BAB 13: BOM

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KUBU DISERANG

Apabila disebut rumah Datuk Haidar seperti kubu, bukan bermakna bentuknya sedemikian. Rumah Datuk Haidar seperti banglo lain yang dibina di kawasan perumahan elit itu. Tetapi bezanya, rumah itu dikawal oleh seorang pengawal keselamatan dan dilengkapi dengan CCTV yang tersembunyi. Di antara CCTV itu ada yang baru dibeli. Datuk Haidar menggunakan rumahnya sendiri untuk menguji keberkesanan CCTV sebelum diedar untuk jualan. Malah ada pengeluar yang memberinya model terbaharu untuk diuji.

Sebagai bekas Ketua Polis, Datuk Haidar sangat disegani di kalangan pengeluar peralatan pemantauan sekuriti dan surveilans. 

Bukan itu sahaja, pengawasan dan pemantauan keselamatan di seluruh kawasan perumahan elit tersebut dipegang oleh syarikat Datuk Haidar, atas kehendak Jawatankuasa penduduk di situ. Selain di rumahnya, dua orang pengawal ditempatkan juga di laluan masuk ke kawasan perumahan itu. Sumber gaji mereka datang daripada penduduk kawasan itu.

Datin Kalsum amat gembira kerana rumahnya kini riuh dengan suara dan karenah Abbas. Selalunya, dia hanya seorang diri berteman pembantu rumah, tukang masak, pengawal keselamatan, tukang kebun dan dua ekor kucing. Datuk Haidar akan ke pejabat setiap hari. Datuk Haidar itu workaholic

Setelah Arman, Suhail dan Datuk Haidar memasuki rumah, Datin Kalsum ajak semua memanaskan badan dengan sup labunya, sebelum tidur. Tetapi baru saja isi rumah agam itu mahu duduk di ruang makan, tiba-tiba kedengaran bunyi letupan dan jeritan pengawal keselamatan. Secara sepontan mereka bergegas ke ruang tamu. Datuk Haidar menuju ke skrin yang ada CCTV di ruang tamu itu untuk melihat apa yang berlaku.

Beberapa benda kecil berasap dilihat tergolek di lorong masuk ke banglo Datuk Haidar. Kedengaran intercom daripada pengawal keselamatan menyatakan semua laluan keluar di kawasan perumahan elit itu sudah dikawal. Orang yang membuang molotov cocktail itu takkan terlepas.

Sebentar sahaja dua orang lelaki telah ditangkap.

Opah Kalsum mengurut dadanya sendiri. Inilah yang membuat dia mahu melepaskan pegangannya di syarikat SSH. Cabaran kerja sekarang terlalu menekan bagi hati tuanya. Dia hanya boleh berharap kepada Puspa dan Erina sahaja untuk meneruskan legasi yang dibina suaminya.

Puspa terus menghampiri Datin Kalsum dan memeluknya.

"I'm alright love," katanya. Let's have our hot soup.

Datuk Haidar suruh mereka makan dahulu. Dia masih memberi arahan kepada pegawainya. Dia nak jumpa penyerang itu dahulu sebelum diserahkan kepada polis. Datuk Haidar ada cara sendiri untuk mandapatkan maklumat. Dia boleh jadi sangat kejam, tanpa belas kasihan kalau dia mahu. Arman dibawanya bersama.

Amirah keluar dari bilik tetamu dengan wajah keruh. Tadi dia memujuk Abbas supaya tidur setelah terkejut dengan bunyi letupan dan kebisingan. Dia berjalan ke arah Suhail yang. menarik tubuh kecil molek Amirah rapat ke dadanya dan terus mendakapnya dengan erat.

"Abbas okey?" soal Datin Kalsum.

"Okey opah. Tadi dia menangis sebab terkejut sahaja," jawab Amirah.

"Tak pernah lagi jadi macam ini." kata Datin Kalsum. "Belum pernah rumah kami diserang."

Masing-masing diam. Dalam hati tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku.

"Sudah ... Biarkan mereka selesaikan hal itu. Kita hadap sup dahulu," kata Datin Kalsum yang tidak mahu kejadian itu membimbangkan tetamunya.

Mereka duduk di meja menghadap sup labu Datin Kalsum.

"Sup labu baik untuk penghadaman," kata Datin Kalsum. Boleh kawal berat badan jangan jadi gemuk gedempol."

"Patutlah badan opah comel saja." puji Amirah, polos.

Datin Kalsum ketawa riang.

Setengah jam kemudian Datuk Haidar dan Arman pulang, diikuti seorang pegawal bertubuh sasa. Arman cepat-cepat sediakan dua kerusi. Datuk Haidar duduk dan menyuruh pengawalnya duduk di sebelahnya. Datin Kalsum hulur semangkuk sup kepada Datuk Haidar. Si Pengawal kata dia nak minum kopi pekat sahaja. Dia perlu berjaga sepanjang malam.

Wajah Datuk Haidar nampak tegang. Datin Kalsum urut-urut belakangnya dengan lembut.

"I am alright," kata Datuk Haidar.

"Cepat abang balik. Sudah selesai?" soal Datin Kalsum.

"Seorang telah membunuh dirinya dengan memakan pil," kata Datuk Haidar. "Mereka rela mati daripada membocorkan rahsia. Maknanya, dalam penjara ada banduan yang berkiblat kepada kumpulan ini."

"Pengganas atau kartel?" soal Suhail

"Kedua-duanya," jawab Datuk Haidar.

"Seorang lagi masih hidup?" soal Suhail lagi.

Datuk Haidar mengangguk.

"Orang atok sempat merampas pil racun itu sebelum sempat dia telan," jelas Arman. "Mereka rela mati. Maknanya, kumpulan ini sengaja planted pengikutnya di dalam penjara."

"Betul. Mereka membuat kesalahan kecil dan membiarkan diri ditangkap," sambung Datuk Haidar. "Mati di penjara lagi tersiksa."

Arman teringat dirinya sendiri yang beberapa kali diserang ketika dalam penjara, sehingga dia dimasukkan ke dalam bilik untuk banduan akhir sejak masih di dalam tahanan reman, tanpa jaminannya. Mereka mahu membunuhnya.

"Mungkin mereka mahu memberi amaran sebab saya ada di sini." kata Arman.

"Silap oranglah kalau nak main kasar dengan atok," balas Datuk Haidar. Tetapi dia tidak pula mengesahkan sama ada sasaran penyerang itu Arman atau dirinya.

Puspa genggam tangan Arman.

"Kerja Suhail di sini dah habis. Kena sambung di markasnya. Arman ada kerja lagi dengan atok. Arman kena ikut atok pergi pejabat. Esok," ujar Datuk Haidar sambil melihat jam tangannya, "Err ... Hari ini ... Setiausaha dan peguam syarikat nak teliti kertas proposal yang kita buat tadi. Ezhar dengan Zarif pun akan datang."

Habislah peluang nak rehat sambil peluk isteri.

Datuk Haidar tersenyum seolah-olah dapat membaca fikiran nakal Arman.

"Kamu pertahan jawatan Suhail?" soal Datuk Haidar, mengalih tajuk bicara.

"Saya cabar untuk jadi Ahli Jawatankuasa Nasional."

"Atok sokong. Bila lagi, kan? Our country needs talented young men like you," puji Datuk Haidar.

"Saya budak baru belajar atok."

"Tak tahu macam mana Kak Mira tahan asyik kena tinggal saja." Puspa mencelah.

"Kena terima kerjaya suami seadanya, asalkan tidak buat kerja tak bermoral dan jenayah," balas Datuk Haidar sambil mengenyit mata ke arah Arman.

"Ya ... Like thinking about some other woman," gumam Puspa, seperti sedikit mengeluh.

"I am thinking only about one woman," balas Arman, "all the time."

Eleh! Terasa pula dia.

Puspa senggol Arman dengan kakinya di bawah meja. Arman senyum.

*****

SEMBANG SEBELUM TIDUR

Lepas minum sup labu, Puspa dan Arman masuk ke bilik yang memang dikhaskan untuk mereka oleh Datuk Haidar. Arman buka baju dan campak dirinya ke atas katil. Dia tidur pakai baju sehingga masuk tahun enam sekolah rendah sahaja. Itu pun baju tidur yang uminya belikan. Tidak pernah dia membeli baju tidur sendiri. Malam itu (lebih sesuai disebut pagi) dia mahu tidur dan peluk isteri sampai subuh. Sekurang-kurangnya dapat rehat beberapa jam sebelum ke pejabat lagi. Tetapi Puspa ajak bersembang pula.

"Abang, tak apa kan?" soal Puspa, sambil buat muka manja.

"Apa yang tak apa?" soal Arman.

Jangan salahkan Puspa. Seharian dia tidak bersembang dengan Arman.

"Nanti Puspa gemuk."

"Pasal apa jadi gemuk?"

"Sebab ada baby."

Arman sudah nampak perbezaan pada wajah Puspa. "Lagi sedap peluk kot, kalau gemuk. Macam bantal guling."

Puspa abaikan usikan Arman. "Tak sangka kan?"

"Apa yang tak sangka? Puspa perempuan mesti boleh mengandung. Takkan abang yang mengandung, kot?"

Terus perutnya kena cubit.

"Sayang belajar di mana cubit-cubit orang ni?"

Puspa cium bahagian yang dia cubit.

"Maksud Puspa, tak sangka kita akhirnya kahwin dan akan dapat anak," jelas Puspa.

"Mari sini," kata Arman, menepuk-nepuk bahagian atas dadanya

Puspa yang tadi masih duduk di atas katil terus berbaring dan meletakkan kepalanya di situ. Dia pejamkan mata.

"Emm ... Bau bunga tanjung," kata Arman, mencium rambut Puspa."Apa jadi dengan bunga lavender?"

"Busuk," jawab Puspa. Mata masih dipejamkan.

"Macam-macam perangai orang mengandung," kata Arman.

Puspa peluk tubuh Arman. "Kalau tak kahwin dengan abang, Puspa tak akan kahwin sampai bila-bila."

"Eh? Kenapa sampai macam tu? Kasihan Zarif."

"Apa kena mengena dengan Abang Zarif. Puspa anggap dia macam big brother sahaja. Tak lebih daripada itu. Puspa cintakan abang seorang sahaja."

"Terima kasih sayang, kerana cintakan abang yang tak sempurna ini." Arman kucup ubun-ubun Puspa.

"Emm ... Abang ceritalah apa yang abang sibukkan sangat sepanjang hari ini?" Puspa membebel, acah-acah merajuk, "sampai hal baby pun tak tanya khabar."

Rupanya itu yang menjadi isu. Arman sejak balik dari pejabat tidak bertanya tentang baby, walaupun sudah beberapa kali diberi 'hints' oleh isteri tersayang. Arman tepuk perut Puspa perlahan-lahan.

"Assalamualaikum. Baby tidur ke? Atau tengah kacau umi? Apa? Tengah baca buku 'Undang-Undang Nikah Kahwin?' Eh ... Baby lahir pun belum ... Takkan dah baca buku bab nikah kahwin? Ouch!"

Sekali lagi perut Arman kena cubit.

"Ini pembawaan bayi ke apa? Asyik cubit-cubit."

Puspa elus tempat yang dicubitnya dan ditiupnya.

"Nak lagi," kata Arman.

"Mengada-ngada." Puspa berhenti meniup. Pipi Arman diciumnya. "Abang nak cerita ke tidak?"

"Abang memang nak cerita. Tapi tak tahu nak mula di mana."

"Mana-mana pun boleh."

"Okey. Hari tu atok kenalkan abang pada seorang bernama Komander Imran."

"Bunyi macam watak dalam drama TV saja."

"Ini orang sebenar yang mukanya kelat sepanjang masa," jelas Arman.

"Hmm ... Ada orang macam tu?"

"Ada ... Dialah."

"Jadi ... Apa tujuan jumpa orang ini?" 

Puspa takut Arman dilibatkan dengan kerja-kerja intipan yang Datuk Haidar dan orang-orangnya lakukan. Kerja berbahaya itu telah membawa tragedi kepada keluarganya. Puspa harap ia tidak akan berlaku lagi.

"Dia tawarkan kerja dengan abang. Katanya kalau abang terima tawarannya, kes tuntutan saman gantirugi abang kepada PADAN sebab ditahan secara salah, selesai. Abang nak bincang dengan Ezhar, yang ganti tempat ayah jadi peguam abang. Ayah dah setuju bincang di luar mahkamah. Jimat belanja, katanya. Tak pening nak sediakan semua dokumen dan hujah. Kalau dapat duit itu cepat, bolehlah kita kembangkan perusahaan pertanian kita tu. Sayang macam mana? Setuju tak?"

Tidak ada jawapan. Kedengaran hanya bunyi nafas yang keluar masuk.

"Laa ... Dah tidur ke? Patut diam saja. Tadi kata nak sembang."

*****

PAGI

Datuk Haidar melihat Puspa keluar sendirian dan terus menuju ke dapur untuk membantu tukang masak menyiapkan sarapan.

Biasanya tukang masak akan memberi sarapan kepada pengawal keselamatan yang kerja sif malam, sebelum mereka pulang ke rumah. Oleh kerana bilangan penghuni rumah itu lebih ramai daripada biasa, tukang masak menjadi lebih sibuk.

Puspa yang sudah tahu rutin tukang masak itu mahu pergi membantu. Langkahnya terhenti apabila dipanggil oleh Datuk Haidar.

"Mana Arman?"

"Dia sambung tidur, atok."

"Tidur pagi, tersekat rezeki," kata Datuk Haidar.

"Entahlah. Tak pernah pula dia buat perangai macam ini." Puspa berpaling untuk kembali masuk ke bilik "Puspa bangunkan dia."

"Tak payah. Biarlah dia rehat dulu," kata Datuk Haidar.

Sebenarnya Datuk Haidar amat bimbang tentang keselamatan cucu dan cucu menantunya. Maklumat baharu tentang ibu bapa Malik buat hati tuanya berdenyut dengan lebih pantas. Kedua orang tua Malik meninggal dunia apabila kereta yang dipandu bapanya meletup dan terbakar dalam satu kemalangan.

Pihak forensik berkata, tiada tanda kereta itu disabotaj. Tetapi dapatan terbaharu berbeza. Ada yang menyembunyikan fakta sebenar kejadian yang menjadikan Malik yatim piatu ketika masih tadika.

Setakat ini hanya dia dan Unit SIU yang tahu.

Datuk Haidar akan siasat lagi. Apa kaitan kemalangan kereta ibu bapa Malik dengan anak-menantunya di Selat Melaka. Mungkin misteri pembunuhan mereka akan terungkai dengan bukti baharu ini.

*****

*Yang pening dinasihatkan baca 'RINDU KAMILAH' untuk mengenali Malik*

*Ini bukan kejadian itu. Ia berlaku di Amerika Syarikat. Beginilah ngerinya ketika sebuah kereta meletup.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro