Chapter 14 | Adrea's feeling

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hampir semua pelajar Academy Nightfall memandang Adrea dengan wajah yang pelik. Gadis berambut violet itu kelihatan ceria sekali pada awal pagi. Fuh ajaib! Selalunya, gadis itulah yang paling liat mahu datang ke Academy sehingga Nicolas sendiri terpaksa heret dia keluar rumah dengan tragis.

"Selamat pagi Berry! Faer! Hehe... "

Tercegang terus dua mahluk itu apabila Adrea menyapa mereka dengan selambanya. Koharu yang baru tiba juga hilang kata-kata. Cepat-cepat dia berlari kearah Adrea yang dah ada bunga-bunga bahagia disekelilingnya. Bahu gadis itu ditepuk kuat.

"Eh! Koharuuuuu...!! "

Badan Koharu dipeluk tanpa segan silu. Sah Adrea tengah demam! Cepat-cepat Koharu tolak badan Adrea dan memandang serius gadis yang tersengih-sengih macam mabuk cinta.

"Kau okay tak ni Rea? Badan kau tak demam tapi kau macam.. Err, Pelik? "

"Ehhh... Nampak sangat ke? " soal Adrea dengan muka tak bersalahnya. Kemudian dia seperti tersedar sesuatu. Serta merta muka yang ceria berubah merah padam.

BAMMM!!

BAMMM!!

"My god, Rea! What are you doing?! Berhenti hentak kepala kau tu! "

Naik pucat muka Koharu apabila gadis berbut violet itu memghentak kepala pada dinding. Adrea mengangkat ibu jari tanda dia okay dengan senyuman. Koharu memandangnya blur. Darah yang mengalir dekat dahi tu kata okay? Pelik lah Adrea hari ni.

Adrea POV

Hahaha, tak akan aku nak kasi tahu Koharu yang aku tetiba bayang Eldera mengorat aku dengan gaya seksi? Mahu di smash downnya nanti. Eyy.. Aku still tak boleh move on dengan apa yang Eldera kata semalam!

"Haru, kau masuklah kelas dulu. Nanti aku menyusul. "

Koharu seperti teragak-agak tetapi melangkah pergi jua. Aku mengeluh lemah lalu berjalan ke cafeteria. Beli makanan dulu! Nanti tak lah mengantuk dalam kelas. Kaki diayun laju ke agar lebih cepat aku sampai. Hurmm.. Harap-harap adalah ayam panggang. Boleh kongsi dengan Eryl!

"Se-Senior! "

Terkejut aku apabila seorang gadis menjerit kedengaran. Cepat-cepat aku cari suara tu dan menyorok disebalik dinding. Seorang gadis comel berambut hitam pendek dan seorang lagi E-ELDERA?!

"What the hell.. " Terus aku tutup mulut aku. Yah Adrea! Yang kau nak menyumpah tetiba kenapa? Ah, lantak situ! Sekarang aku nak dengar apa yang budak tu nak dekat Eldera aku. Eh? Sejak bila Eldera milik kau ni? Eii, lantaklah!

"Hurmm..? "

"Senior tolong dengar dulu. Sa-Saya betul-betul suka senior! "

Tercegang terus aku. Babak klise apakah ini?! Sesedap ikan tiga rasa aje dia confess dekat Eldera! Aku mengeleng kepala seraya menyahkan perasaan cemburu yang entah daripada mana datang. Hold yourself Adrea!

"Sorry, i hate you. You ugly . Bye. "

Ni lagi buat aku tercengang. Siot kejam Eldera. Nak nangis dah budak tu. Tak sempatpun Eldera nak pergi, tanganya ditarik oleh gadis itu. Eldera toleh ke belakang dengan wajah bosan.

"Kau nak apa lagi? "

"Se-Senior jangan macam ni! Saya sanggup jadi fake girlfriend senior asalkan senior terima saya. "

Boleh tak aku nak hentak kepala perempuan tu dalam mangkuk tandas? Aku tak cemburu! Cuma dia macam mendesak tahu tak? Annoying gila! Dah laki aku tak nak, tak payah lah paksa!

Eldera mendengus kasar. Tangan direntap daripada cengkaman si gadis.

"Aku gay kau faham tak?! Aku tak suka perempuan! "

Tercegang kuasa dua ditambah rasa nak pengsan. Aku salah dengar kan? Dia kata 'aku suka Adrea' kan?! Katakan betul sahabat! Broken aku.

"Ga-Gay? "

"Ya! Dan aku ada crush dekat Eryl. So sekarang kau still nak jadi fake girlfriend aku? Hurmm..? " soal Eldera sinis. Wajah didekatkan dengan gadis itu. Dalam sekelip mata aje gadis itu melarikan diri.

"MAAF!!! " Eldera mengguling mata keatas. Jelas sekali dia menyampah dengan gadis tadi.

"Puas dah usya aku? " soalan yang berbaur sindiran itu tepat ditujukan kepada aku. Tersengih-sengih aku seraya keluar daripada tempat persembunyian. Aku belari anak kearah Eldera dengan muka yang merah.

"Y-Yo! " sapa ku gagap. Gila tak gagap. Terkejut aku still ada tahu tak?

" 'Yo' kepale engkau. Selamat pagi mana? Adab tu, adab. "

Terus dia jentik dahi aku! Tak guna. Suka main dahi! Dahi sendiri bukan nak main! Huh. Kalau jendul dahi aku macam mana? Dah tak kiut..Huhuh. Dahlah aku ni pun kecik! Lagi terselah kejendulan dahi aku gamaknya. Selamat otak aku tak bendul.

"Janji aku sapa. Apa masalahnya? " balasku tak mahu mengalah. Eldera dah sengih sinis. Kepalanya di samanya dengan aras kepala aku. Teguk liur aku dengan jarak yang agak intim ini.

"Masalahnya kau perempuan. Boleh tak feminine sikit? "

"Femininelah tu.. " aku melangkah kebelakang apabila sedar Eldera sengaja mendekatkan jaraknya.

"Sureee? " Eldera sengaja melerekan suaranya. Aku tak boleh gerak. Kali ni aku betul-betul tersekat diantara dinding dan Eldera! Tangan dia dah halang kiri kanan aku! Kali ni aku pula yang perlu mendongak untuk melihat wajahnya.

"Tapi aku tak rasa ianya feminine... " bisikanya membuatkan bahu aku terhinjut sedikit.

".. Sebab kau tak kasi kiss sekali. " Muka aku dah merah padam. Gigi diketap geram.

"You.. PERVERT! "

Eldera ketawa jahat seraya melompat daripada terkena tendangan aku. Kecik besar-kecik besar aku tengok dia yang dah tayang muka double jerk!

"Oh please, aku pun tak hingin dengan kiss kau! Kena usik sikit pun dah terasang! Hahaha! "

"Syeton kau. "

Serius kalau aku ada pedang, dah lama melayang kepala mamat ni ! Eldera tersengih seraya mengusap lembut kepala aku. Aku masih mencebik tak puas hati. Kuaja mamat ni.

"Haha.. Sorry okay? Jom masuk kelas. Dahlah semalam ponteng! "

Terus dia tarik tangan aku. Aku pula hanya membiarkan. Kalau aku tegahpun bukan dia nak lepas. Jenis ikut kepala batu dia. Memang sesuai aku panggil dia sebatu Eldera. Otak batu, kepala batu, hati batu.. Semua batulah! Selamat tak makan batu.

"Kau gay Eldera? "

Terbantut terus langkah kami apabila soalan itu meluncur keluar daripada mulut aku. Eldera dah pandang aku kau-pahal-tetiba? Aku hanya mengangkat bahu. Nak buat macam mana? Aku curious gila ni.

"Tak lah. Aku normal aje. Budak tu mendesak sangat. Rimas aku dibuatnya. " selamba dia menjawab lalu menarik aku kembali.

"Kau tak takut ke kalau benda tu tersebar?maksud aku, macam mana kalau diorang mengata kau? Kau tak takut? " Eldera memandang aku sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Adrea, kau kena faham. Mulut manusia mana pernah nak tutup. Aku buat apa pun, mereka tetap akan judge. Jadi biarkan benda tu tersebar. Hidup aku aman apa? Tak adalah perempuan murah nak dekat aku."

"Tak takutlah ni? " soal ku untuk kali kedua. Aku pulak yang risau masalahanya. Eldera sekadar angkat bahu.

"Buat apa aku nak takut? Diorang hanya mengata. Bagi aku mereka hanya bersembang atau sebarkan benda yang tak ada faedah. Main psychology. Kau pun faham aku jenis yang tak ambil kesah kan? Chill lah. Aku tak akan jadi mental kalau diorang mengata. Last-last aku masukan diorang dalam kubur. Mampus dalam tu. "

Untung hidup macam Eldera. Terlalu chill dan selamba. Takut? Jauh sekali. Orang yang selalu takut dekat dia masalahnya. Tapi apabila mendengar jawapan dia, hati aku lapang. Tenang dan.. Entahlah. Bahagia?

Tanpa aku sedar, tangan aku naik memeluk lengan kekarnya. Eldera menoleh kearah aku dengan muka hairan.

"Biarkan aku Eldera. Aku suka tangan kau.." Eldera tak berkata apa dan membiarkan aku memeluk lengannya. Hangat.

"Thank you.. "

"Hurm... "

Apa yang aku tahu..

Aku betul-betul dah jatuh cinta dengan dia.

Kalau suka pun boleh berputik dengan sekali pandang, inikan pula cinta pertama yang wujud sejak dia ceroboh masuk rumah aku.

Hahaha.. Pelik kan? Aku jatuh cinta dengan dia sebab dah jahanamkan pintu aku.

Cinta memang gila.

Ke aku yang gila?

***

Eryl yang memerhati daripada jauh, memeluk tubuhnya dan disandarkan pada loker pelajar. Phone miliknya diangkat lalu menangkap gambar dua susuk tubuh itu. Senyuman terukir manis dibibirnya. Gambar yang baru ditangkap, disendkan pada 'Shawn'.

Eryl
Eldera already meet his girl.
Aku rasa better Uncle cakap dengan dia nanti.

Shawn
Sure. Aku pun ada benda nak cakap dengan budak tu.

Thanks for the picture.

Isteri aku pun suka budak perempuan tu.

Eryl
Your welcome uncle.

Terus Eryl menutup gajetnya itu dan dimasukan kedalam poket. Beg yang tergalas dibahu, dibetulkan. Tak sampai beberapa langkah, laluanya dihalang seorang remaja lelaki beruniform putih. Eryl mencebik apabila lelaki itu memandangnya tajam.

"Kenapa lambat kali ni? Kucing kau beranak lagi? " soalnya sinis. Eryl mengguling matanya keatas.

"Tak adalah. Awek aku yang beranak. Tak sangka anak tu ada rupa aku. " balas Eryl selamba. Remaja lelaki berambut merah itu mula bengang. Eryl kalau tak bagi ayat 'baik' sehari, memang tak sah hidup dia.

"Kau bernasib baik hari ni sebab kelas kau terlibat dalam pemilihan War Of Magic. Pergi ke padang sekarang atau aku campak kau dalam bilik detention! "

Terus lelaki berambut merah itu beredar. Eryl dan buat muka tak senang sambil mengajuk apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Mengesah pulak aku. Kacau betul lah mamat tak cukup ketinggian tu. Dasar katik!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro