Chapter 64 | Obsess

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BRANGGGGG!!

ZZRRRRRRRAASS!!

"Ahhhh!! "

Orang ramai bertempiaran. Mereka menjerit dikala kilat menyambar dan memusnahkan kawasan bandar tanpa mengira nyawa yang ada. Api pula terhasil dan menelan sesiapa disekitarnya. Bahang panas itu membakar dengan sangat kejam.

"SEMUA ORANG PERGI KE PUSAT BANDAR SEKARANG! " Arah Nash tegas seraya melindungi beberapa penduduk daridapa dibaham api. Air yang terbentuk seakan perisai diatasnya, mengeluarkan wap disaat api menyambar!

"Tu-tuan Nash. "

Nash tersenyum manis kepada anak kecil dikakinya. Badan si kecil diangkat lalu dia berlari menyerahkan pada kesatria yang berada berdekatan.

"Bawak budak ni ke pusat bandar bersama yang lain. Pastikan mereka selamat berada di kawasan bawah tanah. "

"Baik tuan! "

"Pergi sekarang! "

Kesatria itu mengangguk lalu membawa anak kecil tadi bersama penduduk yang lain. Nash menghela nafas lega sebelum kakinya berlari mencari mana-mana penduduk yang masih berada dibandar itu.

ROUURRRRRR!

Ngauman yang membingitkan telinga bergema diseluruh pelosok bandar sekaligus menggegarkan kawasan sekitarnya. Nash menekup telinga bersama muka berkerut-kerut. Mata tertutup dek kerana bunyi yang tidak tertahan itu.

"Raghhhhhh! "

"Huh? "

"Hati-hati! "

Badan Nash melayang kebelakang apabila ditarik . Matanya membulat apabila Raja Katsu muncul lalu membelah seekor mahluk yang seakan biawak!

"Tch. Biawak pun dah lagi maju. Pandai pulak berjalan guna dua kaki. "

"Tuanku! "

Raja Katsu tidak membalas. Sebaliknya memberi isyarat agar bersedia. Puluhan mahluk pelik seakan biawak itu semakin lama semakin banyak yang muncul dari bawah tanah.

"A-apa semua ni tuanku? "

"Drago. Salah satu mahluk perosak yang sama macam Daemon. Tapi yang membezakan mereka daripada Daemon, mereka jenis yang diseru. "

"You mean like Summoner? "

"That's more specific. Dan atas tu.. " Kini pedang Raja Katsu dihalakan keatas. Kepala Nash turut terdongak. Matanya membulat apabila melihat seekor naga berzirah, berpeluk tubuh diangkasa mereka. Lebih mengerikan apabila naga-naga kecil juga berada disekitarnya. Mengelilinginya seakan sang raja yang harus dilindungi.

".. Yang seru mereka. The great destroyed, Razus. Other damn dragon that always bring disaster in our world besides Kurayami." Raja Katsu merengus kasar. Manakala Nash terdiam seribu bahasa.

"Selagi penyeru tu hidup, selagi tu binatanganya akan muncul. " Kini mata ditebarkan pula pada para Drago yang seakan kelaparan itu.

"Satu-satunya cara nak bunuh mereka, hanya apabila kepala mereka dipenggal. Kalau setakat tangan atau kaki, diorang boleh pulih balik. Jadi aku harap kau tak kesah memenggal kepala, Nash Delaine. " Sinis Raja Katsu mencabar.

Nash terkejut sebelum ketawa kecil. Air yang berada berdekatan mula mengelilinginya dan berada dibawah kaki seakan ombak. Raja Katsu tersengih.

"Lupakan. You're Beast of Dianthus Kingdom after all. I think i can count on you. "

"I'm not that beast my King. Saya tak sesuai dengan panggilan tu. Anak sendiri pun hampir saya bunuh. " Ayat terakhir diperlahankan dan hanya dia sahaja yang dengar. Panggilan seperti 'Beast of Dianthus Kingdom' tak sesuai untuknya.

"But still, it's my honored to fight along side with you King Katsu of Grandiflora Kingdom. "

Raja Katsu hanya tersenyum lalu memecut kehadapan. Bilah pedangya memenggal musuh tanpa belas! Nash tersenyum lalu air disekeliling membentuk puluhan pedang!

"Hargghhhhhhh! "

SLASSHHHHHHHH!

***

"Huwarh! Razus meeeemang gila! Tengok tu! Habis dia seru semua Drago! " Ujar Fenrir yang jelas teruja dengan kemusnahan dibawahnya. Vans disebelah sekadar senyum. Kedua-dua mereka berada diatas bahu naga Fafnir yang gah lagi sasa.

"Kenapa kau tak dekat dengan Razus Faf? " Soal Fenrir seraya duduk bersila.

"Aku tak boleh biarkan sebarang lalat dekat dengan dia. Lebih baik aku pantau keselamatan raja aku daripada jauh. " Sinis Fafnir membalas lalu menghalakan pandangannya pada satu arah.

Senyumanya melebar. Gigi tarinya jelas kelihatahan. Mata merahnya bersinar terang.

"Hurmmm? Oh! Oh! Vans! Aku nampak something datang ah! "

Vans mengalih pandanganya kesisi dikala Fenrir asyik melompat bersama jari yang menunding pada suatu arah. Matanya membulat besar seakan tak percaya.

"No way. Is he.. "

"Hehehe. Yeah! It's him! It's really him! "

Fafnir semakin teruja. Aura gelap miliknya semakin membuak-buak keluar! Ekornya dilibas seakan sangat-sangat teruja!

"KURAYAMI!!! "

Tanpa amaran, Fafnir meluncur laju kearah sang naga! Vans dan Fenrir pula berpaut pada sisik sang naga kegelapan agar tidak terhumban kebelakang!

"Urghh. " Dalam masa yang sama. Kepala Kurayami mula berpinar. Kepala digelengkan untuk menstabilkan terbanganya. Perasan akan keadaan itu, Eldera menghampiri. Adrea pula masih selamat dalam dukunganya.

"Kau kenapa? "

"Aku.. A-aku tak tahu! Tenaga aku macam dah mula hilang. Urgh! Dammit! Janganlah sekarang! "Eldera diam seketika.

"Mungkin berkait dengan Eryl? "

''Urgh. Mungkin. "

"KURAYAMI!!! "

BUSHHHHHHHH!!

Mata Eldera membulat disaat tubuh naga Kurayami jatuh menghempas tanah bersama seekor lagi naga yang entah datang daripada mana! Kedua-dua naga itu mula bertarung dan naguman penuh dominan menguasi setiap pelosok kawasan!

"Grrr.. Kau apahal serang tak bagi signal! It's damn so hurt your pig!! " Kurayami mengigit bahu Fafnir sehingga naga itu meraung kuat! Vans dan Fenrir pula selamat melarikan diri sebelum dua naga itu berentap hebat!

"GGRR.. ROUURRR!! "

"ROUUURRRR!! "

Kini Kurayami pula yang menjerit apabila Fafnir mengigitnya tanpa belas! Dek kerana bengang, kukunya digunakan lalu menikam dada naga itu sehingga berdarah! Gigitan terlepas lalu Kurayami mengambil peluang untuk terbang ke udara! Sempat ekornya melibas tubuh Fafnir sehingga naga itu melolong kesakitan.

"Bodoh! Sakit sial leher aku! " Adu Kurayami disaat berada hampir bersama Eldera. Lukanya perlahan-lahan pulih dan dilitupi sisik-sisiknya.

"KURAYAMI!!! "

Fafnir mengaum bagai nak gila! Burung-burung bertebangan dek ketakutan. Kurayami mendengus lalu mengenggam Eldera tanpa amaran dan terbang sejauh mungkin daripada Fafnir yang seakan obses denganya.

"Kurayami! Hey! Hati-hati lah! Adrea masih cedera! "

"Maaf Eldy. Tapi kita kena lari daripada naga gila tu. Aku rasa dia juga penyembah Naga Syaitan. Grrr ! "

Eldera terdiam. Matanya diliarkan keudara apabila sedar perubahan langit diangkasa. Matanya membulat apabila terlihat satu mahluk gergasi yang berpeluk tubuh dibawah satu pusaran awan hitam. Kilat yang sambar menyambar di sekelilingnya, tidak satupun mengenai mahluk itu.

"Kurayami. Mungkin kah itu.. "

"Ya. " Mata Kurayami juga menajam. Sangat tanjam menikam sang mahluk yang dua kali lebih besar daripada tubuhnya.

"Itulah Razus. "

***

"Hurmm? Nampak macam dah nak mula. Apa kata kau Red? " Soal Ayrez yang kini selamba bersila diatas badan naga Red sambil memakan sebiji Epal. Sang naga merah hanya senyap tanpa suara. Kakinya mencengkam pokok gergasi tidak jauh daripada Bandar Aria yang sangat huru hara.

"Kau salah seorang Immortal. Tak akan tak nak tolong? "

"Nahh. Aku hantu. Aku hanya datang bila perlu. Sekarang ni bukan masanya. Jika keadaan mendesak, baru aku muncul. Alaa..Last minute lah katakan. " Balas Ayrez seraya melambungkan Epalnya. Red menyambut dengan mulutnya lalu ditelan begitu sahaja.

"Tapi aku rasa kau patut pergi Ayrez Hernandez. " Sapa suatu suara yang sangat dikenali Ayrez. Lelaki berambut hitam itu ketawa lalu menjeling kebelakang.

"Hello my beloved travellers. What you want from this ghost? Information? Assassination?search for a lost chid? Hurmmm? "

Adel atau nama penuhnya Adela berpandangan dengan Aaron sang suami. Mata mereka tepat memanah mata merah jambu milik Ayrez.

"Kau kena tolong kami dapatkan Akira semula. Kalau tidak.. "

"Wow. Wow. Wow. Wait a sec miss Adel . Kau mahu pertolongan aku? Kau tahu Hantu Abadi seperti aku buat kerja. " Ayrez menongkat pipi diatas peha. Matanya bersinar dan sebelah keningnya terjongket.

"Ayrez, please. Kau aje satu-satunya harapan kami. " Rayu Aaron seakan terdesak. Ayrez tidak menghiraukanya malahan ketawa geli hati.

"Harapan? Come one Aaron. Kau tahu aku tak berminat dengan ayat-ayat tangkap leleh. " Kini Ayrez menyilangkan tangan didada.

"Aku hanya berminat dengan upah. Sejak kecil keturunan Hernandez dididik begitu. Jadi kau harap apa daripada aku? " Sinis Ayrez melempar kata. Adel dan Aaron terdiam.

"Kalau tak ada apa-apa, aku nak chau lu. Lama tak dating dengan bini. Hehehe. "

"Kejap! "

Ayrez masih tersenyum. Dia memandang Adel dengan tenang. Aaron pula hanya senyap tanpa sebarang bunyi.

"Aku akan bagi kau kuasa aku. Kuasa Traveller! "

Aaron terkejut dengan tindakan drastik Adel. Bahu Adel ditarik untuk wanita itu memandang dirinya. Riak wajahnya berubah serta merta.

"Apa awak merepek ni Adel? Kalau awak buat macam tu, awak akan mati faham tak?! "

"Tapi semua ni demi Akira! Saya sanggup hilang nyawa daripada hilang anak yang tak pernah langsung rasa kasih sayang kita!"

"Tapi-" Tika itu, Adel memeluk Aaron dengan erat. Wajahnya disembamkan pada dada lelaki itu. Sang suami pula terkejut dek tindakan luar jangkaan sang isteri.

"Please Aaron. Kali ni aje. Biar saya berkorban untuk anak kita. " Pohon Adel penuh berharap. Aaron terdiam seribu bahasa. Perlahan-lahan dia mendakap tubuh Adel. Keluhan dilepaskan lalu Aaron menjarakkan tubuh mereka. Senyuman kelat dihadiahkan.

"Kenapalah awak ni degil sangat? " Adel ketawa kecil. Matanya menyinarkan sinaran cinta buat sang suami.

"Bad habit susah nak hilang. " Bisik Adel lalu mendekatkan wajahnya bersama wajah Aaron. Semakin lama semakin dekat. Mereka seakan hayal dalam pandangan masing-masing.

"Alright! Stop right there you mempelai dua sejoli! " Ayrez tetiba mencelah lalu menghentikan perbuatan pasangan suami isteri tersebut. Wajahnya jelas tak puas hati.

"Nak cium ke nak apa, bukan depan aku. Aku tahu hantu selalu tengok orang buat benda tak senonoh dekat tempat keras sebab memang best pun, " Entah kenapa Ayrez sengaja perlahankan suara di hujung kata.

"Tapi beragak lah! Aku hantu baik kut! Aku tak hendap lagi orang buat project! Yang free-free depan mata lagi lah tak pernah! " Rungut Ayrez seraya menyelerakkan rambutnya. Badan berpaling kebelakang. Red yang mendengar pula, mengguling biji mata keatas.

Hantu sungguh.

"Ahh! Fine lah! Aku tolong! Kali ni free!"

Adel dan Aaron berpandangan. Rasa terharu dan gembira bercampur baur. Tanpa amaran, kedua-dua mereka memeluk Ayrez daripada belakang. Ayrez terkejut besar. Telinganya mula merah dek segan.

"Wo-woi! Apa ni peluk-peluk?! Berambuslah! "

"Thanks Ayrez! Kau memang hantu yang baik!"

"Whatever lah! Dah! Lepaskan aku! " Terus Ayrez hilang dan berada di belakang pasangan itu. Jaraknya juga agak jauh daripada mereka. Matanya mencerlu tajam membuatkan Adel dan Aaron ketawa. Ayrez mencebik.

"Red, terbang ke bandar Aria sekarang. " Arah Ayrez membuatkan Red tersenyum. Sayapnya dikembangkan lalu sang naga meluncur laju di angkasa!

"Ayrez dah jadi budak baik eh? " Usik Red menggundang cebikan Ayrez.

"Ini kita namakan promosi ya sayang? Kali ni aje. Lain kali aku nak upah. "

"Alright-alright. Mata duitan memang susah nak dijinakan. "

"Hey! "




Clue/spoil, cuba tengok nama keluarga Nash dalam dialog Raja Katsu and cari siapa yang sama dgn dia😂apa riaksi korang? 😂

Enjoy ❤️🙈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro