Chapter 93 | Insane

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Jadi nama budak ni Eryl?" Soal seorang pemuda dengan rambut berwarna merah. Matanya tepat memandang Eryl yang elok memegang kepala yang sudah benjol. Mulutnya pula elok memuncung seakan merajuk.

"Ha'ah." Balas Sanzo sepatah sambil menghirup teh yang disediakan Pheara. Wanita itu sekadar tersenyum kelat melihat Eryl yang masih tidak berpuas hati dengan Sanzo.

"Kau ketuk kepala dia ke apa duh? Habis benjol tiga tingkat."

"Salah dia. Siapa suruh dia mengatal sangat? Itu makannya." Tenang sahaja Sanzo membalas membuatkan Eryl mencebik.

"Elehh, dia yang tak leh terima kasih sayang, kata kita pulak.." Kutuk Eryl dalam bisikan.

"Did you said something brat?"

Terus Eryl menyorok dibelakang Pheara membuatkan Sanzo semakin menajamkan lagi pandangan membunuhnya. Eryl dah menggeletar ketakutan. Air matanya bertakung sebelum bunyi esakan tangis kedengaran.

"Sob.. Sorry..Sob..Sorry..Sob sob.. Please don't kill me..Sob..Sob.."

Sanzo hanya mampu melepaskan keluhan berat sebelum menyuruh Eryl duduk dihadapanya. Takut-takut budak lelaki itu duduk di hadapan Sanzo. Sempat jugak dia mengerling Pheara seperti berkata,' if I die , please let me hunt him.'

Pheara hanya mampu ketawa kelat sebelum duduk di sisi Sanzo. Lelaki berambut merah atau lebih tepat Brollmuthaz atau lebih dikenali sebagai Tez hanya memandang dengan sengihan.

"Alright brat, let's straight to the point.."

Eryl dah sejuk satu badan. Dia tahu lelaki itu bukan sebarangan manusia begitu juga dua figura di sisinya. Eryl yakin, dia dah terserempak dengan orang tak sepatutnya.

'Mati lah nak. Ayrez mesti mengamuk nanti. Great. Aku kena hadap dua setan lepas ni. Satu setan yang sememangnya setan, satu tengkorak yang sama level dengan setan.. Gehh.. 'bisik hatinya dengan kesenduan.

"Kau ni dari duni-"

Tidak sempat untuk Sanzo menghabiskan ayatnya, daya kuasa yang agak gelap jelas terasa. Tez dan Pheara juga merasai aura merbahaya tersebut termasuklah Eryl.

Eryl terkedu. Daya kuasa ni sangat dikenalinya! Laju kakinya berlari keluar tanpa sempat ditahan sesiapa!

"Eryl!" Pheara memanggil tetapi budak lelaki itu sudah hilang di sebalik pintu. Sanzo dan Tez berpandangan sebelum turut sama mengikut Eryl.

"Awak tunggu di sini sehingga ayah dan ibu balik okey?" Pinta Sanzo kepada Pheara membuatkan wanita itu mengangguk.

Apabila Tez dan Sanzo keluar, mata mereka tertacap pada Eryl yang seakan cuba mencari daya kuasa yang sangat gelap itu. Tambahan, kuasa itu sangat berbeza dengan daya kuasa di dunia itu. Membuatkan Sanzo lebih yakin dengan tekaannya.

"Dia ni bukan budak yang biasa Sanzo. Macam mana dia boleh rasai daya kuasa macam Shaitan ni?" Ujar Tez sambil mengerling pada Sanzo.

"Mungkin sebab dia kenal daya kuasa ni. "

"Maksud kau?"

"Dia bukan dari dunia ni."

Pernyataan Sanzo membuatkan Tez terkejut.

"Serius arh? Kira macam Master kau ke ni? Apa namanya..?"

"Ikhwan. Ikhwan Syah Al’Solleh. Tapi aku tak rasa dia dari dunia yang sama. Atau-Hey nanti!"

Sekali lagi, tutur kata Sanzo terpotong apabila Eryl berlari kedalam hutan! Tez dan Sanzo berpandangan sebelum turut sama mengejar Eryl!

Dalam masa yang sama, Eryl cuba mengekalkan kesedaran sambil mencari punca daya kuasa itu. Terlalu menekan untuk dia tetapi dia harus mencarinya atau semuanya akan jadi kuca-kacir!

"Damn this demon. Can he control his emotions properly? Kuasa dah boleh kawal , tapi makin gila buat apa? Haiih, masa boleh kawal dengan tak boleh kawal kuasa setan tu ,sama aje! " Omel Eryl bengang.

***

Beberapa minit sebelum itu..

Eldera merayau disekitar bandar tanpa hala tuju. Di bawah matanya jelas lingkaran hitam seperti tidak tidur seharian. Dalam tak sedar Eldera sudah sampai di dalam sebuah hutan. Keluhan dilepaskan sebelum bersandar pada sebatang pokok. Matanya kuyu. Letih!

"Mana kau Eryl?" Bisik Eldera sebelum perlahan-lahan matanya mula terkatup.

"Hello my beloved little toy.."

Terus mata Eldera terbuka dan alangkah terkejutnya dia apabila Aeldera muncul dihadapanya. Jutaan pedang bayang diseru lalu mengelilingi Aeldera yang hanya tersengih tak bersalah. Mata hijau milik Eldera tajam menikam seakan mahu membunuhnya sekarang juga.

"Apa kau buat dekat sini sial? Kau nak apa daripada aku?" Keras Eldera menyoal. Aeldera hanya ketawa lalu menembusi pedang-pedang bayang milik Eldera. Remaja 19 tahun itu terkejut dengan apa yang di lihatnya.

"Apa yang.."

"Tenang Eldy. Tenang. Ini sekadar mimpi. Kau lupa aku boleh jumpa kau di dalam mimpi?" Balas Aeldera lalu sebelah tangannya memegang pipi Eldera yang jelas tergamam.

"Look at your face my little toy. Bibir kau semakin pucat. Bawah mata kau mula ada lingkarang hitam and look at this? Your eyes color..It become dull."

"Bukan urusan kau."

Tangan Aeldera ditepis kasar membuatkan si raja syaitan ketawa suka. Wajah bengang Eldera ditatap penuh kegembiraan.

"Answer my question bastard. What you want from me actually? Aku tahu kau tak akan sesuka hati muncul kalau bukan nak susahkan hidup aku."

Aeldera menjongketkan kedua-dua keningnya. Mulutnya tersengih sinis sebelum kembali merapat dengan remaja itu. Eldera pula semakin terundur ke belakang sehinggalah badanya tersandar pada pokok.

"Well, kesengsaraan kau, kenikmatan aku. Dan yup! Aku bebetul terhibur dengan kau yang asyik letih sebab cuba kawal kewarasan kau setiap hari! Hahaha!" Aeldera ketawa lagi lalu berdiri betul-betul dihadapan Eldera. Dia mula berbisikan sesuatu pada cuping telinga si remaja sehingaa terkedu.

"Heeyy.. Kau jadi macam ni sebab rasa bersalah bukan? Rasa penyesalan yang tiada penghujung bukan? Sebab kau dah bunuh darah daging kau bukan? Yup! Memang itu! Memang itu! Hahaha! Look! Kau dah pucat lesi! Tekaan aku tepat! Hahaha!"

"SHUT UP!!!"

Aeldera ketawa girang apabila dia dapat merasakan aura syaitan Eldera terlepas tanpa sedar di alam nyata. Mata hijau milik remaja itu perlahan-lahan bertukar hitam dan tatu mula muncul di sekitar pipi dan leher remaja tersebut.

"Alright, alright. Tenang okay? Aku bukan nak buat kau marah..Well, mungkin? Hehe."

"Berambus jahanam." Arah Eldera sedikit garau.

"Aww. Scary, scary. "Aeldera berjalan ke hadapan lalu memandang sekelilingnya , dia tersengih lebar.

"Sejujurnya, aku datang sebab nak ucapkan terima kasih."

"Heh, you must be joking. Kau? Berterima kasih? For what?" Soal Eldera sedikit jengkel seraya cuba menenangkan diri.

"Well, kau tahu aku boleh merentas dunia seperti Ayrez Hernandez bukan?" Soal Aeldera membuatkan Eldera terkedu.

"Dan sudah agak lama aku tak tengok dunia lain selain dunia Immortal dan dunia Wild Beast. Hurmmm? Agak apa dah jadi dekat dua dunia tu ya? Eh jap!"

Aeldera tersengih lalu memandang wajah berang Eldera .

"Dua dunia tu dah tak wujud! Haiih, macam mana boleh lupa ya? Hahah, aku sendiri yang musnahkan kedua-duanya dulu! Yes! Dua dunia yang sempat aku musnahkan sebelum kena kurung. Huh, ini semua salah Andrea dengan puak dia. Kalau dia tak kacau, mesti dunia Angkasia pun dah boleh tersenarai." Cebik Aeldera dengan wajah menyampah.

"Kau memang jahanam setan. Kau ingat nyawa mahluk ni apa?!"

"Ermm? Victim? Toy? Something that i can play with it? Apa-apa pun, ianya bukan sesuatu yang aku peduli. "

"You .. Bastard." Eldera mengepal buku lima. Setiap bicara Aeldera tiada langsung secalit rasa bersalah. Malahan seakan bangga!

"I'm not a bastard my little toy. I'm just an evil Demon Lord. Heh." Kemudian badan Aeldera mula hilang sedikit demi sedikit.

"Alright, mungkin itu aje kut aku nak cakap? Tapi en, boleh tahan jugak dunia kau masuk ni. Banyak God and Goddess. Lama aku tak nampak puak ni.. Last, Heira? The Goddess of Yggdrasil? Heh. Agaknya dia bencikan aku lagi? Ahh, stupid question. Of course she is." Aeldera ketawa kecil lalu memandang Eldera dengan sinis.

"Aku dah bunuh God of War puak Yggdrasil after all. Atau lebih tepat, suami dia. Hehe. Oh! Tak lupa juga, dia yang tanam Sekai supaya rakyat dia boleh ke mana-mana dunia. Huh, what a genius bastard."

Mata Eldera membulat tak percaya. Jadi pokok yang mereka pegang dulu berkait dengan masa silam Heira?

"Apa kau nak sampaikan sebenarnya?" Keras Eldera menyoal.

"Well, aku cuma nak cakap yang pokok tu seperti peralatan canggih di dunia kau yang memerlukan sumber kuasa. Dan.. kau."

Jari telunjuk Aeldera terhala pada Eldera.

"Antara yang dah bagi dia kuasa. Sebab tu kau boleh ke dunia ni. Kau dah sentuh pokok tu. Kau lupa? Separuh kuasa aku bukan sebarangan. Tambah pula, dengan Bellvania dan Ryuzaki, tentu salah seorang daripada kalian sudah pergi ke suatu tempat di masa depan." Aeldera ketawa geli hati melihat wajah terkedu Eldera.

"Hurmm. Aku agak mesti budak perempuan tu. Hehe, apa ya yang dia dah lihat? Kehancuran atau keamanan? Arhh, aku bebetul nak tahu!" Bahu Aeldera jatuh seakan kecewa bersama riak sedih.

"Kalau ianya keamanan, maknanya mahluk ciptaan aku memang sial dan tak berguna. Hurmm? Patut ke aku bunuh mereka nanti?" Jari diletakan di atas dagu seakan berfikir.

"Lantak lah. Okay! Aku pergi dulu! Oh, by the way, good luck too! Hehe."

"Nanti!"

DUSHHHHH!

"ARHHHH!"

Tersedar terus Eldera apabila wajahnya seakan di tumbuk kuat. Matanya yang masih berwarna hitam memandang kehadapan dengan riak terkejut. Beberapa depa dihadapanya, seorang pemuda berambut coklat elok mengenggam buku lima yang seakan tangan naga. Dibelakangnya pula, seorang lagi pemuda dengan aura syaitan yang hampir sepertinya. Apa yang menarik perhatian Eldera ialah di kaki pemuda berambut merah.

"Eryl.."

Apabila Eldera cuba mendekat, lelaki berambut coklat dan merah berada dalam keadaan siap sedia. Eryl yang seakan payah menahan tiga daya kuasa itu sedaya upaya berpaut pada kaki lelaki berambut merah.

"Tak apa.. Dia kenal aku. Tolong jangan cederakan dia. Dia dah sedar." Pinta Eryl payah sebelum perlahan-lahan melepasi Tez. Sanzo pula hanya menjeling Eryl sebelum menghilangkan kuasanya begitu juga Tez.

"Gila.. Kau memang tak boleh hidup tanpa aku kan? Dalam tidur pun kau boleh menyerang?" Soal Eryl sambil mengukir senyuman. Saat tanganya menyetuh tangan Eldera, sisik-sisik hitam keluar serta merta membuatkan Eldera terkejut! Sanzo dan Tez juga tergamam melihat sisik hitam tersebut!

"It's alright.. Tenang Eldera. Kawal emosi kau." Lembut Eryl memberi arahan apabila Eldera mengigil.

"A-aku.."

"Tenang Eldera Delwyn." Tegas Eryl lagi. Perlahan-lahan gigilan Eldera terhenti dan kuasa syaitanya hilang sedikit demi sedikit. Mata ditutup rapat. Lalu tatu yang melingkari pipinya , hilang. Begitu juga anak mata yang kembali normal.

Eryl tersenyum kelat melihat keadaan Eldera yang kembali seperti sedia kala. Tangan yang kini bersisik dipandang bosan.

"Dammit. Mesti lambat nak pulih ni. Gehh.." Rungutnya mendapat tawa lemah daripada Eldera yang sudah terbuka matanya. Jelas sekali dia tidak bermaya dan tersangat letih membuatkan Eryl sedikit risau.

"Aku jumpa.. Jugak kau." Terus Eldera pengsan tak sedarkan diri. Eryl yang masih kecil hampir sahaja dihempap oleh badan Eldera kalau bukan sebab Sanzo yang sempat menyambut tubuh sahabatnya.

"Hehehe. My hero~"Ujar Eryl gedik.

LEKUK!

"Arghhh! It's hurt dammit!"

"Pfft..Hahaha! Itu lah gatal sangat! Kan dah kena dengan sepupu kesayangan aku! Hahaha!" Kutuk Tez sambil membuat muka mengejek. Eryl yang bengang terus ambil batu berdekatan sebelum dibaling tepat pada wajah Tez!

DUSHHHHH!

"Arrgghhhh!!!"

"OOYEAHHHH! GOLLL !! TEPAT PADA SASARAN!!"

"What the hell you brat?! That's hurts dammit!" Marah Tez dengan wajah yang merah terutama dibahagian batang hidung. Dia baling batu kut! Batu! B.A.T.U! BATU!

Eryl memandang Tez yang bengang dengan muka seposen.

"Huh? Of course it's hurt. Batu kut aku baling. Tak akan daun? Haiih, please guna mata kau sebaiknya. Benda tu bukan dibuat untuk dijadikan sebagai perhiasan." Ujar Eryl tanpa rasa secalit rasa bersalah.

"Hey Eryl.." Kali ni Sanzo pula yang memanggil. Sebelah kening Eryl ternaik satu.

"Next time baling yang lagi besar. Kasi senyap terus mulut dia." Ujar Sanzo dengan muka tiada perasaan tetapi kelipan cahaya di sekitar wajahnya jelas terpacar.

"Roger boss."

"Don't encourage him, Sanzo!"

"Huh? I'm not encourage him. I'm simply give him some advice."Balas Sanzo selamba sebelum mengangkat Eldera dibelakangnya.

"Which is really awesome." Sambung Eryl bersama tawa jahat.

"I promise i will throw the biggest rock at you next time. Hehehe."

"Don't you dare."

"Of course I'm dare."

"No,you not!"

"Yes, yes i am! "

"No!"

"Yes! "

"No!"

"Yes! "

Sanzo yang berjalan dihadapan mereka berdua sudah kebengangan. Terus dia berhenti berjalan membuatkan dua figura itu berhenti bertekak. Aura garang yang keluar daripada Sanzo membuatkan mereka melangkah dua tapak ke belakang. Glup.

"Aku dengar korang bertekak lagi, nahas aku kerjakan."

"Ha-hait. Sanzo-sama."

***

Beberapa jam kemudian..

Perlahan-lahan Eldera membuka matanya. Perkara pertama yang dilihat ialah wajah Eryl yang sangat dekat dengan wajahnya.

"Selamat pagi kekasih-guarhhhh!!!"

Terus Eryl memegang pipinya dengan air mata. Kakinya pula elok bersimpuh seakan gadis ditampar lelaki. Hanya Eldera yang memandangnya penuh jijik dan geram.

"Kau nak buat apa dekat aku hanat? Nak kena bunuh ke apa?"

"Kau..Baru sehari 8 jam kita terpisah, kau dah sakitkan aku sebegini rupa? Apa salah aku? Aku kekasi-"

"I swear, if you finish that sentence, i will kick your sorry ass for sure." Geram Eldera mengugut tetapi Eryl buat tak tahu aje. Elok aje budak tu tersengih.

"Alaa. Alaa. Dia malu~. Apa lah kau ni~Ehehe."

Meremang satu badan Eldera dengan intonasi gedik Eryl. Datang dah otak tak center dia tu.

"Anyway. Kau dah okey ke?" Soal Eryl yang kini berwajah risau. Eldera hanya tersenyum kelat sebelum mata jatuh pada tangan kanan sahabatnya.

"Tanya orang, kau tu?"

"Huh? Oh, ni? Alahh. Benda kecik aje ni. Nanti hilang lah sisik ni."

"Hurmm.." Eldera menyentuh sisik tersebut sebelum melepaskan keluhan berat.

"Boleh tak.. Kau cerita apa yang jadi? Waktu aku 'gila'? And siapa lagi dua orang tu? Dan sebelum tu, berapa jam aku pengsan ni?" Soal Eldera membuatkan Eryl mengaru pipi.

"Panjang solan kau. Tapi okay aku jawab." Nafas ditarik lalu dihembus.

"Kau dah pengsan dalam 9 jam. Dan dua lagi lelaki dengan aku tu, penghuni dojo ni."

"Dojo?"

"Yup! Diorang yang kasi aku duduk sini masa terpisah dengan kau. Yang coklat tu namanya Yamasato Sanzo dan yang merah Brollmuthaz atau lebih dikenali sebagai Tez. Dan.."

Eryl mula menceritakan apa yang jadi ketika mereka terjumpa Eldera yang tidur bersama aura syaitan yang membuak keluar. Pokok yang menjadi sandaran remaja itu juga mula mati perlahan-lahan membuatkan Sanzo dan Tez tergamam.

Saat mereka mahu menghampirinya, kuasa bayang Eldera tetiba meletus membuatkan Sanzo dan Tez terpaksa meningkatkan aura mereka! Jari jemari bayang yang keluar daripada tanah dimusnahkan oleh Sanzo dengan tangan naganya. Manakala Tez terpaksa mengelak sambil membawa lari Eryl yang boleh hilang kesedaran dirinya bila-bila masa.

Apabila Eldera berdiri tetiba, Eryl sendiri meminta Sanzo menumbuk rakanya supaya sedar. Terus Sanzo meningkatkan kuasanya lagi sebelum berada betul-betul dihadapan Eldera dan memberikan sebijik penumbuk yang agak kuat.

".. Dan waktu tu jugak lah kau sedar. Bapak payah nak kasi kau bangun. Ayahanda aku pun tak sesusah tu. Suruh aje bonda kejut, terus tegak satu badan." Seloroh Eryl dihujung ayat.

"Patut rasa sakit aje kat pipi.."

"Ayee. Kau kena tumbuk. Apa yang kau expect? Rasa bahagia?" Sindir Eryl seraya mengusap pipi Eldera yang agak biru itu.

"There, there, there."

"I'm not a kid."

"But your heart is like one. Come on, what's wrong with me help you forget about the pain?"

"Your act like my mother bro."

"What? I am your mother. So shut up and listen to me."

". . ."

"Oi! Said something!"

". . ."

"Don't ignore me!"

"You insane."

"Hey!"

Alright! Next chap kita blh jumpa Ayrez balik! And nah! Gambaran dia!

And Adrea with Eldera!

Enjoy ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro