Chapter 63 | He like her

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seorang lelaki menampak masuk kedalam sebuah bilik rawatan yang menempatkan seseorang. Wayar-wayar pelik masih bersambung dengan tubuh kaku diatas katil hospital itu. Dia tersenyum kelat apabila seorang wanita, masih setia disisi lelaki itu.

'Kalau aku, kau akan rasa macam tu? '

"Puan Eriana. " Puan Eriana mengangkat wajah. Matanya agak sembab dan rambutnya sedikit serabai. Alter menghampiri Puannya lalu menghulur sebungkus makanan.

"Puan kena makan. Dah sehari suntuk perut puan tak isi apa-apa. " Pujuk Alter lembut.

Sebaik sahaja tahu keadaan Shawn, Puan Eriana terus bergegas ke hospital ini bersama Alzer. Pertama kali sepanjang berhikmat dengan Puannya, wanita itu menggunakan kuasa 'puan besar' untuk datang kemari. Nak tak nak, Alzer terpaksa pulang dan mengambilnya walaupun mereka membangkang. Hanya Alter yang tinggal dihospital itu bersama Edwin.

"Puan. "Puan Eriana masih menggeleng kepala. Apa yang penting, dia hanya mahukan Shawn. Kelibat anaknya yang tidak kelihatan langsung membuatkan dia semakin sebak.

Alter semakin tak keruan. Hatinya bagaikan direntap apabila melihat wajah sunggul puannya. Bungkusan makanan diletakkan diatas meja berdekatan dengan katil Shawn.

"Err.. Puan nak keluar? Kita ambil angin sikit. " Ajak Alter lembut. Puan Eriana memandangnya lama sebelum mengangguk. Wanita bisu itu terkial-kial dan hampir sahaja jatuh kalau Alter tidak menyambutnya.

"Hati-hati puan." Puan Eriana sekadar senyum lalu mengambil langkah kembali.

"Weh Alter-Puan?" Alzer terkejut apabila dia hampir sahaja melanggar Puan kesayangannya itu. Tambah-tambah lagi apabila melihat renungan membunuh kembarnya. Teguk liur jugak lah.

"Maaf puan! Saya betul-betul tak perasan! " Alzer membongkokan tubuh. Kata-kata maafnya diterima Puan Eriana dengan senyuman. Wanita itu menepuk bahu Alzer tanda tidak apa-apa.

"Aku nak bawak puan keluar. Kau jaga tuan kejap. " Bisik Alter pada telinga Alzer apabila berselisih. Puan Eriana pula, sudah selamat keluar. Alzer pula seakan was-was dengan rasa tak enak.

"Alter kau.. "

"Aku tahu batas aku. Tak payah risau sangat lah. Kau ingat aku ni apa? " Marah Alter sebelum mengikut puanya. Alzer sekadar memerhati lalu mengeluh berat. Edwin yang baru sahaja tiba, mengerut dahi.

"Asal ni? Kau gaduh dengan kembar kau lagi ke?" Soal Edwin lalu menjalankan tugasnya untuk memantau keadaan Shawn.

"Lebih kurang. " Bisik Alzer perlahan lalu berjalan kearah tingkap. Matanya redup memandang Puan Eriana yang tersenyum kepada Alter ditaman hospital itu.

"Okey. Keadaan Shawn dah makin baik. Maybe dia akan terjaga dalam dua atau tiga jam lagi. Huh, selamatlah kau ni Immortal. Tak ada lah teruk sangat kerja aku-"

"Alter suka Puan Eriana sebenarnya. "

"Dan ya. Alter suka Eriana-wait what?! "

Hampir sahaja picagari ditangan Edwin melayang apabila Alzer menyatakan sesuatu yang tak terjangka dek akal. Matanya tak berkelip memandang Alzer yang masih merenung keluar.

"Kau biar betul? "

"Betul lah. " Kini Edwin turut berada disisinya sambil memerhatikan Alter dan Puan Eriana.

"Shawn-"

"Shawn tahu. Tapi dia tak nak bangkitkan isu ni. Kalau boleh, dia tak nak ada apa-apa perbalahan antara dia dengan Alter. Well, Alter pun tak buat apa-apa so maybe lah, maybe dia dah move on. " Terang Alzer tenang walaupun tika itu, hatinya agak galau.

"Honestly, aku tahu dia tak move on pun. Sebab tu aku risau dia buat apa-apa time Shawn koma ni. " keluh Alzer lagi.

"Aku tak nak dia buat benda bodoh. Lagi-lagi lepas apa Shawn dah buat untuk kami berdua."

Edwin terdiam. Alzer pula tersenyum kelat. Mungkin dia patut ceritakan sejarah mereka berdua kepada Edwin.

"Kau tahu tak macam mana aku dengan Alter boleh end up dengan Shawn? "

"Shawn pernah cerita dekat aku dulu. Dia jumpa korang dalam keadaan cedera parah. Badan korang banyak parut dan cedera sana sini. Zirah yang dipakai pun teruk sangat. "

Alzer tersenyum kelat lalu mengangguk mengiyakan.

"Itu ajelah yang aku tahu. "

"Itu satu. Satu lagi, aku dengan Alter.. "

"Amnesiakan? " cantas Edwin membuatkan Alzer mengangguk lagi. Mata mereka bertaut sesaat sebelum serentak memandang Shawn yang masih tidak sedarkan diri.

"Shawn dah banyak tolong aku dan Alter untuk ingat siapa diri kami yang sebenar, tapi semuanya temui jalan buntu. Zirah aku dan Alter juga tak ada apa-apa pertunjuk. Sehinggalah musnahnya Dunia Immortal, aku dan Alter tekad untuk tak nak susahkan Shawn. " Terang Alzer bersama senyuman kelat.

"Sejujurnya, otak aku masih meronta untuk tahu kebenaran. Tapi hati aku..? Dia macam tak nak tahu dan kalau boleh tak nak ada kaitan pun. " Kini mata Alzer jatuh pada Edwin.

"Aku takut diri aku dan Alter yang sebenar, jauh lebih bahaya daripada apa yang kita bayangan. Lebih teruk kalau aku dan dia sebenarnya Tempests."

"Kenapa pula? " Soal Edwin dengan nada yang agak gusar. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini banyak sangat rahsia yang mula terlerai walaupun agak pelik.

"Sebab Shawn jumpa aku dan Alter di medan tempur. Ketika perang antara Tempests dan Immortal untuk kali yang ke-10.10 tahun sebelum Dunia Immortal musnah. "

Edwin bungkam. Jika ikut pengkiraan, peratusan untuk Alter dan Alzer ialah puak Tempests memang besar. Lebih-lebih lagi apabila kuasa mereka masih belum diketahui kecuali kabus.

Jika mereka Puak Immortal, jadi jenis apa? Guardian seperti Shawn? Vampire sepertinya? Travellers seperti Adela dan Aaron? Atau Ghost seperti Ayrez?

Banyak persoalan yang mula timbul dalam benak fikiranya. Identiti sang kembar yang selama ini diambil tak edah, mula menjadi tanda tanya yang mungkin membawa dua kemungkinan.

Kehancuran atau kebaikan.

"Dah lah Edwin, kau tak payah fikir lah. In future, maybe aku dengan Alter akan tahu. " Pujuk Alzer apabila melihat wajah Edwin yang berkerut memikirkan kemungkinan dan persoalan.

Edwin mengeluh lalu mengangguk. Buat masa ni, dia akan diamkan diri dahulu dan lihat apa yang takdir aturkan sebenarnya.

Daripada dulu lagi, dia pasti ada sesuatu yang tidak kena sejak Shawn mengalihkan kurungan Aeldera kedalam kandungan Eriana yang kini berada dalam tubuh anaknya. Pasti ada makna dan sesuatu di sebalik semua yang jadi.

"Okaylah, aku nak jumpa Alter dengan Puan dulu. Kalau tuan dah bangun, kau kasi tahu eh? "

"Hurmm. "

***

"Eriana? "

Tubuh Puan Eriana mengeras disaat suara garau itu menyapa. Tubuhnya mengigil. Badan dikalih kebelakang dengan matanya membulat.

"Ka-kau memang Eriana kan? " Soal jejaka itu sekali lagi. Puan Eriana mengundur kebelakang apabila lelaki itu cuba mendekat. Air matanya bertakung. Dalam hati, dia meronta memanggil Shawn.

"Kau-kau takut dengan aku ke? " Puan Eriana mengangguk laju. Dek kaki yang melemah, dia jatuh terduduk. Pantas lelaki itu menghampiri. Wajahnya jelas kerisauan.

"Eri-"

"Garrhhhh! " Puan Eriana menjerit dalam kebisuanya. Seakan menghalau jejaka itu daripada dirinya. Kalau boleh, daripada hidupnya juga!

Lelaki itu terkedu lalu berundur. Matanya sayu melihat pandangan takut Puan Eriana terhadap dirinya.

"Aku Nash, Eri. Kenapa kau takut dengan aku?" Soalnya lemah. Sesaat kemudian, matanya menangkap tangan Puan Eriana yang memeluk perutnya. Nash terkedu.

"Ma-malam tu. Kau-kau mengandung. Tak mungkin. Kandungan kau.. "

"Garhhhh! Garhhhh! "

Rasa bersalah yang menggunung, mula hadir dalam hati Nash. Lebih perit apabila dia menangkap titisan air mata Puan Eriana yang mula membasahi pipi.

"Eri... "

"Puan! " Serentak itu juga Alter dan Alzer muncul. Sepantas kilat tubuh Puan Eriana berada dalam cempungan Alter. Wanita berambut emas itu menghamburkan tangis didada Alter. Lelaki berambut hitam mula berang. Mata ungunya mencerlu tajam pada Nash yang jelas terkejut.

"Sialan! Kau buat apa pada puan aku?! " Alzer sempat menghalang Alter daripada melepaskan amarahnya. Kepala digeleng lalu menyuruh lelaki itu beredar. Takut jika berlama, Alter tidak mampu mengawal amarahnya sendiri.

"Alzer! "

"Jangan Alter. Kemarahan kau sama bahaya macam Eldera jika hilang kawalan. Bawak puan kepada Shawn. "

"Tapi-"

"Alter. Puan mengandung sekarang. Jadi tolong faham keadaan dia. Kalau jadi sesuatu, kau nak cakap apa dekat Eldera dan Shawn? " Tegas Alzer memberi arahan. Alter merengus sebelum membawa Puan Eriana masuk ke dalam hopital.

"Dia mengandung? " Soal Nash tak percaya. Alzer diam seketika sebelum tersenyum plastik.

"Ya. Dan itu anak kedua dia. " Balas Alzer dengan nada yang agak dingin. Mata Nash pula membulat besar. Bibirnya seakan mengulum senyum.

"Macam mana dengan anak pertama dia? Hidupkan? "

Tika itu, Alzer perasan akan nada suara Nash yang seakan berharap. Lama dia merenung kedalam anak mata coklat Nash.

"Kenapa kau nak tahu? "

"Kandungan pertama tu... " Nash mengigit bibir. Rasa bersalah yang selama ini disimpan, semakin menggunung. Kebenaran yang diketahui merupakan titik permulaan kepada penyesalanya yang tidak terhingga.

Dan semuanya hanya akan terhapus jika maafnya diterima Eriana.

"Anak kau. Ya. Aku tahu. " Alzer menghabiskan kata-kata Nash. Lelaki berambut kuning padi itu terkejut dengan penyataan Alzer.

"Tapi boleh ke kau bergelar ayah padanya setelah apa yang kau buat pada ibu dia? Kau tak takut, yang one day anak kau akan berdendam? Dan mungkin dendam tu merupakan ajal kau? Kau masih nak jumpa mereka jugak ke? " Soal Alzer dengan nada menekan dan dingin.

Tika itu, bukan sahaja Alzer terkejut dengan jawapan Nash, malahan raut wajahnya yang terpapar juga.

Tersenyum dan tenang sekali.

"Tak. Aku tak kesah kalau one day nyawa aku jadi galang ganti. Sebab semuanya berpunca daripada aku. Jadi untuk balas semua dosa aku pada mereka, aku tak kesah kalau nyawa aku ditarik oleh anak aku sendiri. "

"Gila. " Itu sahaja yang mampu dibalas Alzer. Nash ketawa kecil sebelum menyoal tenang.

"Tadi kau cakap nama Eldera kan? Itu nama yang Eriana bagi pada anak aku? Atau itu nama suami dia? "

"Anak dia. Kenapa kau nak tahu? "

"Sedap. Nama yang unik dan jarang digunakan. Aku suka. Maksudnya mulia. Siapa sangka? Dia akan guna nama mendiang abangnya. "

Alzer terdiam seribu bahasa. Dia sudah sedia maklum tentang nama Eldera. Tapi, bagaimana Nash boleh setenang ini? Alzer tidak bodoh untuk nampak bertapa Nash mahu berjumpa anaknya. Dalam masa yang sama, matanya juga terselit beribu sesalan.

"Apa kau nak buat, kalau kau dapat jumpa anak kau?" Soal Alzer tanpa sedar. Matanya membulat sebelum tangan naik menutup mulut. Nash sekadar senyum manis.

"Maybe huge him. Or maybe let him kill me."

"What-"

ROUUUUUUUUUUURRRRR!

Ngauman yang maha dahsyat itu menyentakkan Alzer dan Nash! Kepala naik memandang langit bersama mata yang terbutang luas.

Kini langit tidak lagi berwarna biru. Semuanya hitam seakan malam hari! Kilat-kilat dengan warna yang aneh juga sambar menyambar disekitar! Angin kencang juga bertiup entah daripada mana! Tekanan kuasa kegelapan sangat menekan.

"Ngauman apa tadi? " Soal Alzer yang masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Aku tak sedap hati fasal ni. " Bisik Nash seraya menghalakan matanya keseluruh kawasan.

Dari tingkap hospital, Permaisuri Kerajaan Emerald, Emyriel Ryuzaki memandang dengan riak risau. Mata merahnya tidak lepas memerhati awan-awan yang berpusar ditengah bandar bersama kilat-kilat yang tidak henti menyambar.

"Bonda! " Puteri Shiory masuk kedalam bilik rawatan yang menempatkan Raja Shiro Ryuzaki yang masih belum sedarkan diri.

"Kenapa semuanya kelam Bonda? Shio tak sedap hati fasal semua benda ni. "

Permaisuri Emyriel sekadar senyum lalu mendukung anaknya. Felix yang sentiasa menjadi penjaga Puteri Shiory sekadar diam memerhati.

"Jangan risau. Semuanya akan baik. Bonda haraplah. " Kucupan dihadiahkan diatas ubun-ubun Puteri Shiory.

"Bonda. Shio. "

"Abang Sen! " Puteri Shiory melompat turut daripada dukungan bondanya. Kaki si cilik terkedek-kedek menghampiri abang keduanya. Tangan kecilnya memeluk kaki Putera Senri. Sang abang sekadar senyum dan mengusap lembut kepala adiknya.

"Kenapa Senri panggil bonda? "

"Sen nak bonda berpindah ke tempat selamat sekarang. Keadaan diluar dah jadi tak terkawal. Terutama dibandar! "

"Apa? "

Senri tidak berkata apa. Sebaliknya television dibilik itu dibuka. Mata Permaisuri terbutang luas apabila melihat keadaan bandar yang kucar-kacir! Semuanya gara-gara mahluk pelik dan tiupan angin yang kuat! Orang ramai menjerit dimana-mana!

"Sen dah mintak Uncle Luke dan Raja Katsu untuk hantar para kesatria ke bandar. Sekarang ni orang ramai dah mula berpindah. "

"Bagaimana dengan ayahanda kamu? Boleh ke kita alihkan dia sekarang? "

Senri terdiam. Matanya beralih pada susuk tubuh yang masih lena diatas katil hospital itu.

"Kita akan pindahkan dia. Sen yakin dia tak akan apa-apa. "

***

"A-apa? " Tubuh Adrea menggeletar. Pupil matanya panas. Semua yang terjadi kepada Akira, seakan layar lebar di matanya. Rama-rama yang mengintip keadaan Akira terhapus apabila Fafnir perasan akan keberadaban mereka.

"A-Akira. "

GROUURRRRRRRRR!

Ngauman yang sangat dahsyat itu menyentakkan Adrea. Bahagian atas sel penjara itu bergegar hebat! Peluh menuruni wajah Adrea. Gigi diketap geram.

"Sial lah!! "

BRANGGG!

"Jahanam! Jahanam! Jahanam! "

Adrea tidak menghiraukan kesakitan tangan dan kakinya. Gadis berambut violet itu menggunakan tenaga yang masih ada untuk melepaskan dirinya walaupun sia-sia. Air matanya bertakung.

"Jahanam lah.. " Bahu Adrea mula terhinjut-hinjut dek tangis. Dia menjerit sekuat hati disaat janji yang pernah diminta Akira bermain dalam fikiranya.

"Boleh kau jagakan Eryl untuk aku? "

"Mana boleh macam ni Kira.. Kau cintakan dia.. Jadi cakaplah depan-depan tak guna!! "

BAMMM!

Adrea mula menumbuk lantai tanpa menghiraukan darah yang mula keluar. Tangisanya masih tersisa. Emosinya mula tak stabil. Kewarsanya seakan hilang.

"Kenapa aku yang selalu kena?! Kenapa aku yang selalu hilang orang yang aku sayang?! Ahhhhhhhhh!!! "

BAMMMMMM!

Saat itu, salah satu bongkah batu bata didalam bilik itu jatuh! Adrea tidak menghiraukan. Istana yang mengurungnya juga seakan mahu roboh! Semuanya kacau bilau!

"Kenapa..? Kenapa..? " Kini Adrea berhenti menumbuk. Kakinya dibawa kedada. Tangisan pilunya bergema di setiap pelosok penjara.

"Eldera.. " Entah kenapa nama itu meniti dibibirnya. Saat itu, hanya jejaka itu yang bermain dalam otaknya. Dia hanya mahukan Eldera.

"Pervert girl, sejak bila kau jadi lemah ni? "

Adrea tersentak kuat apabila suara serak itu menyapa. Kepala diangkat perlahan-lahan. Jantungnya berdegup tak seirama.

"You really hopeless when I'm not around huh? That's not like yourselves. "

Adrea masih membisu. Hanya matanya yang seakan berkata-kata. Lelaki dihadapanya ketawa kecil. Badan direndahkan lalu melutut sebelah kaki. Tanganya mengelus lembut pipi Adrea. Seperti Adrea, bicaranya semua melalui mata.

"E-Eldera. "

"Hurmmm? "

Eldera tersenyum lembut. Kepala Adrea didakap. Bibirnya mengucup ubun-ubun sang gadis.

"Finally.. Aku jumpa kau Pervert Girl. "

"Ma-macam mana ka-kau boleh ada dekat sini? "

Satu keluhan dilepaskan. Eldera menjarakkan jarak mereka. Mata Adrea bersambung dengan matanya.

"Kau tak akan percaya, tapi naga tu yang dah tolong aku. "

"Naga? "

"Tu. "

"Woi Eldy! Cepatlah dapatkan buah hati kau tu! Razus dah gerak kebandar tahu tak?! " Mulut Adrea melompong apabila melihat seekor Naga bersisik hitam bertebangan diudara.

"Na-na-naga?! "

"Simpan soalan-soalan kau. Kita kena keluar daripada tempat ni. "

SLASHHHHHH!

SLASHHHHHH!

Rantai besi dimusnahkan dengan mudah. Adrea cuba bangun walaupun kakinya sudah menggeletar.

"Ah! " Hampir sahaja Adrea jatuh kalau tidak disambut Eldera. Lelaki itu tersenyum lalu mencempung tubuh Adrea. Sepasang sayap syaitan muncul dibelakangnya.

"Paut leher aku."Arah Eldera lalu mengepakan sayapnya. Adrea akur sahaja. Mereka berdua meluncur keudara sebelum seluruh istana musnah berkecai.

BRAMMMMM!

"Perhh. Sikit aje lagi. Kalau tak aku kena buat kubur untuk dua orang. "

"Diam lah naga tak guna. "

Kurayami mencebik lalu terbang dihadapan Eldera. Lelaki syaitan pula senyap tanpa suara.

"El.. " Panggil Adrea tetiba.

"Hurmm? "

"Lepas semua ni berakhir.. Boleh kau berada disisi Eryl? "

"Huh? " Eldera bingung. Adrea hanya senyum kelat. Kepala disandarkan pada dada bidang lelaki itu. Air mata ditahan daripada tumpah.

"Please. " Pohon Adrea lagi mengundang keluhan Eldera. Lelaki itu hanya mengangguk setuju walaupun tidak mengerti tujuan gadisnya meminta.

"Thanks.. "Ujar Adrea lemah sebelum dunianya berubah kelam. Eldera tersenyum tipis lalu mengucup ubun-ubun gadisnya.

"Berehatlah, gadisku. "


Just nk korang tahu, kebanyakan character2  yg muncul ada kaitan dgn Eldera / Adrea / Eryl even tho berzaman x muncul😂. Jadi hope korang ingat lah yaaa😂

And yes, Eldera akan jadi abang!! 😂

Spoil sikit..

"Aku tak boleh biarkan sebarang lalat dekat dengan dia. Lebih baik aku pantau keselamatan raja aku daripada jauh. "

"Aku.. A-aku tahu! Tenaga aku macam dah mula hilang. Urgh! Dammit! Janganlah sekarang! "

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro