ELIAZ X JANE 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"I Found Someone That I Want to Annoy for The Rest of My Life"




Hari isnin menjelma, pagi Jane tidak tenang kerana telah dipaksa melakukan kerja yang tidak sepatutnya dia melakukan.

Mata melihat beratus kotak buah limau mandarin dan hamper yang dihadiahkan oleh para pembekal buat Stanislav Shipping Company sempena tahun baru cina pada minggu hadapan.

Jane telah diarahkan atau lebih tepat telah dipaksa oleh si raksasa untuk mengira buah limau mandarin yang diterima dan dimasukkan ke dalam plastik sebelum diagihkan kepada para pekerja.

Di dalam bilik sederhana besar yang terletak di aras 4 itu, Jane menyumpah si raksasa kerana jejaka itu tidak membenarkan sesiapa membantunya.

Aras 4 adalah department purchasing, mereka hanya mampu melahirkan rasa simpati terhadap gadis New York melalui ekpresi wajah kerana tiada di antara mereka yang berani meluahkan bicara.

Jane menjeling wajah seorang demi seorang yang tidak berani menentang mata dengannya yang tidak ubah seperti mak singa.

Tanpa melengahkan masa, Jane melakukan kerja seperti yang diarahkan sambil mendengar lagu Henry Mancini kegemaran melalui aplikasi Spotify yang terdapat di dalam telefon pintar. Dia memasang kuat lagu tanpa menghiraukan mereka semua yang berada di luar bilik yang turut mendengar lagu tersebut juga.

Dua jam kemudian

"Eliaz si jantan tak guna, dia betul-betul buat aku seperti kuli. Di rumah aku kena buat kerja, di pejabat pun aku kena buat kerja. Sudah lah bulan ini dia tak bayar gaji aku!" Jane meleter bersendirian.

"Jika tak disebabkan John Emberson, tak adanya aku nak jadi kuli kau!" Jane memicit buah limau seperti memicit tubuh Eliaz.

"Eeeei!" Jane geram apabila perbuatannya itu membuatkan tangannya menjadi melekit, lalu dia mengambil tisu untuk mengelap tangannya.

"Gadis New York." Tegur seorang jejaka yang bekerja di bahagian purchasing.

Jane menjeling jejaka tersebut kerana semua pekerja di syarikat itu memanggilnya dengan panggilan Gadis New York sejak mereka kerap melihatnya di syarikat tersebut.

"Kopi panas untuk you." Jejaka itu menghulurkan cawan yang terisi air kopi panas kepada Jane.

"Thank you." Jane mengambil tanpa banyak soal atau menolak kerana dia sememangnya sedang kehausan.

"Maaf sebab tak dapat tolong you." Ujar jejaka itu bersama wajah bersalah melihat si gadis New York.

"Ingat dengan maaf boleh menghilangkan kepenatan I? Penat tahu tak!" Marah Jane kepada jejaka yang dia tidak kenali itu, tetapi dia tahu jejaka itu bekerja di bahagian purchasing.

Jejaka yang ingin beramah mesra dengan gadis New York menutup kedua telinganya.

"Garang betul." Jejaka itu menggeleng perlahan kerana kali pertama dia bertemu gadis garang itu di hadapan lif, di mana gadis itu melanggarnya tetapi dia yang dimarahi.

Jane menjeling.

"Setengah jam lagi kami semua akan lunch break, you nak sertai kami? I belanja you." Jejaka itu mengajak si gadis New York.

"Okey." Jane tidak mampu menolak apabila mendengar perkataan belanja.

"SIAPA PASANG LAGU PARKSON INI?!" Terdengar suara raksasa menjerit di pintu masuk department purchasing.

Mereka semua cemas apabila melihat kelibat anak kepada majikan mereka itu, ada yang lari marathon menuju ke bilik yang terletak beratus kotak buah limau mandarin dan hamper untuk memberikan amaran.

"Gadis New York, tutup muzik awak!" Terketar si gadis itu memberitahu kepada gadis New York sambil mata mencuri melihat anak majikan mampir ke arah mereka.

"Aku tak nak tutup." Balas Jane selamba seraya mengupas dan menikmati buah limau mandarin dengan penuh tenang sambil menunggu ketibaan tuan muda haktuih.

Eliaz berjalan seperti gaya model seluar dalam menuju ke bilik yang datangnya muzik Jazz yang membosankan, dia cukup kenal dengan manusia yang suka mendengar lagu itu.

Eliaz melihat Jane sedang duduk santai sambil menikmati buah limau mandarin bersama pengurus besar di bahagian purchasing.

"Tuan Stanislav, jangan marah gadis New York. Dia tak tahu yang—" Gadis yang bernama Lucy itu bersuara apabila melihat wajah tegang milik Eliaz tetapi jejaka itu memberi isyarat tangan agar dia berdiam diri.

"Makan satu buah limau, aku potong gaji kau RM300." Eliaz tajam merenung Jane.

Si pengurus besar purchasing tidak jadi memasukkan buah limau ke dalam mulutnya. Memandangkan Eliaz tidak melihatnya, cepat-cepat dia membuang buah limau tersebut di dalam tong sampah berdekatan.

"Relaks kawan, mana emosi ceria kau?" Soal pengurus besar seraya menghampiri Eliaz.

"Aku suruh kau awasi dia, bukan makan buah limau dengan dia. Dasar tak boleh harap!" Eliaz hendak mencekik leher temannya itu tetapi ditahannya.

"Tutup muzik kau! Kau ingat syarikat keluarga aku ini Parkson Mall?!" Marah Eliaz kepada Jane yang memekakkan telinga.

Jane hanya memekakkan telinga, seolah Eliaz sedang memarahi dinding.

Setelah menghabiskan sebiji buah limau mandarin, dia bangun dari sofa dan membungkus buah-buah limau mandarin ke dalam plastik kembali.

"Hei guys, dah masuk waktu rehat. Mari kita pergi makan." Ajak si pengurus besar kepada mereka yang berada di situ, menghilangkan bau udara kekok.

"Okey jom." Jane membuang plastik ke tepi dan mematikan muzik yang bermain di dalam telefon pintarnya.

"Siapa ajak kau makan?" Eliaz membuka sebelah tangan bagi menghalang tubuh Jane untuk berlalu keluar.

"Aku ajak." Pengurus besar dari jabatan purchasing mengangkat tangan tinggi.

"Kau boleh berhambus sekarang." Eliaz menjeling temannya yang dungu itu.

"Tepi kau! Dia dah janji nak belanja aku makan!" Jane merenung geram si musuh.

"Kau nak belanja dia makan?" Eliaz menyoal temannya itu.

"Ya betul. Kau lihat lah badan dia kurus sangat, kasihan aku tengok." Si pengurus besar purchasing membisik di telinga Eliaz.

"Diam kau!" Marah Eliaz.

Jane mengetap bibir tanda bengang, sepertinya dia tidak mendengar kutukan si pengurus besar purchasing tersebut terhadapnya.

"Aku rasa kau dah kenyang makan buah limau." Eliaz fokus kepada Jane kembali.

"Hanya aku saja yang tahu perut aku kenyang atau tak makan buah limau." Jane menjawab sinis.

"Hei Jin anak Aslan, kau jangan nak cakap banyak. Aku nak kau siapkan kerja kau hari ini juga. Jangan asyik fikir nak makan sangat wahai pemalas." Eliaz geram terhadap Jane yang suka melawan cakapnya kembali.

"Siapa yang pemalas wahai syaitan!" Jane benar-benar tidak sabar ingin menyerang jejaka di hadapannya itu.

"Tuan Stanislav—maaf saya bukan nak masuk campur tapi gadis New York bukan seorang yang pemalas, dia melakukan kerja dengan penuh energetik sejak dari pagi tadi." Gadis yang bernama Lucy itu bersuara mempertahankan si gadis New York.

Jane mengukir senyuman kepada gadis yang kelihatan sentiasa membawa aura cemas itu.

"Lucy—" Eliaz menoleh wajah melihat si Lucy.

"Berapa kali aku nak cakap pakai lipsticks! Muka kau macam mayat hidup tahu tak?!" Marah Eliaz kepada Lucy yang tidak tahu bergaya.

Lucy terkebil kerana Eliaz selalu memarahinya yang tidak tahu bergaya dan bersolek, dia ingat kali itu jejaka tersebut akan memarahinya kerana mempertahankan gadis New York.

"Tapi tuan, saya tak suka pakai lipsticks."

"Kau memang dah lama hidup cakap begini dengan aku? Setiap bulan syarikat bagi grooming allowance untuk semua pekerja, kau buat apa dengan duit itu?!" Jerit Eliaz kepada Lucy sehingga gadis itu menutup telinganya.

"Cukup hanya seorang saja yang selekeh, kau jangan nak selekeh juga." Eliaz mengerling Jane dengan hujung matanya.

"Hei jantan tak guna, kau memang ada masalah dengan golongan wanita eh? Kau tak reti cakap elok-elok?" Jane pula naik hantu apabila melihat cara layanan Eliaz terhadap pekerja di syarikat tersebut.

Pengurus besar purchasing bersama Lucy membulat mata besar apabila mendengar perkataan jantan tak guna yang keluar dari mulut gadis New York.

Eliaz mendekati Jane bersama wajah naga yang tunggu masa ingin menyembur api melalui mulutnya.

"Aku ada masalah atau tak, kau sibuk apa?" Eliaz menaikkan sebelah kening ke atas.

"Suka hati lah aku nak sibuk!"

"Tak payah sibuk wahai penyibuk!" Eliaz menunjal dahi licin milik Jane.

"Aku nak sibuk juga sebab kau cakap kasar dengan orang perempuan!" Jerit Jane geram.

"Suka hati aku lah, bukan aku cakap kasar guna mulut kau!"

"Kau tunggu bulan depan hari wanita, aku akan ajak semua wanita datang serang kau jantan tak guna!" Jane membalas kembali kerana tidak mahu kalah.

Tiba-tiba kedengaran Eliaz melepaskan ketawa kuat seperti kerasukan syaitan.

"Perkataan sibuk pun boleh buat orang bergaduh." Pengurus besar purchasing menggeleng perlahan.

"Berani betul gadis New York." Lucy membisik kepada pengurusnya itu.

"Jin, kenapa aku rasa kau bukan perempuan eh?" Soal Eliaz apabila tidak lagi ketawa.

Jane mengetap gigi tanda bengang.

"Aku bukan seperti perempuan atau tak, kau sibuk apa?!" Jane memijak kaki Eliaz yang biadap itu.

"Aduh sibuk lagi." Pengurus besar itu mengeluh lagi apabila mendengar perkataan sibuk.

"Kau pijak kaki aku?" Eliaz melihat permukaan kasutnya yang terdapat kesan kotoran. Kakinya langsung tidak terasa sakit sebab itu dia tidak mengadu kesakitan.

"Tuan Stanislav, ada panggilan buat tuan." Kelvin datang menegur, mematikan peperangan mereka berdua itu.

"Matikan panggilan. Aku ada hal lagi penting sekarang ini." Ujar Eliaz yang sedang menikam wajah Jane.

"Tapi—" Kelvin tidak jadi menghabiskan ayatnya apabila Eliaz menoleh wajah menikamnya pula.

"Jin anak Aslan, aku nak kau lap kasut aku. Buang kuman kaki kau." Arah Eliaz serius.

Jane memekakkan telinga, dia meneliti kuku jemarinya seperti seorang gadis spoiled brat.

"Kau lap atau aku kongsi gambar panas kau dengan manusia yang berada di dalam bilik ini." Eliaz mengukir senyuman syaitan.

"Gambar panas?" Mereka bertiga itu berkumpul di satu sudut, berbisik tentang gambar panas.

"Kau!" Jane menggenggam penumbuk, lalu dia mendapat idea untuk tidak tunduk kepada arahan si musuh.

"Baik lah tuan Stanislav." Jane mengukir senyuman menggoda, lalu dia melangkah untuk mengambil tisu.

Eliaz jelek melihat senyuman menggoda itu.

Jane mendekati kotak tisu tetapi bukan niatnya untuk mengambil tisu tersebut. Dia mengambil buah-buah limau busuk yang diasingkan olehnya di dalam kotak, lalu membaling kuat ke arah Eliaz seperti baru sahaja mendapat kuasa Super Saiyan.

"JANE EMBERSON!!!" Eliaz menjerit lantang apabila buah limau busuk mendarat di wajahnya yang tampan itu, lalu dia berlari apabila melihat Jane ingin membaling buah limau busuk kepadanya lagi.

Jane tidak menghiraukan jeritan Eliaz, dia terus menerus membaling buah limau busuk ke arah jejaka itu.

Mereka yang lain turut melarikan diri apabila Eliaz menyembunyikan tubuh di belakang mereka yang membuatkan mereka turut menerima hadiah dari gadis New York.

"KAU MEMANG NAK MATI!" Eliaz mengambil buah limau busuk yang tidak terkena kepadanya, lalu dia membaling semula kepada Jane.

"Eeeei!!!" Jane geram apabila buah limau busuk mengena dahinya.

Kemudian, mereka berdua berperang buah limau mandarin busuk di dalam bilik tersebut bersama mulut tidak henti menyumpah seranah di antara satu sama lain.

Mereka bertiga tidak lagi kelihatan di dalam bilik tersebut kerana telah menyembunyikan diri di bawah meja sebab tidak mahu turut menjadi mangsa.

"Jantan tak guna! Kau ingat aku takut dengan kau!" Jane menerkam tubuh Eliaz, lalu menarik rambut dan mencakar jejaka itu seperti kucing liar.

"Sakit lah perempuan selekeh!" Kali itu Eliaz benar-benar terasa sakit apabila Jane menarik rambutnya seperti hendak mencabut.

"Kita kena renggangkan mereka." Ujar Lucy kepada mereka yang sedang bersembunyi di bawah meja.

"Aku tak berani." Kelvin membalas bersama wajah pucat melihat Eliaz di belasah oleh gadis New York.

"Biar-biar, aku sedang record ini." Pengurus besar Purchasing memegang telefon pintar bersama wajah serius, dia fokus merakam pergaduhan jantan tak guna bersama perempuan selekeh.

Eliaz menahan kedua tangan Jane yang menarik rambutnya, lalu dia menolak kasar gadis itu di atas sofa.

Kemudian, Eliaz menindih tubuh Jane yang sedang meronta bersama mulut bising.

"Kau nak buat apa syaitan?!" Jerit Jane apabila Eliaz menindih tubuh dan menekan kedua tangannya.

"Kau rasa?" Eliaz mengukir senyuman syaitan dan merapati wajah Jane seperti ingin mencumbu bibir gadis itu.

Mereka bertiga membulat mata besar apabila melihat aksi Chief Finance Officer mereka itu.

Kelvin dan Lucy sedaya upaya mengetuk meja agar Eliaz sedar akan kewujudan entiti mereka di bawah meja. Manakala pengurus besar Purchasing masih setia merakam video mereka itu.

Jane menelan air liur apabila wajah Eliaz semakin merapat dengan wajahnya, dengan lantas dia memejam mata bersama debaran kencang.

"Hei perempuan selekeh, kau ingat aku nak cium bibir kau?" Bisik Eliaz jahat.

Jane membuka mata yang dipejam seketika tadi, merenung geram si musuh yang sengaja ingin mengenakan dirinya.

Kemudian, Jane mengukir senyuman menggoda.

"Aku berharap kau cium aku." Jane menarik kolar baju kemeja Eliaz agar semakin merapat dengannya.

Jane menjilat bibirnya.

Eliaz gugup sesaat.

"Mungkin selepas cium aku, kau akan berubah jadi katak!!!" Ujar Jane dan lantas menggigit kuat bahu Eliaz sehingga jejaka itu menjerit nyaring.

Eliaz menjerit kesakitan dan melepaskan Jane, dia memegang bahu yang berdarah sedikit akibat di gigit oleh sang singa.

"Padan muka kau jantan tak guna!" Jane puas melihat keadaan Eliaz yang sadis itu.

"Tuan okey?" Kelvin keluar dari bawah mendekati Eliaz yang sedang duduk di atas sofa menekan bahu sambil mata merenung tajam wajah gadis New York.

"Kelvin—"

"Ya tuan."

"Panggil polis tangkap perempuan selekeh ini." Arah Eliaz serius kepada Kelvin.

Kelvin cemas melihat Eliaz dan Jane.

"Kenapa kau nak panggil polis tangkap aku? Kau yang villian dalam kisah ini!" Jane mengetap rahang.

"Kau dah membazirkan darah bangsawan aku." Eliaz merujuk kepada bahunya yang tercedera kecil itu.

"Sini aku bunuh kau sehingga mampus! Aku tak kisah masuk penjara selepas itu!" Jane mara ingin menerkam Eliaz tetapi dihalang oleh Kelvin.

"Kelvin cepat telefon polis!" Jerit Eliaz kepada Kelvin.

"Jantan pengecut!" Jerit Jane.

"Siapa pengecut!" Eliaz bangun dari duduk dan menolak Kelvin ketepi bersama perasaan merampang.

Kemudian, mereka berdua itu menerkam di antara satu sama lain kembali.

Kelvin menyembunyikan diri di bawah meja kembali kerana takut menjadi mangsa seperti seketika tadi diri ditolak kuat oleh majikannya.

"ELIAZ STANISLAV!!!"

Jeritan kuat di permukaan pintu bilik membuatkan mereka berdua itu terhenti aksi ganas. Manakala, mereka bertiga yang berada di bawah meja membulat mata besar melihat manusia yang menyeru nama Eliaz.

Eliaz melepaskan kolar baju Jane apabila gadis itu melepaskan rambutnya. Kemudian, dia berdehem perlahan sambil membetulkan pakaiannya agar kemas kembali.

"Yes daddy." Eliaz mengukir senyuman suci kepada Alvian yang sedang merenungnya tajam.

"WHAT THE HELL IS GOING ON?!" Alvian melihat bilik yang seperti tongkang pecah dan banyak buah limau mandarin bertaburan di atas lantai.

"War III." Ujar pengurus besar Purchasing yang membuatkan Kelvin dan Lucy memukulnya di bawah meja.

Alvian melihat bawah meja yang terdapat tiga orang pekerjanya yang kelihatan seperti tikus.

Mereka bertiga itu keluar dari tempat penyembunyian apabila Alvian tidak henti merenung mereka seperti hendak makan.

"Explain." Arah Alvian kepada anak lelakinya yang banyak bermain dari melakukan kerja.

"Jane, dia cuba rogol Eliaz." Eliaz menangis palsu mendekati Alvian sambil menunjuk bekas gigitan dibahunya itu.

"Tengok ada darah daddy." Adu Eliaz seperti anak kecil kepada ayah kesayangan.

"Bila masa?!" Jane tergamam apabila diri dituduh merogol.

"Eliaz Stanislav henti bermain!" Geram Alvian terhadap anaknya yang tidak serius itu.

"Tuan besar Stanislav, Eliaz yang cari hal dengan saya dulu. Tak percaya, tuan besar boleh tanya kepada mereka bertiga." Beritahu Jane sedih.

Eliaz memberikan isyarat kepada mereka bertiga agar menutup mulut, jika tidak dia akan kunci mereka bertiga di dalam tandas.

Mereka bertiga berwajah pucat.

"Kami tak tahu apa-apa." Ujar mereka serentak sambil menggeleng laju.

Jane merenung tajam mereka bertiga sambil mencarut di dalam hati. Tak guna!

Eliaz menyembunyikan ketawa jahatnya.

"Kemas semula bilik ini dan pergi lunch." Arah Alvian kepada mereka semua seperti pengetua sekolah.

Mereka semua menarik nafas lega apabila Alvian tidak tegas seperti selalunya pada waktu tengahari itu.

"Eliaz, kamu ikut daddy." Alvian memusing tubuh berlalu keluar dari bilik tersebut.

Eliaz menjeling Jane seperti gadis itu benar-benar sudah merogolnya.

Jane menjelir lidah geram terhadap Eliaz.

Apabila kelibat Alvian dan Eliaz hilang, dengan sepantas kilat mereka membersihkan bilik yang seperti tongkang pecah itu kerana perut sedang menjerit kelaparan.

Di dalam bilik pejabat Alvian, Alvian memukul anak lelakinya itu menggunakan surat khabar kerana dia sendiri melihat bagaimana anak lelakinya bergaduh dengan gadis New York.

Eliaz membisu membiarkan tingkah ganas Alvian terhadap tubuhnya. Pada saat itu dia teringatkan ibunya yang berada di rumah.

Mummy sakit!

•••••

Mereka berempat menikmati mi ramen di Another Mart memandangkan restoren berdekatan pejabat sesak dengan para pekerja dan pelancong. Jadi akhirnya mereka memilih untuk makan di kedai serbaneka sahaja.

"I syak you ini mesti bekas kekasih Eliaz." Pengurus besar purchasing mengurut dagu melihat gadis New York yang slurrrrp slurrrrp slurrrp tanpa henti itu.

Jane menjeling jejaka yang membelanjai dia makan tengahari itu.

"Hei pengurus besar purchasing, apa nama you?" Jane mengelap bibirnya yang berminyak.

"Park Seo-Joon." Pengurus besar purchasing membetulkan kolar baju agar kelihatan berkarisma.

Jane berkerut wajah.

"Kenapa wajah you seperti orang Parsi tapi nama you seperti orang Korea?" Jane bingung.

Kelvin dan Lucy tertawa kecil.

"Sebab bapa I orang Parsi, ibu I orang Korea." Balas Park Seo-Joon bersama senyuman tampan.

Jane mengangguk mempercayai.

"Jadi betul you bekas kekasih Eliaz?" Park Seo-Jeon menyoal kembali.

"Wajah I yang high class ini tak mungkin akan bercinta dengan si muka low class itu." Ujar Jane berlagak.

"I see." Park Seo-Jeon menikmati mi ramen kembali.

"Jin anak Aslan!"

Mereka berempat terkejut apabila mendengar suara menjerit di hadapan pintu kaca Another Mart.

Manusia-manusia yang berada di dalam kedai serbaneka itu fokus melihat jejaka tampan yang menjerit kuat.

Eliaz mendekati meja yang diduduki oleh empat orang manusia yang dia cukup kenali. Dia berdiri di sebelah Jane yang sedang melihatnya tidak berpuas hati.

Jane geram melihat Eliaz yang menjerit kuat membuatkan manusia-manusia yang berada di dalam kedai itu melihat mereka sekumpulan.

"Bangun." Arah Eliaz kepada Jane.

Jane bangun kerana malas ingin bertekak dengan si musuh, lagipun dia sudah acap kali mengalah dengan jejaka itu.

Eliaz duduk di tempat Jane, lalu dia menikmati mi ramen milik gadis itu dengan lahapnya.

"Mi ramen aku!" Jane tidak jadi mengalah apabila melihat mi ramen si Park Seo-Joon belanja di curi oleh musuh ketatnya.

"Aku lapar!" Eliaz menjeling Jane kerana gadis itu dia telah dipukul teruk oleh ayahnya.

"Tak perlu gaduh-gaduh, biar I beli untuk you yang baru." Park Seo-Joon tidak mahu adegan seperti di dalam bilik pejabat tadi terjadi di kedai serbaneka tersebut. Jika tadi buah limau mandarin berterbangan, mungkin kali itu mi ramen berterbangan pula.

"Beli untuk aku juga." Ujar Eliaz kepada temannya yang ingin berlalu pergi ke kaunter.

"Duit." Park Seo-Jeon meminta wang kepada Eliaz.

"Perempuan selekeh ini kau boleh belanja, aku yang kawan dengan kau sejak dari kecil ini kau berkira ya?!" Eliaz naik angin, lalu dia menjegil Jane.

"Gadis New York nampak seperti gadis miskin sebab itu aku belanja dia." Park Seo-Joon menutup telinga yang hampir pekak akibat jeritan Eliaz.

"Siapa miskin?!" Giliran Jane pula menjerit di telinga jejaka berwajah Parsi tetapi nama orang Korea itu yang suka hati mengatakan dirinya seorang gadis miskin walaupun hakikatnya dia sememangnya di dalam kemiskinan.

"Pergi beli mi ramen!" Jane seperti ibu tiri menghalau Park Seo-Joon.

"Beli air sekali!" Jerit Eliaz.

"Dua-dua ini kan." Park Seo-Joon menuju ke kuanter bersama gelengan.

Jane duduk di tempat Park Seo-Joon dan melihat Eliaz menikmati mi ramen yang menjadi miliknya 20 minit yang lalu.

"Tadi aku terludah dalam kuah mi ramen." Beritahu Jane kepada Eliaz.

"Sepertinya aku percaya kata-kata dari seorang perempuan selekeh." Eliaz membalas dan slurrrp mi ramen.

"Kau itu pun selekeh!" Jane geram melihat Eliaz yang tidak sedar diri turut juga selekeh sepertinya.

Eliaz berhenti makan dan langsung melihat baju kemeja putihnya yang mempunyai kesan kotoran berwarna oren.

"Jadi?"

"Sekurangnya aku ada duit nak beli baju baru, bukan seperti kau si miskin." Eliaz tembak dahi Jane semula. Sebenarnya dia berasa geli apabila memikirkan jika benar Jane meludah di dalam kuah mi ramen.

"Kau—" Jane tidak jadi menembak Eliaz semula apabila Lucy mencelah.

"Shush...shush...kacak betul lah." Lucy semakin angau melihat jejaka yang menjaga kaunter pembayaran yang sedang mengambil wang dari Park Seo-Joon. Jejaka itu mengganggu kontretasinya untuk makan sejak dari tadi.

"Tak ada taste." Kutuk Eliaz.

"Kau tahu apa fasal taste?" Tidak suka betul Jane dengan mulut cili Eliaz.

"Diam lah Jin, kau pun sama tak ada taste."

"Jejaka tahi ayam." Eliaz mengukir senyuman jahat.

"KAU!!!" Jane bangun dari duduk ingin mencekik leher Eliaz tetapi di halang oleh Kelvin yang duduk di sebelahnya.

"Cik Emberson, sila bawa bertenang!" Kelvin memegang erat lengan Jane yang ingin menerkam majikannya. Jika majikannya mati, siapa yang mahu membayar gajinya nanti.

Jane merengus geram seperti seekor singa, berani jejaka itu bercakap mengenai jejaka tahi ayam yang meminta perpisahan darinya kerana sekeping gambar bogel.

Sememangnya jejaka itu seorang jejaka tahi ayam!

Park Seo-Joon meletakkan dua mangkuk mi ramen bersama air di hadapan Eliaz dan Jane.

"Terima kasih." Ujar Park Seo-Joon sambil melihat Eliaz dan Jane melahap menikmati mi ramen tanpa mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Encik Fadel Kekhia." Lucy bangun dari duduknya.

Jane berhenti makan untuk melihat manusia yang bernama pelik itu.

"Apa?" Fadel Kekhia melihat Lucy yang tiba-tiba menyeru namanya.

"Encik Fadel Kekhia boleh duduk ditempat saya, saya nak pergi ke kaunter." Lucy menjuih bibir ke arah kaunter pembayaran yang terdapat jejaka kacak. Dia ingin berpura-pura membeli sesuatu seperti setiap hari agar jejaka itu perasan akan kelibatnya.

Fadel Kekhia duduk di tempat Lucy.

"Lucy pakai lipstick!" Jerit Eliaz kepada Lucy membuatkan gadis itu patah semula kepada mereka.

"Saya tak ada lipstick tuan Stanislav, macam mana ini?" Lucy cemas seolah hidupnya akan berakhir.

Eliaz mengeluh perlahan.

"Hei Jin kau beri lipstick kau pada Lucy." Arah Eliaz kepada Jane yang sentiasa mengoles gincu dibibir.

"Kau beli yang baru semula pada aku." Jane mengeluarkan gincu berona coral pink, lalu diberikan kepada Lucy yang seperti sedang meminta sedekah kepadanya.

"Terima kasih gadis New York." Lucy berlari cemas menuju ke bilik air sebelum bertemu penjaga kaunter pembayaran pujaan hati.

"Jadi—nama sebenar you Fadel Kekhia?" Besar kecil besar kecil Jane melihat si pengurus besar dari bahagian purchasing yang menipu nama orang Korea kepadanya.

Fadel Kekhia yang menipu namanya Park Seo-Joon iaitu pelakon Korea hanya tersengih kerang.

"Tuan, saya jawab panggilan." Kelvin meminta diri untuk menjawab panggilan, meninggalkan mereka bertiga di meja makan itu.

"Bila lihat korang berdua yang suka bergaduh ini, tertiba aku dapat satu idea menarik." Ujar Fadel kepada mereka berdua bersama senyuman lebar.

"Eliaz, kau tahu adik aku ada buat pemainan realiti." Fadel merapati Eliaz yang berada di sebelahnya.

"Bila masa kau ada adik?" Eliaz memberikan pandangan poker kepada Fadel.

"Adik aku yang kau tak pernah jumpa lagi." Fadel memeluk mesra bahu Eliaz.

"Diam bodoh!" Eliaz menolak Fadel apabila teringat kepada adiknya yang berada di dalam perut ibunya.

"Okey okey maaf." Fadel memang sengaja ingin mencari hal dengan temannya itu.

"Sebenarnya beberapa hari yang lepas aku ada dapat emel dari seseorang yang tak dikenali. Biasa lah orang terkenal seperti aku selalu dapat emel." Fadel membetulkan tali lehernya bersama wajah tampan.

Eliaz seperti hendak menumbuk wajah temannya itu.

"Permainan realiti untuk orang-orang seperti korang berdua." Fadel mengeluarkan telefon pintar untuk tunjuk kepada mereka berdua itu tentang permainan realiti.

"Kau ingat kami ada masa untuk permainan realiti bodoh?" Eliaz mencicip air susu strawberi yang dibelikan oleh Fadel buatnya.

"Percaya lah permainan ini tak bodoh." Fadel scroll emel untuk mencari permainan realiti yang dibicarakan olehnya itu.

"Jin, mari pulang. Aku mengantuk." Ajak Eliaz kepada Jane.

Jane mengangguk laju kerana dia telah berjaya merakam sesuatu yang ditunggu olehnya selama ini, tidak sabar dia ingin pulang ke rumah Eliaz semula.

"Bukan sepatutnya kau masuk pejabat semula?" Soal Fadel naif.

"Kau lupa pejabat itu milik keluarga aku." Eliaz melepaskan ketawa jahat, lalu dia bangun dari duduknya.

"Nanti aku emel kau!" Jerit Fadel apabila Eliaz bersama Jane ingin berlalu pergi.

Eliaz melambai tangan kepada Fadel seperti tidak akan bertemu dengan jejaka itu lagi apabila Jane membuka pintu kaca buatnya.

"Kau nampak mencurigakan." Eliaz merenung Jane curiga.

"Tuan muda, biar hari ini I jadi pemandu tuan muda." Jane sopan menadah tangan agar Eliaz memberikan kunci kereta kepadanya.

"Kau ingat aku dungu seperti Fadel." Eliaz menjeling Jane yang berpura-pura sopan dengannya itu, lalu dia menuju ke arah keretanya.

Jane mencarut si musuh di dalam hati dan mengikut jejak langkah jejaka itu.

Fadel yang masih berada di dalam Another Mart, merenung pasangan tersebut melalui dinding berpanel kaca. Kemudian, dia membuat panggilan kepada seseorang bersama wajah serius seperti ingin melaporkan sesuatu kepada manusia tersebut.

"Mana tuan Stanislav?" Soal Kelvin kepada Fadel.

Fadel mematikan panggilan.

"Dia dah pergi dengan gadis New York." Beritahu Fadel.

Kelvin mengangguk memahami.

"Mari kita pulang ke pejabat semula. Dia dah ada kekasih." Lucy berwajah sedih apabila si penjaga kaunter sudah mempunyai kekasih hati.

Fadel dan Kelvin berpandangan, lalu mereka melepaskan ketawa kuat.

Lucy menghentak kaki dan berlari keluar dari Another Mart kerana mereka itu selalu mengetawakan dirinya.

"Kenapa Lucy lari?" Jane menyoal di dalam kereta apabila melihat Lucy berlari seperti Wonder Woman.

"Kena reject lah itu." Balas Eliaz yang sekali pandang Lucy sudah tahu keadaan gadis itu.

Tiba-tiba Jane teringat akan kenangan di majlis graduasi yang di mana dia berlari seperti itu bersama tangisan kerana seseorang yang telah mematah hati miliknya.

Jane menjeling Eliaz yang berada di sebelahnya itu.

"Bastard." Carut Jane geram.

Eliaz menaikkan sebelah kening ke atas apabila mendengar perkataan bastard. Jane carut padanya, kah?

"Berhenti." Arah Jane kepada Eliaz.

"Kenapa?" Eliaz hairan.

"Aku cakap berhenti!" Jerit Jane bersama mata berair.

Eliaz berhentikan kereta di tepi bahu jalan, dia melihat Jane yang tiba-tiba emosi tidak stabil. PMS?

Secara pantas Jane keluar dari kereta, tidak menghiraukan Eliaz yang sedang meleter.

"Jane, kau nak pergi mana?!"

"Masuk dalam kereta semula!"

Eliaz mengejar Jane yang berjalan melulu.

"Jane, kenapa kau menangis?" Eliaz menarik lengan Jane apabila berjaya menangkap gadis itu, dia pasti gadis itu menangis palsu.

"Kau suka lihat aku menangis kan? Lihat lah puas-puas!" Ujar Jane bersama tangisan.

Eliaz tergamam apabila melihat Jane benar-benar menangis.

"Aku—" Walaupun Eliaz berniat ingin membalas dendam terhadap Jane tetapi dia tetap tidak suka melihat gadis itu mengalir air mata.

Selalunya gadis itu seorang yang keras tetapi pada petang itu gadis itu nampak lemah tidak bermaya.

"Jane—aku—" Eliaz mendekati Jane yang tidak henti menangis.

"Jangan dekat Eliaz." Jane terhinjut menangis.

"Cuba beritahu kenapa kau menangis?" Eliaz mengaru kepala kerana dia tidak tahu bagaimana ingin memujuk seorang gadis.

"Kau nak tahu kenapa?" Jane berhenti menangis dan mengelap air matanya.

Jane merenung Eliaz yang turut merenungnya.

Kemudian, Jane berlari laju menuju ke arah kereta kembali.

"Aku menangis sebab Eliaz Stanislav kena tinggal tepi jalan!" Jerit Jane kuat kepada Eliaz yang termangu.

Jane menjelir lidah kepada Eliaz, lalu dia masuk ke dalam kereta dan memandu kereta laju meninggalkan jejaka itu seorangan diri.

"JANE EMBERSON!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

••••••••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro