ELIAZ X JANE 4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"




GADIS dari bandar New York menguap besar apabila sudah dua jam dia terpaksa menunggu tuan muda menghabiskan aktiviti yang cukup membosankan.

Jane melihat tuan muda meletakkan busur memanah, lalu jejaka tampan itu mampir ke arahnya bersama riak wajah tegang.

Musibah semakin menghampiri diri

"Siapa suruh kau duduk?" Eliaz menaikkan sebelah kening melihat Jane yang selamba duduk termenung.

"Ada kerusi, aku duduklah." Jane melawan kata kembali.

"Kau sedar siapa diri kau?" Eliaz memeluk tubuh.

"Manusia."

Eliaz bengang.

"Bangun!!!" Jerit Eliaz kepada Jane sehingga gadis itu mengusap dada kerana berasa terkejut.

Jane merenung tajam wajah jejaka di hadapannya.

"Aku nak air!"

Jane berombak dada kerana jejaka itu benar-benar perlakukan dirinya seperti Cinderellla.

"Penumbuk nak?!" Jane bangun dari duduk kerana tiada sesaat jejaka itu membenarkan dia hidup dengan aman.

"Kau nak tumbuk aku dengan tangan kurus macam kayu kau itu?" Sindir Eliaz bersama senyuman sinis.

"Mungkin kau lupa yang tangan kurus macam kayu ini pernah tampar kau." Gilaran Jane pula tersenyum sinis.

"Kau!" Eliaz mendecit kegeraman.

Eliaz tidak mungkin akan melupakan momen memalukan di dalam hidupnya itu kerana sehingga kini semua sepupunya asyik mengetawa dan memerlinya. Sepupunya yang paling tidak berguna iaitu Zayn masih lagi menyimpan rakaman wajahnya ditampar oleh si gadis berambut perang!

"Jangan nak gembira sangat." Eliaz tersenyum sinis kembali mematikan senyuman Jane.

"Aku akan pastikan kau bayar semula perbuatan kau terhadap aku." Eliaz mendekati Jane.

"Aku akan memalukan kau semula."

"Gambar bogel Jane Emberson." Eliaz bernada jahat.

"Tak guna!!!" Jane ingin menampar wajah Eliaz tetapi malangnya jejaka itu cekap menangkap tangan gadis itu.

"Hish...hish...hish...kau nak tampar majikan kau?" Eliaz menggeleng perlahan.

"Aku potong gaji kau seribu!!!" Tempelak Eliaz kuat.

"Arghhhhh!!!" Jane menjerit seperti perempuan hilang akal kerana terlalu geram.

"Tak payah nak jerit, pergi buat aku air!" Eliaz menahan diri dari mengetawakan Jane.

"Dasar perempuan selekeh." Kutuk Eliaz dan berlalu pergi meninggalkan Jane yang sedang berapi.

"Aku letak racun dalam air kau!" Jerit Jane kepada Eliaz yang menuju ke kawasan memanah kembali.

Eliaz memekakkan telinga.

"Kurang ajar punya jantan." Carut Jane seraya kaki melangkah menuju masuk ke dalam rumah agam milik keluarga musuhnya itu.

"Aku akan racun kau kali ini!" Jane menuju laju ke arah dapur untuk membuat minuman kepada musuhnya. Apabila berada di dalam dapur, dia merengus geram kerana musuh tidak memberitahu mahu minum air apa.

Kemudian, Jane tersenyum lebar apabila idea jahat muncul di dalam minda.

Beberapa minit berlalu, Jane muncul kembali bersama dulang air menuju ke arah halaman yang terletak di belakang rumah agam.

Eliaz terhenti aktiviti apabila melihat Jane tersenyum manis menghampiri dirinya yang hampir membuatkan dia tergoda seketika.

"Tuan muda."

"I buatkan air seperti arahan tuan muda." Jane berbicara lembut bersama senyuma manis.

Eliaz melemparkan pandangan curiga terhadap Jane kerana dia tahu gadis itu sedang merencanakan sesuatu untuk mengenakannya semula.

"Air apa itu?" Eliaz menaikkan sebelah kening melihat air yang tampak mencurigakan di dalam gelas kaca.

"Airrr—sid."

"Opsss!" Tangan Jane menekup mulutnya.

"Gurau saja." Jane ketawa.

"Air yang boleh memberikan tenaga kepada tuan muda." Jane menghulurkan gelas kepada musuhnya.

Eliaz mengambil gelas kaca yang dihulurkan kepadanya, lalu dia mengecilkan anak mata meneliti air di dalam gelas kaca tersebut.

"Jangan risau I tak letak racun." Jane mengukir senyuman manis.

"Aku tak percaya kau."

"Kau minum." Eliaz menghulurkan gelas kaca tersebut kepada Jane semula.

"Tak nak." Jane memeluk tubuh.

"Kenapa kau tak nak? Kau letak apa dalam air ini?!" Eliaz naik hantu kerana dia tidak akan terperdaya dengan gadis itu lagi. Cukuplah kali pertama dia minum air bancuhan gadis itu yang meletakkan lada hitam, sehingga membuatkan perutnya memulas sakit.

"Aku tak letak apa lah syaitan!" Jerit Jane kembali.

"Kau jangan nak tipu aku wahai Jin anak Aslan!" Eliaz mendekatkan gelas ke bibir Jane.

"Aku tak nak minum!" Jane menolak Eliaz dan melarikan diri.

"Aku nak kau minum!" Eliaz mengejar Jane yang berlari seperti seorang penjenayah licik.

Evelyn dan Elieza yang sedang sun bathing sambil membaca majalah di tepi kolam hanya menggeleng melihat adegan kejar mengejar di halaman belakang rumah.

"Sini kau Jin!" Eliaz mengejar Jane sehingga masuk ke dalam rumah.

"Oh mother!" Jane mulai cemas apabila Eliaz tidak henti mengejar tubuhnya dari arah belakang.

Jane berlari naik ke tingkat atas, lalu dia menolak pintu bilik yang terdapat di tingkat atas untuk menyembunyikan diri.

Mata milik Jane meliar melihat sekeliling yang kelihatan minimalist berwarna putih dan hitam yang menceritakan aura si pemilik bilik tidur tersebut.

Jane memaling tubuh apabila mendengar bunyi pintu seperti dikuncikan.

Eliaz menguncikan pintu bilik tidurnya dan meletakkan gelas kaca di atas meja, lalu dia mendekati Jane bersama senyuman jahat.

"Ini bilik aku."

Jane menapak ke belakang apabila Eliaz melangkah ke arahnya.

"Tiada sesiapa yang berani masuk ke dalam bilik aku sebab—"

"Mereka yang masuk bilik aku tak akan dapat keluar lagi." Eliaz bernada jahat, lalu dia menangkap tubuh Jane.

Jane menjerit nyaring apabila melihat kepala Eliaz ditumbuhi tanduk syaitan.

"Lepaskan aku wahai syaitan!" Jane cuba meloloskan diri dari Eliaz.

"Aku akan rogol dan bakar kau!" Eliaz ketawa jahat dan membaling tubuh gadis itu ke atas katil.

"Jantan tak guna!" Jane mengadu sakit apabila tubuh dibaling kuat ke atas katil.

Eliaz menerkam tubuh Jane membuatkan gadis itu semakin berasa takut.

"Kau sentuh aku, aku yang akan bunuh kau!" Kaki Jane menendang udara apabila kedua tangan ditekan kuat oleh musuhnya.

"Kau tak akan dapat bunuh aku." Eliaz merapat wajah mereka, lalu dia menunduk sedikit menjilat leher jinjang milik Jane.

"Mother!!!" Jane menjerit nyaring apabila leher terasa geli dan basah.

Eliaz mengukir sinis.

"Eliaz stop!!!" Jane semakin memberontak apabila Eliaz tidak henti mengejar lehernya.

Knock Knock Knock

"Abang, mummy panggil." Elieza mengetuk pintu bilik Eliaz bersama suara malas.

"Okey!" Jerit Eliaz apabila selesai mengejarkan leher jinjang milik Jane.

Jane merengus geram.

"Hari ini kau bernasib baik sebab aku tak jadi rogol kau tapi aku hanya akan bunuh kau." Eliaz melepaskan Jane yang berang di atas katil.

Eliaz mengambil pisau yang tersimpan kemas di belakang kocek seluar, lalu dia memegang pisau tersebut bersama senyuman menakutkan seperti muka Chucky sedang pegang pisau.

Jane membulat mata apabila melihat pisau tajam yang dipegang erat oleh Eliaz.

Jane tidak sangka bahawa Eliaz benar-benar ingin membunuhnya, saat itu baru dia sedar motif Eliaz mengambil dia bekerja sebagai pembantu rumah kerana ingin membunuhnya.

"Selamat tinggal Jane Emberson!" Eliaz mengangkat tinggi pisau, lalu dia menikam perut Jane bersama wajah kepuasan kerana telah berjaya menikam tubuh gadis tinggi lampai itu.

"Arghhhhhh tidakkkkkk!!!" Jane semakin membulat mata besar dan menyeringai kesakitan apabila perut ditikam oleh musuhnya.

Eliaz menarik pisau yang menikam perut Jane, lalu dia melepaskan ketawa jahat seperti manusia hilang kewarasan.

Eliaz melompat dari katil bersama ketawa terbahak-bahak, lalu dia mengambil pisau tajam tersebut dan menikam perutnya pula berulang kali.

Jane melihat aksi gila Eliaz, lalu dia meraba-raba bahagian perut yang ditikam oleh musuhnya bersama dada yang berombak laju.

Tiada darah

"Ekk...ekk...ekk...ekk..." Eliaz ketawa nakal sambil menekan-nekan pisau mainan yang berada ditangannya itu.

"Eliaz Stanislav!!!" Jane benar-benar bertukar menjadi singa kerana diri telah dipermainkan oleh musuhnya.

"Aku tak akan lupa wajah kelakar kau tadi." Eliaz ketawa sehingga berair matanya kerana wajah Jane kelihatan begitu kelakar apabila maut datang menjemput.

"Aku benci kau jantan tak guna!" Jane mengambil gelas kaca yang berada di atas meja yang terletak di sisi katil, lalu dia mencurah di wajah Eliaz yang asyik mengetawakannya.

Ketawa nakal Eliaz mati apabila wajah dicurahi air.

"HA HA HA HA! Padan muka kau syaitan!" Jane berpuas hati melihat wajah Eliaz yang kebasahan.

"Kalau kau nak tahu itu AIR PAIP!"

"Biar kau telan air paip yang kuman itu dan terus mati!" Jane mencekak pinggang.

Eliaz mengetap gigi tanda geram.

"Nampaknya terpaksa aku bunuh kau betul-betul!" Eliaz mendekati Jane dan mendukung tubuh gadis itu seperti membawa guni menuju ke beranda.

"Kau nak buat apa syaitan?!"

"Lepaskan aku jantan tak guna!"

"Sekarang kau tengok jantan tak guna ini nak buat apa pada kau!" Ujar Eliaz jahat, lalu dia melempar tubuh Jane dari tingkat atas ke bawah.

"Tidak!!! Aku tak mahu mati lagi!!!" Jane menjerit nyaring apabila tubuh melayang ke udara menuju ke bawah.

Eliaz benar-benar membunuhnya pada kali itu.

"ELIAZ STANISLAV!!!" Evelyn menjerit lantang apabila melihat perbuatan gila anak lelakinya melempar pembantu rumah dari tingkat atas.

"Hai mummy." Eliaz selamba melambai tangan kepada Evelyn.

"YOU TURUN BAWAH SEKARANG!" Evelyn menjerit geram, lalu dia melihat tubuh Jane berada di hadapannya bersama gelengan.

Anak lelakinya memang sudah gila gamaknya

•••••

Evelyn membetulkan kebaya ketat yang tersarung cantik ditubuh langsingnya sebelum memukul tubuh anak lelakinya bertalu-talu.

Eliaz ketawa riang kerana tubuh sasa miliknya langsung tidak terasa sakit.

"You dah gila?!"

"Bagaimana jika dia mati?!"

Evelyn memarahi Eliaz, lalu dia melihat Jane yang terketar kesejukan kerana Eliaz telah melempar gadis itu ke dalam kolam renang yang terdapat di tengah rumah dari tingkat atas.

Jane memeluk erat tuala yang menutup tubuh basah bersama wajah singa yang kelaparan menunggu masa ingin meratah mangsanya.

The devil's

"See, dia tak mati pun." Eliaz membalas renungan singa kelaparan yang dilemparkan oleh Jane terhadapnya.

"I memang tak faham apa masalah you berdua." Evelyn memeluk tubuh sambil menggeleng perlahan.

Sejak gadis yang bernama Jane atau pembantu rumah kepada Eliaz itu masuk ke dalam rumah agam milik suaminya itu, tiada sehari pun harinya tenang kerana telinga perlu mendengar pertelingkah mereka berdua.

"Jane, adakah you ini bekas kekasih Eliaz?" Soal Evelyn kepada Jane.

Jane dan Eliaz tersedak kuat.

"Ahem...puan besar dah lupa yang anak lelaki puan besar pernah berkata wajah I penuh freckles ini tak sesuai dengan anak lelaki you yang tampan." Jane mengukir senyuman manis kepada Evelyn.

"I bukan bekas kekasih Eliaz dan tak ingin nak bercinta dengan dia!" Senyuman manis Jane mati apabila melihat Eliaz memanah tajam wajahnya.

"Kau ingat aku nak bercinta dengan perempuan selekeh macam kau?"

"She's definitely not my cup of tea!" Eliaz menunjal dahi Jane kerana berasa geram gadis itu tidak ingin bercinta dengannya.

Evelyn menggeleng melihat tingkah kasar anak lelakinya itu.

"Aku tak akan lepaskan kau!" Jane sedaya upaya mengawal nada suaranya dari didengari oleh Evelyn.

"Jane, you pergi masuk bilik salin pakaian. I nak bercakap dengan Eliaz tentang hal penting." Arah Evelyn kepada Jane.

Jane mengangguk memahami dan bangun untuk menghilangkan diri, mata sempat menjeling Eliaz yang telah mengasari tubuhnya.

"Ada apa mummy?" Soal Eliaz apabila Jane sudah hilang dari pandangan.

"Seminggu yang lepas mummy ada buat pemeriksaan kesihatan dan ujian darah."

"Tadi pengurus peribadi mummy berikan surat keputusan dari hospital." Evelyn mengeluarkan surat yang berada di dalam tas tangan, lalu diberikan kepada Eliaz.

Eliaz berdebar jantung memikirkan adakah Evelyn telah disahkan menghidapi kanser payudara tahap keempat.

Secara pantas, Eliaz membaca keputusan pemeriksaan kesihatan dan ujian darah Evelyn.

"Biar—betul." Eliaz melongo seketika.

"Mummy pun tak sangka yang mummy sekarang ini—"

"Mengandung dua bulan!" Evelyn menjerit teruja kerana ada benih di dalam rahimnya setelah lama merehatkan diri dari menjadi kilang buat anak.

"Hell, no way!!!" Eliaz menjerit tidak dapat menerima berita buruk tersebut.

"Mummy, you're already in 40s!" Eliaz menggeleng tidak mempercayai Evelyn.

"What? I masih lagi muda." Evelyn menjeling Eliaz yang membantah.

"I tak nak adik lagi!"

"Cukuplah Elieza seorang dah memeningkan kepala I." Eliaz bersandar lemah di kepala sofa kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa ibunya sedang mengandung.

"I tak kisah you terima atau tak, janji suami kesayangan I terima bayi yang I kandung ini." Evelyn mengukir senyuman miang.

"Seriously daddy?" Eliaz ternganga besar apabila Alvian tidak kisah isterinya mengandung di usia 40-an.

"Daddy you gembira sangat." Beritahu Evelyn sambil mengusap perutnya.

"You tak boleh bagi kami berdua cucu, jadi kami buatlah anak sendiri." Evelyn menyindir anak lelakinya itu.

"I akan benci bayi dalam perut you itu mummy!" Eliaz bengang kerana umurnya sudah dua puluh lapan tahun tetapi masih tidak mempunyai isteri dan anak.

Semuanya salah Jane!

"Bayi ini akan menjadi anak kesayangan mummy selepas ini." Evelyn tersenyum menawan sambil mengusap perutnya, lalu dia bangun dari duduk untuk meninggalkan anak lelakinya yang tampak tertekan.

"It's not fair!" Eliaz menjerit geram kerana dia tidak mahu adik lagi.

Evelyn memekakkan telinga.

"Ini semua salah Jane. Aku akan huru-hara hidup kau wahai Jin anak Aslan!" Eliaz merengus geram kerana gadis itu telah menyebabkan dia masih membujang sehingga ke saat itu.

Setelah membersihkan diri, Jane keluar dari bilik mandi dengan hanya melilit tuala ditubuh seksi miliknya.

Jane membaring tubuh di atas katil tanpa menyalin pakaian kerana diri terasa lelah pada hari itu gara-gara perbuatan kejam musuh terhadapnya.

Jane bengang terhadap Eliaz kerana diri hampir lemas di dalam kolam renang dek jejaka itu melemparnya  dari tingkat atas rumah agam itu.

Gila punya jantan!

Jane mengempal penumbuk kerana dia perlu memikirkan idea untuk mengenakan Eliaz kembali.

"Jantan tak guna! Kau ingat badan aku ini anak patung suka hati kau main lempar-lempar!" Jane mendecit kegeraman.

"Aku akan pastikan kau terima balasan kembali."

Jane berhenti menyumpah Eliaz apabila menerima FaceTime dari teman baik.

"Helo." Jane menjawab malas.

"Jane apa yang di leher kau itu!" Laureen iaitu teman baik Jane dari zaman sekolah membulat mata besar melihat sesuatu di lehernya.

"Ada apa?" Jane berkerut wajah, lalu dia bangun dari katil dan menuju ke cermin yang terdapat di dalam bilik mandi.

Jane melihat sesuatu di leher jinjang miliknya, lalu dia mengawal diri dari menjerit kuat menyebut nama musuhnya kerana Laureen masih di dalam talian.

"Alergik." Jane membalas kembali bersama senyuman palsu.

"Alergik? Sejak bila kau alergik?" Laureen curiga melihat Jane.

"Yang aku tahu hanya aku seorang yang alergik dalam geng Barbiepotpet." Laureen mengetuk dagu sambil berkerut wajah bagaikan sedang memikirkan masalah dunia.

"Tiada ribut tiada tsunami, kenapa tetiba kau FaceTime aku?" Jane menyukar topik.

"Aku baru sampai Hallstatt." Beritahu Laureen, lalu merebah tubuh di atas katil.

"Jauhnya kau pergi membawa diri." Jane tahu kisah Laureen yang berubah watak dan penampilan itu.

Tiada lagi gadis berkaca mata besar

"Dia ada di sini."

"Siapa." Soal Jane sambil melihat tanda merah di leher gebu miliknya.

"Nash." Laureen mengembungkan kedua pipi.

"What?!"

"Dia ikut kau ke Hallstat?" Jane terkejut.

Laureen mengganguk laju.

"Dia nak pujuk aku tapi cakap aku hodoh sebab tak pakai kaca mata besar aku."

"Lepas itu kutuk aku jeling macam OKU."

"Meluat!" Laureen merengus geram.

"Dia cakap kau hodoh?" Jane melepaskan tertawa jahat.

Laureen menjeling tajam.

"Aku rasa dia cemburu bila ada lelaki yang ushar kau sebab sekarang kau semakin cantik."

"Aku semakin cantik?" Laureen tersenyum lebar sambil membuat gaya seperti seorang duta produk kecantikkan apabila teman baik memuji dirinya.

Jane memutar berbola mata.

"Patutkah aku berikan dia peluang?" Soal Laureen tetiba.

"Terpulang pada diri kau." Jane melihat wajah comel milik Laureen yang mulai kusut.

"Jawapan kau—"

"Langsung tak membantu!" Laureen menjeling seraya mematikan FaceTime.

"Nasib baik kau teman baik aku wahai Ureen oi!" Jane mengetap gigi tanda geram kerana teman baik suka mematikan talian sesuka hatinya.

Jane meletakkan telefon pintar dan melihat tanda merah di leher miliknya sambil teringat kembali kejadian tidak senonoh musuh terhadap dirinya itu.

Tipu jika Jane mengatakan dia tidak merasai sesuatu apabila musuh menyentuh batang leher miliknya.

Knock Knock Knock

Jane mendiamkan diri walaupun telinga menangkap bunyi ketukan pintu bilik dari arah luar. Dia tidak mahu membuka pintu jika manusia itu adalah musuhnya.

"Jane." Kedengaran suara lembut Dhya menyeru nama Jane.

"Sekejap!" Secara pantas, Jane memilih baju di dalam almari untuk dipakai memandangkan tubuhnya masih dibaluti tuala.

"Kenapa?" Soal Jane apabila membuka luas pintu bilik.

"Tuan muda panggil awak." Beritahu Dhya bersama senyuman manis.

"Tak nak aku jumpa dia." Balas Jane selamba sambil melihat kuku jemarinya.

"Tak ada pembantu rumah yang berani berkata tidak kepada tuan muda." Dhya masih tidak lekang dengan senyuman.

Jane mempamerkan riak wajah poker kerana tidak suka mendengar perkataan pembantu rumah.

"Menyusahkan betul!" Jane menghempas pintu bilik dan lantas mengorak langkah untuk bertemu tuan muda.

Dhya menggeleng kerana dia kerap melihat Jane bergaduh dengan tuan muda.

"Tuan muda." Jane berjalan gaya kucing bersama senyuman miang menuju ke arah Eliaz yang sedang mencekak pinggang.

"Tak payah nak senyum miang!" Marah Eliaz kerana senyuman miang itu membuatkan dia rasa seperti ingin bersetubuh dengan tubuh seksi milik gadis itu.

"Kau nak apa petang-petang ganggu aku?!" Jane berwajah singa kembali.

"Pembantu rumah, kan?" Soal Eliaz sinis.

"Hari ini hari sabtu. Aku cuti." Naik menyampah Jane apabila Eliaz asyik mengingatkan pekerjaannya.

"Siapa cakap hari sabtu adalah hari cuti kau?" Eliaz menaikkan sebelah kening ke atas.

"Kau tak ada cuti." Eliaz mengukir senyuman sinis.

"Kau nampak pasu bunga itu?" Jane bengang.

Eliaz tidak menghiraukan Jane yang memberi tanda ingin membaling pasu bunga kepadanya.

"Mulai hari ini kau tak ada cuti sebab tak hormat aku sebagai majikan kau!" Ujar Eliaz serius.

"Kau dah potong gaji aku, tak puas lagi?!" Jane menahan tangan dari mencekik leher milik musuh.

"Tak." Selamba Eliaz membalas.

"Selagi kau tak belajar hormati aku, selagi itu aku tak akan puas!"

"Kau!" Jane mengetap gigi.

"Sudah aku tak nak dengar suara kau lagi!" Eliaz menunjal dahi Jane.

"Sekarang aku nak kau bersihkan lantai ruang tamu." Arah Eliaz kepada Jane.

"Aku tak pernah bersihkan lantai ruang tamu." Jane berombak dada kerana dia tidak akan mengotori tangan dengan membersihkan lantai.

"Tak pernah?"

"Dasar spoiled brat." Sinis Eliaz melihat Jane.

Jane menggenggam erat penumbuk.

"Memandangkan kau tak pernah bersihkan lantai, jadi aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk kau ambil pengalaman." Eliaz mendekati Jane bersama wajah jahat.

"Lebih baik kau dengar arahan aku sebelum aku telefon John Emberson." Ugut Eliaz.

"Baiklah tuan muda, I menurut perintah." Jane memaniskan wajah, lalu dia memaling tubuh untuk berlalu pergi untuk mencari mop lantai.

"Kau nak pergi mana?" Soal Eliaz kepada Jane.

"Pergi ambil mop lantai wahai tuan muda." Jane membalas bersama senyuman manis yang masih terhias di wajah cantiknya.

"Excuse me, perempuan selekeh." Eliaz memberikan isyarat kepada Jane agar datang kepadanya kembali.

Jane merengus geram dan mendekati Eliaz.

"Dhya!!!" Eliaz menjerit lantang menyeru nama Dhya sehingga gadis itu hampir terhantuk dinding kerana berasa terkejut.

Dhya berlari anak menuju ke arah Eliaz bersama baldi yang terisi air dan kain buruk.

"Nasib baik kau cepat, kalau tak--" Eliaz membuat isyarat potong leher kepada Dhya.

Dhya mendurja wajah.

Jane mengecilkan anak mata melihat musuhnya yang bersikap jahat dan kejam itu.

"Aku nak kau bersihkan lantai guna kain." Eliaz bernada serius.

"Siapa bersihkan lantai guna kain?!" Jerit Jane geram.

"Kau!" Eliaz menjerit kembali, lalu melemparkan kain ke wajah Jane.

Secara perlahan, Dhya menapak langkah ke belakang untuk melarikan diri kerana tidak mahu masuk campur.

Jane mengambil kain buruk yang dilempar ke wajahnya bersama rengusan geram.

"Aku nak kau cuci bersih-bersih."

"Aku periksa ada habuk lagi, siap kau Jin anak Aslan!" Eliaz membuat isyarat memotong leher kepada Jane, lalu dia membalas group chat The Misery Club'yang masuk tanpa henti.

Jane melihat geli kain buruk walaupun kain itu putih bersih, lalu dia menunduk tubuh untuk membersihkan lantai tanpa kerelaan.

Eliaz menelan air liur apabila mata tertancap ke arah punggung bulat milik Jane si singa yang sedang membersihkan lantai.

Eliaz membaca perbualan di dalam group chat yang sedang bercakap fasal romen membuatkan dia berasa geram kerana tidak dapat beromen dengan gadis kegemaran.

Eliaz mendekati Jane yang sedang membersihkan lantai bersama wajah kegelian.

Jane mendongak wajah apabila melihat kaki milik si musuh yang menghalangnya membersihkan lantai.

"Ajaran sesat mana kau belajar bersihkan lantai?!" Eliaz melihat Jane memegang geli hujung kain buruk sambil menguis-guis lantai.

"Aku tak tahu cuci lantai!" Jerit Jane bengang.

"Bulan ini aku tak akan bayar gaji kau!" Eliaz melutut di depan Jane bersama wajah jahat.

"Aku bunuh kau jantan tak guna!" Jane menekam tubuh Eliaz, lalu dia mencekik leher jejaka itu.

Eliaz melepaskan ketawa besar kerana leher terasa geli.

Elieza yang baru pulang dari bertemu dengan temannnya, dia membulat mata apabila melihat Jane mencekik leher abangnya.

Secara pantas, Elieza menarik tubuh Jane yang menggila di atas tubuh Eliaz agar abangnya tidak mati akibat dicekik.

"Kakak Jane sabar!"

"Aku tak boleh sabar lagi dengan jantan tak guna ini!" Jane mengetap gigi.

"Siapa jantan tak guna?" Eliaz menaikkan sebelah kening ke atas.

"Kau!" Jane mengambil baldi yang terisi air, lalu dia membaling ke wajah Eliaz.

Sesaat Eliaz memejam mata.

Elieza bersama beberapa pembantu rumah yang sibuk melihat adegan, lantas menekup mulut apabila melihat wajah dan tubuh Eliaz sudah kebasahan.

Jane melepaskan ketawa besar menyindir Eliaz yang terdiam kebasahan.

Eliaz bangun dari duduk dan mendekati Jane yang sedang ketawa bahagia seperti baru memenangi loteri.

"Hei lepaskan aku!" Jerit Jane apabila Eliaz mendukung guni tubuhnya.

Jane memukul tubuh belakang milik Eliaz yang sedang melangkah ke kawasan yang dia tidak pasti ke mana.

"Abang lepaskan kakak Jane." Elieza berlari mengikut Eliaz yang sedang mendukung guni tubuh Jane.

"Aku tak akan minta maaf pada kau Jane." Ujar Eliaz, lalu dia membaling tubuh Jane ke dalam kolam ikan koi yang terdapat di taman minimalis dalam rumah agam itu.

"ELIAZ!!!" Jane menjerit nyaring apabila tubuh di baling ke dalam kolam ikan koi.

Elieza menekup kedua telinga dengan tangan apabila jeritan milik Jane bergema seluruh rumah.

"JANTAN TAK GUNA!!!" Jane timbul di permukaan air semula sambil memukul air sehingga ikan-ikan koi berenang laju untuk menyelamatkan diri. Hari itu sahaja sudah dua kali jejaka itu membalingnya ke dalam kolam!

"Ini hukuman kau!"

"Kau duduk dalam kolam ikan yang sama spesis otak bodoh dan lembab seperti kau!" Kutuk Eliaz.

"Otak kau lagi bodoh dan lembab dari ikan!" Lawan Jane kembali.

Eliaz mengetap rahang kerana gadis bernama Jane ada sahaja ingin melawan katanya.

"Abang sudah!" Elieza mematikan sentimen mata menikam mata yang menunggu masa ingin meletup.

"Aku lepaskan kau satu jam."

"Selepas satu jam berakhir, tahulah nasib kau nanti wahai Jin anak Aslan." Eliaz membuat isyarat menembak dahi Jane, lalu dia berlalu pergi untuk membalas group chat The Misery Club yang masuk tanpa henti.

"Maaf kakak Jane." Elieza melihat simpati Jane yang asyik menjadi mangsa buli abangnya.

"Help me out of the hell that your brother has created." Jane keluar dari kolam ikan bersama tubuh basah.

Elieza hanya mampu tersenyum nipis kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin membantu Jane untuk keluar dari neraka ciptaan abangnya.

Dari jauh Eliaz mengukirkan senyuman sinis melihat Jane yang kebengangan terhadapnya tanpa rasa bersalah.

I'm a sweet disaster

••••••••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro