Chapter 15 | Never change

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Adrea! "

Adrea yang sedang merengangkan badan terpaksa mengalihkan badanya kebelakang. Sedar-sedar sahaja dia elok dipeluk Eryl yang hanya memakai singlet hitam. Cantik singlet itu mengikut bentuk badan Eryl yang tegap. Tangan kekarnya juga jelas kelihatan. Naik malu terus Adrea dibuatnya.

"Ushh!! Comelnya sayang aku ni! "

Selamba aje Eryl bermain dengan pipi bulat Adrea. Tersengih-sengih lelaki berambut hitam apabila tangan kecil Adrea sedaya upaya cuba menolak tanganya.

"Eryl lepaslah! Malu buduh! "

"Ehehe.. Nope! Kau comel sangat! Aku tak boleh tahan! Hahah.. "

"Dah dia tak suka, tak payahlah buat setan! "

DUSHH!

Padu. Terkaku Adrea apabila Eldera selamba menendang buntut Eryl sehingga terjatuh budak tu. Kesian pulak Adrea dengan Eryl yang dah berguling-guling sambil pegang buntut merah dia. Merana.

"Sakit lah nokharem! Siel punya Dera! " menyumpah terus Eryl pada Eldera yang papar wajah tak ada perasaan. Stone face like usual.

"Kenapalah mamat ni seksi selalu? " bisik Adrea tanpa sedar. Matanya juga tidak lepas daripada menatap wajah Eldera yang basah dek peluh. Rambutnya juga cantik dibasahi dengan air. Memakai badana hitam dikepala. Baju T-shirt tanpa lengan dan ketat. Jelas otot-ototnya terbentuk. Cepat aje si Adrea cair masuk parit.

"Kau ni Dera, sakit buntut aku. Kalau aku tak boleh nak lahirkan anak macam mana? "

"Sila check balik jantina kau Eryl. Please bro, simpan sikit kebodohan kau tu. "

Eryl sekadar sengih lalu beredar atau lebih tepat, mula mengorat gadis-gadis di padang Academy itu. Muka Eldera pasrah gila bila dengan Eryl. Susah betul dia nak didik kawan yang satu itu. Otak memang tak boleh nak diselamatkan dah.

"Adrea kau-"

Terkelip-kelip mata Adrea apabila muka Eldera tiba-tiba berubah merah. Dek kerana mushkil, kaki diayun kearahnya. Eldera kebelakang sedikit apabila Adrea berada dihadapanya dengan wajah bingung.

"Kenapa? Kau nak cakap apa Eldera? " Soal Adrea dengan wajah polos dan naif. Serius dia blur. Tetiba aje muka Eldera merah.

"Kau ni lah.. Sini! "

Tanpa amaran, terus tangan Adrea ditarik. Terhuyung-hayang gadis itu mengimbangkan badan dek tarikan Eldera. Lebih bingung Adrea dibuatnya apabila Eldera menariknya di tempat duduk pelajar lelaki. Kini semua mata lelaki terarah padanya. Cepat-cepat dia nyorok belakang Eldera.

Eldera yang perasan akan hal itu berubah serta merta. Hilang terus dirinya yang santai dan digantikan dengan kedinginan bersama aura membunuh.

"Tak ada apa yang nak ditengok. Pandang lain kalau tak nak hilang tempat pembiakan korang! "

Terus semua kecut. Lintang-pukang mereka masuk kepadang. Adrea dibelakang dah melompong. Belakang badan Eldera di pukul sekali. Jahatnya mulut!

"Tak baiklah ugut macam tu! "

"Bukan salah aku. Diorang yang gatal nak tengok kau. "

Selamba Eldera berjalan kearah sebuah kerusi. Tumbukan Adrea tak ada kesan langsung padanya. Jaket sukan yang berwarna hitam diambil di atas kerusi lalu disarung selamba pada tubuh Adrea. Tergamam gadis itu dengan tindakan selamba Eldera.

"Baju sukan kau ketat sangat. Nampak susu tu. "

"YOU PERVERT!!! "

Eldera dah gelak sakan seraya melarikan diri daripada Adrea yang dah merah padam. Eryl yang melihat daripada jauh, cepat-cepat tangkap gambar mereka berdua. Well,nak buat coleksi katakan. Sengihan terbit di bibir lelaki itu.

"Gosh, kalau tak bersweet sehari tak boleh ke? Cemburu aku. Hahaha.. "

***

Para pelajar Kelas Alpha, Beta dan Gamma kini berkumpul dipandang Academy Nightfall . Adrea yang berada di kelas Alpha duduk sebaris dengan tiga jejaka yang rapat denganya. Koharu pula berdiri disebelahnya memandangkan Alpha dan Beta sebelah menyebelah.

"Baiklah! Seperti yang kalian sedia maklum, Academy kita akan turut serta dalam War Of Magic yang mana akan berlangsung dalam beberapa minggu sahaja lagi. Jadi seperti biasa, kita akan buat permilihan."

Rata-rata pelajar yang ada dipandang mula mengeluh dan merungut. Sir Richard tak menghiraukan langsung rungutan itu lalu meneruskan penyapaiannya.

"Tahun ini para guru memberi kelonggaran. Setiap daripada kamu boleh berkumpulan dengan kelas yang berbeza. "

Mata Adrea dan Koharu dah membulat besar. Mereka saling berpandangan lalu memgenggam tangan satu sama lain. Happylah! Kalau tak,tiap-tiap tahun mereka perlu berkumpulan mengikut kelas.

"Baik. Jadi kamu boleh pilih kumpulan sekarang. Saya akan bagi informasi yang selanjutnya sebaik sahaja semua berada dalam kelompok masing-masing. "

Laju tangan Adrea disambar Eldera. Adrea mencebik bibir dan membiarkan lelaki itu menggenggam tanganya. Kini mereka duduk dalam bulatan bersama tiga lagi susuk tubuh.

"Setiap kumpulan enam orang. Sekarang kita ada aku, Adrea, Koharu, Eryl dan Eldera. Baru lima. Seorang lagi? " soal Nicolas sebaik sahaja mengira jumlah mereka. Matanya laju sahaja memerhati sekeliling tetapi hampa, hampir semua dah ada kumpulan.

Eryl juga cuba mencari. Eldera pula hanya senyap disebelah Adrea. Malas nak cari. Adrea dan Koharu juga cuba membantu.

"Kejap. Aku panggil sorang. " terus Eryl bangkit dan menuju kearah seseorang. Sebaik sahaja kelibat lelaki itu hilang, keempat-empat mereka berpandangan.

"Eryl tak akan pilih orang gila kan? " soal Nicolas.

"Pasrah ajelah nanti. " jawab yang lain serentak.

***

Eryl POV

Aku tersengih sebaik sahaja mata aku menyapa satu susuk tubuh remaja lelaki yang agak pendek. Tubuhnya juga agak genit tetapi masih boleh nampaklah badan dia.

"Akira.. "

Akira Saizou menoleh kearah aku dengan wajah dinginya. Rambut merahnya disisirkan di belakang telinga. Mata yang berwarna biru laut, memerhati aku.

"Kau nak apa budak bermasalah? " soalnya dengan nada menyampah. Aku buat tak tahu seraya selamba mencempung badan genitnya. Muka dia yang merah aku buat tak edah. Rontaannya juga aku biarkan.

"Weh tak guna! Lepaskan akulah! "

Dia mula menumbuk dadaku. Aku masih kekal selamba walaupun dada mula terasa sakit. Arh! Aku kena masukan dia jugak!

"Nah! "

Terus badanya aku jatuhnya sebaik sahaja sampai dihadapan kumpulan kami. Tercegang mereka semua apabila aku mencampak lelaki kecil itu. Kesah pulak aku kalau dia sakit. Dada aku pun sakit tahu tak?

"Kau..! "

" Akira Saizou. Aku nak dia masuk kumpulan kita. "

Adrea dan Koharu seperti tergamam begitu juga Nicolas. Eldera? Macam biasa. Masih tak mengesah. Hati batu betul.

"Ta-Tapi Eryl dia ni... "

"President of student council. I knowlah.. " balas aku selamba membuatkan mereka melompong. Gila tak tahu, mamat ni lah yang selalu tegur aku kalau lambat. Membebel macam perempuan baru hilang anak. Heh. Akira menjeling aku tajam.

"Dah kau tahu, kenapa paksa aku masuk kumpulan ni? " soalnya tegas.

"Kau ada kumpulan ke? "

Terdiam terus Akira sebaik sahaja aku menyoal soalan maut kepadanya. Aku tak akan ambil dia tanpa sebab. Aku tahu dia tak ada kumpulan sebab ramai student council yang lain pergi ke kumpulan-kumpulan pelajar biasa. Sian aku tengok dia alone.

"So sekarang, kau nak join War Of Magic atau tak? " soalku lagi dan kali ni aku mendekatkan muka ku denganya. Kami membalas jelingan sebelum Akira mengeluh dan duduk bersila dalam bulatan. Aku tersenyum sinis lalu duduk di sebelahnya.

"Sekarang kumpulan kita dah cukup! Dengan rasminya aku namakan kumpulan kita Jom Ke Neraka ! Hahaha.. "

"Sila mati untuk selama-lamanya. "

Haha sweetnya diorang cakap serentak.

***

Diatas sebuah bangunan, Shawn memerhati Eldera dan Eryl yang elok bertengkar. Lelaki misteri itu ketawa kecil dengan gelagat dua susuk tubuh itu. Alter dan Alzer juga berada dikiri dan kanannya.

"Tak berubah betul kembar tak sama rahim tu ya? Hahaha.. " ujarnya.

"Macam mana nak berubah kalau dua-dua tak betul Master. " Kata Alzer seraya melepaskan satu keluhan berat.

"Dah Alzer yang jaga. Bila otak nak betulnya. "

"Oit. "

Alter buat tak tahu aje dengan jelingan maut Alzer. Kesah pulak dia dengan si Alzer tu. Dia lagi seram.

"Korang pun tak berubah. Asyik nak bertekak aje... "

"Dia yang mula dulu! " Serentak Alzer dan Alter berkata sebelum membalas pandangan. Shawn tersenyum dan membiarkan kembar itu. Matanya kembali pada Eldera. Irisnya mengembang sesaat apabila mata hijau Eldera memanah tajam mata hitamnya.

'Stupid old man. Go to hell and never come back! '

Shawn ketawa besar apabila membaca gerak mulut Eldera. Marah betul Eldera pada dirinya. Tak boleh salahkan budak tu. Salah dia jugak sebab tak tanya khabar selama lima bulan.

Adrea menepuk bahu Eldera apabila lelaki itu tiba-tiba mendengus. Kini kumpulan mereka meregangkan badan masing-masing. Sebentar lagi, akan bermulanya pemilihan.Eldera menoleh kearah Adrea.

"Okay tak ni? "

"Aku okay. Kau buat regangan dengan aku. "

Tanpa menunggu jawapan si gadis, laju Eldera mengheret Adrea ke tengah padang. Agak lapang dan tak serabut dengan para pelajar.

"Jangan nak mengatal bukak jaket tu. " pesan Eldera tegas. Adrea dah buat muka.

" kenapa? Panaslah jaket ni!" Rungut Adrea. Lelaki berambut emas dah cekak pinggang. Mukanya kosong tanpa emosi.

"Bukaklah.. "

"Huh? Betul ni? " Adrea dah teruja. Tak sempat pun dia nak bukak, ayat Eldera yang seterusnya betul-betul buat dia nak humban lelaki itu dalam kolam asid.

"Kalau rasa nak kena raba dengan akulah. "

"PERVERT BASTAR*!! "

____________________________________________________________________________________________

Double update! 😂Saya akan cuba update sebanyak yg boleh minggu ni memandangkan tahun depan saya x sure kalau boleh update macam selalu. Saya saje nk kasi moment2 ElRea dulu😂

Kalau rajin, pergilah baca new story saya😂

AUFA AND THE FIVE PROTECTOR.

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro