BAB 18: PROFESOR MIANG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

MAWAR MERAH LAGI

Adila baru saja membuang bunga mawar merah jambu pemberian Zarif yang sudah layu, dia didatangi pengantar yang membawa sejambak bunga mawar merah. Adila tersenyum sendirian membaca puisi klasik Inggeris yang sudah diubah-suai itu.

Bunga dimasukkannya ke dalam pasu yang sudah kosong.

"Waah! hari ini ada orang dapat roses lagi!" usik Profesor Junaidah, ketika melihat bunga mawar merah di atas meja Adila. Pipi Adila mula memerah.

"Dari siapa ni darling?" Prof. June terus menyakat.

"Kawan," jawab Adila ringkas. Harap bosnya tak nampak wajahnya yang blushing macam udang dibakar itu.

"From the dashing lawyer, I can tell."

"Aunty ... Janganlah riuh ... Adila seganlah."

June mencubit pipi Adila. "From your blushing, everyone could tell even a hundred kilometres away!"

June dipanggil aunty apabila di luar perbincangan akademik, kerana dia kawan baik ayahnya. Kadang-kadang berdating dengan ayahnya. Malah senyap-senyap Adila berharap June dapat mengisi kekosongan hati ayahnya. Tetapi Profesor duda miang Jamal itu pun macam ada hati dengan Profesor Junaidah. Maklumlah, walaupun June sudah mencapai usia 50 tahun, dia masih di antara pensyarah paling jelita di Jabatan Kajian Perubatan Biologi, kalau tidak di seluruh Fakulti Sains Gunaan itu.

Adila letak tapak tangannya ke pipinya sendiri yang dirasanya panas. Kiri dan kanan. Takkan nampak sangat perasaanku kepada Zarif.

Bila pula terjadi ni?

Tiba-tiba telefon bimbit Adila berbunyi mengajak solat.

Adila mengangkatnya. June yang penyibuk masih berdiri di pintu.

Zarif: boleh atau tak boleh?

Adila: Apa yang tak boleh?

Zarif: Hujung minggu ini.

Adila: Okey. Kat mana?

Oops! Apa pasal aku ni? Lajunya setuju!

Zarif: Kita pergi ronda-ronda dengan basikal. Lepas tu lunch.

Bicara dengan bapanya baru-baru ini membuat Adila sedikit cuak. Adila tahu, Daddy ada isu. Tapi Daddy belum kenal Zarif lagi. 

Lagipun, mereka sama-sama perjuangkan isu pemeliharaan ekologi. Zarif di darat. Mustafa di laut. Kira sudah sempurna hubungan itu.

Zarif: Adila? Are you still there, sweetheart?

Adila: Nanti Adila confirm ya.

Talian diputuskan. Dengan senyum nakal, Adila menekan nombor di telefon bimbitnya. Salam diberi.

Adila: Aunty, boleh tolong Adila.

Prof. June: Tolong apa darling?

Adila: Weekend ni ajak Daddy pergi jalan-jalan. Ke Melaka ke. Tengok-tengok tempat sejarah.

Profesor June ketawa.

Prof. June: Ini mesti Adila nak pergi dating dengan the dashing lawyer tu kan?

Adila: Ala aunty ... Please laa!

Prof. June:  Adila, Kenapa tak terus terang sahaja dengan Daddy, rather than sneaking out?

Adila: Daddy macam tak suka Abang Zarif.

Diam

Adila: Aunty please!

Prof. June: Okay. I will help you this last time. But not because you want to go dating, because I really like your daddy.

Adila: Thanks Aunty ... I love you ... Mmuahh!

Talian dimatikan. Dia tak telefon balik. Biar dia ternanti-nanti. Adila senyum nakal.

Telefon berbunyi. Bukan Zarif, tetapi Profesor Jamal.

Prof Jamal: Saja nak bagi tahu you, kejap lagi kita ada meeting.

Adila: Meeting apa pula? Kerja kita buat ujikaji bahan. Bukan asyik meeting.

Adila geram. Profesor ini suka sangat buat perjumpaan. Tetapi selalu tidak ada kesimpulannya.

Prof Jamal: Apa pun you kena datang meeting ini. It concerns you. I tunggu di bilik mesyuarat dalam lima minit.

Klik.

Adila perhati telefon bimbitnya sendiri.

*****

TUKAR PELAN

Profesor Jamal memang terkenal di universiti dan di Biomedical Institute sebagai seorang 'womaniser' selain ilmunya dalam bidang biologi. Kerana sikapnya itu dia bercerai dengan isterinya yang telah bersamanya selama 17 tahun. Itu isteri keduanya. Isteri pertama menuntut cerai setelah dia menjalin hubungan sulit dengan isteri keduanya. Dan isteri keduanya pula menuntut cerai setelah dia kantoi dengan pembantu peribadi di pejabatnya. Pembantu peribadi itu telah ditukar ke jabatan lain. Pihak univeristi hanya memberi nasihat kepada Profesor Jamal supaya mengawal perangai gatalnya. Universiti mahu menjaga nama baiknya. Sekarang dia berstatus duda. Dan itu membuatnya terasa lebih bebas.

Status duda itu memberi dia ruang untuk mengorat janda dan gadis-gadis. Ada sahaja perempuan yang tergoda dengan pujian dan pujukannya. Bintang filem Hollywood itu ramai sahaja yang sebayanya, tetapi masih bergaya dan dapat memikat gadis jelita. Apa bezanya dengan dia? Badannya masih segak. Cuma rambutnya sahaja sudah ditumbuhi uban. Tetapi itu tidak menjadi masalah. Dia merasa dirinya lelaki matang, bukan lelaki tua.

Tetapi kini, muncul Adila Fairuz yang matanya hijau, yang kadang kala berubah menjadi kebiru-biruan. Mata Adila seperti memukaunya. Siang malam, pagi dan petang dia tidak dapat membuang Adila daripada otaknya. Dia seolah-olah kembali seperti remaja. Hidupnya jadi tunggang terbalik kerana obses dengan Adila.

Dia tahu usia Adila itu sebaya dengan anak sulungnya. Tetapi dia tidak peduli akan hal itu. Anak-anaknya sudah lali dengan perangai buaya daratnya. Tidak pernah berubah sejak masih muda ketika belajar di univerisiti.

Dia juga tahu ramai pensyarah muda yang juga meroyan termimpikan Adila. Mereka sering berpura-pura bertanya itu ini dengan Adila. Tetapi dia tahu, perbuatan amatur pensyarah muda untuk mengorat Adila itu amat mudah dibacanya. Itupun dia tak ambil kisah. Mereka bukan pesaingnya. Dia Profesor, Jusa B.

Dua minggu lepas ketika dia berjogging di tepi tasik, dia terlihat Adila. Sangat santai bersama dengan seorang lelaki yang dia pernah bertembung sekali di makmal beberapa minggu lalu. Sejak itu dia perasan Adila sering menerima bunga mawar. Dia pasti lelaki yang bersama Adila itulah yang menghantar bunga mawar itu. Dia memerhati dari jauh. Ternyata Adila amat mesra dengan lelaki itu, seolah-olah mereka sepasang kekasih. Itu yang dia nampak. Dan apa yang dia nampak membuatnya sakit hati. Sakit seperti dihiris dengan sembilu.

Apa kelebihan lelaki ini yang membuat Adila seperti terpegun apabila dia bercakap dan ketawa riang. Paling geram dia melihat lelaki itu menyuap Adila. Lepas itu ketawa lagi. Macam tidak ada orang lain dalam dunia ini kecuali mereka berdua.

Semakin dia ingin mengetahui siapa lelaki yang merampas Adila daripadanya. Lalu, dia membuat helah menelefon Adila. Kononnya ada isu mengenai sampel kajian. Sengaja dia reka cerita itu untuk memancing Adila. Tetapi Adila enggan ke makmal pada hari itu. Alasannya itu hari Sabtu dan dia sedang ada urusan lain.

Aku tahu kau buat apa, kerana engkau di hadapan mata aku. Ini mesti hasutan lelaki itu, desisnya.

Bolehkah dia tuduh Adila sebagai membantah arahannya? Dia Ketua Bahagian analisis sampel biologi.

Tak mungkin. Profesor June akan sentiasa melindungi Adila. Sebabnya Adila anak emas Institiut itu. Adila dibawa pulang khas untuk membantu Institiut itu meransang kajian BioMedicine. Tiada cacat celanya kerja Adila. Dia sangat komited. Sering kali hari Sabtu pun datang ke makmal. Tetapi hari itu, dia ajak, Adila enggan.

Kelelakiannya benar-benar tercabar dengan kedegilan Adila. Tidak pernah ada perempuan yang mengabaikan ajakannya, waima untuk bekerja sekalipun. Adila pula menolaknya. Dia tidak boleh menerima penolakan itu. Lebih-lebih lagi puncanya kerana Adila mahu bersantai dengan teman lelakinya.

Semakin lama difikirkannya, semakin bersemarak api cemburu di hatinya. Dia mesti mencari jalan untuk memisahkan mereka.

Baginya Adila bukan perempuan biasa. Adila genius yang boleh membantunya dalam berbagai kajian BioMedic pada masa hadapan, kalau dia dapat memiliki gadis itu. Kajian dalam bidang itu memiliki potensi besar dalam perubatan dan perniagaan berasaskan rawatan perubatan biologi. Sudah lama dia mengharapkan kejayaan dalam penyelidikan yang boleh melonjakkan namanya. Sebab itu dia bersedia menyertai penyelidikan yang dianjurkan Profesor June. Bukan dia peduli sangat tentang mereka yang meninggal dunia kerana mendapat kanser akibat merokok atau menjadi perokok pasif. Dia hanya mengejar nama. Melalui penyelidikan itu dia akan menonjolkan dirinya. 

Kalau dia dapat mempergunakan otak genius Adila dalam bidang BioMedic, namanya pasti akan sebaris dengan nama-nama hebat penyelidik perubatan dunia seperti pakar biologi British John Sulston atau pakar kanser, Harold E. Varmus. Mereka pemenang Hadiah Nobel kerana sumbangan dalam kajian penjagaan kesihatan.

Dia tahu firma guaman EZHAR & ZARIF dilantik sebagai konsultan berhubung isu perundangan kajian mereka. Dia hanya mendapat sedikit sahaja maklumat mengenai firma itu. Agaknya memang begitu bentuk laman web firma guaman. Tetapi apabila dia cari Zarif Azhad, dia menemui banyak maklumat mengenainya.

Zarif Azhad, Winner of Rights of Aborigines Award ...

Zarif Azhad, Winner of Environmental Learning Awards ...

Etc ... etc ... etc ...

Profesor Jamal terduduk. Lebih-lebih lagi dalam salah satu laporan itu disebut sedikit mengenai biodata Zarif, sebagai Raja Zarif Azhad ibni Raja Hadwan Shah, pakar Undang-Undang Siber.

Nampaknya teman lelaki Adila bukan orang biasa-biasa.

Ah! ...  peduli apa aku, fikirnya, semakin tercabar.

Sekarang dia sudah tahu siapa pesaingnya. Dia boleh bersedia dengan strategi bagaimana hendak mengalahkannya. Dia pakar perempuan yang dua kali menjadi duda. Takkan mahu mengalah dengan peguam muda usia setahun jagung. Dalam hati Profesor Jamal hanya ada satu matlamat:

Dia pasti dapatkan Adila Fairuz.

*****

SAMPEL ROSAK

"Tujuan mesyuarat ialah untuk menambah sampel yang ada," kata Profesor Jamal.

Adila mengangkat muka. Rasanya cukup banyak sampel yang dibawanya dari hutan. Malah dia cari sampai tepi sempadan kerana dapat bantuan Johari.

"Mustahil tak cukup lagi."

"Ada yang mati. Hari tu blackout waktu malam. Jadi sampel dalam bilik dingin rosak," jelas Profesor Jamal.

Pensyarah-pensyarah lain berpandangan.

"Jadi, you nak cadang pergi lagi ke hutan untuk mencari sampel?" soal Profesor June.

"Yup. Adila and I must go again."

"Itu melibatkan kos prof." Profesor June membantah.

"You nak consider kos, atau sampel?" tempelak Profesor Jamal.

Adila rasa macam ada yang tak kena dengan cadangan Profesor Jamal. Apa muslihat dia?

"Kalau sampel rosak, memang kena ganti," kata Adila dengan suara perlahan. 

Dia teringat janjinya untuk dating dengan Zarif pada hujung minggu. Tapi hujung minggu dia harus masuk hutan.

Mesyuarat ditamatkan. Semua urusan untuk masuk hutan akan dibuat oleh PA Prof.esorJamal.

Adila masuk ke makmal dan mendapati banyak sampel yang rosak dan berkulat. Pembantu Penyelidik, Magdalene pun tidak dapat memberi jawapan mengapa ia terjadi. Dia mendapati sampel rosak ketika hendak memulakan kerja pagi itu.

Katanya indikator termometer automatik di luar alat penyimpan sampel tidak memberi gambaran sebenar tahap  suhu di dalamnya. Bahagian kawalan teknikal dan keselamatan telah dipanggil.

Telefon bimbitnya berbunyi. Adila mengambil panggilan itu di bilik pejabatnya.

Zarif: Adila ... Kenapa tak angkat call?

Adila: Ada meeting.

Zarif: Abang call 20 kali.

Uh! Rajin Cik Abang mengira calls.

Tiba-tiba Adila mendapat akal.

Adila: Abang ... Weekend ini kita pergi jumpa Andak boleh?

Zarif diam seketika.

Adila: Boleh tak?

Zarif: Abang baru cuti dua minggu ...

Adila: Adila tak mahu pergi dengan Prof Jamal ...

Belum habis cakap Zarif jelas sudah melenting.

Zarif: Apa?

Adila buat suaranya macam nak menangis. Untuk pujuk Encik Beku, perlu sedikit lakonan.

Adila: Kalau biarkan dia urus perjalanan dan penempatan, Adila kena pergi dengan dia ... Duduk di rumah rehat yang Johari sebut tu.

Zarif: Sweetheart. Don't get upset. Abang hantar.

Adila: Tapi abang ada kerja.

Zarif: Abang urus macam mana. Ada masa lagi untuk rancang. Cuma jangan cakap dengan Profesor miang tu lagi.

Adila sudah koyak senyuman. Terasa satu beban sudah diangkat daripada bahunya.

Mereka sepakat. Petang Jumaat Adila naik keretapi ke rumah Arman di Kampung Seri Bahagia. Jimat masa tak perlu Zarif turun ke Cyberjaya. Zarif jemput dia Sabtu pagi.

Lagipun, kalau pergi ke rumah Arman, Daddy takkan halang. Nombor telefon Puspa didail.

Itu rancangan mereka.

****

🌡🌡🌡

*Contoh peralatan penyelidikan sains. Gambar sekadar hiasan*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro