Chapter 94 | Moon

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sanzo."

Sanzo memalingkan badan kebelakang saat suara kecil menyapa gegendang telinganya. Kening terangkat hairan apabila Eryl hanya tersengih menghampirinya.

"Kau nak apa memalam ni? Kalau nak cari gaduh, better esok pagi."

"Apa kau merepek? Pagi-pagi mana syok- Okey, okey. Aku tak akan habiskan apa yang aku cakap." Terus Eryl angkat kedua-dua tangan apabila Sanzo mula mengepal buku lima. Ushh, melayang aku ke luar angkasa nanti kalau kena ni!

"Huh. Walaupun untuk seorang budak, kau memang ada otak macam orang dewasa." Keluh Sanzo .

"Heheh.."

"Itu bukan dewasa biasa. Tapi dewasa miang." Sampuk satu suara membuatkan dua figura itu memandang kebelakang. Eldera yang hanya memakai yukata biru yang dipinjam, memandang Eryl dan Sanzo dengan riak kosong. Sempat dia menunduk hormat pada Sanzo dan hanya dibalas dengan anggukan kecil.

"Hey.. Siapa cakap aku miang? Aku cuma tertarik dengan benda yang terdedah dan seksi aje." Rungut Eryl dengan bibir yang tercebik. Sanzo dan Eldera memandang bosan padanya lalu berkata serentak.

"Itu maksudnya , bodoh."

"Ekk!" Terus Eryl cengkam baju dibahagian dadanya.

"Kau berdua bodohkan aku?!"

Eldera dan Sanzo berpandangan antara satu sama lain. Wajah Eryl yang terkejut dipandang hairan sehinggalah..

"Then korang lagi bodoh sebab dah bodohkan orang bodoh! Hahaha! Bengong!"

LEKUK!

***

"Sob..Sob..Sob.."

Eldera hanya mengusap kepala Eryl yang elok berada di riba. Budak lelaki itu elok menangis sambil memeluk pinggangnya. Kepalanya pula elok timbul dua benjol yang masih berasap.

"Sanzo-san. Nanti kau ketuk lagi kuat. Baru center sikit otak dia ni." Ujar Eldera selamba.

"Sure. Kau pun sama. Kasi tinggi sikit tangan tu lain kali."

"Thanks for the advice."

"Your welcome."

"I'm still here dammit! Jangan bincang sesuatu yang menakutkan macam tu pada budak baik seperti aku!" Ujar Eryl disebalik wajahnya yang terselindung di perut Eldera. Eldera hanya mampu mengeleng kepala manakala Sanzo sudah menguling biji mata.

"Budak baik sangat. Budak baik apa kalau sesuka hati memeluk orang? Ni? Kau ingat kau siapa nak peluk member kau macam ni?"

"Lantak aku lah. Aku punya keka-arhhh! Sakit lah Eldy! Sob..Kau memang tak sayang aku.. Sob.."

"Sayang kau sebagai kawan. Not kekasih gelap setan. Kira baik aku tak tolak kau jatuh ni. Pikir budak aje." Keluh Eldera sebelum kembali melayan rengekkan Eryl yang semakin lama semakin manja.

Tak. Lebih kepada gedik.

"Huh! Kau memang tak sayang aku! Kalau aku remaja, kau nak tolak aku kan? Kan?! Kejam!"

"Huh?! Kau nak orang salah faham tentang aku?! Kau tu yang tak betul!"

"Warhhh!! Eldera kejam! Kejam! Kejam! Dasar tak sayang adik!! Tak nak kawan!! Huwarhh!!"

"You brat! Shut up before i make you!"

"No! Don't wanna! Love me first! Huwarhhh!"

Sanzo yang melihat pertelingkahan dua sahabat itu hanya mampu memandang tak percaya. Dia macam boleh tengok seorang ayah layan anaknya yang merengek sebab tak dapat mainan kesukaan.

'Diorang punya hubungan memang unik.' Fikirnya sebelum tersenyum. Matanya memandang bulan lalu fikiranya melayang pada waktu makan malam tadi.

***

"Oi Tezylia. Aku nak duduk situ." Arah Eryl dengan muka tak malu pada Tez yang melompong tak percaya. Matanya tajam menikam anak mata hijau Eryl. Biadab betul!

"Nama aku Tez budak tak guna dan kenapa aku kena dengar cakap kau huh?"

"Sebab aku watak penting dan kau watak sampingan. Nyah kau daripada situ!"

"Huh?! Kau nak gaduh?!"

"Wow. Dengan budak pun nak gaduh eh? Eyy, tak ada kemaluan sungguh. Eh silap, tak ada rasa malu tul." Ejek Eryl membuatkan Tez tercengang. Bu-budak ni..

"Come here you brat!"

"Uwarhhh! So scary!! Hahaha!"

Terus Eryl melarikan diri dengan tawa nakalnya. Pheara yang baru sahaja mahu menyiapkan makan malam, terkejut apabila Tez mengejar Eryl dengan riak bengang. Astia dan Aphys yang turut ada bersamanya juga berpandangan antara satu sama lain.

"Kenapa abang awak kejar Eryl Astia?" Soal Aphys hairan.

"Entah. Rindu jadi budak kut?"

"Ouh."

Pheara hanya tersenyum kelat dengan bicara dua gadis itu. Kemudian dia tersenyum apabila melihat satu susuk tubuh yang menghampiri dengan riak keliru.

"Ah.. Urmm. " Eldera mengusap belakang leher dek kerana kekok. Bukan dia tidak biasa dengan kaum wanita. Tapi tiga figura dihadapanya ada aura yang lain daripada lain. Seakan goddess walaupun salah seorang seperti syaitan. Auranya tetap menyenangkan.

"Ah! Awak tetamu abang Sanzo bukan?" Soal Astia ceria membuatkan Eldera terkebil-kebil.

"Tetamu?"

"Awak kawan Eryl kan? Jadi awak pun tetamu kami." Balas Aphys pula.

"Janggal?" Kali ni Pheara pula menyoal sebelum ketawa kecil melihat riaksi remaja itu. Eldera hanya beriak blur. Sumpah dia tak pernah ada dalam situasi macam ni. Wajah dingin dia pun dah hilang entah ke mana.

"Ah! Yelah! Kita tak kenalkan diri kita lagi!" Ujar Astia lalu mengetuk buku limanya pada telapak tangan. Dia tersenyum lalu memperkenalkan dirinya disusuli Aphys dan Pheara.

"Aphys, Astia dan Pheara. Ah maaf. Kau tak kesah kan kalau aku panggil kau macam tu?" Soal Eldera pada Pheara.

"Aku tak biasa." sambungnya lagi.

"Ikut awak lah. Saya pun tak kesah sangat." Balas Pheara lembut sebelum jeritan Eryl kedengaran. Laju Eldera bergegas kearah suara itu dituruti tiga susuk tubuh dibelakangnya.

"Er-" Tidak sempat Eldera memanggil, Eryl terlebih dahulu melompat lalu memeluknya dengan air mata.

"Kena-"

"Katak Eldera! Katak! Tengok tu! Katak tu nak makan aku! Warhhhhh! Aku takut!! Ekk!! Ekkk!! Jauh kau daripada aku! Jauh!!!"

Semakin kuat Eryl menangis membuatkan Eldera mengeluh panjang. Pheara, Astia dan Aphys pula tercengang dengan situasi yang dilihat mereka. Tez yang turut sama berhenti mengejar Eryl , terdiam sambil mata memandang anak katak yang berada tidak jauh daripada almari di ruang tamu itu. Berkali-kali dia memandang katak dan Eryl.

"Hik..Urgh..Hik..Katak. Urgh..Urgh.."

"There, there,there."

Lembut Eldera mengusap kepala Eryl sambil tangan mendukung budak lelaki itu. Kakinya pula elok menghampiri si katak sebelum sebelah tangan yang tidak mendukung Eryl mengambil reptilia itu dan dicampak selamba ke luar.

"Katak tu dah tak ada. Tak payah lah nangis." Pujuk Eldera.

"Hik..Dia jahat..Dia nak makan aku. Hik.. Aku benci mahluk dua alam tu..Hik.. Kenapa tak pupus aje? Hik.."

"Ya. Ya. Dia jahat."

"Hik..Aku tak nak tengok natang tu..Hik."

"Aku tak akan kasi kau tengok."

"Aku nak nangis..Hik.."

"Kau dah nangis pun.."

"Hik..Hik..Aku benci katak.."

"Ya. Ya. Kau benci katak. Dah-dah. Jangan nangis dah."

"Hik..Urmm..Hik.."

Kini semua mata tertumpu pada Eldera yang elok memujuk Eryl. Mereka jelas tak percaya dengan apa yang dilihat.

'Aura kebapaan dia memang terselah. '

"Huurmm? Bunyi apa bising dari tadi? " Satu suara muncul di belakang Pheara membuatkan wanita itu sedikit terkejut. Apabila memandang wajah lelaki itu, dia tersenyum senang.

"Tez?"

Terus Tez tunding jari pada Eryl yang elok berdiri disebelah Eldera sambil menarik hujung baju remaja itu. Air mata yang tersisa di lapkan dengan belakang telapak tangan.

"Budak tu hah. Menangis sebab tengok katak."

"Katak.."Terus Eryl tengok Eldera macam nak nangis lagi. Eldera mengeluh sebelum mendukungnya lalu memandang tajam pada Tez.

"Jangan cakap perkataan tu tak guna. Kau nak dia nangis lagi ke hah? Tch."

Bengang Tez jadinya. Haiih, kecik dengan besar sama aje. Menyakitkan hati! Pheara pula hanya mampu tersenyum kelat sebelum menceritakan apa yang dah jadi. Sanzo sekadar dengar dan kadang- kala mengangguk. Setelah Pheara tamat bercerita, terus kepala Tez dicengkam sebelum sempat dia melarikan diri.

"Siapa bagi kau kebenaran untuk berlari dalam ni hah?"

"Adehdehdehdeh! Budak tu mula dulu kut! Asal aku aje yang kena ni?!"

Terus Eryl sorokan wajah dekat leher Eldera. Tangan kecilnya juga elok memeluk remaja itu. Eldera sekadar tayang muka pokernya dan melayankan aje perangai budak-budak Eryl.

Hashtag, brader dah pasrah.

"Dah nama pun budak. Yang kau nak terasa apahal?" Sanzo mengeluh panjang sebelum melepaskan cengkamannya. Tez pula sudah menarik nafas lega. Fuuh, hampir retak rangka kepala aku. Hehe.

"Apa-apapun, kita makan dulu ya?" Ajak Pheara ramah lalu mula menghidangkan makan malam bersama Astia dan Aphys.

"Mana ayah dan yang lain?" Soal Sanzo hairan apabila hanya ada mereka sahaja di ruang makan.

"Ayah dan ibu tak balik lagi. Katanya masih nak luangkan masa bersama. Auntie dengan kak Rea pula keluar. Pergi festival mungkin?" Terang Aphys sebelum melabuhkan duduk di sisi Astia.

"I see.." Kemudian, mata Sanzo jatuh pada Eldera. Remaja itu hanya memandang kosong tanpa perasaan.

"Aku rasa kau dah kenal aku dari Eryl. Jadi aku tidak rasa perlu memperkenalkan diri. Apa-apa pun, harap kau faham kenapa aku tumbuk kau masa pertama kali kita berjumpa." Ujar Sanzo mendapat gelengan Eldera.

"Tak apa. Aku faham. Terima kasih sebab tolong. Dan yang disebelah Astia tu.." Kini mata Eldera jatuh pada Tez.

"Aku Brollmuthaz. Panggil aje Tez. Eryl dah kenalkan kau pada aku dan Sanzo." Terang Tez dengan sengihan.

"Yang tu pulak Elene. Kekasih aku. Hehehe."

Elene yang baru sahaja muncul memandang tajam pada Tez bersama pipi yang agak merah sedikit. Dahinya berkerut hairan apabila memandang Eldera yang berada di sebelah Eryl.

"Kau nak tambah lagi sorang Sanzo?" Soal Elene pada Sanzo membuatkan lelaki itu mengeluh.

"Baik lah. Aku nak kau berdua terangkan semuanya selepas makan malam pada kami. Boleh?" Soal Sanzo tegas pada Eldera dan Eryl. Kedua-dua mereka hanya berpandangan sebelum mengangguk.

***

"Jadi kau berdua masuk ke dunia ni apabila sebuah pokok bercahaya?" Soal Tez yang kini berpeluk tubuh .

"Ya. Dari situ lah kami sampai ke dunia ni." Terang Eryl yang elok bermain dengan hujung baju lengan Eldera.

"Tapi kenapa kau berdua ada dekat dalam hutan tu sebenarnya?" Soal Sanzo pula.

"Nak pulihkan kuasa budak ni." Balas Eldera sebelum tenang mengusap kepala Eryl.

"Kuasa dia terlalu lemah. Jadi kadang-kadang kalau terlalu dekat dengan kuasa yang lagi kuat, dia boleh pengsan sebab tak mampu nak tampung." Sambungnya lagi.

"Macam dalam hutan tu.. " Bisik Tez apabila teringatkan Eryl yang berpaut pada kakinya.

"Kau.. Ada kuasa naga bukan? Aku dapat rasai aura tu." Soal Sanzo membuatkan kesemua mereka terkejut. Eryl hanya mengaru pipi sebelum mengangguk. Tidak pula dia menceritakan mengenai darah syaitan yang turut mengalir dalam darahnya.

Kalau boleh dia nak rahsiakan kuasanya. Tak elok jugak kalau dia kasi tahu semua. Lagi-lagi sekarang mereka masih dalam jagaan Ayrez. Entah apa yang akan jadi kalau Ayrez jumpa mereka nanti..

"Aku akan asingkan kulit kau dari daging kau perlahan-lahan sebelum aku simbah kau dengan bahan asid yang mengakis. Lepas tu, aku akan pastikan kau menjerit mahukan kematian. Apa kau fikir dengan buat aku berkerja lebih? Kau memang mintak mati, jadi mati yang kau dapat."

Ya. Dia yakin Ayrez akan buat apa yang dia kata. Hanya fikirkan perkara itu dah boleh buat dia meremang satu badan.

"Dan kau.. Aura kau bahaya. " Tajam mata Sanzo menatap Eldera begitu juga Tez. Aura yang mereka rasai daripada Eldera pada petang tadi memang berbahaya! Jika remaja lelaki itu musuh, pasti banyak nyawa menjadi ancaman. Lihat sahaja pada pokok yang berada berdekatannya. Habis mati seakan mahu menjadi debu!

"Anggap ajelah aku ada kuasa sumpahan yang boleh manarik nyawa.." Balas Eldera tenang. Senyuman kelat di ukir.

"Dan percayalah. Aku tak pernah mintak nak lahir dengan kuasa ni. "

Balasan Eldera membuatkan mereka semua terdiam. Melihat suasana sunyi itu, Eryl terus berdiri lalu menarik hujung baju Eldera.

"Aku dah ngantuk lah. Jom tidur?" Sengih Eryl.

***

Sekarang..

Apabila terkenangkan balasan Eldera itu, Sanzo yakin remaja itu memang maksudkanya. Sekilas dia menjeling Eldera yang elok menatap bulan. Eryl pula elok tertidur beralaskan peha lelaki itu. Manja sungguh!

"Sanzo." Panggil Eldera.

"Hurmm?"

"Kau pernah berdendam?"

Soalan Eldera menyentakkan Sanzo. Kepala dipaling menatap remaja lelaki itu.

"Kenapa.. Kau tanya?"

"Saje. Aku cuma nak tahu.. Betul ke kalau dendam kita terlunas, kita akan gembira? Atau sebaliknya?"

Sanzo diam seketika sebelum turut sama menatap bulan penuh malam itu. Angin malam yang sejuk, menghembus lembut rambut mereka sehingga beralun.

"Kalau kau tanya aku..Dendam tak akan bawak kita ke mana. Perasaan tu hanya akan menghancurkan kau. Lebih-lebih lagi kalau kau berdendam dengan darah daging kau sendiri.." Fikiran Sanzo melayang ke suatu masa dahulu.

"Biar pun dendam kau terlunas, kau belum tentu akan gembira. Sebab dendam kau pasti ada bayaran. Dan bayaran tu belum tentu kau mampu tanggung. Mungkin kau akan menyesal seumur hidup atau kau hidup dalam penipuan.  "

"Hidup dalam penipuan?"

"Kau tipu diri sendiri. Kau kata kau gembira sebab dendam kau dah terbalas, tapi hakikatnya kau menyesal dan kalau boleh putarkan masa, kau tak nak teruskan dendam kau. Itu aku kata kau hidup dalam penipuan."

"Hurmmm." Eldera hanya diam kemuadianya. Matanya kosong tanpa secalit emosi seperti memikirkan sesuatu. Sanzo yang melihat sekadar senyum sebelum bangkit.

"Aku tak tahu kenapa kau bangkitkan soal dendam ni. Tapi kalau ianya berkait dengan hidup kau, aku rasa kau patut kuburkan dendam kau. Kalau tidak, kau mungkin hilang segala yang kau sayang. "

Rambut Eldera sengaja di rosakkan sebelum beredar. Remaja lelaki berambut emas, mencebik tak puas hati. Habis rambut aku! Sudahnya dia hanya mengeluh lalu menatap wajah lena Eryl. Senyuman kelat terukir.

"Betul kata kau Sanzo. Dendam memang merosakkan. Walaupun, Nash dah mati. Hati aku masih sakit dan lebih teruk.." kini tangan naik mencengkam rambut.

"Aku mula menggila. Ini bayaran yang aku harus tanggung.. Betul tak?" Bisik Eldera.

Gambar yg dkt atas tu hanya lakaran supaya korang bolh byng macam mana kedudukan Eryl dan Eldera.

Enjoy ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro