Chapter 95 | Goodbye

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HAHAHAHA! LAWAR GILA MUKA KAU TEZ?! HAHAHHA! HEBAT BUKAN HASIL TANGAN AKU?! HAHAHA!!!"

"KAU BUDAK JAHANAM! MARI SINI KAU!! BIAR AKU SIAT-SIAT KULIT KAU TU!!"

"AHH! TAKUT! TAKUT! HAHAHA!"

Eldera yang elok tidur ditingkat dua dojo itu hanya mampu mengeluh saat tidurnya diganggu oleh suara Eryl dan Tez. Perlahan-lahan dia membuka mata sebelum badan diregangkan. Dia bangkit membersihkan diri sebelum menyarungkan baju yang telah dibasuh oleh Pheara semalam.

"Ah.. Morning Eldera!" Sapa Aphys yang elok mengemas ruang tamu. Eldera tersenyum tipis.

"Morning. Kenapa senyap pulak? Tadi bukan bising ke?" Soal Eldera hairan. Bukan main kuat kut suara Eryl dan Tez.

"Ha..Ha..Ha.. Err. Fasal tu..Apa kata awak pergi ke halaman depan?" Ujar Aphys bersama senyuman kelat. Eldera hanya mengangguk walaupun terasa agak pelik.

"Suka sangat kan buat bising? Ni asal tak bising? Anak tekak dah pecah?"

"Sobb Sobb..Sorry Sanzo- samaaa.."

Eldera hanya mampu memandang blur pada Eryl dan Tez yang sudah di ikat secara terbaling di bawah sebuah pokok. Sanzo yang jelas menunjukkan aura garangnya diperhatikan oleh Eldera dengan riak kagum.

'Aku memang kena belajar banyak dari dia..'

"Yang kau ni Tez, apahal muka kau dah macam .." Lama Sanzo menatap wajah Tez sebelum memalingkan badan ke belakang sambil memicit dahi.

"Setiap orang ada sebab untuk berubah..Tapi aku tak sangka pulak dia nak berubah jadi perempuan..Haiih.. Uncle Lucas salah ajar ke? Atau dia terasa sebab Elene pukul dia? Atau…"

Sanzo memandang Eryl sekilas sebelum kembali mengeluh sesal.

"Tak sangka Eryl bagi pengaruh yang kuat pada Tez.."Bisik Sanzo sebelum menepuk bahu Tez dengan riak kecewa.

"Tez, tolong lah jangan jadi macam Eryl. Wajah kau hodoh jika bermake-up seperti perempuan.Lagi pun.." Atas bawah Sanzo tengok Tez yang dah tercengang.

"Dada kau kempis bro."

"Pfttt…!! HAHAHAHAHA!!!"

"What the.."

Eryl ketawa guling-guling di sebelah Tez manakala lelaki itu seakan kehilangan roh melalui mulut. Laju dia menepis tangan Sanzo sebelum kembali mengejar Eryl yang elok mengutuknya tanpa henti. Ini semua salah budak ni!! Eyy!!!

"Kau memang hanat budak!! Kau mari sini!!"

"Hahaha!! Apa? Bukan salah aku kau nampak hodoh apabila disolek! Hahaha!"

"Sebab aku lelaki budak sial!! Aku tak perlu bersolek tebal sampai putih satu muka!! Dengan bibir dan pipi merahnya!! Kau memang mati!!!" Marah Tez apabila terkenangkan wajahnya itu.

Mana taknya, sedar-sedar sahaja dari tidur, Eryl elok tersengih dihadapanya sambil membawa sebuah cermin. Apabila di lihat sahaja pantulan wajahnya, terkejut bukan ke palang! Dah macam patung perempuan tahu tak?!

Memalukan sungguh!

"Whaaatttt? Aku hanya tolong kau untuk bertambah hodoh. Kenapa kau tak nampak kebaikan aku?" Soal Eryl sedih. Elok aje dia duduk atas pokok manakala Tez dibawah menahan bengang.

"Haiih..Payah betul kalau pertolongan kita tak dihargai."

"Ka-kau..Kauu.. Kauuuuu!!"

"Are~? Apa marah-marah ni Tez-sama? Nak Eryl? Auwww.. Nakalnya dia~"

"I SWEAR! I'LL KILL YOU!!"

Sanzo hanya mampu mengeluh panjang manakala Eldera blur sahaja berada di sebelahnya.

"Aku boleh sakit kepala macam ni.." Ujar Sanzo sebelum memandang Eldera.

"Kau nak hentikan diorang? Aku dah letih nak marah. Dua-dua tak dengar kata."

"Aku dah biasa sebenarnya.."

"Huh?"

"Dengan adegan pelik ni.. Tiap kali aku ikut dia ke rumah keluarga dia.."

"Seriously? "

"Yup. Selalunya dia akan kacau adik atau uncle dia. Dan.."

Eldera memalingkan wajah ke sisi dengan riak kosong tanpa emosi.

"Eryl suka kacau diorang tiap pagi. Cara kejut dia sangat unik dan kadang-kadang aku rasa orang yang kena dengan dia macam nak lemaskan dia dan biar dia mati perlahan-lahan. Kau nak tahu macam mana? Aku prefer jangan. Ianya agak.. Extreme."

Terdiam terus Sanzo sebelum menepuk bahu Eldera dan mula bersimpati.

"Tak..Tak apa. Aku rasa aku tak nak tahu."

"Thanks sebab memahami."

"Your welcome. But still..Aku bersimpati."

"Ha..Ha..Ha.."

Eldera hanya tergelak kelat bersama wajah seakan depression. Sudahnya Sanzo mengajak dia masuk ke dalam untuk makan pagi. Budak berdua tu? Lantak situ. Nak makan, makan. Tak nak makan sudah!

"Hey Tez.." Panggil Eryl tetiba.

"Apa?!"

"Aku rasa enn.." Eryl memandang sekelilingnya.

"Kita dilupakan."

"Eh?"

Terus Tez dan Eryl mengetuk pintu hadapan yang selamba dikunci oleh Sanzo. Nak main sangat dekat luar en? Main lah. Main.

"Warhhh!! Sanzo!! Aku mintak maaf!! Bukak pintu ni!!"

"Eldy!! Jangan buat aku macam ni oii! Tak makan lagi ni!"

Sanzo dan Eldera yang menikmati makan pagi di balkoni, sekadar buat bodoh aje. Elok mereka menikmati hidangan lazat diatas meja kecil.

"Hey Sanzo.."

"Hurmm?"

"Kau dengar sesuatu?"

"Halusinasi kau. Abaikan."

"Okey. Anyway, sedap Pheara kau masak."

"Heh. Thanks dude."

Maka sendulah dua susuk tubuh di hadapan pintu dengan riak sesal.

"Sob.. Mereka berdua terlalu kejam.." Ujar Tez dibalas Eryl.

"Ayee.."

"Jadi tulang lah kita sebab tak makan kan?"

"Nak buat macam mana? Orang tak sayang.."

"Haiih.."

"Haiih.."

"Haiih.."

"Hai..ARHHHH! WHAT THE HELL ELDERA?! KAU NAK BUNUH AKU KE APA?!" Jerit Eryl apabila Eldera selamba memanahnya dengan menggunakan panah bayang. Selamat dia sempat lompat pada Tez!

"Oh my, oh my.. Aku ingat ada lalat dua ekor buat bising. Jadi aku panah lah.. Betul tak Sanzo?" Soal Eldera ceria seakan tiada apa-apa. Sanzo hanya tersengih lalu memandang ke bawah, pada Tez dan Eryl.

"Hurmm.. Aku rasa kau patut buat besar sikit panah tu."

"Really?"

"Buat besar. Baru tepat kena."

"Roger that."

Membiru terus wajah Tez dan Eryl. Terus diorang melarikan diri saat Eldera selamba menghujani mereka dengan panah bayang yang sangat banyak! Sanzo pula sudah ketawa dengan telatah Tez dan Eryl yang cuba mengelak sana sini! Hahaha!

"Warhhh! Kiri Tezylia! Kiri!!"

"Kau diam lah!! Lagi satu, ianya Tez!!"

"Warhhhhhh!! Kanan kau woi! Kanan kau!!"

"Aku cakap-Warhhhhh!!!"

Pheara dan Elene yang mendengar dari dapur, hanya mampu memandang satu sama lain sebelum mengeluh panjang.

"Nampaknya tempat ni memang sentiasa meriah." Ujar Pheara.

"Setuju." Balas Elene sebelum jeritan Tez dan Eryl kedengaran lagi.

"Oh dear.."

***
Dalam masa yang sama..

"F-Finally! Aku dah datang sampai ke dimensi sepatutnya woii!! Hahaha!!,"

Ayrez melompat keriangan dalam bentuk manusianya. Z yang melihat telatah Ayrez hanya mampu ketawa kecil sebelum menghampiri lelaki itu. Bahu Ayrez ditepuk.

"Okey lah, kalau macam ni aku kena pergi dulu lah. Haiih.. Tak boleh teman kau." Ujar Z dengan wajah sengaja disedihkan.

Ayrez memandang Z lalu kedua belah bahu lelaki itu di cengkam kuat. Terkebil-kebil Z jadinya apabila Ayrez tersengih lebar bersama mata yang bulat.

"Tak apa! Kau boleh berambus dan tak muncul langsung dalam hidup aku pun tak apa! Aku akan gembira tak terhingga, Z! Gihihi." Balas Ayrez bersama kelipan cahaya diwajahnya.

'Dia memang tak cover bahagia dia. Damn, my tiny heart hurt.'

"Yelah.. Siapa lah aku en? Ya. Ya. Aku bukan sesiapa. Aku pergi dulu.." Ujar Z dengan sedih lalu perlahan-lahan beredar. Ayrez yang memerhati terdiam.

"Hey Z.." Langkah Z terhenti. Badan dipaling menghadap Ayrez bersama air mata palsu.

"W-what…?"

"Aku.."

Z menghilangkan air mata palsunya lalu memandang Ayrez dengan mata yang bulat. Ayrez nak kata benda baik pada dia ke? Atau Ayrez nak mintak maaf? Dia nak tahu!

"Kau..?"

Wajah Ayrez yang tadinya beremosi terus berubah poker.

"Aku rasa kau patut beredar tanpa ada drama. Semak tahu tak?"

. . .

"Okey."

Terus portal muncul di hadapan Z. Hilang kata-kata dia. Apa yang dia harapkan? Ini Ayrez Hernandez. Mintak maaf? Kata-kata baik?

Hantu mana tahu benda tu..

Hantu tul.

"Tapi en.. Thanks Z sebab dah tolong aku datang sini. Ada masa, aku rasa tak salah kut aku jalan-jalan dengan kau.." Ujar Ayrez dengan sengihan sambil memandang Z yang jelas terkejut dengan bicaranya yang tiba-tiba.

"Bawak bini eh? Okey lah! Kau dah boleh berambus. Aku nak cari budak dua ekor tu! Adios!"

Terus Ayrez menghilang meninggalkan Z yang sudah terkebil-kebil tak percaya. Sempat jugak dia menampar pipi sendiri. Okey,bukan mimpi.

"Huu.. Walaupun aku kenal dia dah lama, Ayrez memang sesuatu." Ujar Z sebelum ketawa kecil dan hilang kedalam portal.

***

"Hey Eldy.." Panggil Eryl yang dah mengigil satu badan.

"Ya.. Aku tahu." Balas Eldera dengan wajah yang memucat. Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum meneguk liur.

"Korang dah kenapa? Muka pucat tetiba.." Tegur Tez yang elok berbaring diatas tatami sebelah Sanzo. Astia serta Apyhs pula keluar bersama Pheara dan Elene untuk membeli barang dapur.

"Tak..Aku rasa-"

"Aku rasa kau berdua dah siap sedia nak tempah kubur. Betul tak? Ehe."

Badan Eldera dan Eryl mengeras serta merta. Badan mereka mengigil saat bahu mereka dicengkam kuat oleh seseorang dibelakang. Lebih mengerikan tangan tengkorak yang bercahaya hijau itu sangat dikenali mereka.

"What the.." Tez yang ingin bersuara terbantut apabila dihalang Sanzo.

"Kita tengok aje dulu."

Eldera dan Eryl perlahan-lahan memalingkan wajah ke belakang dan serta merta mereka tergamam apabila melihat wajah tengkorak Ayrez yang jelas kebengangan. Peluh laju menuruni wajah memasing.

"Hello my dearest bastard~. Having fun~?"

"So-sorry Ayrez-sama." Ujar Eldera dan Eryl serentak. Ayrez hanya tersenyum dan…

"Simpan kata maaf kau berdua mahluk sial tak reti bahasa." Senyuman lesap serta merta. Lelaki itu elok mengepal buku lima.

Glup.

"Mesti sakit ni."

"Haa..Apa yang kau harap kan?"

DUSHHHHH!

DUSHHHHH!

DUSHHHHH!

"ARHHHHHHHHHH!!"

***

Tez serta Sanzo hanya mampu tersenyum kelat dihadapan dojo bersama Ayrez , Eldera dan Eryl. Elok aje budak dua orang tu dibelasah teruk oleh Ayrez. Benjol kepala memasing.

"Aku dah cakap jangan menyusahkan aku. Tapi tengok apa kau berdua dah buat? Aku kena pergi pelbagai dimensi dan dunia untuk jemput korang dan paling teruk aku berjumpa orang paling annoying. Are you kidding me?! Aku hampir gila sebab dia!!" Marah Ayrez pada Eldera dan Eryl yang elok duduk diatas tanah seperti anak yang dimarahi bapanya.

"Haiih..Dah lah. Aku dah letih sangat dah ni. Better kita settled benda ni dekat Yggdrasil." Keluh Ayrez sebelum memalingkan badan kebelakang. Badan dibongkokkan pada Sanzo serta Tez sebagai hormat.

"Nama aku Ayrez Hernandez. Terima kasih sebab dah jaga dua budak ni. Maaf kalau dah susahkan kamu berdua." Sopan Ayrez bertutur membuatkan Eldera dan Eryl memcebik.

"Tch. Hipokrit."

"Hantu punya hantu."

TUKK!

TUKK!

"Maaf."

"Sob..Sob..Sob.."

Ayrez tersenyum kejam pada Eldera dan Eryl yang bertambah benjol dikepala bersama tangan yang berasap.

"Kutuk aku lagi, memang aku jadikan korang berdua makanan anjing."

Tez dan Sanzo hanya mampu berpandangan. Ayrez memang brutal untuk seorang penjaga. Agak kalau ada anak ni macam mana lah..

"Baik lah sampai sini sahaja. Tak elok jugak kalau kami berlama. Lari dari storyline kang.." Ujar Ayrez dengan riak bosan.

"Storyline?"

"Nothing. Nothing. Eldera, Eryl..."

Eldera dan Ery memandang Ayrez yang sudah membuat isyarat supaya bercakap dengan Tez dan Sanzo. Mereka mengangguk lalu menghampiri dua lelaki itu.

"Terima kasih sebab dah jaga kami berdua. Gembira dapat kenal." Ujar Eryl ceria sebelum memeluk Sanzo.

Kuk!

"Peluk untuk berpisah pun tak kasi." Ujar Eryl yang kini elok menyorok dibelakang Ayrez dengan air mata. Sanzo hanya memandang tajam pada budak lelaki itu.

"Budak ni lah.."Kini giliran Eldera pula. Dia sekadar senyum ikhlas dan menundukkan sedikit kepala.

"Terima kasih untuk segalanya. Tolong sampaikan terima kasih aku pada Pheara, Astia dan Aphys jugak. Apa yang kamu semua buat memang tak akan dilupakan kami berdua."

"Hurmm..Kau pun. Jaga diri tu. Jangan ikut perasaan sangat. Ingat pesan aku malam tadi." Ujar Sanzo membuatkan Eldera mengangguk.

"Hehe. Next time kalau nak datang, pastikan bawak sikit buah tangan. Hehe."Ujar Tez membuatkan Sanzo mengeleng kepala. Eldera hanya senyum.

"Baik lah Tezylia-sama."

"Ianya Tez! Dan kenapa pulak Tezylia?!"

"Perempuan."

Urat bengang timbul didahi Tez dengan balasan selamba Eldera dan Eryl yang beriak sinis.

"Bu-budak tak guna.."

"Alright boys. Times up. Mari pergi sekarang. Dan Tez.." Kini mata Ayrez jatuh pada Tez.

"Apa?"

"Rasanya kalau bukan sebab aku pernah jumpa kau, mesti aku tak akan jumpa budak berdua ni. Jadi terima kasih sekali lagi."

"Huh? Oh yeah. Kau lelaki yang langgar aku semasa di festival bukan?"

"Hee..Betul lah tu."

Patutlah dia rasa Ayrez agak familiar. Jadi betul lah dia pernah jumpa lelaki itu dulu.

"Takdir memang pelik kan?" Ujar Ayrez lagi sebelum berada dalam bentuk hantunya. Kolar baju Eldera dan Eryl dicengkam membuatkan keduanya membiru.

'I don't like this feeling.' Fikir mereka.

"Jika kami masih bernafas, mari jumpa lagi. See ya!"

Terus mereka bertiga hilang dalam sekelip mata. Sanzo dam Tez pula terkejut sebelum ketawa kecil.

"Aku rasa dah banyak benda pelik jadi sejak kebelakangan ni." Ujar Tez lalu menyilangkan tangan dibelakang kepala.

"Pelik yang menyenangkan, apa salahnya? Meriah jugak dojo ni masa budak Eryl tu ada." Sambung Sanzo sebelum memalingkan badan untuk masuk.

"Eleh, meriah untuk kau arh. Bukan kau yang kena solek. Gihh.."

"Yeah, yeah. Can you shut up? Kau buat telinga aku bernanah."

"Hey!"

***

Di tempat Ayrez..

"Bweekkk…"

Eldera dan Eryl termutah di sebalik semak samun yang menjadi tempat berhenti Ayrez. Ini dah kali keberapa mereka salah masuk dimensi sehingga kepala memasing naik pening. Ayrez pula bertambah stress dan asyik menyumpah saranah aje!

"Dammit! Mana satu jalan nak balik ni?! Arhh!! Curse my bad luck! Aku dah jumpa diorang tapi ini pulak jadi?! Shitty!!"

"Oi Eldy. Kau tak nak cakap something dekat dia? Aku rasa kita macam pusing dalam pusingan yang sama."

"Aku nak tapi bila tengok dia macam tu, aku rasa better diam aje."

Sudahnya Eldera dan Eryl hanya mampu mengeluh. Ayrez kembali mendapatkan mereka dalam bentuk manusia.

"Dah habis muntah? Kalau nak muntah, muntah sekarang. Nanti dah sampai aku mintak Red tolong kasi ubat pening." Ujar Ayrez bosan membuatkan Eryl dan Eldera mengeluh kasar.

"Yeah, yeah."

BAMMMMMM!

BAMMMMMM!

Bunyi bedilan peluru menyapa gegendang telinga mereka! Ayrez bersiap sedia dengan pebagai kemungkinan sebelum mengeluarkan sedikit kepalanya daripada tempat persembunyianya mereka. Membulat matanya apabila seorang lelaki elok menghalakan sepucuk pistol pada kepala figura yang terduduk diatas jalan sambil mengerang sakit. Tidak lama selepas itu, muncul pula dua buah kereta seperti polis bersama lambang seakan matahari.

"Tak mungkin.. Aku tak rasa apa-apa kuasa daripada dia macam sebelum ni. Nanti dulu..Mungkin ke.."

Lama Ayrez menatap tiga lelaki yang seakan anggota polis itu. Lelaki yang tercedera tadi pula ditangkap sebelum dibawa pergi oleh kereta yang muncul tak sampai seminit.

"Haiih.. Aku masuk Dunia Parallel lagi? Ni mesti dua ekor tu pun ada." Rungut Ayrez membuatkan Eldera dan Eryl hairan. Kepala dikeluarkan sedikit untuk melihat apa yang dilihat Ayrez. Ketiga-lelaki itu membelakangi mereka membuatkan mereka agak sukar untuk mengecam wajah tiga anggota polis tersebut.

"Nice Uncle Ikhwan. Sikit aje lagi psychopath tu nak larikan diri." Ujar salah seorang berambut putih dan hitam. Name tagnya tertulis Luqman.

"Gila kau nak kasi lari? Dia dah bunuh 12 remaja perempuan dan 17 remaja lelaki. Bukan tu aje, dia siap potong lidah mereka sebagai trofi. Gila betul." Balas seorang lagi lelaki berambut hitam dengan riak geram. Aminudden.

"Sebab tu Uncle tak boleh biar dia lepas. Kita ambil masa hampir sebulan setengah untuk selesaikan kes dia ni. Psychopath.. Mereka memang pintar tapi kegilaan mereka di luar jangkaan manusia." Keluh lelaki bernama Ikhwan.

"Ahh! Orang tua! Muka demon! Otak sarang burung!! Warhh! Tak sangka jumpa dekat sini!! "

Terus urat timbul di kepala ketiga-tiga lelaki itu sebelum memandang tajam pada seorang remaja lelaki yang elok melambai sambil berlari kearah mereka.

BAMMMMMM!

"Warhhh!! O-orang tua! Kau nak bunuh aku ke apa?!"

"Ha'ah."

BAMMMMMM!!

"Hait!! I'm sorry! I'm sorry!"

Selamba Ikhwan menembak sebelum menyimpan kembali Beretta-92 miliknya. Luqman pula elok menarik sebelah pipi remaja lelaki itu di ikuti Aminudden dengan riak bengang.

"Aww! Aww! That's hurt! That's hurt!! Please forgive me!!"

"Huh? Kau panggil aku muka demon right? Right? Tanggung akibat dia!" Semakin kuat Luqman menarik membuatkan si remaja seakan mahu menangis.

"Otak sarang burung? Seriously? Kau tu otak udang tak fikir pulak?" Sama seperti Luqman, Aminudden juga melakukan perkara yang sama.

"Hik.. So-sorry.. Please forgive mehhh..Hik.."

"Haiih..Kau ni Eryl.. Memang tak boleh ke kalau tak timbulkan masalah?" Sapa satu suara membuatkan kesemua mata tertumpu padanya. Remaja perempuan di sisi lelaki itu pula hanya ketawa kelat.

"Eldera!! Adrea!! Help me!! This duo is bullying me!!"

"We're not!"

Terus Eryl menyorok dibelakang Eldera dan Adrea dengan riak nak nangis. Adrea cuba memujuk dan Eldera selamba menegur Ikhwan.

"Petang Uncle. Uncle buat apa dekat sini dengan senior Luq dan Am?" Soal Eldera datar. Ikhwan yang sudah biasa dengan sikap remaja itu hanya tersengih.

"Kerja lah. Fasal kes psychopath tu hah. Kau bertiga asal balik lambat?"

"Ha'ah lah El. Bukan kau ada part-time dekat restaurant?" Soal Luqman pula.

"Tak. Sebab hari ni sekolah ada buat festival sikit. Itu  yang balik lambat." Balas Eldera sebelum belakang badanya ditepuk oleh Aminudden.

"Hehe. Then, nak tak lepak jap? Kitorang nak terima kasih jugak dekat kau sebab dah tolong heck sistem syarikat psychopath tu. Kau memang budak genius!"

"Aku..Buat sebab duit aje.."

"Dan duit tu untuk ibu kau. " Balas Ikhwan bersama senyuman.

"Kau memang budak baik. Jom lah, aku belanja hari ni." Ajak Ikhwan lagi lalu memandang ke belakang Eldera.

"Korang berdua nak ikut?"

Adrea hanya mengangguk manakala Eryl tersengih lalu memetik jarinya.

"Nice! Jom kita naik kenderaan aku!"

"Kenderaan kau?" Soal mereka serentak. Tiba-tiba, bunyi helikopter kedengaran diruang angkasa. Semua mendongak keatas dan wajah mereka berubah poker.

"Yup! Ini helikopter keluaran terbaru dari Kerajaan Jepun! Tak mahal sangat, lebih kurang 90 ribu aje kut? Tempat duduk dia pun best! Mari lah naik!" ceria Eryl membalas tanpa sedar akan pandangan lima figura dibelakangnya.

'D-damn rich kid. 90 ribu tu tak mahal?!'

Ayrez yang memerhati daripada tadi ,hanya mampu mengeleng kepala sebelum menarik Eldera dan Eryl untuk beredar dari dunia selari itu.

"Seriously? Hidup tanpa kuasa memang menyeronokkan.." Ujar Ayrez bersama senyuman kelat.

***

"Urmm Ayrez.." Panggil Eldera dan Eryl dengan muka kosong.

"Jangan cakap.."

"Kau salah dimensi lagi."

"Aku cakap jangan cakap! Sob.."

Eldera dan Eryl hanya mampu menepuk dahi dikala Ayrez mula menangis dihujung sebuah bangunan. Entah berapa kali mereka silap. Tak boleh nak kira dah ni.

"Sob..Sob.. Curse my bad luck..Sob.. Macam mana aku boleh lupa jalan balik? Sob..Aku memang dah tua..Sob..Sob.."

'Jadi dia memang mengaku dia tua..' Blur Eryl dan Eldera memandangnya.

"Sob.. Okey jom. Sob.. Lebih baik kita balik sekarang..Sob.."

"Eh, kau ni Ayrez Hernandez bukan?" Sapa satu suara membuatkan Ayrez menoleh ke sisi. Mukanya berubah menyampah membuatkan Eldera dan Eryl kehairanan.

"Gehh.. Anak buah Ikhwan Syah Al’Solleh. Kau boleh terbang, maknanya aku dalam Dunia Mithgar. Curse my bad luck! Urgh,this is annoying!"

"What the.." Aminudden Al’Reezal terkebil-kebil dengan kata-kata Ayrez.

"Oi budak! Kasi tahu uncle kau aku benci dia seumur hidup! Dan lagi satu, dia makan apa duh sampai mulut tu bisa sangat? Racun ular? Adios!"

"Kejap apa-!"

POFF!

"Hilang macam tu aje?!"

Dalam masa yang sama, Ikhwan tersentak sebelum tersengih apabila daya kuasa Ayrez terasa sebelum hilang.

"Hantu tu memang suka datang sini.."

***

Heira yang elok mengusap kepala Adrea yang masih tidak sedarkan diri di atas pehanya,tersenyum saat cahaya hijau muncul dihadapanya.

"Finally~"

"Heira?"

"Yes~. Siapa lagi kakak Ayrez hurmm~?"

Ayrez yang akhirnya berjaya sampai ke Yggdrasil, melompat kegembiraan sebelum meluru kearah Heira lalu memeluk gadis itu bersama tangisan.

"Warhhhh! Akhirnya aku berjaya!! Sob..Sob..Urgh.."

"Hehe. Yes~. Well done my little brother~."

"Urgh sob.."

Eldera dan Eryl turut menghampiri. Wajah lena Adrea ditatap bersama sebelum tersenyum. Sebelah tangan Eldera elok mengusap pipi gadis itu.

"Finally.. I miss you pervy girl."

Apabila Eldera mahu melabuhkan ciuman, dia tersentak hebat begitu juga Ayrez dan Heira!

"KAMU SEMUA BERLINDUNG!!"

BOOOOOOMMMMMM!!



Maka tamatlah crossover antara ELBS dgn book Wanzenith
Thanks pada yang menyokong dan enjoy ♥️ dan semestinya saya tak blh kasi dia end macan tu aje. Hehe. Apa yg jadi? Jumpa minggu depan!!








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro