Chapter 21 | Fairy Tale

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Weh, kau tahu tak Adrea sebenarnya ada kuasa? "

"Eh seriuslah? "

"Ha'ah! Hari tu en, sikit lagi dia nak bunuh Berry. Tapi Faer sempat halang. "

"Alaa.. Aku kalau Berry mati pun tak kisah. Menyampah duh perempuan tu. "

"Kan? "

Berry mengetap gigi dikala telinganya menangkap perbualan beberapa orang pelajar. Sudah seminggu kejadian itu berlaku tetapi ceritanya masih lagi menjadi tajuk perbualan hangat. Faer yang perasan akan perubahan wajah Berry hanya mendiamkan diri.

"Woi! Dah puas mengata aku ke hah?! " marah Berry pada sekumpulan pelajar lelaki yang membawang di loker pelajar. Ingat perempuan aje ke? Kita pun nak bawang-bawang gak tau?

"Err.. Ala.. Betul apa yang kitorang cakapkan? Kau tahu tak, kau tu dapat masuk pertandingan War Of Magic pun sebab ayah kau ahli Sihir terkuat aje! "

"Ha'ah. Yang sumbang markah pun Faer dengan budak-budak dia aje. Kau tu sumbang apa aje? Badan? "

Muka Berry merah padam dengan sindiran pedas mereka. Gigi diketap. Tak sempat pun dia nak membalas, bunyi dentuman kedengaran!

BAM!

"Shut up you assholes. Geez, such annoying."

"E-Eryl? "

Kini semua mata tertumpu pada Eryl yang elok bergayut kaki diatas loker pelajar. Mukanya agak mengantuk daripada biasa. Jelas loker pelajar yang diduduki Eryl kemik sedikit dek tumbukanya.

"Yeah aku. Actually aku baru nak lelap, tapi korang bising sangat. So boleh blah tak? Menyemak hidup lah.. "

Tak berkata apa, terus sekumpulan pelajar lelaki itu beredar. Berry dan Faer terdiam melihat lelaki separuh sedar itu.

"Kau.."

"Tak perlu ucap terima kasih. Aku tak nak tolong kau pun. Aku cuma nak tidur. Geez, tak guna Eldera, tak fasal-fasal aku berjaga sampai ke pagi.. Ahh... "

Eryl mengeluh lalu melompat turun daripada loker pelajar. Tak lama kemudian, matanya jatuh pada Eldera dan Adrea yang baru sahaja masuk ke dalam Academy. Bersinar terus mukanya.

"ADREA!!!! "

Adrea terkejut apabila Eryl datang menerpa kearahnya dengan senyuman melebar. Eldera pula dah timbul urat merah apabila Eryl memeluk Adrea sambil mengeselkan pipi mereka.

"E-Eryl! "

"I miss you Adryyy! Huhu.. Eldera buli aku semalam! Marah dia!"

Eldera dah bengang apabila melihat wajah acah sedih Eryl. Adrea memandang Eldera dengan sebelah kening terangkat.

"Seriously? Kenapa buli dia? "

"Dia makan kek aku kut! "

Sebaik sahaja mendengar jawapan Eldera, terus Adrea tepuk dahi. The hell with this guy? Kek? KEK?!

"Tapi kau makan ayam panggang aku dulu! "

"Kau letak atas meja, aku makan lah! Aku simpan sikit kut kat kau! Kau? Tak simpan langsung! "

"Kau tinggalkan tulang aje! "

"Tinggal jugak! "

"Heck kau! "

Adrea buat muka pasrah aje apabila dua mahluk itu mula bertekak. Bagus sangat. Boleh cair segala taik dekat badan dia.

"Tch. "

Berry yang daripada tadi menjadi pemerhati mendengus sebelum beredar. Faer pula tidak mengikutnya tetapi mata tertumpu pada Adrea yang cuba meleraikan Eldera dan Eryl yang mula mengigit satu sama lain. Wait, what?

"Yah! Janganlah mengigit! " marah Adrea apabila Eryl dan Eldera berguling!

"Ni Uncle Luke ajar aku! Kau makan ayam aku!!"

"Yang ni Alzer ajar aku!! Meh sini aku gigit kau dulu lah!!! "

"KORANG!! "

Faer tersenyum kecil sebelum pudar. Lelaki itu mengepal buku lima apabila Adrea mencium tapak tangan Eldera yang digigit. Eryl pula elok dibebelnya. Tersenyumlah si Eldera tu. Eryl pula angkat jari tengah sebelum selamba mengucup pipi Adrea dan melarikan diri daripada Eldera yang melompong.

"ERYL!!! "

"HAHAHAHA!!! "

Faer beredar dengan hati yang panas.

'Kenapa Adrea layan dia macam tu? Urgh! Whatever! '

***

"Hubungan kau dengan Eldera macam mana?"

Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja Faer membuka soalan aras tinggi kepada Adrea yang blur nak mati. Kawan tu baru aje bangun daripada tidur dek kerana kelas sejarah. Air liur meleleh pun ada lagi.

"Haaaah? "

"Hish! Susah lah cakap dengan orang blur! "

Terus Faer beredar. Bertambah blur Adrea dibuatnya. Liur dikesat dan mata Adrea jatuh pada Berry yang memberi pandangan membunuh kepadanya sebelum mengikut Faer keluar daripada kelas mereka.

"Apahal dua ekor mahluk tu? Terlebih ubat gegat kut.. Ya, termakan ubat gegat berlebihan. "

Adrea mengangkat bahu sebelum bangun. Kemudian dia bersiul kecil. Melebar senyuman Adrea apabila tupainya Puyu melompat diatas kepala.

"Puyu! Weh! Kau pergi mana selama ni? "

"Pururu... "

Badan Puyu diambil lalu memeluknya erat. Pipi tupai itu juga dikucup lembut sebelum meletakannya kembali diatas kepala. Memang menjadi kebiasaan Puyu untuk tidur di atas kepala Adrea.

"Tak apa. Janji kau dah balik. Lepas ni bagi tahu aku tau? "

"Puruuuu... "

Adrea ketawa kecil dengan nada malas Puyu. Kemudian matanya tertacap pada Eldera yang tertidur diatas pokok yang berhampiran dengan tingkap. Kaki berlari anak kearah tingkap itu.

"SAYANG! "

"Hahaha.. Terkejutnya. Sayang? Seriously, pervert girl? "

Adrea mencebik apabila rancangan mahu melihat Eldera melatah hancur. Cis! Adrea menongkat dagu diatas tingkap itu. Eldera pula elok duduk diatas pokok sambil menyandarkan badanya pada pokok.

"Kau buat apa dekat pokok ni? Dah lah ponteng kelas sejarah. "

"Aku tak minat sejarah. Sejarah bosan. "

Adrea mencebik dengan jawapan selamba Eldera.

"Why? Best apa sejarah. Kau tahu, aku pernah dengar satu ayat ni. 'Those that fail to learn from history are doomed to repeat it'. That's why kau kena belajar sejarah, supaya kau tak akan ulanginya di kemudian hari. "

"Then.. Apa jadi kalau kita lalui benda yang sama, sejarah yang sama, hanya sebab kita.. Dilahirkan semula? Reincarnation?"

Ketika itu, Adrea perasan perubahan warna mata Eldera. Warna hijaunya agak malap seperti ada sesuatu yang merungsingkan lelaki itu. Gelap. Adrea hanya kekal tenang membalas pandangan mata Eldera.

"Reincarnation? Well.. Selagi kita tahu apa yang akan jadi, why not kita ubah? "

"Ubah? "

"Yeah. Ini contoh eh. Katakan kau ialah lelaki jahat lagikan hodoh dan aku pulak perempuan baik lagi cantik.. "

Ketika itu Eldera melepaskan ketawa kecil. Adrea tersenyum sehingga menampakan giginya.

"Perasan.. "

"Biarlah. Aku yang nak bagi contoh. "

"Yeah-yeah. Teruskan, pervert girl. "

"Hey! Stop calling me that! "

"Whatever. Cepatlah bagi contoh.. "

Adrea mencebik tetapi meneruskan juga bicaranya.

"Okay, katakan kau lelaki jahat yang sentiasa buat dosa dengan membunuh dan memakan manusia, a monster. "

"Now aku monster pulak? "

"Shut up. And aku pulak ditakdirkan untuk bunuh kau sebab aku ada kuasa yang hebat! A savior! "

"Hek eleh.. "

"Nak dengar ke tak? "

Geram betul Adrea dengan Eldera. Orang nak acah sikit pun tak boleh. Eldera hanya ketawa lalu membuat isyarat agar meneruskan penerangan.

"Kita berdua hidup dalam dunia yang berbeza. Sangat-sangat berbeza. Kau tak pernah ada dalam kamus hidup aku, begitu juga aku. Tidak pernah ada dalam kamus hidup kau. Sampailah.. Suatu ketika, kita berjumpa. Semestinya kita tak bagi tahu siapa diri kita yang sebenar. "

"Kau dan aku. Kita penat. Penat dengan dunia yang penuh peperangan dan penipuan. Kita tak sedar yang takdir dah aturkan sesuatu untuk kita. Siapa sangka? Kita jatuh cinta. "

"Cliche. "

"Kau potong lagi, aku potong kelakian kau. "

Terus Eldera menghambur tawa besar!

"Brutalnya! "

"Nak potong ke tak? "

"Tak-tak. Terus kan. "

"Well. Yeah, cliche but hey? Kita berjumpa kan? Bila identiti kita terbongkar, perasaan kita terpaksa pendam. Semua kenangan hanya tinggal kenangan. Kita menentang dan cuba membunuh satu sama lain, tetapi hakikatnya kita buat semua tu sebab nak jumpa satu sama lain. Hanya cara tu kita dapat lepaskan rindu dan kasih.. "

Adrea memandang Eldera dengan senyuman kelat.

"Kau rasa, apa jadi kalau aku kata yang kita mati bersama? "

"Semua jadi baik? "

"Tapi kalau mati tu bersebab? "

Eldera terdiam.

"Maksud kau? "

"Macam mana kalau kita mati bersama supaya dapat dihidupkan balik dalam dunia yang tidak perlu kita tumpahkan darah? Dan.. Apa jadi kalau ianya jadi kenyataan? Kalau kau dihidupkan semula.. Kau nak bunuh aku? "

"Tak.. Sebab aku tak akan sanggup bunuh kau untuk kali kedua.. Aku sayang kau kut. " Ayat terakhir diperlahankan supaya tidak didengari Adrea.

"See? Sebab tu kita belajar sejarah. Supaya yang pahit tidak kita ulang and never regret for a second time. Kita ubah yang tak baik kepada baik. "

Eldera merenung wajah Adrea yang turut merenungnya. Tak lama kemudian, mereka ketawa kecil.

"Seriously Adrea Bellvania? Kau tak tahu apa erti kalah ke? "

"Well.. " Adrea mengangkat bahu bersama muka kerek. Eldera mengeleng kepala. Senyuman yang menghiasi kembali pudar.

"But.. It's just a fairy tale. Ini realiti Adrea. Macam mana kalau aku betul-betul monster, syaitan? Kau-"

"I stop you then. I will tell you that i love you so much and do anything to bring you back to me. "

"Walaupun aku pernah tikam belakang kau? " soalan maut itu membuatkan Adrea tersentap. Eldera tersenyum kelat dengan riaksi Adrea. Kepala ditunduk. Tangan dingenggam erat. Menyesal kerana melontarkan soalan itu.

"Yes. Walaupun kau tikam belakang aku. Aku still akan cari dan bawak kau balik. Sebab Eldera yang aku kenal.. Ada hati yang suci walaupun senipis kulit bawang.. "

Membulat mata Eldera ketika itu. Laju kepala diangkat lalu mata hijaunya bersambung dengan mata Adrea. Tika itu, mereka bagaikan hanyut dalam dunia ciptaan mereka. Masing-masing memancarkan persaan melalui mata. Perasaan yang tidak dapat diungkap dek kata tetapi jelas pada perbuatan fizikal.

Perasaan cinta.

***

Eryl mengeluh. Dia bosan. Tersangatlah bosan. Sebaik sahaja memerhatikan Adrea dan Eldera ditingkat lima Academy itu, terus dia beredar. Malas mahu mengacau dua hati itu.

"Bosanlah tak buat apa. Nico dengan Koharu pergi misi.. Akira? Tak buat apa kut. Hurmm.. Lepak bilik dia lah. "

Terus kaki diayun menuju ke bilik Student Council. Sebaik sahaja sampai, tanpa mengetuk mahupun memberi sebarang pamitan, tombol pintu dipulas.

"AKIRA!"

Eryl masuk kedalam bilik Akira dengan wajah yang ceria.

"Hu-Huh? "

"Eh? "

Pucat terus muka Eryl apabila matanya menyapa seorang gadis berambut merah panjang dan bermata merah rose. Apa yang lebih pengejutkan, gadis itu hanya berkemban dengan tuala yang menampakan pehanya yang gebu.

"Pe-pe-perem-perempuan?!!!! "

"KYAAAA !!!! ERYL YOU PERVERT ! "

PANGGGG!!!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro