30 | Liar

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

♡♡♡

AKU mengalihkan badan ke arah lain apabila terdengar bunyi pintu ditutup. Nak pura-pura tidur ke pura-pura mati ni? Aku terasa katil bertambah berat seolah ada orang duduk di bahagian birai. Tidak lama kemudian, rambut aku pula terasa diusap lembut. Mesti sugar husbaby aku.

Aku cuba diamkan diri dengan rasa bersalah yang ada. Memang tak patut tipu Dryan dari awal lagi tapi aku tak nak kecewakan dia... Suka sangat kan buat benda gila macam ni, Reen. Bila dah kantoi, aku pula makin menebal rasa bersalah.

"Kalau dah bangun tu, tak payah nak buat tak sedarkan diri." Nada dingin dia buat aku makin memejam rapat mata. Dahi berkerut dengan rasa sakit dan mual yang ada. Dryan marah...

Aku alihkan sedikit kepala ke arah lain, tidak mahu tangannya mengusap rambut. Marah tapi nak main lagi dengan rambut aku.

"Tengok tu, nak merajuk ke? Aku yang sepatutnya merajuk tahu tak, Tengku Nuryn Delisha?" Ugh, dia panggil nama penuh.

"Kenapa? Doktor cakap apa?" Buat tak tahu lagi kan? Aku mengeluh sendiri. Aku tak patut menipu Dryan tentang diri aku.

"Kau tipu aku kan, Reen? Tengok apa dah jadi. Penipu." Argh, tiba-tiba telinga aku kena tarik panjang! Salah ke aku tak beritahu dia yang aku alergik dengan macaroni? Pelik tapi memang perut aku tak boleh terima dan hadam.

Bukan alergik yang sebenar tapi entah kenapa setiap kali makan mesti aku nak muntah dan tekak rasa tak selasa. Sudahlah menipu Dryan dengan kata itu juga makanan kegemaran aku.

"Diam, huh? Doktor beritahu kau terlalu banyak fikir beberapa minggu ni. Tertekan sampai gangguan kitaran kau tu tak teratur. Kalau dah tahu tak boleh makan macaroni tu, janganlah cuba walaupun nak gembirakan aku."

"Kau fikir aku suka ke tengok kau macam ni? Sudahlah kurang rehat, suka sangat belajar sampai empat pagi." Rasa nak menangis pun ada dengar nada Dryan ni, dia marah tapi memang patut aku kena.

"Orang tengah sakit, jangan bebel. Bertambah sakit dibuatnya." Aku merengek dengan nada tak puas hati. Manja semacam sejak akhir ini. Mungkin sebab kurang rehat dan sering sakit kepala. Siapa suruh kau tak tidur, Reen?

"Ini lah perempuan. Bersuara baru sedikit dah nak merajuk."

Grr... Dah tu tak akan aku lelaki pula. Haish...

"Sorry, Dryan. Aku cuma nak bagi kau gembira. Mesti best kalau ada orang sama kegemaran dengan kita. Bencinya! Kenapa aku alergik dengan benda tu sedang kegemaran kau?" Aku sempat menyoalkan sistem badan sendiri yang banyak kerenah.

"Tapi hakikatnya benda tu menjejaskan diri kau sampai ke hospital. Tak cukup dengan tu, merayu dengan doktor nak balik cepat."

Hm... Tapi bosan nak duduk sini. Apatah lagi aku baru tahu, keluarga aku dan Wyatt akan berkumpul. Memang tidaklah aku nak duduk sini terus!

"Reen, kau terima aku seadanya. Tak mungkin aku tak terima kau seadanya." Aku... Lagi terkedu saat tanganku ditarik Dryan. Kepala aku dah makin sakit. Panas, cukup dengan pandangan mata hijau dia buat aku gugur.

Badan tak berapa nak sihat lagi ni.

"Look, Isha."

Dia paksa aku pandang wajah dia, anak mata dia.

"I love you just the way you are."

Panas...

Dan tiba-tiba semuanya gelap.

.

READERS POV

BEBERAPA hari berlalu pantas.

Terjaga. Kelopak mata menghijau itu sedikit membuka memandang sekeliling. Bilik rehat? Dia tertidur rupanya. Nafas berat dilepaskan, terasa ada yang menghimpit rapat.

Kepala sedikit menunduk, rambut hitam bersinar Nuryn Delisha yang panjang hampir menutup dada dia berlapik hoodie kelabu. Baru dia sedar, tangannya tidak lepas dari merangkul pinggang Reen agak tidak terjatuh dari sofa buatan Itali ini. Mereka tertidur pada awal petang tadi.

Air cond dalam bilik ini kian terasa sejuk namun dia ada pelukan hangat dari gadis ini, Isha dia, gelar Dryan Wyatt. Ralit merenung, dia tersedar cengkaman tangan Reen pada hoodie yang dia pakai. Gadis ini ralit diulit mimpi.

Bibir tersenyum sendiri saat tangan lebih kecil dari tangannya makin menarik apabila terdapat pergerakan dari Dryan. Tidur Reen terganggu jadi dia sedikit mengerut dan menarik kain yang dicengkam halus. She's so cute, desis hati kecilnya.

Fikiran mula melayang jikalau suatu hari nanti ada tangan comel dan lebih kecil dari Reen akan menarik baju yang dipakai. Ubun-ubun Tengku Nuryn Delisha dikucup lama setelah habis tenggelam dalam fikiran sendiri.

"Kalau kau comel macam ni, anak kita mesti lagi comel kan?" Suara dia berbisik, makin menganggu tidur si isteri. Makin gadis itu mogok dalam tidur. Wajah makin rapat menekup pada Dryan. Tidak mahu diganggu dengan sebarang suara dan pergerakan.

"Sayang, wake up. Nak solat asar sama-sama kan?" Tapak tangannya mengusap perlahan dahi Reen berkali-kali, lambat laun terlajak ke arah rambut.

"Bangun? Tak nak bangun ke, Reen?" Sekali sekali bibir mengucap lembut ubun-ubun. Bukan apa, hati cuma tiba-tiba diisi dengan rasa bersyukur. Dia jumpa gadis ini kembali malah dengan idea gilanya, Reen jadi milik dia. Tidak sia-sia sebuah penantian itu, sesungguhnya.

"Tak nak bangun kan kau?" Senyuman nipis itu bertukar sinis, terfikir satu idea jahat.

"Sayang tunggu sini sebentar. Nak isi separuh tub mandi dengan ais."

.


REEN'S POV

AKU bertambah mengerut dengan kepeningan yang ada, sudahlah tadi tidur aku diganggu Dryan Wyatt. Terjaga dalam tub mandian membeku pula. Jeritan aku sampaikan papa dan mama pun boleh datang.

Buat malu dengan ibu bapa aku je lah anak kuda tu. Haish... Nasiblah di rumah Dryan. Aku tak pasti kenapa semua orang bermalam di sini seperti akan ada suatu hal? Atau memang nak majlis kecilan? Jadi ya, jeritan itu... tidak begitu indah apatah lagi diusik dengan ahli keluarga.

Padahal aku tak pernah buat apa-apa pun dengan Dryan. Ugh aku dan Dryan ni bagaikan pasangan remaja biasa versi halal sebab tu boleh kiss sikit... Hehe... Apa yang kau tengah beritahu orang ni, Reen? Diri sendiri pun dah pening.

Aku nampak Dryan duduk di atas tangga untuk turun dari pintu belakang yang menuju ke arah taman. Seorang... Entahlah, aku rasa aku faham dia. Bila banyak orang berkumpul termasuk ahli keluarga Wyatt di dalam rumah ini, mesti dia jauh terfikir.

Kadang... Aku kasihankan dia. Mesti Dryan banyak fikirkan tentang masa depan keluarga. Wyatt bukan sebarang nama, salah langkah dan cara boleh timbulkan masalah. Dia pula lahir sebagai anak tunggal. Mesti ramai orang harapkan yang terbaik dari dia. Aku duduk di sebelah Dryan, anak tangga ketiga.

Dia terlalu tenggelam dalam lautan fikiran sendiri sampai tak sedar kehadiran aku. Kepala dilentok perlahan ke lengannya, bibirku menguntum senyuman.

"Reen? Eh, kau buat apa dekat sini?" Terasa sunyi kawasan walaupun bunyi air hujan menitik jatuh. Aku tertanya dengan kehidupan mereka tanpa perhatian ibu bapa, adakah lebih sunyi dari kawasan dingin ini?

Bila dah menjauh, pasti sudah terbiasa. Jadi kekok bila beramai dan cuba berinteraksi. Aku fikir Dryan bencikan mummy dan daddy pada mulanya, reaksi tegang dari wajah dia tidak pernah hilang. Aku juga sedar dia selaku menghilangkan diri jika ada masa bersama, benar kata pekerja di sini.

"Bosanlah... dalam. Bising." Badan juga aku sedikit sandarkan pada tubuh Dryan. Tangan kanannya dicari oleh aku sebelum digenggam lama. Kau tak seorangan, Dryan. Aku ada dengan kau. Aku tahu... Kau memang tak akan pernah beritahu perasaan kau dengan orang lain. Kau mesti menafi sunyi yang kau ada.

"Kau dah kenapa, Reen?" Aku mengerling sekilas ke arah dia, tanya macam nak gaduh. Biasalah gangster kan? Tapi bibir dia nampak sangat tengah tahan dari senyum.

"Tangan kau... Berat. Aku tolong angkatkan," bisik aku dengan nada rendah. Tak salah kan aku tiru alasan dia?

Dryan tarik tangan aku sebelum mencium lembut. "Aku sayang kau, Reen. Or should I call you, my wife?" Aku terpejam mata sendiri. Suara dan accent yang dia ada boleh buat aku mengeletis :3 No, Reen sebenarnya inesen dan tak gatal. Kalau ada yang menafikan, semua itu dusta.

"Selalu sangat cari aku waktu... Aku... Hm..." Dryan diam seketika. Ya, dia memang tak akan gambarkan dari mulut. Muka pun usahakan ditegangkan tapi bila berdua begini memang tak boleh nak berlakon. Dia keliru sebenarnya.

"Kalau bukan aku, siapa?" Haish boleh ketagih aku tengok senyuman Dryan ni. Manis betul :3 Apa yang aku buat ni? Berapa liter air aku isi dalam otak tadi? Bila dah cuak dan suka ni, reaksi spontan mesti keluar.

"Pandai dah sekarang ni. Nah." Aku terjerit kecil apabila terasa wajah dipercik air hujan. Boleh bergurau pula dia? Tidak tunggu lama, aku balas dengan berganda bersama ketawa puas hati.

"Sudah, kau tu tak sihat sepenuhnya lagi. Jangan main hujan." Dia menarik tangan aku dari terus membasahkan tangan pada air hujan. Sejuk dan segar. Aku mengeleng perlahan. Siapa cakap Dryan je yang boleh degil?Dryan yang dapat tangkap rancangan aku terus menahan aku dari bangun.

"J A N G A N."

Lidah dijelir separuh, sebelum berjaya meronta keluar dari terus ditahan. Air hujan mula membasahi baju dan rambut aku. Tidak terlalu lebat dan tidak terlalu renyai, separa sahaja. Dryan memerhati aku yang menari-nari dalam air hujan, rasa bebas.

"Reen, sudah. Lagi teruk demam kau nanti." Aku mengeluh dalam diam walaupun masih menunjuk reaksi riang. Menyibuk betul lah demam ni, menyesal aku tipu Dryan. Sekali dengan demam pula yang datang tapi dah berkurang pun sebenarnya. Dryan yang terlebih risau.

Dia sampaikan berjalan ke arah aku. Tangan menghulur seperti mengajak aku masuk ke dalam rumah. Kepala pantas digeleng lembut. Rengus, sedikit geram mungkin? Isteri tak dengar cakap tapi tak ke dia rasa seronok bawah hujan ni?

Dryan terus menanggalkan hoodie berzip yang dipakai dalam. Apa yang tinggal baju t shirt berwarna putih. Dia menarik tubuhku lebih dekat sebelum memakaikan hoodie hitam untuk aku. Hanya akur dengan hairan.

"Baju putih kau tu tembus. Nampak sangat dengan keluarga kita nanti. Sepupu kau dan aku. Hell no," Dia kemaskan dengan reaksi garang dan tegang. "Aku punya." Ayat nada keras seperti berebut itu diakhiri cebikan tidak puas hati. Wajah mula berbahang panas.

"Sorry... Sorry, Dryan. Tak sedar." Argh, bukan dengan ahli keluarga lain je aku malu kalau nampak. Dryan nampak pun dah buat aku nak tanam diri dalam tanah. Lain kali kalau nak basahkan baju tu pakai warna yang turun pudar dan tak terang, bukan merah hati, Reen! Sudahlah baju aku pun warna putih.

Dia menghela nafas berat sebelum menghulur tangan semula. Hm... Nak masuk ke? Aku baru nak seronok... Disebabkan malu, aku terus sambut. Tak nak bertekak lagi.

Namun sambutan aku dibalas dengan pegangan erat. Jari jemari dari tangan kanan aku dan dia bergabung. Dryan?

Tanganku diangkat sedikit ke atas.

"Wanna dance with me, princess?" Hah? Kenapa semakin terbakar wajah aku ni walaupun dalam hujan? Dryan merentak perlahan kakinya manakala aku yang makin terkedu, cuba untuk ikut rentak.

Hati aku diam. Entah kenapa aku rasa sangat bebas dan tenang menari dalam hujan. Rentak perlahan, buat aku teringat suatu ayat dari Vivian Greene.

Life isn't about waiting the storm to pass. It's about learning how to dance in the rain.

Ikut kefahaman aku.

Jauh mana pun halang dan gangguan yang datang, kau tak boleh jadikan ia sebab untuk berhenti dan tangguh suatu perjuangan. Sebaliknya, cuba terima dan teruskan perjuangan. Cuba cari kebahagiaan dalam setiap masalah yang datang, pasti boleh buat. Kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Tapi apa yang berlaku sekarang ini, aku tersentuh. Aku lebih suka luangkan masa dengan benda sekecil ini bersama Dryan. Tak perlu shopping, tak perlu bawa aku ke mana-mana. Cukup ada dia dan dengan dia.

"Tenangnya." Aku hentikan pergerakan sebentar. Dryan pandang aku dengan hairan. Aku cuma terfikir sesuatu.

Hujan tidak terlalu renyai dan lebat. Gembira, cukup senyuman Dryan hilangkan resah aku. Apa pun, untuk kau. Aku tak akan biarkan kau sunyi lagi.

Kau.
Dryan Wyatt.
Akan sentiasa dalam pandangan dan perhatian aku.

"Aku minta maaf, Dryan." Dia hanya mengerut memandang aku. Maaf sebab aku cuba abai dan sakitkan kau. Aku tak cuba faham kau sebetulnya. Tak faham apa yang kau telah dan akan lalui.

"Untuk segalanya."

"Kau tak pernah buat salah pun, Reen. Sudahlah, jangan macam ni. Aku tak suka betul tengok Isha aku sedih." Dia mencubit pipi aku sebelum meneruskan rentak perlahan lagi.

Basah, ya kami berdua basah kuyup tapi langsung tidak kisah.

"
And I see you
the way I breathe you in
It's the texture of your skin

I wanna wrap my arms around you, baby
Never let you go
"

Dryan tiba menyanyi dengan rentak akustik bersama gerakan semakin perlahan. Suara dan reaksi dia... Bait lirik... Aku terkedu. Kaki yang rasa tiba berat nak gerak, aku gigihkan. Lutut rasa lemah.

"
And I say,
there's nothing like your touch
It's the way you lift me up
And I'll be right here with you 'til the end
"

Bibir aku tidak boleh menahan diri lagi tersenyum. Adakah ini dianggap mandi hujan? Entah, apa yang aku tahu... Aku bahagia dengan dia.

Dryan Wyatt.
The one name in my heart.

.

ENTAH bagaimana aku mahu mulakan, entah dari penyesalan mungkin? Lepas solat Isyak bersama tadi, Dryan terus baring atas katil. Tak mahu turun tu mungkin lah sebab ahli keluarga yang lain berkumpul di bawah tapi dia... Haish. Demam pula.

Sebab mandi hujan ke apa? Entah aku tak tahu! Aku tengah menyesal ni kalau betul sebab tu. Wajah dia kelihatan sangat merah dan pucat. Makan malam pun tak nak turun tadi. Apa kau dah buat, Reen? Ajak Dryan main hujan dengan kau?

Sebenarnya aku tak yakin dia demam sebab hujan ke apa tapi yang pastinya memang dia tengah demam! Lagi panas dahi tu dari aku. Haish... Aku risau dan rasa bersalah.

Walaupun anak kuda tu nampak comel dan manja bila sakit tapi aku masih rasa tak tenang hati.

Jadi sekarang ini, aku turun masakkan bubur untuk Dryan. Entah terbakar ke tak dapur... Kalau ya, jatuh air muka aku depan keluarga Wyatt. Kalau keluarga aku apatah lagi mama dan papa mesti dah kenal sangat dengan dapur terbakar.

"Hai!" Tiba-tiba kaki mengundur tanpa sengaja ke belakang. Rambut aku ditarik! Badan dipusingkan dengan kerutan.

"Aaaw mesti kau rindu aku kan, Reen? It's me, pretty Bella in da house!"

Anak penyu ni ke? Sesedap asam jawa dia tarik rambut aku?!

- TO BE CONTINUED -

Harap dapat tinggalkan komen dan vote agar chapter ini tidak sendu. Maaf atas kehambaran yang ada. Stay tuned and thank you <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro