BAB 14: LAMARAN TERHEBAT

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

RANCANGAN ZARIF

Zarif tidak mempunyai basikal. Terpaksalah dia membeli sebuah, brand mengikut nasihat penjual, siap dengan carrier untuk disangkut dibelakang 4WDnya. Pengorbanan kecil sahaja. Dia berlatih menaiki basikal beberapa kali supaya tidak nampak kekok. Bukan dia tidak tahu menaiki basikal. Tetapi semasa sekolah, Mama dan Papa tidak membenarkannya. Takut kena culik. Kata mereka dia anak jutawan.

"Eh? Ada engkau?" Tiba-tiba kedengaran suara Ezhar menyergahnya. Dia bersandar dengan gaya santai di pintu.

Zarif mengangkat muka dari komputernya. "Haah. Ini kan Khamis. Kenapa?"

"Kereta kau masuk bengkel ke?" soal Ezhar.

"Tak. Ada di rumah."

"Habis? Kau datang dengan apa?"

Ezhar memang kepoh, kalau tentang Zarif. Lebih-lebih lagi sejak Zarif putus cinta.

"Aku naik basikal," jawab Zarif selamba.

Ezhar ketawa terkekeh-kekeh. "Kau iapun environmentalist, takkan sampai pergi kerja naik basikal? Bukannya dekat."

"Saja aku nak bina stamina," Jawab Zarif, masih acuh tak acuh.

Pada pandangan Ezhar, sahabatnya semakin hari semakin pelik.

"Baik kau cakap terus terang dengan aku. Ini mesti ada kaitan dengan budak kecik tu, betul tak?"

Ezhar gelar Adila budak kecik.

"Nama dia Adila," kata Zarif.

"Yelah! Yelah. Apa tujuan kau naik basikal? Tak cukup ke buat workout dekat JACK & JILL tu?"

"Aku nak dating dengan dia Sabtu ini."

Ezhar semakin kehairanan. "Naik basikal? Tak romantik langsung."

"Ikut suka kau lah nak kata apa. Yang penting Adila happy."

Ezhar melabohkan punggngnya di bucu meja Zarif. Wajah sahabat direnungnya. "Kau memang betul-betul crazy dengan budak kecik tu ye ... Dah habis fikir?"

"Kenapa? Aku tak boleh bercinta dengan dia ke? Salah ke?"

Ezhar tidak menjawab soalan Zarif. Dia tahu bagaimana sikap keluarga Zarif. "Mama kau tahu?"

"Tak tahu lagi."

"Tak salah aku Adila 50% anak Orang Bukit."

"Kenapa? Aku tak boleh bercinta dengan anak Orang Bukit?" Zarif tersinggung dengan isu kaum yang dibangkitkan sahabatnya. Sejak bila Ezhar jadi bigot?

"Tak ada lah ... Aku tengah fikir, Mama kau ... Kan beliau tu ... Er ... Kau tahu sendirilah"

"Mama aku no choice."

"Kalau Mama kau tak setuju, kau nak derhaka?"

"Mana ada derhaka soal pilihan hati anak? Ibu bapa kena terima kalau anak dah suka. Bukan boleh paksa-paksa. Tak ada dalam agama. Tak ada dalam mana-mana undang-undang di negara ini ibu-bapa berhak paksa anak kahwin. " Panjang bebelnya.

"Aku cuma nak kau bersedia dengan tentangan dari Mama kau. Itu saja."

Zarif senyum. Dia tahu Ezhar mementingkan persahabatan. Dia tentu tidak mahu hati Zarif dilukai lagi. 

"Ezhar. Aku tahu kau bimbangkan aku. Jangan risau. Aku boleh handle Mama. Ini zaman milenium. Jangan hidup dalam delusional. Mana ada lagi kahwin paksa?"

Ezhar senyum senget. "Kau cakap pandai. Apa jadi dengan Izzat?"

"Kerana aku tak mahu jadi macam Along, itulah aku tak akan terima benda-benda mengarut macam kahwin paksa ini."

Ezhar mengeluh. Izzat sahabatnya masa sekolah menengah. Tetapi mereka berbeza minat. Izzat melanjutkan pelajaran di luar negara dan pulang sebagai arkitek. Ezhar belajar di universiti tempatan.

"Lama aku tak jumpa Izzat."

"Elok kau cari dia. Aku kasihan tengok Along. Tapi aku tak boleh buat apa-apa. Dia yang pilih kehidupannya begitu."

"Bagaimana dengan Wan Amelia?" soal Ezhar.

Zarif mencemik. "Kenapa dengan Wan Amelia?"

"Dua hari sudah dia datang sini. Masa tu kau di pejabat exco."

"Malas aku nak layan Minah tu. Tak faham bahasa."

"She's your Mama's choice, obviously."

'Sudahlah. Aku ada banyak kerja. Apa kau tak ada kerja ke, sampai nak membawang di sini?"

Ezhar bangun. Sikap Zarif nampaknya benar-benar sudah berubah. Dia nampak sangat keras hati. Adakah dia benar-benar sudah melupakan Puspa? Persoalan itu bermain-main di dalam minda Ezhar ketika keluar dari bilik pejabat Zarif. Kalau benar, syukur.

Bagaimana kalau hanya mainan perasaan?

*****

LAMARAN

Hari naik basikal tiba. Dia datang tepat jam 7.00 pagi. Pakaiannya seperti biasa. Adila datang siap dengan pakaian sukan berbasikal seperti profesional.

"Eh, kita nak exercise atau nak racing?" Dia soal Adila. Keadaanya yang hanya memakai topi baseball, baju-T dan seluar jogging itu membuat dirinya terasa tidak sempurna.

"Di universiti, kita tak dibenarkan naik secara kasual. Mesti lengkap," jelas Adila

"Oh ... Abang tak lengkap erk?" Zarif serta merta buat muka kecewa demi menagih simpati.

"Takpe lah. Rasanya abang okey," kata Adila dengan suara memujuk.

Lega.

Ramai juga yang menaiki basikal. Ada yang satu keluarga. Adila dan Zarif berpusing-pusing di sekitar taman. Walaupun dia sudah membuat latihan, dia tetap letih. Adila pula masih cergas.

"Abang ni macam orang tua."

"Memang abang dah tua."

Adila teliti wajah Zarif.

"Tengok apa?"

"Tengok kedut-kedut."

Zarif melihat sikap Adila kelakar, walaupun serius dalam kerjanya. Tidak pernah dia jumpa perempuan seperti ini. Semakin sayang dia. Sayang untuk lepaskan.

"Tapi abang nampak handsome pula, bila dah trim rambut."

"Abang kerja jumpa orang awam. Kena presentable lah." Tetapi hatinya kembang apabila dipuji.

Selepas berbasikal, mereka singgah di sebuah gerai berdekatan dan bersarapan. Adila membungkus sarapan untuk Daddy, katanya.

Sedang seronok berborak, Adila mendapat panggilan. Dia bergerak keluar gerai untuk bercakap

"Siapa?" soal Zarif setelah Adila kembali duduk dan menutup telefon bimbitnya.

"Prof. Jamal."

Zarif pernah diperkenalkan kepada profesor itu yang mengetuai bahagian perolehan sampel kajian. "Dia nak apa? Kan hari ini Sabtu?"

"Dia nak Adila datang ke pejabat, untuk melihat stok tumbuh-tumbuhan."

"Macam tak ada hari lain," Zarif bersungut.

"Don't worry. Adila tak pergi. Adila kata busy."

Semakin lega. "Malam ini kita keluar, boleh?"

"Nak ke mana?"

"Surprise."

"Another one?"

Zarif sudah nekad. Malam ini dia akan melaksanakan rancangannya.

*****

MALAM ITU

Kini mereka sudah duduk menghadap selonggok makanan laut di sebuah restoran terapung.

"Tadi Abang nampak Daddy Adila keluar."

"Ya ... dia dating dengan aunty ...Er ... Prof. June." Adila menjawab dengan senyuman nakal.

Adila nampak teruja. Zarif menoleh sebentar ke arah Adila, yang tersengih sehingga ternampak jelas lekuk kedua lesung pipitnya. Alahai, comelnya dia.

Seafood memang favourite Zarif. Dia tahu Adila pun suka. Dia sudah buat tempahan tempat khusus dan nyatakan hasratnya. Dia harap semua rancangannya berjalan lancar. Adila akan terperangkap dalam bubu cintanya.

Adila perasan Zarif memakai blazer kelabu gelap. Di dalamnya baju-T warna putih. Zarif nampaknya suka warna putih. Seluar jeans warna hitam. Mungkin sebab dia peguam. Agaknya, fikir Adila.  Dia sendiri memakai baju kurung kain kapas warna peach berbunga halus. Sejak dapat pujian kerana memakai baju kurung daripada Zarif tempoh hari, Adila semakin rajin memakai baju kurung.

"Abang Zarif malam ni kacak sangat," kata Adila. Entah apa cologne dia pakai. Yang pasti bukan minyak atar yang menyengat hidung itu.

"Ye ke? Mana kacak dengan Merxat?" Dia mengalihkan kerusi daripada duduk menghadap Adila kepada 45 darjah. "Adila pun cantik sangat. Hati abang macam nak meletup dah ni." 

Adila senyum, sedikit tersipu-sipu kerana mulutnya memuji Zarif. Isy! Tak malu sungguh aku!

Sedikit sebanyak Zarif tahu sikap Adila. Dia amat fokus kepada matlamat. Suka berterus terang. Mungkin terikut-ikut dengan budaya orang Amerika.

Walaupun begitu, Adila masih mengekalkan imej wanita Islam. Dia perhatikan Adila baca doa sebelum makan.

Selesai melantak seafood, mereka minum air kelapa muda. Zarif kata surprise akan muncul sebentar lagi.

"Apa dia?" soal Adila, semakin teruja.

Seolah-olah sudah dirancang, kedengaran bunyi muzik yang datang dari luar restoran.

"Tengok laut," kata Zarif sambil menoleh ke arah langit gelap yang tiba-tiba diterangi sinaran  daripada sekumpulan drone. Berkelip-kelip cahayanya melimpah di dada langit yang hitam pekat. Kumpulan drone itu menari-nari dengan iringan muzik itu.

Pengunjung restoran turut teruja dengan pertunjukan kumpulan drone yang tidak pernah mereka saksikan.

Tiba-tiba kumpulan drone itu membentuk huruf-huruf:

ADILA MARRY ME

Lepas menulis, drone-drone itu berpecah, menari-nari dan kembali menulis perkataan: 

ADILA I LOVE YOU.

Gerakan itu berlaku silih berganti dengan bentuk hati.

"Hoi!" Mana Adila ni!" jerit seorang pengunjung lelaki.

"Yes! Show your face, please," sambung seorang lagi dari sudut lain.

"Eh, abang ni mabuk ketum ke apa?" Adila berbisik. "Buang duit saja upah budak-budak drone buat macam tu."

Zarif senyum, "For you Adila, money means nothing to me."

Pengunjung restoran semakin bersorak. Bunyi muzik yang tadi rancak telah bertukar tempo menjadi perlahan, mendayu-dayu.

Zarif tarik Adila berdiri di tengah-tengah dewan makan itu.

"Saudara-saudara sekelian. Nama saya Zarif Azhad. Dan ini teman wanita saya Adila Fairuz. Seperti yang saudara-saudara sudah saksikan, malam ini saya nak tanya teman wanita saya sama ada dia sanggup menjadi isteri saya."

Zarif terus melutut sebelah kaki gaya pahlawan, di hadapan Adila. Tetamu di restoran itu bertepuk tangan. Adila menekur ke lantai. Malunya. Rupanya dia sudah diperangkap.

"Saudara-saudara! Teman wanita saya ini perlu sedikit galakan," kata Zarif.

Pengunjung ketawa.

"Adila Fairuz, sudikah tuan puteri menjadi permaisuri hamba?" soalnya. Wajahnya merenungnya polos, seperti budak yang meminta barang mainan daripada ibunya.

"Sudi ... sudi ...!" kata beberapa suara, lelaki dan perempuan.

"Abang Zarif ni buat malu saja la ..." bisik Adila.

"Lagi malu kalau Adila biarkan abang melutut begini," balas Zarif dengan suara perlahan.

Zap zap. 

Ada seseorang mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. 

"Terima la ... Apa tunggu lagi!" Kedengaran lagi suara beberapa orang.

Zarif senyum. Tetamu yang menonton drama live itu sedang menyokongnya. Ini risiko yang dia ambil. Dia percaya Adila akan setuju. Takkan Adila nak memalukannya di tengah khayalak ramai?

Adila menggigit bibir bawahnya, tetapi mengangguk. Pengunjung restoran bertepuk tangan. Zarif lega.

"Saudara-saudara. Saya cuma ada couple ring, sebagai tanda saya dan Adila sudah komited untuk mendirikan rumah tangga." Dia sarung ke jari manis Adila.

"Your turn," tegas Zarif, masih dengan suara perlahan. Malu-malu Adila sarung couple ring yang sebentuk lagi di jari manis Zarif.

Zarif mengambil telefon bimbit daripada pekerja yang mengambil gambar tadi dan mengucapkan terima kasih. Adila jeling Zarif. Kalau jelingan itu boleh membunuh, Zarif sudah mati. Sebaliknya Zarif senyum gembira. 

Tersentap Adila apabila Zarif menjawab, "I'll die for you, Adila."

Pengurus restoran dan beberapa orang datang mengucapkan tahniah.

"Macam biasa tengok," kata seorang daripada mereka.

Alamak ... kantoi. Ada orang kenal.

"Tuan Raja Zarif, Environmentalist, Pegawai Khas Exco?" sapa pemuda itu.

Zarif tidak dapat menafikannya.

"Saya Mursyid, aktivis pokok bakau Bagan Datuk," kata pemuda itu, sambil menghulurkan tangan.

Zarif menyambut tangan pemuda itu.

"Itu isteri dan anak saya," katanya menunjuk ke arah seorang wanita bertudung yang tersenyum manis, dan dua orang kanak-kanak.

"Saya mohon ambil selfie tuan? Bukan selalu jumpa," pintanya.

Zarif tidak dapat menolak. Dia orang politik. Kalau menolak, nanti kena kutuk di media sosial. Mursyid memanggil isteri dan anak-anaknya.

Akhirnya terjadi sesi mengambil gambar yang tidak masuk ke dalam agenda Zarif.

Satu mesej masuk ke telefon Adila.

"Abang ... Daddy nak balik. Prof. June tengah cuba lengahkan," bisik Adila.

Zarif mengangguk. Dia berbisik sesuatu kepada pengurus restoran sebelum memohon diri untuk beredar.

Dalam perjalanan pulang kedua mereka tak berkata apa-apa. Adila terus dibuai perasaan yang berkecamuk. Apa aku nak jelaskan kepada Daddy tentang cincin ini.

Mereka tiba di kondominium. Tak sempat ucap 'selamat malam' Adila sudah bergegas turun. Takut Daddy sampai dahulu. Zarif memerhati tubuh Adila sehingga hilang dari penglihatannya. Dia nampak sebuah Jeep Wrangler memasuki kawasan kondominium yang dipandu terus menuju ke tempat letak kereta di basement.

Sorry your Lordship, Raja Mustafa. A man's gotta do what a man's gotta do.

*****

❤️❤️❤️

*Layan lagu evergreen*

https://youtu.be/La0IJPt0t4Q


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro