Chapter 22 | Unexpected

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pipi Eryl merah dek kerana tamparan yang maha dahsyat daripada si gadis. Mereka kini elok merenung satu sama lain. Seorang dengan perasaan yang berbuku dan seorang lagi masih bingung.

"Kau ni.. Akira? " soal Eryl sebaik sahaja otaknya mula berfungsi kembali.

"A-Aku... "

Gadis berambut merah yang sudah berbaju menundukan kepalanya. Susah untuk dia terangkan pada Eryl.

"Kau Akira Saizou kan? " soal Eryl dengan lebih tegas. Wajahnya juga berubah serius. Akira mengigit bawah bibir sebelum menggali nafas. Kini mata merahnya membalas pandangan mata hijau Eryl.

"Ya. Aku Akira Saizou. President of Students Council-"

"Kau perempuan selama ni? "

Cantas Eryl sebelum sempat Akira menghabiskan ayatnya. Kini mata hijau Eryl bercahaya dan pandanganya berubah bengis. Akira tersentak dengan daya kuasa yang keluar daripada Eryl. Tiba-tiba sahaja!

"Eryl a-aku boleh jelaskan! To-"

"Kenapa kau tipu semua orang Akira? Apa yang kau nak sangat sampai kena jadi orang lain? Pangkat? Ehh.. Kau tahu tak sebab, perbuatan kau ni boleh timbu kan macam-macam isu?! "

"Eryl dengar dulu. Aku-"

"Tak! Aku tak nak dengar! Kau penipu! Kau tipu semua orang! Lelaki? Bullshits! Entah-entah kau tipu keluarga kau kan? Eh kejamnya kau. Taniah weh. Taniah. Lakonan kau memamg menjadi! "

Terus Eryl angkat punggung daripada sofa. Hati dia betul-betul panas! Selama ni dia kena tipu hidup-hidup?

Tak sempatpun Eryl nak pulas tombol pintu, tanganya diretap kebelakang sebelum badannya dihempaskan pada dinding! Eryl berdecih sakit bersama mata tertutup.

"Kau-"

"BOLEH TAK DENGAR APA YANG AKU NAK CAKAP?! "

Terdiam Eryl apabila wajah Akira betul-betul dekat dengan wajahnya! Jatungnya mula berdetak tidak tentu arah. Kedua belah tanganya pula elok dicengkam Akira dan berada dikiri dan kanan kepalanya. Mata Merah dan hijau itu saling merenung satu sama lain.

Akira mengigit bibir bersama mata tertutup. Nafas ditarik dan dihembus. Dadanya berobak kencang.

"Ya aku jahat! Aku penipu! Aku teruk! Perempuan tak guna! Tapi aku buat semua tu bukan sebab aku nak! Ianya keluarga aku Eryl! Keluarga aku!! "

Membulat mata Eryl apabila Akira meluahkan sesuatu yang tidak terjangka dek akal. Wajahnya yang bengis berubah bingung.

"Keluarga? "

"Ya! Keluarga Saizou antara keluarga bangsawan yang paling rapat dengan raja. Disebabkan itu harta keluarga kami banyak. Tapi... Hanya anak lelaki yang boleh mewarisi harta itu.. "

Cengkaman pada pergelangan tangan Eryl kian lemah. Akhirnya tangan Akira jatuh ke sisi. Eryl pula diam dan dengar luahan seorang gadis bernama Akira Saizou.

"Ayah aku anak sulung dan perwaris harta kami. Tapi sayangnya... Dia hanya ada anak perempuan. Dan pak cik aku ada anak lelaki. Jadi harta tu akan jatuh pada anak lelaki pak cik aku! Ayah aku tak nak! "

"Jadi.. Dia paksa kau menyamar sebab harta tu?! "

Akira tidak menjawab sebaliknya mengerdipkan sekali matanya seperti berkata Ya.

"Aku anak sulung Eryl. Dan harta tu hanya akan dapat pada anak lelaki sulung. Menentang? Aku dah cuba Eryl.. Tapi dia.. Dia gila harta! Kalau aku tak buat apa yang dia cakap.. A-Aku.. Kena buang keluarga. "

Eryl terdiam seribu bahasa. Hatinya sakit. Sakit dengan sikap manusia seperti itu. Yang hanya mahukan harta sehingga sanggup menyakiti pertalian darah sendiri.

"Akira.. " spontan tangan Eryl naik mengusap pipi Akira. Akira tersentak tetapi tidak menghalang. Sekali lagi mata mereka bertentang.

"Apa salah aku Eryl? Salah aku ke jadi macam ni? Salah aku ke sebab lahir sebagai perempuan? Nama aku juga sudah seperti lelaki..Jadi perlu ke aku jadi lelaki dan teruskan semua permainan dusta ni? " soal Akira dengan penuh syahdu dan lirih.

Entah kenapa, dia tidak kuat seperti selalu. Setitis air mata mencurah keluar dan diikuti yang lain. Eryl hanya tersenyum kelat dan mengusir air mata Akira dengan ibu jarinya.

"Bukan salah kau. Tapi salah kedua ibu bapa kau. Mereka terlalu tamak sampai tak sedar perasaan kau... Tapi.. "

"Tapi..? "

"Aku masih bencikan kau. "

Akira tersentak hebat. Ayat Eryl bagaikan batu yang menghempas kepala. Badanya mula lemah dan hampir jatuh. Tetapi Eryl sempat menyambutnya membuatkan Akira berada dalam rangkulan.

"Ke-kenapa..? Aku dah ceritakan semuanya.. Tapi kau.. Kau bencikan aku? " Air mata Akira semakin lebat keluar. Eryl pula hanya berwajah tenang. Kini sebelah tanganya merangkul pinggang gadis itu, manakala sebelah lagi mengangkat dagunya sehingga mata mereka bertentang.

"Sebab kau, aku ingat aku dah gila. Sebab kau, aku selalu kena dengan Eldera. Sebab kau, Aku hampir fikir nak tukar jadi perempuan dan sebab kau, aku ingat aku ni suka kaum sejenis. Hahaha... "

Akira terkebil-kebil dengan apa yang ingin disampaikan oleh Eryl. Sumpah dia bingung.

"Apa maksud kau? "

"Masih tak tahu? Mari sini aku terangkan.. "

Tanpa amaran, bibir Akira disambar Eryl. Membulat mata merah itu dikala Eryl mula memeluk pingangnya dengan kemas dan belakang lehernya ditekan sedikit. Akira menggenggam baju Eryl. Nafasnya mula sesak! Selang beberapa saat, Eryl melepaskan ciuman dan dadanya berobak kencang. Muka Akira pula merah padam.

"Sekarang kau faham kenapa? "

Akira tidak berkata apa sebaliknya menyembamkan wajah pada dada Eryl. Tangannya masih kemas mengenggam baju Eryl. Lututnya lemah!

"Idiot. "

***

Disebuah hutan yang jauh daripada Bandar Zynga, terletaknya sebuah padang hijau yang luas. Dikelilingi flora dan fauna.

Ditengah padang itu, berdirinya Eldera yang hanya memakai seluar berwarna hitam dan berbaju hitam. Mata terpejam rapat seperti memfokuskan sesuatu.

"Argh! "

"You demon! "

"Go die! "

"Kau tak patut wujud! "

"Kau syaitan durjana! Apa salah kami pada kau?! "

Bisikan-bisikan halus menyapa pendengaran si lelaki berambut emas. Dia bagaikan berada di sebuah kampung yang hancur dikerjakan oleh bala tentera syaitan bertanduk satu. Darah merata-ratq, rumah-rumah hancur menjadi debu dan mayat serta rangka manusia bersepah disana sini.

"Eldera.."

Eldera hanya senyap dikala satu susuk tubuh memanggil namanya. Tidak berwajah, berkulit pucat dan berambut emas sama sepertinya. Malahan, kulitnya dihiasi dengan tatu-tatu pelik. Begitu juga diwajahnya. Disisi setiap kepalanya pulak tumbuh dua pasang tanduk yang melengkung ke bawah.

"Apa kau nak kali ni? " soal Eldera yang membelakangi susuk tubuh misteri itu.

"Kau tahu jawapanya. "

"Dan balasan aku masih sama. "

Susuk tubuh itu ketawa lalu merapati Eldera daripada belakang. Kepala didekatkan pada telinga si jejaka.

"Kenapa? Aku boleh balas dendam pada lelaki yang dah sakitkan Eriana. Malahan, aku boleh buat semua tunduk pada kau termasuk puak Ryuzaki. "

Tangan susuk tubuh itu merayap kewajah Eldera dan menutup matanya. Sebelah lagi mencengkam leher si lelaki.

"Give me your body Eldera, and i take the revenge for you.. Kau dan aku sama. Dua-dua lelaki yang mahukan kehancuran... " bisik lelaki itu.

"Same answer. No. Kau ialah kau. Aku ialah aku. Kita berbeza. Lupakan sahaja niat kau tu."

Lelaki misteri menyeringai. Dia melepaskan cengkaman dan menjarakkan diri daripada Eldera. Eldera pula masih menutup matanya.

"Tetapi kita juga ada persamaan.. Kita mempunyai dendam. Dendam yang kekal sehingga hujung nyawa. "

Api berwarna hitam keunguan menyala marak lalu membakar sekeliling mereka! Rambut Eldera dan lelaki misteri itu beralun dek udara yang terhasil daripada api yang membetuk tornado.

"Aku tak selama-lamanya terkurung di sini Eldera. Suatu ketika nanti, kau sendiri datang kepada aku. "

"... "

Api membakar Eldera dan lelaki misteri. Setelah itu, Eldera perlahan-lahan membuka matanya. Iris matanya berwarna ungu sebelum kembali berwarna hijau. Satu helaan nafas meniti dibibirnya dikala memandang sekeliling.

"I do it again... "

Seekor burung jatuh daripada langit. Jatuh betul-betul dihadapan kaki Eldera. Lelaki berambut emas menunduk lalu mengutip mayat burung itu. Sayu dirinya melihat burung itu. Rentung dan beberapa bahagian badanya bagaikan dicincang!

"Sorry.. I didn't mean to kill you little creature. Rest in peace. "

Serta merta burung itu terbakar dek api yang keluar daripada tangan Eldera. Eldera kembali memandang keadaan di sekelilingnya. Rumput yang menghijau layu dan berwarna kelabu sebelum hancur. Pokok-pokok disekeliling juga bagaikan dibakar dan sesetengahnya musnah menhadi debu. Semua disekeliling Eldera mati.

"Sorry... I didn't mean it. Really.. didn't mean it."

Buku lima dikepal kuat. Kuku mencucuk-cucuk kulitnya. Bawah bibir digigit sehingga mengalirkan darah pekat yang berwarna hitam sebelum kembali berwarna merah.

"Eldera.. "

Kini Eldera toleh kebelakang. Tidak sedar air matanya yang berwana hitam mengalir keluar.

"Alter.. "

Alter tersenyum kelat lalu berjalan kearah Eldera yang menundukan kepalanya. Rambut remaja itu disusap lembut.

"It's getting worse Eldera. Aren't you sure you can enter the tournament? " soal Alter dengan nada risau.

"I'm fine. Aku masih boleh kawal dia. " ujar Eldera seraya mengesat air matanya. Kepala diangkat memandang mata ungu Alter. Alter mengeluh.

"Aku tak tahu Eldera. Kuasa kau semakin kuat."

"Bukan aku patut gembira ke? " soal Eldera dengan nada sarkastik.

"Gembira? Eldera, kau tahu apa maksudnya kalau kuasa kau semakin kuat. Yang pasti..Itu bukan pertanda baik. "

"Apa yang aku boleh buat Alter? Aku memang dilahirkan macam ni. Kalau bukan sebab dia, aku tak akan hidup. Aku hanya menumpang nyawanya. "

"Jadi lupakan dendam kau. Selagi kau berdendam dengan Nash, selagi tu dia akan paksa kau terima dia dan kuasa tu. Paling teruk, dunia akan kembali ke zaman hitam. Kau nak? "

Tika itu Eldera ketawa kecil dan penuh kesinisan. Tidak sedar matanya berubah ungu membuatkan Alter terkejut.

"Eldera.. Mata kau.. "

"Kau boleh mintak apa sahaja Alter. Tapi bukan dendam aku. Selagi aku tak jumpa pewaris lelaki jahanam tu, selagi tu dendam itu akan kekal. "

Alter tergamam dikala suara Eldera yang lebih dalam dan garau daripada biasa. Aura gelap juga dapat dirasai walaupun senipis kulit bawang.

"Ingat sikit. Tak semua dendam dapat dilupakan.. Dan aku.. dendam yang kekal! "

Mata Eldera bercahaya terang! Aura gelap yang sedikit, berubah banyak! Malahan, ruput sekeliling Eldera hilang dan diganti dengan tanah yang menghitam! Spontan Alter mengambil tindakan dengan bertukar menjadi asap keunguan dikala aura Eldera membesar dan meliputi seluruh hutan!

SWOOSSHHHH!!!

"What the... "

Tergamam seribu bahasa Alter dikala melihat keadaan hutan yang berubah menjadi padang jarak padang tekukur!

"ELDERA! "

Badan Eldera yang hampir menyembah tanah disambut Alter. Sempat mata Alter menangkap perubahan warna mata Eldera. Warna ungu berubah hijau kembali sebelum mata itu tertutup rapat. Alter mengeluh lalu mencempung tubuh remaja itu.

"Shawn kena tahu tentang ni Eldera, atau semuanya akan jadi malapetaka di kemudian hari. "

__________________________________________________________________________________________

Eryl confess dan salah satu kuasa misteri Eldera Muncul😨!

Stay tuned for more updates guys!😘

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro