ELIAZ X JANE 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"




SEPENUH tenaga dan kudrat yang ada, si gadis yang bernama Dhya mengejutkan pembantu rumah baru yang mengantikan tempat mak Leha.

"Jane bangun!" Dhya menjerit di tepi telinga gadis itu.

"Diam jangan ganggu!" Marah Jane yang masih melayan kantuknya walaupun jam sudah menunjukkan waktu 8 pagi.

Dhya mendiamkan diri bukan kerana takutkan Jane tetapi tuan muda yang sedang bersandar di bingkai pintu kamar tidur sambil memeluk tubuh.

Eliaz memerah wajah kerana geram melihat gadis kegemaran masih lena diulit mimpi, lalu dia menghalau Dhya keluar dari kamar tidur.

Eliaz melangkah ke arah gadis kegemaran yang sedang enak tidur di atas katil, lalu dia melabuhkan punggung di birai katil sambil menikmati pandangan indah di waktu pagi.

Jemari mengelus lembut wajah cantik milik gadis kegemaran. Eliaz tidak menyangka bahawa dia akan bertemu gadis itu lagi kerana sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu.

Adakah ini namanya jodoh?

Eliaz menarik jemari semula apabila melihat gadis itu bergerak tubuh sedikit. Kemudian, dia mengukirkan senyuman nakal apabila tanduk syaitan mula tumbuh di atas kepala.

Secara perlahan, Eliaz merapati Jane seperti ingin mengucup bibir gadis itu tetapi bukan itu niat sebenarnya apabila kedua tangan mencempung tubuh gadis itu.

Eliaz mencempung tubuh Jane yang tiada tanda-tanda ingin bangun dari tidur itu seraya melangkah keluar dari kamar tidur.

Para pembantu rumah yang lain terhenti aktiviti mereka apabila melihat tuan muda sedang mencempung tubuh pembantu rumah yang menggantikan tempat mak Leha.

Eliaz berhenti melangkah apabila sudah tiba ke tempat yang bakal membawa gadis itu ke syurga.

One...two...three...

Secara drastik, Eliaz membaling tubuh langsing milik Jane ke dalam kolam renang tanpa perasaan bersalah.

"Arghhhhhh!" Jane membuka mata besar apabila tubuh terasa seperti tenggelam di dalam air.

Kedengaran suara-suara pembantu rumah mengetawakan Jane yang sedang terkapai-kapai di dalam kolam renang.

Eliaz memeluk tubuh sambil menahan ketawa dari meletus apabila melihat aksi kelakar di depan mata.

Apabila Jane dapat menyelamatkan diri dari terlemas, dia memanah tajam wajah jejaka tak guna di depan matanya.

"Selamat pagi cik Jane." Eliaz menyungging sinis.

"Aku dah mandikan kau. Sekarang aku nak kau bersiap dan sediakan sarapan aku yang sepatutnya tersedia pukul 8 pagi!" Marah Eliaz.

Jane berenang dan keluar dari kolam renang tetapi mata masih tajam merenung Eliaz seolah dengan panahan matanya itu dapat mematikan jejaka itu.

Kemudian, apabila Jane berada di depan Eliaz, dia memeluk erat tubuh tegap milik jejaka itu sehingga pembantu-pembantu rumah yang melihat ternganga besar.

"Hoi!" Eliaz menolak tubuh basah yang memeluk tubuhnya.

"Sekarang tuan muda boleh tukar pakaian yang basah sementara tunggu pembantu rumah you ini siapkan sarapan pagi." Jane mempamerkan senyuman manis.

Jane tidak akan membiarkan Eliaz membulinya, dia akan membalas dendam kembali sehingga jejaka itu tewas.

"Kau nak pergi mana?" Eliaz mematikan langkah Jane yang ingin menuju ke kamar tidur semula.

Eliaz mendekati Jane sambil membuka butang baju kemeja mahal jenama Armani yang dipakai olehnya.

Jane mengetap gigi.

"Ambil kemeja ini dan basuh sehingga kuman kau hilang!" Eliaz membaling baju kemejanya ke wajah Jane.

"Basuh guna tangan!" Tambah Eliaz lagi.

Jane berombak dada menahan amarah yang meluap-luap di dalam diri kerana selama dia hidup tidak pernah ada yang berani membaling baju di wajahnya.

Bloody hell

Jane memberikan pandangan yang aku akan tonyoh baju kau sehingga terkoyak kepada Eliaz.

Eliaz menaikkan sebelah kening apabila memahami makna pandangan dari Jane itu.

Jane merengus geram dan berlalu pergi meninggalkan Eliaz sambil meramas geram baju kemeja jejaka itu. Dia terasa seperti hidup di dalam neraka apabila pagi yang indah di ganggu oleh musuh ketat.

Jejaka itu memang pandai merosakkan mood dirinya

Setelah membersihkan diri dan memakai seragam pembantu rumah yang diberikan oleh Dhya, Jane mengikat rambut panjang miliknya gaya ponytail.

Jane membetulkan baju kemeja putih dan skirt hitam pendek yang dipakai sebelum keluar dari kamar tidur untuk menuju ke ruang dapur.

"Jane, aku tak tahu siapa kau tapi kau memang cari hal dengan tuan muda." Tegur Wani apabila Jane sedang membancuh kopi macchiato kegemaran tuan muda.

"Kenapa? Garang sangatkah tuan muda?" Soal Jane sambil mengambil balang yang terisi garam, lalu dimasukkan ke dalam cawan dan mengacau air kopi macchiato.

"Bergantung." Balas Wani yang hairan melihat tingkah bersahaja pembantu rumah baru itu sambil memikirkan sesuatu.

Itu garam atau gula?

Sebenarnya, jika ada yang membuat salah semestinya Eliaz akan memarahi mereka. Jika tidak jejaka itu hanya relaks sahaja tetapi nampak gaya Eliaz seperti mempunyai masalah dan tidak menyukai gadis yang bernama Jane itu.

Aksi Jane memeluk tubuh tegap milik tuan muda mereka itu membuatkan mereka semua terbuntang biji mata dan menjadi perbualan hangat. Itu kerana, mereka dari golongan biasa tidak dibenarkan menyentuh golongan bangsawan tanpa kebenaran.

"Kau nak tahu sesuatu?" Jane mempamerkan senyuman manis kepada Wani.

"Apa?"

"Aku lagi garang dari tuan muda kau." Kata Jane seraya membawa dulang air kopi macchiato dan french toast menuju ke ruang makan.

"Selamat pagi tuan muda." Suara Jane mematikan perbualan keluarga bangsawan di meja makan.

Jane tidak menghiraukan mata-mata yang melihatnya, dengan selamba dia melangkah ke arah Eliaz yang tajam merenungnya.

Jantan gila

Elieza bangun dari duduk dan mengekori Jane. Kemudian, dia memandang wajah Jane dan abangnya berulang kali.

Jane membiarkan perbuatan Elieza terhadapnya itu.

"Ini french toast dan kopi macchiato buat tuan muda." Jane meletakkan di hadapan Eliaz bersama senyuman manis dan membiarkan adik Eliaz merenung pelik wajahnya.

"Kakak Jane?" Elieza bagaikan terkejut apabila melihat Jane iaitu musuh ketat abangnya sedang berdiri seperti boneka di ruang makan rumah agam milik ayahnya.

"Siapa makan sarapan pukul 9.30 pagi?!" Marah Eliaz garang.

"Ini french toast atau hangit toast?" Soal Eliaz apabila melihat roti yang hitam seperti arang di depannya. Jika dia makan pasti dia akan mati dengan serta merta.

"French toast special buat tuan muda." Jane melebarkan senyuman manis agar Eliaz semakin berasap.

Alvian dan Evelyn hanya diam memandang hairan gadis yang berpakaian pembantu rumah dan anak lelaki mereka.

"Kakak Jane buat apa di sini?" Soal Elieza yang masih tidak berpuas hati melihat gadis itu di rumah agam milik ayahnya.

"Tanyalah abang you." Jane masih tidak lekang senyuman manis di wajah.

"Abang?" Elieza melihat wajah abangnya.

"Kau masih ingat janji aku pada kau." Eliaz tersenyum nakal kepada adiknya.

Elieza membulat mata.

Tidak mungkin Eliaz benar-benar merealisasikan katanya yang ingin menjadikan Jane sebagai pembantu rumah di rumah keluarga mereka sewaktu mereka masih belajar di Ireland.

"Adik, aku nak kau lihat muka perempuan berlagak ini dan simpan dalam kotak minda kau sebab suatu hari nanti aku akan jadikan dia sebagai pembantu rumah kita." Eliaz memeluk bahu Elieza yang mengikut arahan abangnya menatap wajah cantik Jane.

"Kau memang kurang ajar! Aku nanti letak racun dalam minuman kau!"

"Aku ini Jane Emberson anak kepada usahawan hotel termuka di New York. Aku tak akan kerja sebagai pembantu rumah kau. Kerja low class!" Jane menarik tubuh Laureen yang asyik ketawa itu masuk ke dalam kafe Starbucks bersama rengusan geram.

"Kenapa macam pernah dengar nama Jane?" Soal Alvian yang asyik memerhati sejak tadi.

"Daddy ingat tak abang pernah kena buang sekolah sebab selamatkan gadis yang bernama—" Elieza tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila mulut diterkup oleh Eliaz.

"Kau habiskan ayat kau. Aku pecah rahsia kau masa zaman sekolah dulu." Ugut Eliaz kepada Elieza.

Elieza merengus geram kerana itu modal abangnya jika ingin membuat dia menutup mulut.

Alvian dan Evelyn memandang di antara satu sama lain kerana terasa seperti sesuatu yang mencurigakan tetapi mereka membiarkan sahaja kerana ingin melihat permainan anak bujang mereka yang tetiba membawa pulang gadis cantik dan dijadikan sebagai pembantu rumah.

"Jane, tolong tuang air teh untuk I." Arah Evelyn kepada Jane.

"Maaf mummy, Jane bekerja untuk I dan hanya I saja yang boleh arah dia walaupun daddy yang bayar gaji perempuan selekeh ini." Beritahu Eliaz kepada Evelyn yang menggeleng.

"Jane ikut aku." Eliaz bangun dari duduk dan meminta diri sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka yang memandangnya curiga.

Jane membuntuti langkah Eliaz sambil mengempal penumbuk kerana jejaka itu mengutuknya perempuan selekeh buat kali kedua.

"Cepat masuk! Kau tercegat apa lagi?!" Marah Eliaz apabila melihat Jane berdiri seperti boneka di depan keretanya.

Jane masuk ke dalam perut kereta bersama rengusan geram.

"Aku tak tahu pula mak Leha ikut kau sehingga ke pejabat." Jane bengang kerana dia perlu mengikut jejaka itu ke mana sahaja tanpa membantah.

"Berapa kali aku perlu ingatkan yang aku ini majikan kau? Cakap itu biasa sopan sikit dan panggil aku tuan muda!" Jerit Eliaz.

Jane menutup kedua telinga apabila jejaka itu menjerkah di telinganya seperti dia mengalami masalah perdengaran.

"Baiklah tuan muda." Jane mempamerkan senyuman palsu kepada Eliaz yang asyik memarahi dirinya sejak pagi tadi.

Eliaz menjeling seraya itu memijak pedal minyak kereta Audi A7 menuju ke syarikat milik keluarganya.

"Hei boleh perlahan sedikit tak?" Jane seriat darah apabila Eliaz memandu secara laju membelahi jalan raya.

"Aku dah lambat sebab kau." Balas Eliaz yang semakin meningkatkan kelajuan kereta.

Jane memegang dada sambil berdoa di dalam hati agar nyawanya tidak melayang kerana dia masih lagi tidak berkahwin dan berasmara.

Agaknya keluarga Stanislav ini memang suka membawa kereta laju seperti ingin membunuh diri.

Eliaz berhentikan kereta apabila berada di pekarangan syarikat perkapalan milik Stanislav bersama senyuman jahat.

"Wah nampaknya Jane masih lagi hidup." Usik Eliaz apabila melihat Jane memegang dada.

"Nampaknya nasib malang tuan muda akan tiba tak lama lagi." Balas Jane geram.

Eliaz melepaskan ketawa dan keluar dari perut kereta.

Jane turut keluar dari kereta dan membuntuti langkah Eliaz.

"Hoi singa, pegang ini." Eliaz memberikan briefcase miliknya kepada Jane.

Jane merengus geram seperti singa.

"Tuan ada masa lagi 10 minit sebelum mesyuarat bersama sales department akan bermula." Beritahu Kelvin yang sentiasa menunggu kedatangan majikannya di lobi syarikat.

Eliaz mengangguk.

Kevin menghadiahi senyuman mesra kepada gadis cantik berambut perang yang bersama majikannya itu apabila mereka bertiga masuk ke dalam kotak lif.

Jane membalas senyuman jejaka yang bernama Kelvin itu kembali.

Kemudian apabila pintu lif tertutup rapat, tanpa melengah masa Jane memukul belakang tubuh Kelvin menggunakan briefcase kerana disebabkan jejaka itu dia telah terperangkap di dunia neraka ciptaan Eliaz.

"Aduh sakit!" Kelvin mengadu sakit apabila tubuhnya dipukul bertalu oleh Jane.

"Ini semua salah kau!" Jane menarik kolar kemeja Kelvin.

"Kenapa kau tak beritahu aku yang jawatan yang ditawarkan adalah pembantu rumah dan bukan pengawai kewangan?!" Jane bengang melihat wajah Kelvin yang ketakutan.

"Saya ingat cik Jane tahu dan lagipun salah cik Jane juga sebab tak baca surat tawaran sebelum tanda tangan." Kelvin cuba mempertahankan diri kerana gadis yang bernama Jane itu dilihat agak menakutkan.

Eliaz yang melihat adegan gusti di depan mata hanya ketawa kerana dia sudah agak bahawa Kelvin akan diterkam oleh Jane.

Jane si singa

"Kau dengan bos kau sama saja! Dua-dua tak guna!" Jane melepaskan kolar kemeja Kelvin dan sempat mengerling wajah Eliaz yang sedang ketawa.

"Hei siapa tak guna?" Soal Eliaz apabila ketawanya mati.

"Kau!"

Kelvin menyembunyikan senyuman kerana itu kali pertama dia melihat ada gadis yang berani menjerit kepada majikannya.

"Apa kau?!" Jerit Eliaz kembali.

"Panggil aku tuan muda! Kau beraku berkau dengan aku lagi. Aku cium kau depan Kelvin." Ugut Eliaz.

Jane menghentak kaki sambil memeluk tubuh tanda bengang.

Kelvin terhinjut kedua bahu kerana mengetawakan Jane yang kelihatan terpaksa mengalah itu.

Tahu takut

"Tepi!" Eliaz menolak tubuh Jane apabila lif berhenti di aras yang terletak bilik pejabatnya dan berlalu keluar dari perut lif.

"Tak apa nanti hari aku cuti, aku keluar pergi beli racun untuk kau!" Omel Jane sambil mengusap tubuh yang ditolak kasar oleh Eliaz.

Jane keluar dari perut lif dan membuntuti langkah dua jejaka yang sedang berbincang tentang mesyuarat yang bakal diadakan pagi itu.

"Kelvin, kau beritahu pekerja sales yang lagi 5 minit aku ke bilik mesyuarat." Arah Eliaz kepada Kelvin yang mengangguk memahami.

Setelah Kelvin berlalu pergi, Eliaz memanah wajah bosan milik Jane.

"Kau nampak bosan." Eliaz bersandar tubuh di kerusi pejabat.

"Sangat bosan." Balas Jane yang meneliti kuku yang sudah lama tidak manicure and pedicure.

"Disebabkan kau bosan, jadi aku ada kerja untuk menghilangkan rasa bosan kau itu." Eliaz bangun dari duduknya.

Jane memandang curiga wajah Eliaz.

Eliaz menuju ke arah rak yang menyimpan fail-fail penting syarikat yang tersusun kemas, lalu dia menjatuhkan semua fail itu ke atas lantai.

Jane membulat mata.

"Aku nak kau kemaskan semula semua fail ini dan susun ikut bulan dan tahun." Eliaz membetulkan tali leher bersama senyuman jahat sebelum melangkah keluar dari bilik pejabat.

"Kurang ajar punya jantan!" Jane berang apabila melihat banyak fail yang bertaburan di atas lantai.

Eliaz memekakkan telinga.

"Arghhhh!" Mahu atau tidak terpaksa Jane mengutip satu persatu dan menyusun mengikut bulan dan tahun seperti yang diarah oleh Eliaz.

Setelah selesai mengemas dan susun fail-fail ditempatnya semula, Jane menghenyak punggung di atas sofa empuk.

Memandangkan Eliaz masih lagi di dalam bilik mesyuarat, jadi Jane membuat keputusan untuk tidur di atas sofa tetapi niatnya terbantut apabila Kelvin menjengah kepala di sebalik pintu pejabat.

"Cik Jane, tuan muda minta cik Jane sediakan air kopi macchiato." Beritahu Kelvin kepada Jane.

"Ggrr...tak boleh lihat orang senang sikit." Jane merengus geram.

Jane menuju ke arah pantri untuk membuat air kopi macchiato istimewa buat tuan muda. Tadi pagi dia meletakkan garam di dalam air kopi macchiato yang disediakan olehnya tetapi malang jejaka itu tidak minum.

Jane membuka pintu almari kabinet yang terdapat di dalam pantri untuk mencari garam tetapi malang tiada.

Nasib Jane baik apabila dia ternampak banyak paket lada hitam McDonald's yang tersimpan di dalam laci.

Eliaz sangat meminati Double Cheese Burger McDonald's sebab itu terdapat banyak paket lada hitam di dalam laci kabinet.

"Lepas kau minum air ini, mulut kau nanti keluar api macam naga." Jane ketawa mengekek sambil mengacau air yang diletak lada hitam.

Jane mengetuk pintu bilik mesyuarat apabila air kopi macchiato istimewa buat musuh ketat sudah siap dibancuh.

Jane menolak pintu bilik mesyuarat dan secara drastik semua mata yang berada di dalam bilik mesyuarat memanah wajahnya.

Jane selamba masuk ke dalam bilik mesyuarat dan berjalan gaya cat walk sehingga membuatkan para jejaka tidak lepas memandang punggung lentik miliknya. Tingkahnya seperti seorang setiausaha gatal miang yang selalu dilihat di dalam kaca televisyen.

Eliaz mengetap rahang apabila melihat Jane berjalan seperti perempuan seksi yang ingin menggoda suami orang.

"Kopi macchiato istimewa buat tuan muda." Jane meletakkan cawan di atas meja bersama senyuman menggoda.

"Keluar!" Halau Eliaz apabila geram melihat pekerja-pekerja sales terutamanya jejaka yang gatal memanah tubuh Jane.

Jane menghadiahkan pandangan maut terhadap Eliaz kerana berani menghalaunya di depan pekerja yang lain.

Jane memusing tubuh untuk berlalu keluar dan sempat bermain mata dengan beberapa jejaka yang kelihatan agak tampan yang gatal merenungnya.

Eliaz merengus geram apabila melihat sikap gatal Jane yang sengaja ingin membuat dia panas hati.

Kemudian, Eliaz mencicip air kopi macchiato yang dikatakan istimewa oleh Jane apabila tekak terasa dahaga.

Eliaz berkerut wajah apabila cicipan pertama mengalir membasahi tekaknya.

TAK GUNA JANE ANAK ASLAN!

"Tuan okey?" Soal Izham yang perasan wajah Eliaz bertukar merah.

"Teruskan." Balas Eliaz kepada Izham yang sedang berdiri di depan skrin projector.

Jane menuju ke bilik pejabat Eliaz semula sambil menyumpah seranah jejaka itu yang menghalaunya seketika tadi.

Jane duduk di atas kerusi pejabat milik Eliaz sambil memeluk tubuh memikirkan nasib mak Leha.

Jane syak mak Leha tidak tahan mengikut Eliaz ke merata tempat dan di layan seperti seekor lembu sebab itu mak Leha berhenti kerja.

"Jin!!!" Eliaz menghempas fail di atas meja mematikan lamunan Jane.

"Oh mak Leha!" Jane terenjat tubuh akibat terkejut.

"Berani kau duduk di atas kerusi aku?!" Eliaz berasap melihat gadis itu selamba duduk di atas kerusi pejabatnya.

"Suka hati aku nak duduk di mana pun." Jane menegakkan tubuh seperti bos besar bersama riak wajah berlagak.

"Kau nak bangun atau tak?" Eliaz melangkah dan menarik kerusi beroda itu agar menghadapnya.

"Tak nak." Jane membalas pandangan tajam milik Eliaz.

"Aku tanya kau nak bangun atau tak?" Eliaz merapatkan wajah dengan wajah milik Jane.

Jane terkelu lidah apabila wajah mereka berdua rapat sehingga hidung dapat menghidu minyak wangi maskulin milik jejaka itu.

Jane bergetar jiwa

Eiliaz diam memerhati wajah cantik milik gadis kegemaran yang menjadi pujaan sejak zaman sekolah.

Mata bertentangan mata

"Tuan, ini air kopi macchiato yang tuan—"Kelvin merempuh masuk bilik pejabat Eliaz seperti selalu.

"Oops sorry saya datang kemudian." Kelvin memusing tubuh untuk melarikan diri kerana telah mengganggu sentimen romantik majikannya bersama gadis yang bernama Jane.

Jane menolak kuat tubuh Eliaz yang merapat dengan tubuhnya itu.

Eliaz berdiri tegak membetulkan tali leher bersama deheman keras.

"Kelvin!" Jerit Eliaz mematikan langkah jejaka berbangsa cina itu.

Dengan pantas Kelvin masuk ke dalam bilik pejabat milik majikannya semula.

"Sini air itu."

Kelvin memberikan cawan yang terisi air kopi macchiato istimewa bancuhan Jane kepada Eliaz.

"Kau minum air ini." Eliaz menghulurkan cawan tersebut kepada Jane yang masih selamba duduk di atas kerusi pejabat miliknya.

"Tak apakah kuli minum air tuan muda?" Soal Jane sinis.

"Minum!" Eliaz membawa rapat cawan ke wajah Jane.

"Aku tak nak minum!" Jane bangun dari duduk dan berlari menyembunyikan diri di belakang tubuh Kelvin.

"Kau tak nak minum sebab kau letak lada hitam dalam air kopi ini, kan?" Eliaz memarahi Jane seperti seorang ibu tiri.

"Aku cari cinnamon tak jumpa. Jadi aku letak lada hitam biar mulut berapi kau itu makin berapi." Jane menahan ketawa dari meletus.

"Tuan sabar tuan." Kelvin cuba menenangkan Eliaz yang bakal menukar menjadi raksasa.

"Uhuhuhu ada orang nampak marah." Jane melepaskan ketawa yang di tahan sejak tadi.

Eliaz meletak kasar cawan di atas meja, lalu melangkah mampir ke arah Jane yang sedang ketawa jahat.

"Tuan jangan tuan." Kelvin menahan Eliaz yang seperti hendak menerkam Jane.

Jane menjelir lidah kepada Eliaz.

"Kelvin, bulan ini aku naikkan gaji kau." Ujar Eliaz tetiba.

Kelvin berkerut wajah tetapi di dalam hati berbunga gembira.

"Jane, bulan ini aku potong gaji kau." Eliaz memeluk tubuh memanah wajah Jane yang sudah berubah menjadi masam.

"Kenapa tetiba potong gaji aku? Apa salah aku?" Jane mencekak pinggang tanda tidak berpuas hati.

"Oh my darling, kau nak aku senaraikan kesalahan kau dari sejak pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari?" Eliaz menyungging sinis.

"Setiap kesalahan yang kau lakukan, aku akan potong RM100 dari gaji kau."

"Tak guna! Sudahlah tak beritahu gaji aku berapa, lepas itu nak potong gaji aku!" Jane menghentak kaki.

"Selagi kau tak belajar hormat majikan kau, selagi itu gaji kau akan dipotong dan gaji kau RM1,200 mengikut kadar gaji minimum di Malaysia." Beritahu Eliaz.

Jane menggenggam penumbuk.

"Sekarang ikut aku." Arah Eliaz kepada Jane yang bengang tahap ingin menanam Eliaz di dalam tanah.

"Pergi mana?" Soal Jane malas.

"Pergi mati." Balas Eliaz apabila berdiri di depan Jane sambil membetulkan kolar kemeja sebelum berlalu keluar dari bilik pejabat.

"Aku nak bunuh dia!" Jane ingin menerkam tubuh Eliaz dari arah belakang tetapi di halang oleh Kelvin.

"Sabar cik Jane sabar." Kelvin menarik tubuh Jane agar tidak menerkam tubuh tegap milik majikan mereka.

Jane merengus geram.

"Kalau saya jadi cik Jane, saya akan ikut segala arahan tuan jika tak mahu gaji cik Jane kena potong." Kelvin memberikan nasihat kepada Jane.

"Baiklah aku akan dengar nasihat kau tapi gaji kau yang baru dinaikkan itu, kau kena bagi pada aku."

"Hah?!" Kelvin ternganga.

"Lagipun semua ini salah kau!" Jane menjeling Kelvin dan menuju ke arah Eliaz yang sedang memekik memanggil namanya di depan pintu lif.

Kelvin memicit dahi kerana pening melayan kerenah majikannya dengan gadis yang bernama Jane sehingga dia yang menjadi mangsa.

Apabila di dalam kereta, Jane hanya diam memeluk tubuh memandangkan tuan muda turut mendiamkan diri.

Kereta masuk ke dalam kawasan Kompleks Niaga Melaka Perdana, Bukit Katil untuk mencari parkir yang kosong.

Eliaz memusing stereng kereta dan mata sempat mengerling wajah gadis kegemaran di sebelahnya yang bagaikan tertanya-tanya ke mana mereka mahu pergi.

"Cantik." Ujar Eliaz apabila terdapat satu petak parkir kosong.

Jane mengukir sinis apabila melihat ada seorang gadis yang sedang berdiri berdekatan kawasan tersebut.

Dasar jantan gatal!

Eliaz berhentikan kereta apabila memastikan kereta Audi A7 miliknya terparkir cantik di dalam kotak parkir.

Eliaz keluar dari kereta dan seperti biasa Jane turut keluar mengekori tubuh Eliaz tanpa sebarang kata.

Eliaz melangkah masuk ke dalam restoran Asam Pedas Pak Man yang menjadi salah satu lokasi makan yang terkenal di Melaka.

Jane memegang perut apabila masuk ke dalam restoran kerana baru menyedari bahawa perutnya kosong sejak pagi.

"Kau pernah makan asam pedas?" Soal Eliaz seraya duduk di atas kerusi.

"Tak pernah." Jane melihat manusia yang memenuhi ruang restoran tersebut.

"Pelik."

"Apa yang pelik?" Jane berkerut wajah.

"Enam bulan tinggal di bandar Melaka, tak akan kau tak pernah makan asam pedas?" Sengaja Eliaz bertanya soalan yang dia sudah tahu jawapannya bahawa Jane tidak makan makanan pedas.

"Aku tak makan makanan pedas." Beritahu Jane sombong.

"Oh lupa gadis New York." Sindir Eliaz sambil membaca menu.

"Dua set asam pedas ikan pari."

"Jus epal satu dan air kosong satu jag."

Eliaz menutup buku menu apabila selesai memesan makanan dan minuman kepada pekerja restoran. Dia mempamerkan senyuman macho kepada Jane yang merenungnya pelik.

"Disebabkan hari ini aku dah potong gaji kau sebanyak RM500, jadi aku belanja kau makan." Eliaz mengenyit sebelah mata kepada Jane.

"Apa?!"

"Kenapa RM500?" Jane berombak dada menahan kemarahan.

"Sejak 8 pagi sehingga 12 tengahari dah 5 kesalahan kau lakukan." Eliaz tersenyum jahat.

"Sehingga bila aku—" Jane tidak jadi menghabiskan ayatnya apabila teringatkan dia tidak boleh bercakap kasar dengan Eliaz. Jika tidak jejaka itu akan memotong gajinya sebanyak RM100!

Jane berdehem membetulkan anak tekak.

"Sehingga bila I perlu bekerja dengan tuan muda?" Jane bertanya sopan kepada Eliaz sehingga jejaka itu hampir tersembur air jus epal yang diminum.

"Sehingga aku jumpa mak Leha kembali." Eliaz  tersenyum lebar apabila Jane mula bersopan dengannya. Nampaknya gadis itu memang mengalami masalah kewangan dan jatuh miskin kerana takut gaji di potong olehnya.

Jane menahan geram apabila mendengar jawapan dari jejaka itu.

"Makan." Arah Eliaz apabila makanan yang dipesan sudah terhidang di atas meja.

Jane memberikan pandangan jelek apabila melihat kuah yang berwarna merah menyala di depan mata.

"Aku nak kau makan sehingga habis."

"I tak makan makanan pedas!" Jane mengawal suara dari meninggi.

"Baiklah. Aku potong gaji kau lagi RM100 sebab membazir duit aku." Eliaz selamba menjamah makanan kegemaran.

Jane merengus geram kerana mahu atau tidak terpaksa dia makan makanan pedas itu kerana jejaka jahat di depannya itu akan memotong gajinya.

Kurang ajar

Secara perlahan, Jane menghirup kuah asam pedas yang berwarna merah bersama riak wajah ketakutan. Walaupun sudah enam bulan dia menetap di bumi Melaka tetapi tiada sesaat pun dia berani ingin mencuba makanan tradisi negeri Melaka itu.

Eliaz hanya diam memerhati.

Jane berubah wajah apabila hirupan pertama berjaya mengena deria rasanya, lalu dia melihat Eliaz yang asyik merenungnya.

Jane menarik nafas yang panjang dan menghembus nafasnya kembali.

"Pedas!!!" Jerit Jane kuat, lalu dia mengambil jag yang terisi air kosong dan meneguk dengan begitu rakusnya.

Sekarang Jane sudah tahu kenapa musuh ketat memesan satu jag air kosong.

"Jangan minum air itu sehingga habis sebab kau kena habiskan makanan kau." Eliaz menyembunyikan ketawa jahat.

Jane menggeleng tanda dia tidak mahu menghabiskan makanan pedas tersebut.

Eliaz menjegil tanda dia akan memotong gaji gadis itu.

"It's not fair!" Jane memerah wajah dan hidung berair akibat pedas.

"Habiskan." Eliaz selamba menghirup kuah asam pedas di depan Jane.

Jane terasa seperti ingin menangis tetapi di tahan agar musuh ketat tidak dapat mengetawakan dirinya.

Lagipun Jane tidak mahu Eliaz menang!

Sedaya upaya dan dengan sepenuh tenaga Jane cuba menghabiskan makanan pedas di depan matanya.

"Macam mana sedap tak?" Soal Eliaz apabila Jane berjaya menelan kuah asam pedas separuh.

Jane merengus kuat bersama wajah memerah padam seraya meletakkan jag air kosong yang sudah kosong di atas meja.

"Aku nak air lagi!" Jerit Jane geram.

"Tak perlu. Kita kena gerak sekarang." Eliaz bangun dari duduk untuk membayar bil.

"What?!" Jane memegang bibir seksi yang menjadi semakin seksi akibat kepedasan.

"Aku nak air!" Kata Jane apabila mengekori langkah Eliaz ke kereta mewah milik jejaka itu.

"Kau memang sengaja nak kenakan aku, kan?" Marah Jane apabila masuk ke dalam kereta.

"Ini hukuman kau sebab letak lada hitam dalam air aku." Eliaz menyungging sinis.

Jane menjeling maut.

"Air!" Jane teruja apabila melihat air botol mineral yang berada di dalam kereta.

Eliaz merampas botol mineral tersebut yang sudah berada di tangan Jane.

"Maaf aku tak berkongsi."

"Kau memang syaitan!" Jane cuba merampas air botol mineral kembali.

Mereka bergelut di dalam kereta.

"Jane, jangan cakar aku!"

"Aku nak air!"

"Kalau nak air minta elok-elok!" Eliaz menolak Jane sehingga tubuh belakang gadis itu melekap di jendela kereta.

Jane berombak dada merenung Eliaz yang berani menolak tubuhnya kasar.

"Baiklah, kau nak aku minta elok-elok, kan?" Jane membuka butang atas baju kemeja putih yang dipakainya.

Satu persatu

"Kau—buat apa?" Eliaz tergagap apabila melihat aksi daring Jane.

"I nak minta elok-elok seperti tuan muda suruh." Jane merapati Eliaz yang kelihatan cemas.

"Tuan muda, nak air." Jane menggigit bawah bibir sambil menjatuhkan sedikit baju kemeja sehingga semakin terserlah lurah buah dada besar miliknya.

Eliaz menelan air liur

"Tuan muda—"

"Okay okay fine. Ambil botol air ini." Nafsu Eliaz melonjak naik apabila tubuh terdedah milik Jane melekat ditubuhnya.

Jane mengambil botol mineral bersama ketawa kuat kerana berjaya membuat Eliaz menjadi tidak keruan.

Jane meneguk air begitu rakus dan membiarkan Eliaz yang merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Apabila rasa pedas sudah hilang, Jane memulangkan kembali botol mineral yang sudah kosong kepada Eliaz.

Eliaz menepis botol mineral tersebut, lalu dia mendekati Jane.

"Ke—napa den—gan kau—?" Sekarang Jane pula yang cemas dan gelabah apabila jejaka itu merapati tubuhnya.

"Benda boleh dapat percuma. Buat apa bayar, kan?" Eliaz melekapkan tangan di jendela kereta memerangkap tubuh Jane agar tidak dapat melarikan diri.

"Apa yang percuma?" Jane mulai terasa takut apabila melihat wajah Eliaz semakin mendekat dengan wajahnya.

Eliaz menunduk wajah melihat buah dada besar yang menjadi kegemaran sejak zaman sekolah cuma dia tidak punya kesempatan untuk meramas. Jane benar-benar tahu bagaimana ingin membuat nafsunya naik sejak dari dahulu lagi.

"Jantan gatal!" Sedaya upaya Jane menolak tubuh Eliaz, lalu dia membutang baju kemeja kembali menutup buah dada yang terdedah.

"Lain kali kalau kau buka butang baju kemeja kau lagi. Kau akan menyesal." Eliaz mendekatkan diri dengan Jane semula bersama senyuman sinis.

"Apa kau ingat kau dapat sentuh aku? Aku tak akan serahkan dara aku pada kau!" Jane menolak kuat tubuh Eliaz.

Tiba-tiba kedengaran Eliaz melepaskan ketawa besar.

"Sewel!" Kutuk Jane apabila melihat Eliaz ketawa besar seperti perogol bersiri.

Eliaz memasukkan gear kereta seraya memijak pedal minyak  bersama ketawa yang kedengaran jahat.

Sebenarnya Eliaz tidak menyangka bahawa Jane masih lagi seorang gadis suci yang tidak pernah ditiduri oleh mana-mana jejaka.

Tetiba Eliaz mendapat idea untuk mengenakan gadis kegemaran yang tidak berubah sikap sejak dari dahulu. Masih lagi seorang Jane yang garang dan ego walaupun diri sedang ditimpa masalah.

Siap kau Jane

••••••••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro