ELIAZ X JANE 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"




Tiga hari berlalu, Jane tidak melihat kelibat tuan muda yang menghilangkan diri setelah melemparnya ke dalam kolam ikan.

Hidup Jane terasa begitu indah sekali sejak tuan muda tiada di rumah membuatkan dia bermaharajalela di dalam rumah agam bak istana kuno pada zaman dinasti Ming dan Qing.

"Hei anak mat saleh." Aida iaitu salah seorang pembantu rumah melihat tajam wajah Jane.

"Apa?" Jane duduk di atas dapur pulau yang terdapat di ruang dapur sambil meneliti jemari yang sudah lama tidak manicure and pedicure.

"Aku lihat kau ini sejak tuan muda tak ada asyik duduk santai macam mem besar." Aida mencekak pinggang kerana tidak suka sikap Jane yang tidak melakukan sebarang kerja rumah.

"Jadi?" Jane menaikkan sebelah kening ke atas.

"Kalau rasa tak nak kerja, kau boleh pergi dari sini." Sampuk Zura yang tidak suka dengan Jane sejak kali pertama Dhya memperkenalkan gadis New York itu.

"Selagi aku tak berjaya jadi mem besar yang sebenar dalam rumah agam ini, selagi itu aku tak akan pergi ke mana." Muncul tanduk syaitan di atas kepala untuk mengenakan mereka yang tidak suka dengannya.

"Aku rasa kau silap pekerjaan." Helena memeluk tubuh di bingkai pintu dapur mendengar perbualan mereka.

Jane menikam wajah gadis yang membuatkan aura suasana menjadi gelap apabila gadis itu muncul.

"Orang seperti kau sesuai bekerja sebagai perempuan kabaret." Helena mengukir senyuman sinis.

"Aku ada bau sesuatu yang terbakar." Jane menyedut-yedut udara sekeliling seperti German Shepherd dan melompat turun dari dapur pulau mendekati Helena.

"Lah kau rupanya yang bau terbakar itu." Jane menutup hidung apabila di depan Helena.

"Aku rasa kau patut kurangkan rasa cemburu kau itu sebab bau hangit teruk!" Sebelah tangan Jane melibas-libas udara.

"Kau!" Helena bengang.

"Aku tahu kau cemburukan aku sebab tuan muda selalu fokus pada aku walaupun aku baru kerja beberapa hari." Ujar Jane berlagak.

"Kasihan kerja bertahun-tahun di sini tapi tuan muda langsung tak tahu kewujudan kau."

"Jika kau nak aku boleh kenalkan kau dengan tuan muda." Jane tersenyum jahat.

"Kau tak perlu nak berlagak sangat." Helena bersuara kembali.

"Hakikat semua orang tahu yang tuan muda bencikan kau sebab sikap kurang ajar kau itu." Helena memeluk tubuh.

"Sudah lah aku malas nak layan orang gaji toksik seperti kau ini. Shush ke tepi!" Jane menolak bahu Helena, lalu dia melangkah keluar dari dapur kerana malas ingin melayan gadis itu dan yang lain.

"Kau pun orang gaji juga perempuan!" Jerit Helena geram.

Jane memekakkan telinga.

Jane bersiar-siar di dalam rumah seperti ketua pembantu rumah yang memerhati para pembantu rumah yang lain menjalankan tugas agar mereka tidak mencuri tulang.

"Uwerkkkk!"

Jane berhenti melangkah apabila mendengar bunyi seperti manusia sedang muntah di halaman tengah rumah yang terdapat kolam renang di situ.

"Puan besar." Jane mendekati Evelyn yang duduk di atas sofa santai sambil mengurut dada setelah memuntahkan cecair.

"Are you okay?" Jane mengurut belakang Evelyn.

"Jangan risau, I baik-baik saja." Evelyn menghidu aroma minyak angin yang berbau lemon untuk menghilangkan rasa loya.

"Kalau puan besar tak sihat, I minta Sam bawa puan besar ke hosiptal." Jane naik risau melihat wajah pucat Evelyn.

"Biasa lah Jane, simptom pembawakan bayi." Evelyn mengusap perut bersama senyuman kepada Jane.

Jane membulat mata besar, lalu mata tertancap ke arah perut bulat ibu musuhnya yang sedikit membuncit.

"Errr—tak sangka yang puan besar bakal menimang cahaya mata tak lama lagi." Jane cuba beriak seperti tidak terkejut.

"Accident." Evelyn tertawa kecil kerana dia tahu gadis bernama Jane itu seakan terkejut.

"Suami I terlepas dalam." Beritahu Evelyn tanpa rasa segan silu.

Jane menahan malu kerana otaknya kotor membayangi ibu bapa Eliaz sedang bersetubuh di atas katil.

Damn it my virgin brain!

Jane melihat Evelyn, walaupun wanita itu sudah berusia 40-an tetapi tubuh badannya masih langsing dan bergetah seperti anak muda.

"You ada kekasih?" Soal Evelyn mematikan lamunan dewasa Jane.

Jane menggeleng.

"Pelik."

Jane berwajah hairan.

"Gadis cantik seperti you tak ada kekasih." Evelyn meneliti raut wajah gadis New York di sebelahnya itu.

"I pembantu rumah. Tak ada yang nak berkawan dengan I." Jane merendah diri, sedangkan hakikatnya di dalam hati menjerit sebab Eliaz dia masih membujang sehingga kini.

"I tak tahu apa motif anak lelaki I ambil you bekerja sebagai pembantu rumah tapi I rasa seperti ada sesuatu di antara you berdua." Evelyn meneguk air suam apabila rasa loya sudah menghilang.

"Elieza cakap yang you berdua belajar di sekolah yang sama." Evelyn meletakkan gelas di atas meja santai, lalu melihat wajah Jane.

"Ya kami belajar di sekolah yang sama, cuma kami tak sebulu." Beritahu Jane.

"Jadi you budak perempuan yang bernama Jane, yang buat Eliaz kena buang sekolah?"

Jane menggangguk, tiada guna dia ingin menipu ibu kepada musuhnya itu.

"Jadi benar dia ada gambar bogel you?" Soal Evelyn.

Jane membulat mata bersama kedua pipi berona merah kerana Evelyn seorang wanita yang bold apabila berbicara. Baru dia tahu dari mana Eliaz mendapat sikap sebegitu rupa.

Jane menceritakan apa yang terjadi kepada Evelyn bagaimana anak lelaki kesayangan dia itu mempunyai gambar bogelnya.

"Puan besar tak percaya anak you sendiri?" Jane melihat Evelyn yang tetiba membangkitkan kejadian yang hampir membuatkan dia terjun ke dalam tasik yang terdapat di kawasan sekolah kolej King St. Michaels.

"Mestilah I percaya pada dia cuma I tak tahu dia tergoda atau tak bila lihat gambar bogel you." Evelyn mengeluh perlahan.

Jane tergamam sesaat.

Apakah?

"Oh sayang jangan salah faham." Evelyn melepaskan ketawa apabila melihat wajah Jane yang tergamam.

"I cuma nak tahu sebab dari situ I boleh tahu yang anak lelaki I normal atau tak." Beritahu Evelyn bersama sisa tertawa.

Jane turut melepaskan ketawa apabila Evelyn asyik memikirkan anak lelakinya itu adalah seorang lelaki bernafsu songsang.

"Kalau puan besar nak tahu, Eliaz seorang kaki perempuan semasa waktu belajar dahulu." Jane menyembunyikan senyuman jahat kerana itu masa yang sesuai untuk dia membongkar sikap durjana Eliaz semasa waktu sekolah.

"I tak pernah tahu." Evelyn beriak wajah terkejut.

"Eliaz sangat terkenal di sekolah bukan sebab dia datang dari keluarga bangsawan Stanislav tapi sebab dia seorang kaki perempuan."

"Puan besar nak tahu sesuatu." Mata Jane meliar melihat sekeliling kerana takut tuan empunya nama muncul tetiba.

"Eliaz selalu berasmara dengan pelajar-pelajar perempuan yang tergilakan dia." Jane bernada perlahan memberitahu Evelyn yang membulat mata besar.

"Puan besar tahu threesome?"

Evelyn mengangguk memahami.

"Jangan cakap yang dia—" Mata Evelyn semakin membulat besar.

"Foursome."

"WHAT?!!!" Evelyn menjerit nyaring.

"Eliaz seorang jejaka yang tampan dan pandai bermadah sehingga semua gadis cair mendengarnya."

"Eliaz rasa dia senang nak dapat gadis cantik tanpa perlu memetik jari, mereka datang menyerah diri kepadanya begitu sahaja."

"Eliaz dah puas berasmara dengan ramai gadis cantik sehingga dia menjadi bosan dan nafsu mulai berubah menjadi songsang."

"Bercinta dengan seorang lelaki tidak melecehkan seperti bercinta dengan seorang gadis, itu apa yang Eliaz selalu katakan." Jane mereka-reka cerita agar musuh terkena penampar maut dari ibu kandung.

"Jadi betul lah sekarang ini dia seorang gay?" Evelyn berombak dada kerana tidak sabar ingin memarahi anak lelakinya.

Jane mengangguk tanpa rasa bersalah.

"Anak tak sedar dek untung!" Evelyn mulai naik hantu.

"Eliaz!!! Siap you nanti dengan I!!!"

"Sabar puan besar sabar." Jane cuba menenangkan Evelyn, walaupun di dalam hati sedang ketawa bagai nak gila.

"You kena tolong I." Evelyn menggenggam erat penumbuk kerana di mana dia mahu meletakkan wajah jika ahli keluarga yang lain dan kenalannya tahu tentang sikap tidak senonoh anak lelakinya itu.

"I nak you cari tahu siapa teman lelaki Eliaz!" Arah Evelyn kepada Jane.

"I nak berikan pengajaran kepada lelaki gatal itu!"

"Baiklah I akan cari tahu siapa teman lelaki Eliaz. Puan besar jangan risau, serahkan segalanya kepada I. Puan besar hanya perlu berehat dan jangan berfikir banyak demi bayi di dalam rahim."

Evelyn tenang kembali apabila teringat bayi yang bernyawa di dalam rahim miliknya.

"I kena pergi dulu sebab ada kerja yang perlu diuruskan." Jane sopan meminta diri kerana tidak sabar untuk melepaskan ketawa yang di tahan.

Evelyn mengangguk.

Jane melangkah laju bersama senyuman jahat kerana kali itu dia berjaya mengenakan Eliaz tanpa pengetahuan jejaka itu.

Padan muka kau wahai jantan tak guna!

•••••

Tubuh sasa milik Eliaz keluar dari perut kereta apabila tiba di rumah agam milik keluaga. Wajah berkerut seribu apabila melihat si singa sedang berdiri di hadapan pintu utama bersama senyuman manis kepadanya.

"Selamat tengahari tuan muda." Jane menyambut mesra tuan muda yang tiba di pekarangan rumah setelah seminggu menghilangkan diri.

"Syaitan mana rasuk kau wahai jin?" Eliaz hairan melihat senyuman memukau dari Jane.

"Seminggu tak bertemu mata dengan tuan muda, I rasa rindu." Ujar Jane lembut.

Eliaz berhenti melangkah apabila berada di hadapan Jane, lalu dia melihat curiga tingkah gadis itu yang berubah lembut.

Jika Jane adalah isterinya, sudah pasti dia akan mendukung gadis itu ke bilik tidur untuk bersetubuh bagi melepaskan rindu.

Eliaz berdehem mematikan adegan syurga duniawi itu.

"Rindu nak kena baling dalam kolam?" Eliaz pasti ada sesuatu yang tidak kena terhadap Jane.

Jane mencuka wajah, lalu dia tersenyum manis kembali.

"Tahniah."

"I nak belanja you makan." Jane memberitahu niat sebenarnya.

Eliaz semakin memandang curiga terhadap Jane.

"Kau ada duit nak belanja aku makan? Bulan ini aku tak bayar gaji kau." Eliaz mengecilkan anak mata melihat Jane yang tampak benar pelik.

"Walaupun you tak bayar gaji I tapi I masih ada wang simpanan." Jane lembut berbicara.

"Sebenarnya, kau ucap tahniah untuk apa?" Eliaz menaikkan sebelah kening ke atas kerana rasanya dia tidak memenangi sebarang loteri.

"You bakal menjadi abang lagi." Jane menahan ketawa.

Eliaz merengus geram.

"Tak sangka Eliaz berumur 28 tahun bakal dapat adik lagi." Jane melepaskan ketawa besar kerana tidak dapat menahan lagi.

"HAHAHAHAHA!" Jane ketawa seperti kerasukkan.

"Suka?" Eliaz bengang melihat Jane kerana dia sudah agak jika gadis itu tahu tentang berita tersebut, pasti Jane akan memerlinya.

"I akan beritahu dalam group chat sekolah, biar semua tahu yang you bakal dapat adik lagi!" Jane ketawa terbahak-bahak.

"I dare you." Eliaz menahan tangan dari mencekik leher jinjang milik Jane.

"Aku akan beritahu yang kau bekerja sebagai pembantu rumah!" Eliaz bernada jahat membuatkan ketawa Jane mati.

"Tak kisah, yang pasti mak kau yang dah tua itu sedang mengandungkan adik kau."

"Agaknya di mana Eliaz Stanislav nak letak mukanya bila semua orang cakap yang mak dia sedang hamil tapi dia masih lagi membujang dan tak mampu memberikan cucu kepada keluarga."

"Lebih baik kau tutup mulut kau sebelum aku cium kau!" Eliaz mengetap rahang.

"Kau tak akan dapat cium aku." Jane menjelir lidah kepada Eliaz seraya melangkah masuk ke dalam rumah kerana takut benar-benar jejaka itu akan mencium bibirnya tetapi perbuatan jahatnya tidak terhenti di situ.

"Yeay...Eliaz akan jadi abang lagi!"

"Tak dapat main dengan anak sendiri, main dengan adik sendiri pun okey juga." Ujar Jane teruja.

"Kau memang nak kena rogol dengan aku, kan?!" Telinga Eliaz berasap apabila Jane menyindir dirinya.

Secara lantas, Jane melarikan diri dari Eliaz yang tampak seperti king kong ingin memijak tubuhnya.

Eliaz melangkah menuju ke bilik tidur untuk merehatkan diri kerana baru pulang dari Bulgaria di atas urusan misi menyelamatkan rumah tangga Hariz dan tengku Aileen.

Langkah terhenti apabila bertembung dengan ibu kesayangan.

Eliaz dan Evelyn menikam mata mempamerkan rasa tidak berpuas hati. Kemudian, mereka meneruskan langkah tanpa menegur di antara satu sama lain seperti kebiasaan.

Eliaz merebah tubuh di atas katil kerana tertekan memikirkan Evelyn sedang hamil yang membuatkan dia tidak dapat menerima berita tersebut.

Eliaz tidak faham kenapa Evelyn ingin hamil pada usia lewat dan Alvian tidak kisah.

Eliaz bengang apabila group chat yang terdapat sepupu-sepupu dia tidak henti mengusik dirinya yang akan menjadi abang tidak lama lagi dan akan menjaga adik kecilnya.

Semakin bengang apabila Jane turut mengusik dirinya yang membuatkan dia seperti ingin meletus seperti gunung berapi.

Disebabkan Eliaz tidak dapat menerima Evelyn sedang hamil dan terpaksa menahan malu, jadi dia telah membuat keputusan untuk berperang dengan ibu kandungnya.

Perut kosong Eliaz mulai berbunyi menandakan dia perlu mengisi makanan untuk mendiamkan bunyi perutnya itu.

Eliaz mengukir senyuman nakal apabila sesuatu yang jahat menerjah akal fikiran tetapi sebelum itu dia nak tidur dahulu kerana keletihan walaupun perutnya kosong.

Di dalam kereta mewah Audi, Jane memeluk tubuh bersama wajah mendurga geram kerana terpaksa mengorbanan tidurnya demi mengikuti si musuh.

Jane melihat jam tangan di pergelangan tangan untuk melihat waktu.

Tidak lama kemudian, kereta mewah Audi terhenti di pekarangan hotel mewah.

Jane keluar dari perut kereta mengikuti Eliaz yang masuk ke dalam hotel tanpa sebarang bicara.

Apabila di dalam kotak lif, Eliaz memandang Jane yang kelihatan bosan itu sedang bermain hujung rambut.

Mereka keluar dari perut lif apabila tiba di aras yang menempatkan restoran mewah Tosca.

Jane duduk di atas kerusi melihat Eliaz yang sedang memilih makanan untuk mengisi perut yang asyik meronta-ronta minta diisikan.

"Kau nak makan apa?" Eliaz mengerling sekilas wajah Jane.

"Tak nak."

Eliaz menutup buku menu setelah membuat pilihan, lalu dia memesan beberapa jenis makanan kepada pelayan.

Jane beriak wajah kehairanan memikirkan banyak betul Eliaz memesan makanan.

Beberapa minit kemudian, makanan siap terhidang di atas meja.

Eliaz menjamah makanan tanpa memperlawa Jane yang memberikan pandangan menyampah terhadapnya.

"Mesti dalam perut banyak cacing." Kutuk Jane perlahan sambil melihat Eliaz makan stik daging lembu, spaghetti dan pizza pepperoni seperti manusia kelaparan tidak makan selama sepuluh tahun.

"Kau ada cakap sesuatu?" Soal Eliaz yang mendengar kutukan Jane terhadapnya.

Jane membisukan diri, dan melihat jendela berpanel kaca kerana malas ingin menjawab pertanyaan Eliaz.

"Malam ini aku boleh tidur dengan lena. Bil." Eliaz bermonolog sendirian seraya mengangkat tangan kepada pelayan untuk meminta bil.

Pelayan memberikan bil kepada jejaka berdarah bangsawan yang cukup terkenal di bandar Melaka itu bersama senyuman manis.

"Nah bayar." Eliaz meletakkan buku bil kepada Jane setelah pelayan berlalu pergi.

"Aku bayar?" Jane mempamerkan riak wajah tiada emosi.

"Tadi kau cakap nak belanja aku makan, kan?"

"Tapi aku tak cakap nak belanja kau makan di hotel!" Jane mulai bengang, lalu dia melihat pelbagai makanan yang di pesan oleh jejaka itu habis licin di makan.

Dasar raksasa!

"Aku tak akan bayar." Jane memeluk tubuh.

"Kau yang makan semua ini macam bela hantu saka, aku pula nak kena bayar. Banyak kacak muka kau!"

"Kau tahu saka?" Sempat Eliaz menyoal Jane.

"Teman baik aku orang melayu mestilah aku tahu wahai saka!" Jane merengus geram.

"Kau lah saka wahai jin! Saka itu satu keturunan dengan Jin!" Eliaz membaling kain napkin ke wajah Jane kerana geram gadis itu mengutuknya saka.

"Tak guna!" Jane membaling semula kain napkin ke wajah Eliaz tetapi jejaka itu sempat mengelak.

"Kau tak payah nak ubah topik okey. Aku nak kau bayar!"

"Muka kau tak kacak untuk aku bayar makanan kau!" Jane menjelir lidah kepada Eliaz, meniru gaya Laureen iaitu teman baiknya.

"Aku tak kacak?" Eliaz mempamerkan riak wajah terkejut.

"Tak apa kalau tak kacak, janji muka aku bersih dan tak ada freckles seperti kau." Kutuk Eliaz kepada Jane.

Jane mengempal penumbuk.

"Aku sumpah muka anak kau penuh freckles satu muka!" Jane berombak dada kerana jejaka itu selalu mengutuk wajahnya yang mempunyai freckles.

"Bermakna—" Eliaz mengurut dagu tajam miliknya sambil memikirkan sesuatu.

"Muka anak aku ada freckles kalau aku berkahwin dengan wanita yang ada freckles." Eliaz mengecilkan anak mata melihat Jane.

"Jangan-jangan sebenarnya kau nak berkahwin dengan aku sebab itu kau sumpah muka anak aku ada freckles!" Eliaz membulat mata melihat Jane.

"Kau jangan nak mengarut syaitan!" Besar kecil besar kecil Jane merenung Eliaz.

"Tak sangka kau ada angan-angan nak berkahwin dengan aku." Eliaz menggeleng perlahan.

"Kau bukan selera aku, jangan nak perasan." Jane menolak rambut paras bahu ke belakang bersama wajah menjengkelkan.

"Oh lupa selera kau macam jejaka tahi ayam." Ujar Eliaz sinis.

"Kau jangan nak cari hal, sebab kau Darren tinggalkan aku!"

"Apa kena mengena dengan aku?" Eliaz berwajah tidak bersalah.

"Kau jangan nak buat seperti tak tahu apa yang terjadi." Jane menjeling Eliaz yang mempunyai gambar bogelnya sehingga bekas teman lelaki meminta putus darinya.

Eliaz melepaskan ketawa tidak bersalah.

"Kau patut berterima kasih pada aku."

"Kau bukan suka mamat tahi ayam itu, kan?" Eliaz mengukir sinis.

"Kalau aku tak suka dia, buat apa aku bercinta dengan dia?" Jane bengang buat ke seribu kali.

"Kau tahu bercinta? Orang seperti kau ada perasaan?" Eliaz bernada jahat.

"Aku atau kau!" Jerit Jane seraya bangun dari duduk menikam wajah Eliaz.

"Sekurangnya aku tak pernah mengecewakan hati orang seperti kau!" Marah Jane dan berlalu pergi meninggalkan Eliaz yang terpinga.

"Hei siapa yang nak bayar bil?!" Jerit Eliaz kembali kepada Jane yang berjalan laju.

"Bila masa aku mengecewakan hati orang?" Eliaz monolog bersendirian memikirkan bicara Jane.

Jane berjalan seorang diri di tepi sungai sambil melihat para pelancong yang menaiki River Cruise menikmati bandar Melaka yang penuh dengan peninggalan sejarah warisan dunia.

Jane berhenti melangkah melihat kincir air dan air pancur muzikal yang memeriahkan suasana tetapi malang rasa marah terhadap musuh tetap tidak hilang.

Jane menjadi sangat marah terhadap Eliaz yang mengatakan dia tidak mempunyai perasaan dan tidak tahu bercinta.

"Di sini rupanya kau." Eliaz berdiri di sebelah Jane yang sedang merenung kincir air. Puas dia mencari gadis itu yang menghilangkan diri sehingga membuatkan diri menjadi cemas.

Jane menjeling tajam jejaka yang berada di sebelahnya itu.

"Tak payah merajuk."

"Kau tahu kan yang aku tak akan minta maaf pada kau." Ujar Eliaz selamba.

"Siapa merajuk!" Jerit Jane seperti mak singa.

"Aku tak suka kau!" Jane memeluk tubuh melihat kincir air kembali.

"Macam aku suka kau." Eliaz menolak bahu Jane kerana geram gadis itu tidak menyukai dirinya.

"Jangan lah Eliaz!" Jane memegang penghadang kerana diri hampir terjatuh dek tolakkan dari Eliaz.

"Ikut aku." Eliaz menarik lengan Jane.

"Aku tak nak ikut kau." Jane cuba menarik lengannya kembali tetapi malangnya tidak berjaya.

"Jangan risau aku tak bawa kau ke stripper club." Eliaz tersenyum nakal kepada Jane.

"Aku bunuh kau kalau kau bawa aku ke kelab tak senonoh begitu lagi!" Jane menampar bahu Eliaz kerana geram apabila teringat jejaka itu pernah membawanya ke kelab penari bogel kerana dia berpakaian seksi di majlis sambutan hari jadi Andrea.

"Siapa suruh kau seksi?" Eliaz nakal melihat Jane sambil terbayang gadis itu mengenakan pakaian ketat paras lutut sehingga menampakkan lurah buah dada besar yang telah membuatkan hormonnya tidak stabil.

"Aku tak seksi, normal untuk gadis dari bandar New York berpakaian sebegitu." Ujar Jane sombong.

"Aku suka gadis berpakaian seperti Laureen." Tetiba Eliaz teringat kepada gadis yang berjaya mencuri sekeping hati milk teman baiknya.

"Tak seksi dan tak sopan sangat." Kata Eliaz sambil melangkah masuk ke pasar Jonker Walk.

"Pergi mengurat dia." Jane membalas tidak berpuas hati.

"Nak aku mati dengan Nash." Eliaz melihat Jane yang kelihatan seperti cemburu.

"Mereka dah berpisah." Jane membiarkan Eliaz memeluk bahunya sambil melangkah merentasi lautan manusia.

"Untuk pengetahuan kau, mereka dah bersama kembali."

"Mungkin mereka akan berkahwin tak lama lagi." Beritahu Eliaz kepada Jane.

"Kenapa aku tak tahu?!" Jane bengang terhadap Laureen.

"Mungkin kau bukan teman baik Laureen sebab itu dia tak beritahu kau apa-apa pun." Eliaz menambah api kerana suka melihat gadis kegemaran mengamuk seperti singa.

"Nak kena si budak kecil ini." Jane mengempal penumbuk.

Eliaz melepaskan ketawa melihat reaksi Jane yang kelihatan kelakar dan comel.

"Kenapa kau ketawa?"

"Kau nampak semakin cantik." Eliaz membisik nakal di cuping telinga Jane.

Wajah Jane berona merah kerana sepanjang perkenalan mereka, tidak pernah jejaka itu memuji dirinya seorang yang cantik.

Tanpa sebarang kata, Eliaz menarik lengan Jane masuk ke dalam kedai serbaneka Family Mart.

Eliaz memesan aiskirm kepada pekerja kaunter.

"Sebab aku puji kau semakin cantik, aku nak kau bayar." Ujar Eliaz selamba dan berlalu pergi apabila mendapat aiskrim Belgian Dark Chocolate Sofuto.

Jane merengus geram, lalu dia mengeluarkan beberapa helai wang not untuk membayar aiskrim musuhnya.

"Hei jantan!" Jane keluar dari kedai serbaneka Family Mart menerpa ke arah Eliaz yang selamba menjilat aiskrim tanpa menghiraukan dirinya.

"Suka hati kau kan suruh aku bayar!" Jane mencubit lengan Eliaz kerana bengang.

Eliaz hanya mempamerkan riak wajah toya.

"Bagi balik duit aku RM3.90!" Jane menghulurkan tapak tangan kepada Eliaz.

"Dasar miskin." Kutuk Eliaz jahat.

"Aku nak duit aku!" Jane tidak akan membiarkan si musuh mengikis duitnya walaupun hanya RM3.90 sahaja.

"Ini duit kau!" Eliaz menonyoh aiskrim ke hidung Jane kerana geram gadis itu berkira dengan dirinya.

Eliaz melihat hidung mancung milik Jane menjadi comot dek aiskrim, lalu dia melepaskan ketawa besar dan sempat merakam gambar wajah gadis itu yang kecomotan.

"ELIAZ STANISLAV!!!" Jane meletup seperti gunung berapi.

"Opps--sorry darling." Eliaz memberikan ciuman terbang kepada Jane, lalu dia melarikan diri kerana takut melihat wajah singa milik Jane.

"Aku tak akan lepaskan kau!!!" Jane mengejar Eliaz yang berlari laju bersama ketawa jahat.

Eliaz berhenti berlari dan melihat kelakar wajah Jane yang comot mengejar tubuhnya.

"Kau lap balik hidung aku!" Jane memukul bahu Eliaz yang suka mencari fasal dengannya.

"Okey." Eliaz mendekati Jane, lalu dia menjilat hidung Jane yang comot dengan aiskrim.

Jane terpinga.

"Lihat dah bersih." Eliaz nakal melihat Jane yang memerah pipi dengan tingkahnya itu.

"Kau akan menyesal." Jane mengambil tisu dan mengelap hidungnya yang melekit dek air liur Eliaz, lalu dia berlalu pergi melangkah meninggalkan jejaka itu seorangan diri.

Eliaz mengukir senyuman yang sukar ditafsirkan, lalu dia turut melangkah mengekori Jane.

"Jane kenapa pipi kau merah?" Eliaz memeluk bahu Jane bersama senyuman nakal.

"SHUT UP ELIAZ!!!"

••••••••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro