Flame 5 | His reality

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Eryl meregangkan segala otot sendinya sambil berjalan ke arah Senri yang elok memerhati Alvarez dan Seth berlatih tempur tanpa senjata. Hari ni dah cukup seminggu dia bangun. Sepanjang seminggu itu, ramai muka baru yang dia kenal.

"Hey Sen." Tegur Eryl bersama senyuman.

"Hey. Lambat kau bangun hari ni? Kata nak ajak training."

"Alahh, aku ada hal sikit dengan Akira malam semalam. Itu terlajak sikit tidur. Hehehe."

Sengaja Senri menyepetkan matanya pada Eryl yang sudah tersengih miang. Keluhan dilepaskan dan dia tidak lagi menyoal. Sudah dapat mengangak apa yang dilakukan abangnya. Tidur lah berapa tahun sekalipun, kemianganya memang tak akan padam!

"Anyway Sen. Berapa lama dah diorang berlatih? Aku pun nak jugak panas badan ni."

"Dah nak habis dah. Kau tunggu ajelah."

Eryl mengangguk sahaja lalu menatap latihan anaknya bersama Seth. Bermacam-macam jurus tempur dikeluarkan oleh dua lelaki itu. Kaki dan tangan tangkas melawan satu sama lain. Aura mereka juga digunakan sebaik mungkin dan sengaja dilepaskan sehingga sekeliling seakan mampat dengan udara.

Nasib sahaja Eryl serta Senri tiada masalah dalam melawan aura yang menekan. Jika tidak, pasti sudah pengsan! Tengok sahaja tanah disekeliling mereka yang merekah setiap kali tumbukkan atau layangan kaki dilepaskan! Ini baru aura, belum lagi kuasa elemen mereka!

"Oh ya lah Sen. Kau kahwin dengan siapa eh? Anak kau tak ada lah pulak ikut warna rambut ke mata kau."

Kini tumpuan Senri jatuh pada abangnya. Dah kenapa?

"Kau ingat anak uncle Luke?"

"Siapa? Lukius, Felix atau-"

"Lily. Lily Tsuyoshi. Dia isteri aku. Sekarang dia uruskan bahagian penyelidikan di sini."

"For real? Lily ? Patut lah aku pelik kenapa anak kau rambut jingga. Cucu uncle Luke rupanya si Seth tu." Ayat terakhir sengaja dia perlahankan namun matanya tidak lepas menatap wajah adiknya yang kini berada di sisi. Mereka kini sama-sama menatap satu sama lain.

"Kenapa? Takut nak jumpa ex?"

Terus Eryl mencebik.

"Yang lepas tu biarlah lepas duhh. Kau pun tahu aku dulu-"

"Playboy dan kasanova yang paling jahanam. Ya, kenal sangat. Tu jugak lah jadi salah satu sebab kita pernah bergaduh pun."

"Yeah. Kau lepaskan amarah masa dekat War of Magic dulu. Bila ingat balik, macam bodoh aje kita gaduh sampai hampir membunuh. Dah lah sebab aku mengorat Lily aje."

"Padan pun. Kau tahu aku suka dia masa tu. Sesuka hati aje main mulut segala. Memang nahas lah."

"Hahah yelah adik ku. Tapi aku tahu kau buat perjanjian dengan syaitan bukan sebab tu. Kalau tak, memang aku belasah kau tahu? Hahaha." Rambut Senri sengaja dirosakkan membuatkan si adik menepisnya kasar.

"Tak payah lah main rambut!"

"Hahaha! Maaf-maaf. Oh ya lah, setan tu still ada dalam kau?" Soal Eryl merujuk pada syaitan yang pernah membuat janji bersama Senri untuk tingkatkan kuasanya supaya dapat melindungi Eryl. Tapi alih-alih, Eryl boleh aje lindungi diri sendiri.

Senri mengangguk bersama sengihan sinis. Kening sengaja dijongket beberapa kali.

"Kenapa? Dah sedia nak kena belasah lagi? Aku dengan dia on aje ni."

"You bet!"

Kini, keduanya tersenyum teruja. Tidak sabar untuk betarung dengan satu sama lain setelah sekian lama!

"Ayahanda! Uncle!"

Alvarez melaung seraya datang menghampiri. Seth pula membuntuti dari belakang. Kedua-dua mereka jelas berkilat akibat peluh. Namun, mata Eryl lebih tertumpu pada badan sasa Seth yang tidak berbaju. Ototnya sangat menyerlah! Tatu seakan belang harimau juga jelas kelihatan dari bahu sehingga dada. Alvarez juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa matanya.

"Ehehe. Jenerasi muda sekarang semua hot-hot belaka ya? Fufufu. Badan mantap!"

LEKUK!

LEKUK!

Alvarez terkebil-kebil apabila Eryl terduduk bersama kepala yang benjol dek di ketuk oleh Senri. Seth pula sekadar angkat bahu lalu botol yang terisi air di beri pada Alvarez. Turun naik halkum kedua mereka apabila air itu mengalir dalam rongga.

"Ehehe. Camera, aku perlukan camera~."

Dek kerana bengang, terus Senri mencengkam kolar baju abangnya.

"Eh?"

"Hurmmm!"

"D'AHHHHHHHH!!!"

Seth dan Alvarez hanya mampu memandang sahaja Eryl yang selamat dilemparkan oleh Senri ditengah kawasan tempur. Alvarez sedikit risau dan simpati pada ayahnya. Seth aje selamba membuka cameranya untuk merakam.

"Kenapa kau rakam Seth?"

"Saje. Boleh kaji sikit cara bapak kau dengan papa aku bertarung. Jarang lah nak tengok dia bertempur."

"If you say so.."

Kini kedua-duanya memberi tumpuan penuh pada Eryl dan Senri. Ayah kepada Seth Ryuzaki elok membuka bajunya sehingga meninggalkan singlet hitam yang mengikut bentuk badannya yang sasa. Eryl juga berbuat sedemikian dan leher diurut sedikit.

"Kita fight guna aura aje. Aku tak rasa badan kau dah sedia nak guna kuasa elemen." Ujar Senri bersama aura gelap disekelilingnya. Kawasan kakinya sedikit menyejuk dan merekah.

"Baik-baik." Kali ni Eryl pula mengeluarkan auranya. Sekelilingnya mulai panas. Seperti Senri, tanah di bawah kakinya kian merekah!

"Hoho.. This gonna be epic!" Ujar Seth teruja. Alvarez pula senyap sahaja. Peluh turun dari dahinya. Udara disekelilingnya jelas mula memberat. Ayah serta unclenya sengaja membiarkan aura syaitan mereka keluar.

Saat itu, sehelai daun berdekatan mula jatuh ke bumi. Apabila ianya menyentuh tanah, gegeran dahsyat terhasil sehingga angin bertiup kencang!

DUSHHHHHHHHH!!!

Senri dan Eryl saling melagakan penumbuk mereka! Tanah disekelilingnya tertolak kebelakang sehingga membentuk dinding akibat pertembungan dua kuasa itu! Masing-masing mula tersengih dan melayangkan kaki pada masa yang sama!

DAMMMMMMMM!

BAMMMMMMMM!

"HAHAHA! Nampaknya seni tempur kau tanpa senjata tak berkarat ya?!" Ujar Eryl lalu sebelah tangan naik menumbuk sisi kepala Senri!

"Senjata boleh jadi tak berguna jugak kalau hilang tiba-tiba di medan perang! Tangan dan kaki lah kita guna selain kuasa!"

Tumbukan Eryl dielak pada saat akhir! Namun Senri Langsung tidak membazir masa! Siku digunakan lalu menghentam pipi sang abang! Eryl jatuh kesisi sebelum bergolek ke kanan dek kerana mahu mengelak hentakkan kaki Senri!

BAMMMM!

"Hantu betul! Ada aje peluang kau!"

"Di medan perang semua peluang wajib diambil abang ku."

"Ah kau. Padai pula bergurau sekarang ya?"

"Tengok lah siapa abangnya."

DUSHHHHH!!

Seth dan Alvarez tidak mampu menyenbunyikan rasa takjub mereka apabila melihat keduanya garang bertempur. Eryl mahu pun Senri, jelas menunjukkan kehebatan bertarung!

"Wow. Hebat jugak bapak kau Arez. Tidur lebih 70 tahun pun masih lagi lincah ya?" Puji Seth.

"Yeah. Tapi tindakkan susulan dia agak lambat. Dan beberapa serangan dia tak berapa kemas. Mungkin badanya masih perlu berlatih lagi." Ujar Alvarez setelah mengkaji pertarungan itu dengan sekali imbas. Seth yang mendengar terus mengukir sengih.

"Seperti yang dijangka, Alvarez Ryuzaki memang senang baca keadaan di medan tempur. Haa.. Kalau lah kau tahu baca hati orang." Ayat terakhir Seth mengundang rasa pelik Alvarez.

"Apa maksud kau Seth?"

"Tak ada apa. Pandang depan balik."

Alvarez sekadar angkat bahu sebelum kembali menatap pertarungan bapanya. Hanya Seth sahaja menjeling ke arah sebuah pokok. Bayangan dibelakang pokok terus hilang tanpa jejak membuatkan Seth mengeleng kepala.

"Apa lah nasib kau sebab jatuh hati dekat airhead ni."

BOMMMMMMMMM!!

Eryl terseret jauh akibat tumbukan Senri! Tanganya yang bersilang keatas, berasap menandakan tumbukan tadi bukan sebarangan! Dia hanya sengih menatap Senri yang berjalan selamba ke arahnya.

"Dah letih ke bang?"

"Boleh lah. Ahh.. Boleh kita berhenti?"

"Nope!"

DUSHHHHH!!!

Eryl sempat menahan serangan kaki yang dihadiahkan oleh Senri! Tak berlengah, kaki adiknya dicengkam lalu tubuh si adik dibanting kebelakang!

BAMMM!

Erangan sakit terlepas daripada bibir sang lelaki! Namun cepat dia bangkit dan memutarkan badan kebelakang bersama layangan kaki pada wajah Eryl!

Namun, Eryl sempat mengelak disaat akhir! Buku lima digenggam erat lalu diayun daripada bawah ke atas! Sepertinya, Senri juga sempat mengelak dan tangan itu dicengkam!

"Hurmmm!!"

Tubuh Eryl melayang jauh akibat lontaran Senri! Lelaki bermata delima itu sekadar ketawa lalu memutarkan tubuh beberapa kali diudara sebelum mendarat dengan kedua belah kakinya! Impak daripada itu digunakan sehabis baik untuk menolak tubuhnya melayang semula kearah Senri!

DUSHHHHH!

Tumbukan mereka berlaga lagi dan kali ni Senri mengambil kesempatan melayangkan sepakan tinggi! Eryl yang tidak sempat menjejakkan kaki diatas tanah, kembali terpelanting dan terseret beberapa meter!

"Kau.."

Apabila dia ingin maju, badanya seakan bergoyang dan dia jatuh terduduk.

"Ah maaf. Nampaknya badan aku dah sampai limit dia." Ujar Eryl apabila sedar kakinya mengigil.

Senri ketawa sahaja lalu berlari anak mendapatkan abangnya.

"Orang tua, kau tidur terlalu lama. Ini baru guna aura. Kalau guna kuasa nanti?"

Tangan dihulur untuk membantu abangnya bangkit. Hampir sahaja Eryl jatuh kalau tidak disambut oleh sang adik. Bibir muncung sedepa dikala melihat kakinya yang masih menggigil.

"Bukan aku yang tua. Kaki aku tu haa yang tua. Apa lah, guna aura sikit pun dah lembik."

"Ada-ada aje lah kau. Otak mereng."

"Hey!"

Mereka sama-sama ketawa lalu berjalan ke arah anak masing-masing. Gembira sahaja Eryl apabila Alvarez membantunya duduk. Air diserahkan oleh sang anak.

"Thanks Arez. Baik anak ayah ni ya? Hahaha. Ni makin sayang ni."

Alvarez hanya sengih apabila kepalanya diusap oleh Eryl. Suka benar dia apabila ayahnya buat begitu.

"Eryl, aku rasa kau memang kena banyak berlatih lagi. Kita lawan tak sampai setengah jam aje tu." Tegur Senri setelah meneguk air yang diberi anaknya.

"Ya. Aku rasa badan aku kena banyak berlatih lagi. Dia tak tahan dengan aura yang aku miliki sekarang." Keluh Eryl membuatkan Senri tersenyum.

"Nak buat macam mana? Kau ada kuasa syaitan ayahanda dan kuasa cahaya bonda. Memang lah badan kau tak tahan. Tambah lagi, kau ada kuasa God of War, Aires kan?"

Mata Eryl membulat memandang Senri.

"Macam mana kau tahu?"

"Heira ada citer. Sebab tu lah.."

Senyuman ngeri Senri membuatkan Eryl meremang satu badan. Tubuh anaknya di tarik mendekat. Terkebil-kebil Alvarez jadinya.

".. Lepas ni aku dan Heira akan pastikan kau lalui latihan seakan di neraka. Percayalah, jangan harap kau nak senang-senang aje minggu ni."

"Yikess!!!"

Seth hanya ketawa melihat gelagat unclenya. Namun, gelaknya mati apabila Senri turut sama menatapnya. Ah, sudah.

"Kau jangan nak gelak sangat. Kau dengan Alvarez pun akan berlatih dibawah naungan Ayrez Hernandez!"

"Hah?! Apahal pulak kena belatih dengan hantu sewel tu?!" Jerit Seth tak puas hati di ikuti Alvarez.

"Kenapa Arez pun kena?!"

Dua lelaki itu saling bertatapan. Bulu mereka meremang apabila terkenangkan seorang lelaki tengkorak yang sering tersengih kejam. Terus mereka tekup muka satu sama lain lalu digoyangkan kiri dan kanan.

"TIDAK!!!"

Senri buat bodoh dia aje. Wajah pucat Seth serta anak buahnya tidak dihiraukan. Tak lama kemudian, muncul seorang gadis berambut merah bermata ungu. Keluhan terlepas dari bibir Senri.

"Alice Hernandez, kau merokok lagi ke?" Tegurnya namun Alice sekadar sengih sahaja.

"Ni lolipop lah uncle. See?" Ujarnya bersama lolipop yang keluar dari mulutnya. Sengaja lollipop berperisa strawberry itu digoyangkan.

"Anyway, ayah dah balik dengan ibu. Dia kata ada hadiah untuk Arez dan Seth.."

"Oh.. Kalau macam tu- Eh?"

Senri mengerut dahi apabila kelibat dua lelaki itu hilang daripada pandangan. Terus matanya jatuh pada Eryl yang hanya menggaru pipi.

"Hurm.. Arez dengan Seth dah cabut lari." Ujarnya dengan sengihan.

"Kau.. Haiih, itu aku pun nampak. Dah lah, jom. Mesti kau ada banyak benda nak cakap dengan Ayrez."

"Hee.. Hantu tua tu still ada eh? Tapi dua budak tu?"

"Pandai lah diorang prepare diri nak hadap guru diorang."

"Guru?"

***

Dalam masa yang sama, seorang lelaki elok berada di singgahsananya sambil menongkat pipi. Rambut emas yang kini sedikit pudar, beralun saat angin bertiup di dalam istananya. Matanya tertutup. Tanduk hitamnya bercahaya dek sinaran rembulan.

"Tuanku."

Perlahan-lahan matanya dibuka saat seseorang menyapa. Iris emasnya bercahaya terang bersama aura gelap yang menyelubungi diri.

"Apa yang kau mahu Diandra?" Soalnya penuh ancaman. Namun, lelaki bertatu mata diseluruh tubuh itu, tidak langsung memaparkan ketakutan. Dia melutut bersama mata yang terpejam.

"Kerajaan Elfie menghadapi masalah. Mereka memohon pertolongan daripada kita." Ujar Diandra seraya mengangkat kepalanya.

"Jadi pergi. Bawa bala tentera kau dan tolong mereka. Aku tidak mahu hal sekecil ini menjadi masalah di kemudian hari." Balas sang raja tanpa berfikir dua kali.

"Mengikut arahan tuanku."

Saat tubuh Lelaki itu lesap, sang raja bangkit daripada singgahsananya. Dia berjalan menghadap jendela istana gelapnya. Mata dilebarkan sekeliling sehinggalah jatuh pada susuk tubuh yang elok berada di taman tulip putih. Hanya sendirian sambil menatap bulan.

"Sean.."

Sean yang kini membesar di bawah jagaan abangnya, hanya mampu mengeluh panjang. Sudah 70 tahun, dan dia masih kekal di sini. Di sisi abangnya, Eldera.

Kini Sean jauh lebih kacak dan wajahnya hampir seperti ayahnya, Shawn. Mata ungu gelapnya bercahaya. Jika tidak dilihat secara dekat, warnanya hampir kehitaman. Kulitnya putih susu. Tinggi lampai dan sedikit sasa.

Dan seperti biasa, dia akan menutup matanya di tengah taman tulip itu. Saat itu, sekelilingnya mulai putih. Dia seakan berada didunia lain. Dunia yang hanya ada dia dan..

"Aha! Mystery guy!"

Gadis berambut violet..

"Ah? Sejak bila aku tertidur ni?"

Serta lelaki berambut merah.

Perlahan-lahan matanya di buka dan dua susuk tubuh itu berdiri dihadapanya. Seorang dengan wajah ceria dan seorang lagi jelas keliru. Dan seperti biasa, dia hanya akan tersenyum tanpa bicara.

"Hey, kau masih tidak mahu bercakap?" Soal si lelaki berambut merah.

Dia menggeleng, belum masanya lagi.

"Mesti suara emas ni. Hehe." Ujar si gadis lalu menatap lelaki berambut merah. Sengihan nakalnya terukir.

"Hurmm? Rambut merah, awak makin hari makin seksi ya? Boleh tak sentuh lekuk perut tu? Hehe."

"H-huh?!"

"Alala. Jangan lah malu! Meh sini!"

"Ke-kejap! Hey! Jangan lah!"

Sean ketawa kecil dengan kerenah kedua-dua mereka. Sejak kecil, disini lah mereka berjumpa. Bagi dua susuk tubuh itu, ini hanya lah mimpi. Tapi tidak bagi dia.

Ini kuasanya, ini realitinya.

"Mystery guy! Tengok rambut merah ini! Kedekut betul nak tayang body! Mimpi aje kut! Aishh, sepatutnya kena lah ikut apa yang saya fikir! Geramnya!"

"Eyy, awak tu perempuan, cuba lah jadi perempuan sikit! Jumpa aku aje nak meraba! Gatal! Ya tuhan, kenapa teruk sangat mimpi aku ni?!" Marah lelaki berambut merah bersama wajah yang panas.

"Gatal dengan bakal suami apa salahnya?" Selamba sahaja gadis berambut violet membalas bersama kening diangkat tinggi. Terus darah menyerbu pada wajah lelaki berambut merah.

"A-aku.. Ka-kau..Urgh."

"Ara? Merahnya muka~"

"D-d-diam lah!"

"Eyy! Ni geram ni! Bagi sini bibir awak! Saya nak cium puas-puas!"

"H-h-huh?! Gila ke?! Warhhhhhh!!!"

Sean menggeleng kepala lalu memetik jarinya. Dan dalam sekelip mata, seluruh tempat hilang dan dia kembali berada di taman tulip. Senyuman bahagianya bergayut di bibir.

"Sean."

Terus senyuman itu mati. Penutup mulut yang berada di leher, naik keatas. Menutup separuh wajahnya. Kerundung juga dibetulkan agar matanya saja kelihatan. Perlahan-lahan badan dikalih kebelakang.

"Abang kau suruh kau pulang segera. Ada sesuatu yang dia mahu kau lakukan bersama Vans di Kerajaan Vampirina."

Sean sekadar diam dengan infomasi yang diterima. Dia mengangguk lemah lalu berjalan melepasi lelaki yang sudah menjaganya sepanjang dia membesar, Alter.

"Kau berjumpa mereka lagi?" Langkah Sean terhenti. Namun tidak berpaling.

"Aku tak akan bagi tahu abang kau. Jadi turunkan aura kau tu."

Sean menjeling Alter sekilas lalu menyambung langkah. Aura yang ditingkatkan tadi, hilang serta merta. Keluhan berat terlepas dari bibir sang lelaki. Jejak langkah Sean di ikuti.

"Apa pun yang kau rancang dibelakang Eldera, pastikan kau dah sedia terima akibat dia ,Sean." Tegur Alter lebih kepada pesanan.

Walaupun tidak membalas, Alter boleh mengagak Sean sedang tersenyum sinis. Menyinis diri sendiri dan kehidupanya.



Sekrang dah tahu en Senri Kahwin dgn siapa😂Lily memang tak pernah muncul dalm book 1. Tapi tengk lah kalau rajin, saya munculkan.

Psst, how saya bayngkan Seth Ryuzaki hahahah

Alright, enjoy ♥️



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro