin boleh katakan yang Gempa ini lemah dan terlalu mementingkan ayahnya, tetapi percayalah. Siapa saja yang ingin dirinya dikongkong? Dan Gempa bukannya ada niat lain melainkan hanya ingin perhatian ayahnya kembali kepadanya semula.

Gempa sedar yang semenjak dari kematian ibunya lagi ayahnya sudah mula kurang memberikan perhatian kepadanya. Selama 4 tahun dia membesar dan sebelum diserahkan di bawah jagaan atoknya, Gempa sudah sering merasai kesepian dan kesunyian di rumah. Pada awal dahulu Amato masih belum berjaya seperti sekarang. Dia masih menjadi pekerja suruhan yang hanya mampu bergantung hidup ke atas sebanyak mana usahanya dalam menjalankan tugasnya. Dan oleh disebabkan ingin berjaya dan mengejar impiannya, anak tunggalnya disisihkan dan dibiarkan seorang diri di rumah. Tanpa pengawasan pengasuh kecuali jiran-jiran tetangga.

Jadi apabila dia dapat tahu yang dia akan diserahkan kepada Tok Aba, Gempa rasa sedih dan kecewa. Dirinya yang pada waktu kecil itu tidak faham akan apa yang ada dalam fikiran ayahnya. Tergamak ayahnya lakukan perkara seperti itu. Tapi Gempa tetaplah Gempa. Dia akur. Akhirnya putus asa untuk merengek lama, dan biarkan ayahnya pulang semula tanpa membawanya kembali selama bertahun-tahun lamanya. Sehinggalah dia mendapat berita bahawa ayahnya telah kahwin baru.

Hati anak mana yang tidak marah dan kesal akan ibu atau bapanya sekiranya mereka langsung tidak mengkhabari anak mereka bahawa mereka ingin memiliki pasangan baru? Apabila Gempa dapat tahu tentang perkara itu, dia marah bukan kepalang. Lebih kurang seminggu dua lamanya dia perlukan masa untuk bersendirian dan menenangkan dirinya. Dia kesal. Sungguh kesal.

Dia bukan sahaja tahu hal tersebut daripada orang lain, malah, ayahnya sendiri pun tidak memberitahu apa-apa. Tok Aba juga ternyata terkejut dengan berita tersebut.

Ditambah pula apabila ayahnya dapat membangunkan perusahaannya sendiri, maka tempoh waktu dia datang melawat Gempa menjadi semakin berkurangan. Dan Gempa pun mula berfikir negatif yang ayahnya sudah bahagia hidup bersama keluarga barunya. Tak adil. Sangat tidak adil!

Semakin lama semakin meningkat remaja, Gempa sudah tidak sama seperti kanak-kanak riang yang dahulu. Dia menjadi lebih matang, lebih berfikiran tajam, lebih sensitif dan lebih tertutup serta serius. Dia hanya menyerlahkan sifat ceria dan sopannya kepada orang yang rapat dan dia kenali sahaja.

Gempa tahu, apabila dia semakin membesar, tak lama lagi ayahnya akan memanggilnya kembali untuk pulang ke pangkuannya. Jadi Gempa pun mengambil kesempatan itu untuk menunjukkan hasil yang diinginkan oleh ayahnya sewaktu dia kecil dahulu. Menjadi seorang gadis yang sopan dan berbudi bahasa.

Gempa mula semakin bersiap sedia selepas dia secara senyap-senyap menyelongkar dan mengambil tahu tentang keluarga tirinya. Banyak informasi yang tidak diduganya selepas dia mengetahui betapa teruknya keluarga tirinya itu. Sehingga Gempa pun mula memasang target yang baharu. Selain mendapatkan kasih sayang dan perhatian ayahnya semula, Gempa harus hapuskan dan singkirkan keluarga tirinya.

Ya, dia mesti lakukan perkara itu sekiranya tidak mahu perkara yang buruk terjadi ke atas ayahnya, Amato.

PIN PIINN!!

Lamunan Gempa serta-merta terhenti apabila dia tiba-tiba terdengar bunyi suara hon kereta dari belakangnya. Dia berhenti daripada perjalanannya dan terus menoleh ke belakang untuk melihat dan mendapati terdapat sebuah kereta Lamborghini biru mendekatinya.

Vrrooomm!!

Kereta mewah tersebut berhenti di sebelah bahu jalan dan cermin yang gelap itu pun turun ke bawah untuk menampakkan rupa si pemandu kereta mahal tersebut.

"Hi, Gempa! Kenapa balik jalan kaki ni? Nak tumpang?"

Gempa memandang si pemandu di dalamnya, Taufan. Dia pun menoleh ke kiri dan ke kanan sekitar kawasannya. Nasib baik jalan agak sunyi. Kang timbul isu pula anak pemilik Syarikat Golden Galaxy ada skandal dengan pemilik syarikat terkenal yang lain.

"Tak kisah ke?"

"Naik je! Free of charge!"

Gempa mendengus kecil dalam senyumannya. Dia pun tanpa membuang masa terus membuka pintu sebelah penumpang kereta tersebut dan masuk ke dalam perut kereta bersama-sama beg kuliahnya. Tidak lama setelah Gempa masuk dan pintu kereta ditutup, kereta mewah itu pun terus memecut laju masuk ke jalan raya.

💖✨💖✨💖✨💖

"Kenapa Gempa balik sorang-sorang dengan jalan kaki bawah panas ni? Pemandu takde ke?" Taufan mula membuka bicara setelah tidak lama mereka berdua berada di dalam kereta untuk mengelakkan rasa canggung bersama-sama gadis itu.

"Ada je. Cuma adik tiri saya dah naik."

"Huh? Tak balik sekali ke?"

"Well, biasalah. Dia nak semua ikut kepala otak dia sendiri. Tak nak naik dengan saya katanya."

Taufan menggeleng kecil. Sejujurnya dia sudah lama tidak berkenan dengan sifat adik tiri Gempa. Oh, adakah tiada sesiapa yang tahu bahawa keenam-enam Saudara Boboiboy itu ternyata tahu mengenai sisi gelap keluarga tiri Gempa? Tak usah tunggu Gempa yang beritahu. Mereka sendiri yang kaji selidik mengenainya. Biasalah, jika ingin jatuhkan musuh, segala tentangnya harus diketahui awal-awal.

"Maaf kalau terasa, tapi Gempa tak rasa ke yang sepatutnya Gempa jatuhkan adik Gempa?"

Gempa mengerling ke arah Taufan lama sebelum kemudiannya dia pun menoleh ke luar tingkap semula dengan helaan nafas panjang.

"Kalau saya mampu, dah lama saya buat Taufan. Tapi saya masih banyak kekurangan dan perlukan sedikit lagi masa untuk lakukan apa yang Taufan katakan. Cuma buat masa sekarang saya hanya mampu tewaskan dia dengan cara manipulasi saja."

"Oohh... jadi, apa plan Gempa seterusnya?"

"Tak banyak. Cuma sedarkan dia bahawa tak selamanya dia akan hidup macam tu. Akan ada satu hari nanti saya akan letakkan dia di tempat 'asal'nya semula."

Taufan tersenyum senget mendengarnya. Oh, betapa dirinya suka sekali mendengar setiap kata-kata yang keluar dari belah bibir Gempa. Tidak pernah sekalipun dia rasa hilang hormat ke atas gadis itu. Kerana Gempa lain daripada yang lain. Gadis itu lebih memfokuskan apa yang perlu dia lakukan dalam hidupnya, jauh berbeza dengan sifat gadis lain di luar sana yang pernah dia temui yang semata-mata hanya inginkan kemewahan dan mencantikkan diri mereka sahaja. Persis Suzy.

Sewaktu sedang berhenti di hadapan lampu isyarat, Taufan menarik brek tangan dan kemudian memanggil Gempa.

"Hey, Gempa."

"Hm?"

Wajah Taufan kini menghadap sepenuhnya ke arah Gempa di samping posisinya pula bersandar di bahagian pintu pemandu dan tangan kanannya pula memegang bahagian pemegang yang ada di bahagian atas perut kereta. Gadis itu menatap Taufan sambil menunggu perkataan yang akan keluar dari mulutnya.

"Nak tak kalau kitorang bantu kau untuk singkirkan keluarga tiri kau?" Dengan nada dan riak wajah yang serius, Taufan menyatakan pendapatnya kepada Gempa. Iris birunya tidak berkedip merenung iris emas milik Gempa.

"..."

"Apa pendapat kau?"

Gempa kini membalas tatapan mata Taufan dengan wajah yang tegang.

TO BE CONTINUE (?)
.
Aaahhh tbh Ani dah mula rasa bosan dengan cerita ni 🥲 dan mood nak menaip atau sambung mana-mana cerita pun semakin burn
.
Guess lepasni depends kepada mood Ani la kalau nak buat cerita. And trust me I really don't want it to be like that but these past few years makin lama makin rasa bosan dah. Is it my fault tho? 🥲

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro