BAB 12: PROJEK KESELAMATAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

*AMARAN: Bab ini sangat teknikal. Ia menjelaskan aksi dalam bab seterusnya nanti. Tak minat sains boleh skip saja. Tapi inilah yang menjadikan dunia kita semakin kecil.*

DAVID A.K.A. DOMINIC

Esok paginya Suhail, Amirah dan anaknya tiba di rumah Datuk Haidar. Suhail datang untuk turut serta dalam mesyuarat membincangkan projek keselamatan syarikat Datuk Haidar yang terletak di Putrajaya.

Datuk Haidar memandang kedua orang yang di hadapannya itu dengan rasa bangga bercampur kekhuatiran. Mereka masih muda dan sedang membina keluarga. Maklumat Dominic memiliki pasport Malaysia membuatnya terfikir kes Dominic ini tidak boleh diambil ringan.

"Mula-mula kita kena ubah alamat tempat tinggal kamu berdua," kata Datuk Haidar.

"Kenapa atok?" Arman fikir ia akan menyukarkan perniagaan cili yang baru dimulainya.

"Kita tak tahu siapa lagi yang sudah 'dibeli' oleh Dominic," jawab Datuk Haidar.

Arman pandang wajah sepupunya. Dia tak mahu menukar alamatnya.

"Atok ada tanah pusaka, kebun kelapa di Hilir Perak. Kita guna alamat itu. Tengok dia berani kacau ke tidak." Datuk Haidar masih tegas dengan keputusannya.

"Tapi kesian pula orang yang jaga kebun atok tu." kata Arman.

"Adik atok tidak tinggal di situ. Mereka hanya datang musim mengait kelapa saja."

"Tempat itu tepi Sungai Perak. Nanti kita bina tempat itu macam resort untuk keluarga. Pegawai kita jaga tempat itu."

"Mesti atok nak jadikan tempat itu macam apartment di Ipoh tu." kata Arman.

Datuk Haidar senyum. Laju betul cucu menantu ini berfikir.

"Jadi Dominic tu bukan peniaga nadir bumi?" soal Suhail.

"Dia niaga nadir bumi sebagai 'cover' perniagaan terbesarnya. Sama macam dia kononnya memiliki syarikat pengangkutan dan penghantaran barang," jelas Datuk Haidar.

Wajah Arman berubah kerana teringat kekhilafan dahulu. Datuk Haidar tepuk bahu Arman.

"Jangankan kamu. Pihak penguatkuasa pun terpedaya."

"Arman menyusahkan atok saja."

"Arman. Kamu cucu atok juga."

Datuk Haidar tidak banyak masa. Sekarang pun dia sudah guna masa tambahan yang Allah beri kepadanya. Rupanya Allah mahu dia tolong Arman. Manusia merancang. Allah sebaik-baik perancang.

"Harap kamu faham Arman. David atau Dominic mesti ditangkap hidup-hidup, supaya semua sarangnya dapat kita cari dan hapuskan."

"Diorang ni bukan ke 'biar pecah di perut, jangan pecah di mulut?' Lagipun kalau kena tangkap, David tahu dia akan dihukum mati."

Arman senyum senget sebelah. Sekilas. Kalau tidak perhati wajah dia memang tidak perasan. Itu senyum sinis dia. Tapi Datuk Haidar sedar tentang erti senyuman itu. Dia tahu apa yang tersembunyi di sebalik bibir yang seulas itu.

Datuk Haidar teringat Arman yang tergesa-gesa ke Ipoh waktu petang semata-mata kerana ingin bertemu Puspa. Rupanya Puspa ditimpa musibah. Diserang penjahat. Mujur Arman dan Malik, sahabat karibnya sempat menyelamatkan Puspa. Kini Arman mendapat mimpi yang berulang-ulang. Dan ternyata mimpi itu bukan mengulit tidurnya tetapi memberi amaran. 

Adakah itu psychic?

Dia akan beritahu Arman nanti tentang kelebihan kurniaan Allah S.W.T. itu bila tiba masanya. Datuk Haidar percaya dia tidak silap menilai Arman. Sebab itu dia sanggup bersengkang mata tuanya untuk membantu Arman melepaskan diri daripada tali gantung.

Datuk Haidar tidak dapat melupakan punca sebenar dia mengambil tindakan menubuhkan syarikat sekuriti dan surveilans. Kematian anak dan menantunya, ibu bapa Erina Balqis, ketika mereka keluar memancing di Selat Melaka masih menghantuinya. Datuk Haidar tidak pernah percaya dapatan polis mereka dibunuh lanun. Kini syarikat yang mulanya hanya terlibat dalam import, penjualan dan pemasangan alat-alat surveilans dan latihan untuk pengawal keselamatan dan pengawal peribadi telah melangkah lebih jauh ke dalam hal-hal keselamatan negara.

Dia akan cari dalang pembunuh anak dan menantunya sehingga ke hujung hayatnya.

Mana Erina Balqis ni? Lepas balik sekejap, dia kembali menghilang ke Ireland semula. Sampai bila mahu bersedih dan menyesali kehidupan?

Datuk Haidar bangun dari tempat duduknya.

"Jom kita balik. Opah khabarnya nak masak 'Irish Spaghetti'. Kamu tentu belum pernah rasa," katanya.

*****

PROJEK PANTAU SEMPADAN

Selain memiliki ijazah undang-undang, Zarif juga ada sarjana dalam teknologi maklumat. Dia memang minat dalam bidang itu, tetapi ayahnya hantar dia ke London untuk mengambil jurusan undang-undang. Kata ayahnya dia diperlukan untuk menjadi Ketua Jabatan undang-undang syarikat milik keluarga itu. Kini semuanya sudah jadi sejarah. Kalau boleh dipadam, dia nak padam.

"Kerajaan sedang dalam usaha memantapkan lagi usaha untuk mengawasi kerja-kerja pembalakan haram, penerokaan hutan secara haram serta penyeludupan darat dan laut," jelas Datuk Haidar, setelah selesai membuat pembentangan tujuan mesyuarat itu.

Kertas yang dibentangkan oleh Datuk Haidar itu disiapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Dalam Negeri. Ia mengandungi data-data masalah pembalakan haram, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan penerokaan haram hutan yang kian berleluasa. 

"Kerajaan juga sedang berusaha untuk mengembangkan teknologi seperti IoT tempatan," kata Datuk Haidar.

"Drone boleh bantu buat kerja itu," kata Arman. Dia sendiri menggunakan CCTV, timer, fertiliser mixer dan rain harvester yang disambungkan melalui jaringan internet untuk menyelenggara kebunnya. Semuanya dengan kuasa solar. Kalau tiada bantuan teknologi, dia tidak boleh ke mana-mana.

"Ya. Sebab itu atok panggil kamu semua. Kita akan cuba dapatkan tender untuk tujuan ini."

Suhail sudah tersenyum. Dia sudah dapat bayangkan software yang harus dicipta untuk menyempurnakan kerja-kerja surveilans itu.

"Atok nak kamu Suhail kerjasama dengan Arman. Atok tahu Arman ada belajar robotik dalam kejuruteraan automotif."

Dia pandang wajah mereka satu persatu. "Untuk tujuan specific ini kita perlu cipta satu alat yang boleh mengenalpasti lokasi, kordinat GPS (Global Positioning System), membuat anggaran kerosakan dan undang-undang yang dilanggar," kata Datuk Haidar. "Kalau kita buat drone, ia mesti lebih canggih daripada yang dimiliki SIU. Jika tidak, proposal kita akan ditolak."

"Bagaimana kalau kita cipta sistem yang menggunakan teknologi 'deep sonar dan 'long range sonar signature' yang dipasang kepada 'boya keselamatan' berkuasa bateri, solar, angin dan arus air?" Arman memberi cadangan yang agak terkeluar dari pemikiran yang hadir ketika itu.

Semua mata memandang ke arahnya. Penuh dengan tanda soal.

"Cuba kamu terangkan secara ringkas," kata Datuk Haidar.

"Semua 'boya keselamatan' ini dilengkapi dengan sistem rangkaian wireless 'mesh' berkelajuan tinggi dan kemudahan satelit 'Inmarsat' kepada beberapa pusat kawalan yang kita tempatkan di beberapa lokasi terpilih."

Datuk Haidar mengangguk-ngangguk. Apa yang disebut Arman itu 'biasa' bagi telinganya yang terlibat dalam dunia surveilans.

Arman menyambung penjelasannya. "Sistem ini kita rekabentuk untuk menjadi seperti 'virtual security curtain' bagi perairan Malaysia dari kedalaman air sehingga 300 meter dan setinggi 5 kilometer di atas udara. Ianya boleh mengesan apa-apa objek yang melintas pada 'virtual security curtain' tersebut pada bila-bila masa. Sistem ini amat sesuai jika disekalikan dengan sistem pemantauan secara 'drone' untuk tujuan keselamatan." 

"Saya pernah baca yang lebih kurang macam itu," kata Suhail.

"Sounds all Greek to me." Ezhar mencelah.

Tapi Datuk Haidar menyokong idea itu. "Bagus tu. Sekaligus kita dapat mengesan pencerobohan perairan dan ruang udara kita." 

"Kita pun boleh cipta drone yang ada teknologi halimunan," kata Suhail.

"Kamu Zarif dan Ezhar boleh beri input tentang bahagian undang-undang untuk dimasukkan dalam sistem yang kita desain," kata Datuk Haidar ketika melihat wajah Ezhar yang 'blur'.

Zarif dan Ezhar mengangguk.

"Kalau alat yang kita nak cipta dan drone itu nampak penyeludupan dadah, sistem akan sambung ke dalam bahagian Akta Dadah, kalau yang diseludup manusia, sistem pergi ke bahagian pemerdagangan manusia. Senang untuk kenal pasti dan hantar isyarat kepada penguatkuasa yang akan ambil tindakan. I got it. Brilliant!" Kata Ezhar.

"Incorporate dengan radio signals untuk melihat menerusi dinding," ujar Datuk Haidar. "SIU sudah ada teknologi itu. Kita upgrade."

"Yup kita upgrade juga kebolehan untuk mengesan haba dan bahan organik yang membezakan manusia dengan objek bukan organik, seperti alat senjata," sambung Suhail.

"Wow! Kerajaan ada ke resource atok?" soal Zarif yang dari tadi berdiam diri.

"Ada," jawab Datuk Haidar, "jangan bimbang. Sebut saja untuk apa dan berapa."

"Tak nak cipta drone yang bawa senjata ke, untuk backup yang kerja surveilans ni?" tanya Zarif. Masing-masing berpaling memandang ke arahnya.

Dalam fikiran mereka, Bukan nak berperang!

Datuk Haidar termenung sebentar. "Menarik tu. Kita incorporate dalam proposal. Biar Kementerian Dalam Negeri dan Pertahanan buat pertimbangan."

"Saya dan Zarif boleh bantu untuk buat kertas proposal atok." Ezhar menawarkan diri. 

Dia tahu beratus-ratus pejuang alam sekitar mati dibunuh oleh ahli korporat keparat. Kematian yang tiada pembalasan. Dia amat terkesan dengan kes pembunuhan pejuang alam sekitar di seluruh dunia. Kebanyakannya berlaku di Amerika Selatan. Ezhar memandang Zarif yang turut mengangguk.

"Good. I appreciate that," jawab Datuk Haidar.

"Kita buat sistem yang mengambil data yang dihantar terus ke rangkaian di bawah. Untuk kerahsiaan, tiada maklumat disimpan dalam badan boya keselamatan dan drone. Jadi, kalau alat-alat itu jatuh ke tangan musuh mereka hanya dapat scrap metal. Kita kena ada kaedah simpanan data yang telah dicuci," kata Suhail pula.

"Maknanya kena bina strong room juga, Takkan nak simpan di luar negara?" Datuk Haidar menimbulkan persoalan baharu.

"Risiko jika swasta menyimpan rahsia Kerajaan," kata Zarif.

"Sama sahaja kalau manusia tiada integriti," balas Arman. 

Dia terfikir, disimpan oleh Kerajaan pun tak semestinya selamat. Pengalamannya didakwa mengedar dadah, walaupun butiran siasatan penuh dengan lubang, membuatnya sedikit sinis kepada integriti penguatkuasa.

"Maybe we should incorporate that into our proposal, as well," kata Datuk Haidar sambil tersenyum. "Jadi apa pendapat kamu Suhail?"

"InsyaAllah kalau kita yang dapat kontrak ini, kita takkan boleh disogok. Apa pun saya akan buat boya keselamatan dan drone itu harakiri kalau kena tangkap atau jika ada percubaan untuk mensabotaj atau mengakses data mentahnya."

"Kamu boleh buat ia harakiri?" Datuk Haidar teruja dengan idea 'harakiri' Suhail. Semakin terasa pasukan teknokrat dia yang kecil ini amat berbakat.

"Boleh atok. Sama macam saya buat pada telefon bimbit kalau ia jatuh ke tangan musuh," jelas Suhail, "letak virus yang self-activated bila ada cubaan menceroboh."

Suhail bercakap macam semuanya senang baginya.

"Bagus tu Suhail. Atok tahu kamu sudah ada team kamu ... Arman, kamu perlu pembantu?"

"Bila dah nak bentuk dan assemble prototaip boya keselamatan dengan drone itu nanti," jawab Arman.

Semua sudah tahu tugas masing-masing. Datuk Haidar sangat puas hati.

"Ingat ya. Wajib simpan rahsia ini. Jangan sampai diketahui pesaing kita."

Perbincangan terus berlarutan mengenai aspek sekuriti yang harus diutamakan dalam R&D itu, yang melibatkan juga pencarian modal insan yang amanah dan istiqamah untuk berbakti kepada negara.

Mereka makan malam di pejabat sahaja. Lepas solat maghrib, mereka sambung membantu Ezhar dan Zarif dalam penulisan kertas kerja yang akan dihantar kepada Menteri. Datuk Haidar tidak benarkan kerja dibawa pulang atau dibawa ke pejabat masing-masing.

Datuk Haidar yang tua itu banyak maklumat dicelah jari-jarinya. Staff SSH sepenuh masa pun turut dikerah untuk menggali maklumat tambahan sebagai lampiran. Hampir jam 1.00 pagi, baru kerja draf mereka siap. Kertas draf proposal itu turut mengandungi lakaran awal drone dan mesh yang akan digunakan dan konsepnya termasuk backup drone yang membawa senjata.

Zarif dan Ezhar dihantar balik ke hotel dengan pemandu syarikat.

Suhail dan Arman pula dibawa pulang ke rumahnya.

Rumah banglo tiga tingkat Datuk Haidar ibarat sebuah kubu.

*****

NOTA:

MESH juga disebut topologi mesh atau jaringan mesh, adalah topologi rangkaian di mana peranti dihubungkan menerusi banyak hubungkait antara nod rangkaian. Dalam topologi jaringan yang betul, setiap nod mempunyai kaitan dengan setiap nod lain di dalam rangkaian.

Rangkaian mesh boleh dibaiki sendiri (self-healing), iaitu rangkaian masih boleh beroperasi bila satu nod tidak dapat berfungsi atau terdapat kerosakan pada sambungan.

Inmarsat plc (LSE: ISAT) adalah operator telefon satelit tertua berasal dari Britain dibina pada tahun 1979. Operator ini menggunakan satelit. Pertama kali ditujukan untuk digunakan dalam kapal. Cakupan tersedia di seluruh dunia kecuali daerah kutub.

*****

*Penerangan ringkas tentang INMARSAT (Dalam Bahasa Inggeris)*

https://youtu.be/WvAVI69GJf4

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro