29 | Sugar

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AKU memerhati sekujur tubuh yang terdapat luka dan lebam pada lengan, wajah dan kaki. Hampir aku tak kenal seorang Ariq Farhan tadi.

Aku benci dia, sangat. Tergamak dia buat benda terkutuk itu semata-mata nak cabar Dryan dan dapatkan aku semula. Tangan mengosok lengan sendiri, kiri dan kanan. Aku rasa seram sejuk apabila teringat peristiwa hitam itu. Trauma.

Kenapa Dryan masih nak simpan dia? Aku masih ingat lagi sewaktu di sekolah Ariq dipaksa pergi dan masih dikawal dari jauh. Semua orang pandang serong dan ada yang ketawakan dia. Aku? Kasihan? Hati aku terlalu sakit dengan apa yang dia buat. Maruah aku dipijak dengan begitu.

Untung Dryan Wyatt faham dan percaya aku. Sudah cukup beruntung aku dengan kehadiran dia, ya Allah.

"Kau nak buat apa dengan dia lepas ni, Dryan?" Melihat manusia itu yang sudah tidak sedarkan diri selepas dipukul dan diseksa Dryan lagi membuatkan aku tertanya. Aku tak selesa setiap kali dekat dengan Ariq. Badan aku jadi menggigil.

"Aku... Tak akan bunuh dia tapi aku dah muak dia menumpang di sini. Dah tiga minggu pun, bosanlah main permainan sama. Kita hantar pergi penjara je lah? Lagipun ibu dia pun dah meringkuk dalam. Anak dengan ibu sama." Dryan memicit dahi aku yang masih berdiri tetapi bersandar pada dia. Kesihatan aku tak berapa nak baik sejak dua menjak ni. Tambahan dengan tadi aku cuba masak makanan kegemaran Dryan, argh perut aku tak boleh terima.

Tapi Dryan makan elok je, syukur tak terbakar dapur. Aku benci macaroni! Kenapa lah Dryan boleh suka haish, nak menangis aku dengan cuba makannya.

"Sakit kepala lagi ke, Reen?" Aku tak membalas dengan bunyi tapi terus berpusing ke arah dia. Tangan ini terlalu spontan untuk memeluk Dryan dengan erat. Manja, argh aku tak tahu kenapa tapi ini diri aku sejak dua menjak. Sebab hubungan aku dan dia semakin baik agaknya.

"Alahai manja lagi budak ni. Sini aku angkatkan. Kita pergi bersiap untuk uruskan hal dekat balai. Lepas tu kita pergi shopping, nak?" Dryan hanya melayan manakala aku tak membantah dengan kata-kata. Bau dan pelukan dia buat aku tertarik sampai tersengih. Gatal kau pun, Reen. Mana ada, biasalah dengan suami. Bukan dengan sesiapa pun. Aku cebik dengan kata otak sendiri.

.

Aku menarik bajunya dari belakang. Rasa tak selesa semakin menebal dalam diri.

"Tak payahlah, Dryan. Membazir je lah kau ni." Aku sempat berbisik apabila permintaan aku tak dilayan. Selepas selesai urusan Ariq, dia heret aku ke sebuah pusat membeli belah. Sudahlah dia heret aku masuk ke dalam private room shopping dalam butik mewah ini. Memang diri ni terasa VVIP sejak melangkah masuk seiring dia dan pengawal lain dari jauh.

Aku memang sumpah tak selesa. Sejujurnya aku bukan sejenis yang berbelanja sangat walaupun papa selalu memberi duit belanja. Aku mengeluh, hujung bajunya ditarik lagi.

Dryan buat tak layan sebab aku menolak semua yang dia nak belikan. Dia degil dan terus memilih yang mana rasa cantik dengan aku.

"Dryan, sudah lah." Dia berpaling ke arah aku, tubuh makin merapat. Hampir sahaja tangan aku terjatuh dari menggenggam baju putihnya. Rambut aku digosok dengan tangan dia, bibir hanya mengukir segaris.

"Biarlah aku nak manjakan wife aku sendiri." Dari atas rambut, tangan dia mengelus rambut panjangku lalu turun ke pipi. Ibu jari itu menekan lembut pada pipi seolah memicit. Mata hijau dia setiap pada arah mata aku. Berdebar...

Dari ke pipi, tangannya turun sedikit ke bawah dagu. Dia angkat kepala aku agar pandang ke wajahnya dengan jelas lagi.

Bertembung.

Jeda.

"How did I get so lucky to have this beautiful girl in my life?"

Jari dia kembali menekan pada pipi aku, berkali-kali.

"I swear to God, I don't want to lose this one."

Wajah aku semakin panas dan terbakar. Jatuh cinta dengan Dryan Wyatt memang tak akan sihatkan jantung dan paru-paru anda! Berkali-kali aku cuba kawal nafas yang turun naik. Perut pun dah penat sebu. Dia, rupa parasnya, perbuatan dan accent dia memang ugh aku dah kehilangan kata-kata!

"Maaf menganggu... Tuan muda nak guna kad ke?" Suara pekerja perempuan itu membuatkan aku spontan menunduk rapat ke bawah. Badan spontan bergerak ke belakang sebanyak beberapa langkah.

"Huh? Oh ya, kad." Dryan mengeluarkan dompetnya dari beg aku yang bertali panjang. Sebenarnya aku tak sedar pun dia letak dompet dia dalam beg aku. Mata aku sedikit terbuka luas saat Saint Laurent yang dikeluarkan. Amboi, dompet pun tak nak kalah.

Keluaran Logo-Appliquéd Leather Billfold Wallet yang anggaran dalam beberapa ringgit je lagi nak masuk empat ribu kalau termasuk dengan cukai dan lain-lain. Beg galas aku yang dia pegang tu pun tak sampai seribu... Apatah lagi dompet. Ini kalau aku jual dompet dia pun dah banyak duit aku dapat.

Mata dalam diam melihat susunan kad pada dompet itu yang memuatkan kalau tak salah aku dalam empat belas kad. Hati aku menangis saat Dryan dengan selamba menghulurkan salah satu kad yang ditarik tanpa ragu-ragu. Sedangkan dia tahu... Pakaian dan barang yang dibeli di sini berjenama, sudah semestinya tinggi harganya.

Ladies and gentlemen, meet my sugar husbaby.

Aku bergurau je. Aku tak anggap Dryan macam tu, memang tak akan pernah anggap. Aku insecure lagi ada lah dengan dia dan keluarganya. Wujud ya benda ini bila perempuan sendiri insecure dengan pasangan sendiri. Jujur cakap, aku memang tak layak dengan Dryan. Harga dompet dia tu boleh beli tujuh atau enam dompet aku.

"Tak payah nak buat muka dekat sini. Orang dah belanja tu, ambil lah." Dia tarik tangan aku di depan pekerja perempuan yang berpakaian kemas berwarna hitam. Aku tarik kembali tangan sendiri, tak malu betul mafia kecil ni.

Nanti jadi bahan bualan hangat orang lain pula yang Tuan muda Wyatt yang seorang ni keluar dating dengan seorang perempuan. Bukan orang tahu yang kami berdua dah berkahwin pun. Pekerja itu kembali tinggalkan aku dan Dryan untuk uruskan barang-barang yang dibeli.

"Tapi aku tak nak yang macam ni, Dryan." Rasa bersalah semakin menebal. Tawa kecilnya pecah. Nampak comel tapi tak tahu apa yang lawak?

"Aku pernah tengok kau renung skrin telefon sebab satu ayat ni. Apa eh? Tak salah aku... Kalau boyfriend ni sakitkan hati girlfriend dia, cara balas dendam dengan sakitkan baki akaun dia. Dia ketawa lepas baca tu, Reen." Hidung aku kembang kempis, dah kenapa dengan ayat tu? Aku siap kongsi dengan kawan-kawan yang lain. Baru semangat keperempuanan. Apa benda aku sebut ni?

"Kenapa? Ada masalah?" Aku majukan diri seperti mahu bergaduh dengan dia. Nasib kau tinggi dari aku je, ugh. Aku mencebik tak puas hati sambil tinggikan kaki di hadapan dia.

"Tak terjadi kepada Wyatt, okay? Satu kad ni kau nak beli rumah pun boleh, Reen." Dia hulurkan aku sekeping kad. Amex Black Card atau formalnya American Express Black kalau tak salah. Kau kena berbelanja sekurangnya beberapa ratusan juta dollars setahun dengan kad American Express dan ada income sekurangnya satu million-dollar secara tahunan. Ada banyak lagi syarat berbelanja dan hanya orang tertentu yang akan dijemput American Express atau diberi peluang untuk ada kad ini.

Jari jemari aku menggigil sewaktu pegang. Ada lagi kad platinum dan banyak lagi. Kenapa mummy dan daddy bagi anak kuda macam dia pegang kad macam ini?

"Cis, sombongnya."
"Bukan sombong, sayang. Aku nak pesan kau nak berbelanja apa pun kalau kau nak. Tak perlu ada rasa bersalah tu, Reen. Kau bukan orang luar pun dalam keluarga aku. Harta dan barang lain, kalau kau nak guna untuk bagi hadiah untuk orang pun tak apa. Buat sesuka hati kau. Aku tak sukalah kau tak senyum macam ni, Reen."

Sebenarnya aku tahu yang dia dah lama sedar. Sejak dia bawa aku ke restoran mewah dan kini membeli belah pula, aku memang tak boleh nak senyum dengan ikhlas. Bukan tak bersyukur... Aku minta nak luangkan masa dengan dia... Bukan seperti ini.

"Dryan, tak semua perempuan sukakan duit dan harta. Aku tahu kau buat ni sebab aku isteri kau dan bukan sesiapa orang luar. Aku bersyukur sangat tapi kau tetap tak boleh manjakan aku dengan barang mewah semua ni. Aku takut... Dryan." Aku tertunduk sekilas.

"Aku takut bila kau fikir macam ni, kau akan terlalu sibuk dengan kerja. Harta masih bukan segalanya, Dryan." Dia terus tarik tangan aku.

"Reen, noooo. Aku pun tak nak kau fikir macam tu. Aku janji aku tak akan abaikan kau nanti. Sibuk macam mana pun, aku tak akan buat macam tu dengan kau dan anak-anak kita. Jangan risaulah. Aku minta maaf kalau buat kau risau." Aku yang nak cair pun jadi cuak. Apa tiba-tiba naik tentang anak pula ni?

"Reen? Kenapa muka kau makin merah?" Ini bukan merah tapi dah nak pengsan. Cuak punya pasal.

"Tak ada apa-apa." Aku yang sekarang memang susah nak kawal perasaan ke? Cepat betul berangan dan terasa.

.

AKU memerhati ke arah Dryan yang baru keluar dari bilik pakaian. Selepas dia minta aku masak lagi dan paksa aku makan sekali sampai minta bersuap bagai, dia terus pergi mandi. Entah apa yang dia minat dengan mac and cheese yang hampir hangus tu pun aku hairan. Nak cakap jaga hati sebab usaha aku pagi tadi, ini makan malam pun dia minta masakkan.

Aku picit kepala yang rasa sakit. Tekak aku rasa loya dan mual. Aku benci rasa sakit seperti ini. Mana tidaknya kalau demam pun tak tapi sakit kepala. Perut aku pun rasa tak selesa.

"Reen, nanti hujung minggu ni masakkan lagi eh? Aku sukalah yang kau buat. Tak sangka makanan kegemaran kita sama. Sudahlah kau yang baru belajar pun, terus sedap." Apa yang sedapnya, aku tengok pun hampir nak hangus. Dryan ni perli aku ke? Tapi nada dia tak dengar seperti main-main pula.

"Okay, Dryan. Aku masakkan." Jantung aku berdegup lebih pantas apabila dia duduk di barai katil. Semakin dekat, semakin berdebar. Padahal bukan tak terbiasa pun nak movie date dengan Dryan Wyatt. Pandangan dia seolah fokus pada layar televisyen tetapi badan sibuk naik ke atas katil lagi sebelum baring di sebelah aku.

Entah, aku pun tak ingat movie apa yang aku buka dalam Netflix. Entah cerita hantu mahupun percintaan. Bila dah loya tekak dan pening macam ni, aku memang dah tak fikir hal sekeliling. Dryan yang tarik badan aku semakin dekat dengan dia sebelum memeluk erat pun aku endahkan.
Kepala malah aku lentok pada dada dia yang berlapik hoodie berwarna kelabu, sama tema dengan aku.

"Cantiknya mata bayi tu. Warna hijau macam kau. Dah besar nanti mesti cantik lagi." Aku cuba hiraukan sakit seperti ada benda yang mencucuk. Ugh, Dryan pakai pewangi baru tadi ke? Kenapa bau macam ni? Aku jadi sensetif, mungkin sebab sakit kepala.

"Cantik kan? Kau teringin nak ada beberapa salinan macam tu tak, Reen?" Hah? Dahi aku berkerut setelah mendengar.

"Apa yang salinan?" Dryan capai tangan aku, dikucup lama.

"Anak kita lah. Manalah tahu ikut aku ke? Tapi kalau cantik macam kau pun aku suka." Erk kenapa Dryan suka cakap tentang anak eh sekarang? Aku baru sedar atau selama ini dah ada? Atau sebab kes manusia kejam itu sudah selesai dan kami berdua berada dalam zon selesa? Tinggal habiskan beberapa bulan lagi untuk persekolahan jadi Dryan... Semakin seriuskan hubungan dan keadaan.

"Oh... Anak... Tapi kita kan muda lagi... Baru 17 tahun... Belajar peringkat lain pun tak sambung lagi." Aku menyoal dengan kekok. Aku takut. Jangan Dryan minta benda pelik-pelik sudah. Risau aku kalau dia tak nak sambung belajar.

"Alahai... Sekolah pun dah nak habis. Reen... Kita betul-betul nak teruskan hubungan macam ini ke? Tak lebih serius lagi?" Bisikan Dryan buat bulu roma aku menegak. Cukup dengan suara, terasa wajahk menekup rapat pada dia terus terangkat. Aku rasa paru-paru aku dah hilang tapi kenapa masih bernafas lagi ini?

"Apa... Maksud kau?" Spontan badan aku ditarik lagi dekat dengan mengejut sampai aku terjerit kuat. Aku pura-pura tak faham atau aku salah sangka sekarang ini?

"Dia buat tak faham pula. Sebelum ni aku tak kisah tapi sejak semakin lama semakin jatuh cinta dengan kau ni, kau buat aku semakin nak serius tapi aku tak paksa. Kita boleh fikirkan balik benda ni lepas tamat pengajian tinggi. Apa yang penting, kau tetap ada dengan aku." Pandangan raut mata hijau itu sudah buat wajah aku terbakar. Apa ni, Dryan? Dia tak pernah kisah pun sebelum ini? Aku teguk liur sendiri. Apa aku nak jawab? Dia bagi aku pilihan.

"Tapi... Tapi..." Argh, akum akin gementar. Peristiwa beberapa minggu lepas bermain dalam fikiran. Aku takut.
Dryan akan terima aku seadanya, kan? Aku memang... Takut. Aku dan dia memang tak berjodoh kan...

'Aku malu lah... Tak boleh ke... bukan sekarang. Hm... Kita kan baru 17 tahun...' Hati aku cuba berbisik memandangkan mulut tak berani nak bagi jawapan lagi. Aku tahu umur... Ugh... Entah lah aku terlalu gementar untuk nyatakan alasan lain. Gila ke aku nak... Diri aku... Argh aku tak tahu!

"Eh... Apa aku fikirkan ni? Kalau ikutkan minggu ni kau tengah..." Masalahnya... Bibir sendiri digigit rapat. Aku tak datang... bulan lagi. Nafas aku hampir putus. Kenapa Dryan hafal kitaran... Aku dah kehilangan kata-kata lagi.

Kesan dari... Tak mungkin... Kan? Aku ketawa hambar dengan perlahan. Namun tidak lama tawa hambarku buat Dryan hairan kerana tiba-tiba aku sangat loya. Mulut sendiri ditekup sebelum kaki laju bergerak turun dari katil.
Tekak rasa pasir bila aku muntahkan apa yang ada. Mulut terus dicuci di sinki.

"I'm so sorry, Dryan. Aku tipu kau..." Mata dipejam rapat yang boleh. Kenapa?

"Reen? Kau okay tak?" Dia pantas bergegas ke arah sini dengan cemas. Pintu bilik air dibuka kasar.

"Okay... Aku sakit kepala biasa je ni." Dia perhati langkah aku yang semakin lemah. Lutut aku rasa longgar untuk bergerak sampai tiba-tiba hilang imbangan.

"Reen!" Aku semakin berkerut sakit pada kepala. Rasa seperti ada batu menghempap, buat pandangan juga kabur. Itu yang aku ingat sebelum gelap secara tiba-tiba.

- TO BE CONTINUED -

Thank you yang sudi sokong dengan komen dan vote <3 Sorry sangat chapter ni hambar lagi. Thank youu :) <33

Sedutan:

30 | Liar

"Kenapa? Doktor cakap apa?" - Reen

"Kau tipu aku kan, Reen? Tengok apa dah jadi." - Dryan

"Aaaw mesti kau rindu aku kan, Reen? It's me, pretty Bella in da house!" - kesayangan readers no 2

Stay tuned❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro