31 | Risau

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HAI!" Tiba-tiba kaki mengundur tanpa sengaja ke belakang. Rambut aku ditarik! Badan terus dipusingkan dengan kerutan.

"Aaaw mesti kau rindu aku kan, Reen? It's me, pretty Bella in da house!"

Anak penyu ni ke? Sesedap asam jawa dia tarik rambut aku?! Wajah yang ditayang pada si dia tidak lah seindah yang aku boleh bayang. Setahu aku ini perjumpaan keluarga Wyatt je tapi kenapa dia boleh sesat?

"Kenapa dengan reaksi tu? Kau tak rindu aku ke?" Suara dia menebus masuk ke dalam gegendang telinga aku, muak. Siapa rindu kau? Aku pun hampir lupa yang dia ni wujud.

"Kenapa kau boleh ada dekat sini, anak penyu?" Mata aku melingas ke arah ruang dapur. Untung tiada manusia lain di sini.

"Pastinya sesuatu yang buat kau terkejut dan gembira." Senyuman dia terukir dengan sesuatu maksud yang aku tak boleh tangkap. Kenapa aku rasa ada benda yang tak kena akan terjadi? Minta dijauhkan!

Akibat terlalu malas untuk aku kisah tentang dia, aku terus mengatur langkah ke arah dapur. Lebih baik aku masakkan bubur untuk anak kuda kesayangan dari melayan si Bella ni.

"Kau tu reti masak ke, Reen? Boleh mati keracunan Dryan tu nanti." Aku tahu lah aku ni suka bakar dapur dan bukannya ayam tapi tak akan lah bubur nasi pun boleh terbakar. Aku ketawa kekok, risau pula kalau betul-betul terbakar. Sudahlah dalam rumah mertua. Jatuh air muka aku!

"Sibuk je lah kau ni. Pergi main jauh-jauh sikit. Aku nak masak pun tak tenang. Sekurangnya aku boleh masakkan juga untuk suami." Mata menjeling dia dengan begitu tajam. Memang tak ada orang lain ke dia nak kacau?

Bella terus menyandar badan ke arah dinding. Tangan terus memeluk tubuh dengan gaya angkuh. Wake up, Reen! Tadi kau cakap nak masak lagi senang dari perhati si dia ni. Masalahnya cukup ada dia pun dah buat mata aku ni semak.

"Kau tak nak layan aku ke?" Astaghfirullah. Dia ni dah kenapa? Sengaja nak bagi aku mengamuk dekat sini ke? Sudahlah aku tahan sabar je dari tadi memandang semua ahli keluarga sedang berkumpul. Kalau ada drama tarik rambut dekat sini, malu pula parents aku nanti.

"Kau kurang kasih sayang sangat ke, setan?"

Dia mencebik. Kerusi bar yang sedikit jauh dari kawasan memasak terus ditarik. Mata aku memerhati dari jauh, dia terus tidak membalas. Skrin telefon menjadi tumpuan. Main Tiktok, mungkin? Entah, malas aku nak layan.

Aku pula terus membelek resepi dalam Google sebelum menyediakan bahan. Setiap kerja yang dilakukan pasti digerak dengan pantas, Mesti Dryan dah tunggu aku dekat atas. Masa berlalu dengan pantas, mata aku memerhati bubur nasi yang hampir masak. Entah lah sedap ke tidak, aku pula yang takut nak merasa. Ini kalau tak sedap memang auto aku culik masuk dalam tong sampah.

"Sini pun kau rupanya." Terjerit kecil aku tatkala tiba-tiba pinggang ditarik rapat dari belakang. Ingatkan nak jatuh tapi berlanggar dengan objek keras yang kukuh. Dryan? Kepala terus menunduk ke bawah saat tangan dia makin erat memeluk seolah tidak mahu lepas.

Manjanya gangster ni bila tengah demam. Jantung aku yang sedang ber-jogging pun tiba-tiba nak buat skipping.

"Tengah masakkan kau bubur. Kau kan tak turun dinner tadi." Dagu dia direhatkan pada bahu aku setelah dikucup lembut. Aku hanya meneka tetapi gayanya seperti betul.

"Aku tak rasa nak makan lah, sayang. Hmm tapi kalau kau buatkan... Okay lah aku makan." Tangan dia makin mengemaskan pelukan. Perut aku dah sebu dengan satu Zoo Negara. Bukan taman rama-rama je ni.

"Mengada kan kau ni kalau tengah demam." Sebenarnya ya ini kali pertama aku melayan anak kuda yang tengah demam. Comel ya, cik, encik, tuan dan puan-puan.

"Dengan kau je, tak kan tak boleh." Ada benda lembut melekat pada pipi aku. Hidung dah kembang kempis, dia punya manja tu macam nak buang terus periuk bubur ni. Bakal ku heret ke bilik terus. Sabar, Reen. Jangan buat hal.

Aku tak rasa nak membalas memandangkan kaki sudah mula menggigil sendiri. Ingatkan skru dalam otak je yang longgar tapi aku rasa sekali dengan lutut ni.

Sudu diambil untuk merasa bubur. Dek kegugupan dalam diri, aku terus tidak meniup saat mencuba. Ouch! Panas! Berkerut terus muka, boleh melecur lidah aku.

"Haish, Reen."

Dryan perasan lah pula. Mana tak perasan kalau aku dah macam nak mengelupur macam hati aku sekarang ni?

"Sakit lagi ke?" Alahai, tak sakit sangat pun kalau dalam rangkulan dia. Aku terus dengan drama yang ada, kepala diangguk perlahan. Terus jari runcing dia menarik dagu aku untuk berpaling ke arah kiri. Mata aku bertembung dengan iris berwarna hijau dia, renungannya cantik.

"I love you." Bibir aku yang cukup inesen tiba-tiba diragut tanpa sebarang amaran. Mata aku terus menutup rapat. Aku syak jantung aku dah naik treadmill.

Saat cuba nak membalas dan menghayati, ada deheman yang terlebih dahulu mengejutkan aku dan Dryan.

"Get a room, please."

Aduh, macam mana aku boleh lupa tentang anak penyu sesat ni? Dryan melepaskan wajah aku tetapi tidak pada pinggang.

"Yeah, sure." Tangan dia terus merangkul badan aku dengan tiba-tiba. Aku memang dah terjerit tanpa niat lagi. Cuak dibuatnya saat kaki dia betul-betul melangkah. Hangus bubur aku nanti, woih!

"Nanti maid selesaikan dan hantar." Mata aku membulat saat keluar dari dapur. Ya, memang ada pekerja yang terus mengganti dan sudah semestinya dia memandang ke arah muka cuak aku. Dryan ni sumpah buat malu.

Wajah aku yang sedang dibakar dengan selamba Dryan terus ditekup pada baju dia. Tak mampu nak berkata-kata. Tidak walaupun dah sampai ke dalam bilik dan aku yang membuka dan menutup pintu. Ya, tubuhku dicampak dan terus peluk macam aku ni patung permainan kesayangan.

"Tak reti malu ke, Dryan?" Dia tak menjawab. Sekitar bilik diperhati sekilas. Suhu di sini sangat sejuk dengan air cond dan kipas atas tu dibuka. Dia ni nak mati kesejukan ke apa?

"Sambung, hm?" Aku memandang ke dengan raut wajah sedang risau. Aku tahu Dryan tak akan melebih tapi kalau ter... Macam mana...

"Kau kena makan, Dryan. Kena sihat," balasku dengan nada rendah. Jari sendiri mengusap pada pipi dia. Tangannya menindih pada tangan aku yang ralit bermain pada wajah dia. Perut aku sebu, ya Allah. Tak kuat.

"Sementara tunggu maid."

Aku... Pasrah.

Ketukan pintu kedengaran, diikuti dengan rengusan Dryan Wyatt. "Seriously? Ugh, kekadang buat kerja cepat ni tak elok juga." Mata hijau itu menjeling ke arah pintu. Ya Allah, Dryan Wyatt... Dah kenapa dengan dia malam ni?

"Kau tunggu sini. Biar aku pergi ambil." Hidung aku dipicit dengan jari dia. Siapa yang sakit ni? Tapi aku tak terkejut pun, dia memang tak akan benarkan aku pergi ambil.

Semangkuk bubur, ubat, segelas air dan buah epal di atas dulang itu diletakkan di birai katil. Tidak banyak bunyi, dia terus duduk di sebelah sebelum tangannya mencapai sudu. Tak membantah? Bagus. Aku baru nak puji tapi kenapa sudu itu dihulurkan ke arah sini?

Kenapa wajah dia melukis reaksi belas kasihan dari aku? Nak minta suapkan? Aku hanya akur dengan kecomelan Dryan Wyatt. Kan bagus kalau perangai macam ni selalu. Senang aku nak buat kerja.

"Agak... Kenapa Bella ada dekat sini sekali?" Aku terus menyoal sambil melayan kerenah Dryan. Reaksi dia seperti tak mahu melayan aku, sibuk dengan makanan. Entah aku nak bersyukur sebab boleh dimakan atau nak bertambah gelisah dengan keadaan?

"Dryan?"

"Benda tak penting dan mengarut." Reaksi Dryan tidak begitu senang. Aku salah soalan ke? Tapi nak tak nak... Memang akan tahu juga kan? Ke dia sengaja nak ikut untuk sertai perjumpaan ni.

"Okay... Makan lah." Aku tak berasa nak menyoal dengan banyak. Risau mood Dryan tiba-tiba berubah jadi tak baik. Akan tetapi semakin lama semakin buat aku sedar sesuatu. Perangai Dryan sejak semua keluarga berkumpul ini memang dah pelik.

Mulanya aku fikir sebab dia sunyi. Ya, memang betul tekaan aku tapi macam ada benda lain lagi. Apa masalah yang dia simpan sebenarnya ni?

"Kau tahu... Reen... Waktu kau diculik tu dan Wyatt memang tak jumpa keberadaan kau. Keluarga Bella yang tolong dan sejak dari tu keluarga aku ada hubungan baik dengan dia. Syarat untuk tolong cari kau terikat dengan satu perjanjian." Nada Dryan seolah tidak selesa. Dia tetap habiskan bubur, mungkin kerana tidak mahu membazir.

"Kenapa ni, Dryan? Syarat apa?" Dia terus menelan ubat yang dihulurkan. Wajah Dryan bertambah pucat. Aku harap sangat aku tak racun dia.

"Jom tidur, Reen?" Aku mengangguk perlahan, memang tak akan paksa dia. Sudahlah demam semakin teruk. Menurut mesej mummy tadi, Dryan kalau jatuh sakit memang teruk sebab jarang sangat nak kena. Sebab main hujan ke? Makin menebal rasa bersalah dalam diri aku.

Badan terus dibangunkan sebelum Dryan. Boleh buat aku berlumba untuk hantarkan dulang ini ke kabinet luar bilik. Sebenarnya aku lagi suka kalau turun untuk bersihkan tapi seorang pembantu rumah sudah pun berdiri di luar bilik untuk mengambil dulang. Reaksi Dryan juga tidak senang melihat aku membuat kerja tapi dia juga kena sedar diri yang dia tu sakit.

Nafas berat dihela tatkala terpandang ke arah dia yang sibuk mengemas katil pula. Anak kuda ni kan.

Lampu malap dipasang selepas lampu bilik dimatikan. Seperti biasa, pinggang aku juga yang dicari dia dan memang peluk dari belakang itu antara kegemaran yang dia buat.

"Aku tak akan duakan kau. Aku tak peduli apa pun nak jadi dengan Wyatt. Tak ada sesiapa boleh sentuh princess aku."

Kenapa... Dengan... Dia?

"Ada kaitan dengan apa yang bakal jadi nanti ke, Dryan?" Soalan apa yang aku tanya pula ni? Benda sudah terang lagi bersuluh.

"Reen, aku tengok dalam TikTok tadi kan... Ada lelaki tu rakam baby bump dia punya wife waktu tidur. Nampak je ada benda gerak-gerak tu. Comel." Okay... Aku faham kalau dia nak bercerita dengan agak tiba-tiba tapi kenapa perut aku yang kena usap sekarang ni?

Perangai Dryan ni memang lagi pelik waktu demam dan aku nak tarik balik yang senang nak buat kerja tu. Nafas aku lagi tak cukup disebabkan dia.

"Okay?" Aku nak balas apa sebenarnya ni? Aku sendiri pun dah keliru.

"Lambat lagi ke yang kita punya?" Hah? Weh, aku dah makin naik seram dengan Tuan Muda Wyatt yang seorang ni. Rasa macam nak tidur luar pun ada. Dryan ni pelik benar.

"Sekurangnya... Lepas degree... Kan..." Nafas aku makin tersekat apabila wajah dia menekup di belakang aku.

"I know." Dia membalas ringkas. Nafas dia yang dapat aku rasa dari belakang buat lutut aku lemah lagi. Untung tak berdiri, kalau tak dah tersungkur ni.

"Tak nak jawab soalan tadi ke?" Rengusan dan keluhan dia memang kedengaran menarik perhatian. Seshiii ya, seshiii. Reen, tolong behave.

"Aku kena kahwin dengan Bella."

Wait... What the ikan?

"Dryan? Kau tak tipu kan?" Apa ke benda ni? Benda ni ke yang buat Dryan asyik tenggelam dalam fikiran dia sejak dua menjak ni? Patut lah Bella nampak bukan main gembira sampai tak kisah nak menganggu aku...

"Nak sangat aku jawab kan? Buat apa aku nak tipu kau, sayang? Benda ni bukan boleh dibawa main." Aku nak... bawa Dryan lari...

"Dryan... Aku tak nak dimadukan... Please..." Tapi tu perjanjian yang keluarga mereka buat dan aku patut bersyukur disebabkan syarat itu yang buat aku hidup dan bertemu dengan Dryan semula.

"Boleh, aku ada idea. Kita kena ada baby." Badan aku terus mengeras, boleh mati kejung kalau macam ni.

"Apa kaitan?"

"Ye lah, kalau kita nampak macam happy family... Tak kan lah keluarga Bella tu nak teruskan lagi. Mesti kesian kan Daisy kita."

Dahi aku semakin lama semakin berkerut.

"Siapa Daisy?"

"Anak kita."

Dia... Dah cari nama? Suasana sengaja aku hanyutkan dalam kebisuan. Aku tunggu dia ketawa dari gurauan sendiri tapi tak ada kesannya.

Dia tak main-main ke? Mata terus ditutup rapat. Aku dah kehilangan kata-kata.

Idea Dryan ni tak masuk akal dan sentiasa merepek kerepek tapi comel juga nama Daisy.

"Reen? Kau tidur ke? Reen, aku bergurau je." Aku berusaha untuk mengalihkan badan ke arah dia. Berjaya apabila Dryan melonggarkan pelukan dia. Dia bergurau tapi aku dah tak ada masa nak ketawa.

Kalau betul tentang Bella tu... Hati aku rasa tak tenang. Mereka semua sudah berkumpul seperti ini, tak mungkin tak jadi pula. Apa aku nak buat ni? Aku tak nak bermadu!

"Memang tak ada cara lain? Memang tak boleh tolak ke?"
"Tak."

Hmm...

"Dryan." Aku memanggil dia dengan nada serius. Aku sanggup buat apa pun.

-TO BE CONTINUED -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro