BAB 16: CURIGA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

ANAKKU

Sejak Mustafa kembali dari Amerika syarikat, sudah banyak kali dia keluar dengan Profesor Junaidah a.k.a. Prof June, bekas teman wanitanya ketika di universiti. Tetapi setiap kali dia ingin menyuarakan rasa hatinya, wajah arwah isterinya terbayang di matanya. Sepatutnya dia sudah melupakannya. Tetapi dia tetap gagal. Isterinya sudah pergi lebih 26 tahun yang lalu. Dia menduda sejak itu.

Sebaliknya Prof. June  sudah menerima hakikat suami sudah pergi 5 tahun yang lalu. selama itu dia bergerak seperti robot yang menumpukan 100% perhatian kepada kerjaya sahaja. Sekarang dia mahu melihat di luar kepompong kesedihannya. 

Mustafa pula masih seperti terus mahu berkabung.

Anak sulung June, yang berada di Sarawak mengikut suaminya, sudah melahirkan seorang putera. June tunjukkan gambar cucunya kepada Mustafa.

"Tahniah. Sudah jadi opah," kata Mustafa.

"Abang Mus bila nak jadi datuk?"

"Itu yang abang nak tanya June."

"Laa ... Kenapa June pulak?"

"Abang nak tanya ... Adila ada siapa-siapa ke?"

Bam! Soalan cepumas yang mengejutkan Prof June. Dia terdiam. Mujur ketika itu pelayan menghantar chicken chop yang mereka pesan. Sempat dia berfikir apa nak jawab. Kalau berterus terang, nanti dia melanggar janji dengan Adila. Kalau tidak berterus terang bagaimana?

"Kenapa Abang Mus cakap macam tu?"

"She is acting weird recently."

"How weird?"

"Dia berbasikal di tasik."

"That's not weird."

"Selalunya dia ajak abang. Kami pergi sama-sama. Tapi hari tu pagi-pagi dia dah pergi. Seorang diri."

Prof. June mengambil sedikit masa untuk membalas kata-kata Mustafa. Maknanya, ketika Adila menelefonnya, dia bersama Zarif. "So, kalau dia ada boyfriend, kenapa? Kan dia dah besar? Takkan nak terus duduk di celah ketiak Abang Mus?"

"Tapi Adila bukan macam orang lain," tegas Mustafa.

Prof June mengeluh.

"Kenapa mengeluh?"

"Biarlah dia jadi manusia biasa."

Menjadi manusia biasa pun mungkin tidak selamat buat Adila. "Masa di US, sahabat baik dia mati dibunuh. Peluru itu untuk dia sebenarnya."

Prof. June benar-benar terkejut. "How come I don't know?."

"Sebelum itu mafia dadah cuba culik dia, sebab kajian yang dia buat tentang pil perangsang tu mungkin boleh meruntuhkan industri haram penjenayah itu."

Prof. June tidak fikir rakyat yang bertanggungjawab perlu takut kepada kartel dadah.

"Jadi abang Mus nak lindungi dia sampai dia tiada kehidupan macam manusia biasa?"

Ganti Mustafa pula diam.

"Abang Mus, di Malaysia ni dia cari ubat untuk penagihan rokok. Kartel rokok tak kenal dia."

"Kajian June yang Adila terlibat juga pihak kapitalis tak suka. Takkan syarikat rokok gembira kalau orang tak merokok?" soal Mustafa.

Prof. June sudah tahu risikonya apabila membuat kajian itu. Tetapi masyarakat sivil harus bangkit mengalahkan kapitalis rokok yang tidak mendatangkan kebaikan apa pun kepada ramai anak muda.

"Syarikat rokok ada lesen perniagaan. Tukar sahaja kepada perniagaan lain."

"Bagaimana dengan penanam tembakau?"

"Itu alasan untuk menghalalkan perniagaan rokok. Saya dengar ada seorang Senator berura-ura untuk menukar penanaman tembakau ini kepada tanaman lain."

"Good luck to him," balas Mustafa, sinis.

Prof. June gembira kerana dia dapat membawa Mustafa ke topik lain. Terus dia tumpukan perhatian kepada chicken chop yang lazat di hadapannya. Mustafa pun sudah mula makan. Tetapi nampak masih berkerut mukanya.

Sekali sekala Prof June mencuri pandang lelaki di hadapannya. Mustafa seperti tidak dimamah usia, kecuali uban di kepala dan jambang pendek di bawah dagunya yang sudah bercampur hitam dan putih. Mirip gaya George Clooney. Dulu, masa pelajar, tiada apa-apa yang tumbuh di bawah dagunya.

*****

Hati Prof. June seperti kembali muda apabila pertama kali bertemu Mustafa ketika dia menghantar Adila ke BioMedical Institute. Dia akui sedikit gugup, dan jantungnya dup dap dup dap.

"Assalamualaikum," kata Mustafa.

"Waalaikum salam." Lambat sedikit baru menjawabnya.

"Long time no see."

Prof. June senyum."How are you?"

"Fine ... and you?

"As you can see, I am holding on."

"Daddy kenal kenal Profesor June?" Adila menyampuk, merosakkan mood.

"Yes ... A long time ago."

"Great!" kata Adila dengan gembira.

*****

"I still think there is something going on with Adila." ujar Mustafa.

Laa ... Tak habis lagi ke?

Prof. June mengangkat mukanya.

"Apa yang Abang Mus tak puas hati lagi?"

"Entahlah ... Hati abang rasa macam ada yang tak kena."

"Enjoy your meal ... Let's talk about us."

Mustafa merenung wajah Prof. June. Kau masih cantik macam dulu June ... Sedikit berisi, tetapi tetap cantik.

Andai waktu boleh diputar kembali.

"Let's go somewhere and find ourselves after this research is done." 

Kata-kata Prof. June mengejutkan dia kembali ke alam realiti. Apa maksud June ini?

"Do you still have feelings for me June?" soalnya.

Prof. June memandang tepat ke wajahnya. Ini bukan June yang berusia 21 tahun, yang menangis kerana ditinggalkannya apabila Mustafa bertegas mahu bekerja di Sabah. Hubungan yang kemudiannya putus apabila dia melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

"I never forget you Abang Mustafa Kamal Ataullah."

"But you marry someone else."

"I was lonely. Arwah was always there to comfort me."

"It didn't take you very long time." Mustafa masih menggasak.

"Betul, tapi ... kita tak mahu hubungan yang diselubungi dosa ... Sudahlah jauh daripada ibu bapa."

"Excuses ... excuses!"

"How about you. It didn't take you long either!"

"What choice do I have?"

*****

SIAPA LELAKI ITU?

Esok paginya Adila membuat telur scramble kegemaran Daddy. Dia panggang sosej dan hash brown. Dia buat sos cili manis, sebagai cicah untuk sosej. Setelah siap, Adila letak susu dan rolled oat di atas meja. Kehidupan mereka dua beranak selama lebih 10 tahun menyebabkan selera pagi mereka hanya bersifat barat. Jarang sekali dapat menikmati nasi lemak, kerana kesukaran mendapat ikan bilis. Kalau dapat makan nasi lemak, kira dapat masuk taman firdausi. 

Plak!

Kedengaran bunyi pintu dibuka. Daddy sudah balik dari surau berdekatan.

"Sedapnya bau. Anak daddy masak ke?" soal Mustafa, sambil membuka songkoknya dan diletakkan di atas kabinet. 

Di situlah tempat persinggahan songkoknya setiap hari, sehingga menunggu Zuhur. Itulah dibuat Mustafa kalau hujung minggu. Dia akan memenuhkan semua urusan dengan Allah itu di surau yang berdekatan dengan kondominium itu. Pada masa lain dia akan bekerja menyelamatkan penyu, jerung, ikan lumba-lumba dan ikan paus. Dia lebih suka berada di laut daripada di hutan, kerana hutan akan mengingatkan dia kepada arwah isterinya.

Adila memandang Mustafa. Dia nak tahu apa hasil pertemuan 'dinner' malam tadi. Tetapi dilihatnya Daddy macam biasa sahaja. Tidak nampak ada perubahan aura.

Daddy ni diperbuat daripada apa ya? Takkan tiada perasaan pada Prof. June yang cantik tu? Atau Daddy berlagak jual mahal?

"Daddy ... Aunty June tu baik kan?"

"Hmm," Jawab Mustafa sambil duduk dan mula meletakkan telur dadar ke piringnya.

Entah 'hmm itu' menjawab soalannya atau kerana makanan di atas meja, Adila kurang pasti. Tetapi jawapan itu tidak memuaskan hati Adila.

"Daddy ... AuntyJune sangat suka daddy. Dia beritahu Adila."

"Sedap sos yang Adila buat ni," kata Mustafa, terus melencong daripada topik perbualan.

"Daddy, Adila tahu, Aunty June tu dulu girlfriend daddy kan? Sebelum daddy kahwin dengan mommy." Adila masih enggan menyimpang daripada topik asal. Kenapa daddy ni? Anak dia sporting bukan main, daddy buat dingin saja. Daddy ni nak jadi Encik beku juga ke?

"Daddy would rather talk about you, boleh?" jelas topik itu tidak disenangi Mustafa. Matanya memandang tepat ke wajah Adila.

"Nak cakap apa daddy?" Adila duduk di hadapan Mustafa. Hatinya mula berdebar-debar.

"Who is the man?"

"What man?"

"The man you were with, the other day, at the lake." Malam tadi dia dapat hantaran misteri beberapa keping gambar Adila dengan Zarif. "Tell daddy the truth."

Adila sedikit tergamam dengan soalan mendadak Mustafa.

Apa yang daddy sudah tahu?

"Oh. Dia konsultan kumpulan penyelidikan kami."

"Nama dia Raja Zarif Azhad bin Raja Hadwan Shah," kata Mustafa.

Daddy tahu? Hairan, bagaimana daddy tahu?

Nama itu jelas dihantar oleh pengirim mesej misteri itu. Mustafa syak dia kenal Raja Zarif, sebab nama bapanya. Tetapi dia harus siasat dahulu. Takut salah orang. Anak hanya seorang. Itulah penawar jantungnya. Orang yang akan diberi amanah untuk menjaga anaknya mestilah benar-benar tulus ikhlas dan bertanggungjawab. Dengan Zarif, dia ada keraguan. Bukan sedikit, tetapi bertan-tan matrik keraguan.

"You really like him, do you?"

Adila tunduk melihat sosej yang sudah dikerat-kerat di piringnya.

"Hei sweetheart! Daddy tanya sahaja."

"Daddy marah Adila ke?" Adila tidak mahu mencetuskan api kemarahan bapanya.

"Tidak." Mustafa menafikan, walaupun di dalam hati dia tersinggung kerana anaknya menyembunyikan rahsia besar itu.

"Adila tak berani cakap dengan daddy, sebab tak sure.

Piring berisi sosej masih menjadi tumpuannya. Pandangan Adila masih tertumpu di situ. Mujur cincin yang diberi Zarif sudah digantung dengan loket kalung yang tersembunyi dalam bajunya.

"Sekarang?"

Adila mengangkat muka, memandang wajah Mustafa. Dia hanya nampak raut muka seorang lelaki yang amat menyayanginya. Yang mengharapkan hanya terbaik untuk anaknya.

"I think he is a very responsible person daddy."

Mustafa tidak mahu menekan anaknya lagi. Ternyata apa yang dia kata akan ditentang oleh anaknya. Adila mewarisi ketegasan dan emosi seperti dirinya. Tetapi, apalah yang Adila tahu tentang lelaki yang baharu sahaja dikenali itu? Dia cuba menyingkirkan keraguannya jauh-jauh. Takkan anaknya yang super intelligent itu boleh silap menilai orang? Sesungguhnya prasangka itu satu dosa, dan dia tahu mengenainya. Tapi ahli politik sama saja, tak kira yang lebai atau yang buaya darat.

"Dah lah ... Kesian sosej tu. Dah kena pancung tapi dibiarkan," guraunya.

Adila melihat sosejnya. Seleranya terbantut dengan soalan Mustafa. 

Adila tahu daddy menderita. Tetapi daddy tidak mahu dibantu untuk melegakan penderitaan itu.

*****

KENANGAN

Selepas sarapan, Mustafa masuk ke bilik bacaan. Laci meja yang terkunci dibuka. Tangan membuka album lama yang disimpan dengan rapi. Di situ disimpan gambar lama keluarganya terdahulu.

Setiap kali Mustafa merenung wajah anaknya yang  mirip wajah moyangnya, Mohsin, dirinya seolah-olah hidup di zaman dahulu. Dia berada di terowong waktu, menyaksikan perpisahan yang menyayat hati antara Raja Ahmad Iqram Ataullah dengan Mai Farzanah. Semua gara-gara dengki khianat sepupu sendiri.

Raja Hadwan Shah cicit pengkhianat itu. Dia amat kenal. Bertahun dia menyambung perjuangan bapa dan datuknya untuk mendapatkan semula haknya yang dirampas penguatkuasa penjarah dan diagihkan kepada pengkhianat seumpama ghanimah.

Raja Zarif Azhad memiliki darah pengkhianat itu.

Sanggupkah aku serahkan anak tunggal aku kepadanya?

Dia disumpit oleh pembalak haram ketika sedang bertugas di dalam hutan. 

Kalau bukan kerana Amnah yang merawatnya hingga sihat;  dia tidak akan ada hari ini, berbangga kerana berjaya menegakkan maruah keluarganya.

"Daddy, kenapa daddy menangis?"

Rupanya air matanya sudah mengalir keluar tanpa disedarinya. Adila mengusap air matanya.

"Adila minta maaf daddy ... Jika kata-kata Adila tadi buat daddy sedih."

Mustafa senyum.

"Daddy teringatkan Raymond."

Adila peluk leher Mustafa dari belakang. Kalau Daddy teringatkan Raymond, pastinya dia masih teringatkan Mommy, fikir Adila.

"Daddy ... Arwah Mommy tentu mahu daddy gembira."

Mustafa peluk anaknya.

Wahai anak. Kau sangat baik hati dan sangat naif. Daddy tidak mahu hati kau dilukai.

*****

💕

*Layan lagu sedih*

https://youtu.be/qcQ3iegpZTc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro