Flame 6 | Responsibility

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Apabila malam menjelang, Akira elok berada diatas katil biliknya sambil membaca sebuah buku. Kusyuk dia menelaah bahan bacaanya sehingga kehadiran sang suami tidak disedari. Ini memberi idea nakal muncul di fikiran Eryl.

"Boo!"

"Arghhhh!"

Eryl mengekek ketawa apabila Akira menjerit terkejut. Buku juga sudah melayang ,jatuh di atas kepala isterinya. Kelang kabut Eryl naik ke atas katil mendapat Akira.

"Eyy! Jahat lah abang! Sakit kepala Akira tahu tak?"

"Ah, maaf. Maaf. Tak tahu pulak buku tu nak melayang. "

"Hump!"

"Alolo. Jangan lah merajuk sayang. Okay, mari sini kita cium tempat sakit tu. Muah!"

Ubun-ubun Akira dikucup sayang. Terus rasa marah pada suaminya itu hilang. Dalam kesempatan itu, Eryl menarik tubuh Akira dekat denganya. Dipeluk kemas seakan tidak mahu di lepaskan. Sayang dia! Hahaha.

"Lagi satu, kau baca buku apa sampai tak sedar orang datang? Kalau bukan aku macam mana?" Cebik Eryl tak suka. Akira terlalu leka! Macam mana kalau lelaki lain masuk? Ahh, pikir aje fasal tu dah buat dia geram! Akan dia robek manusia yang berani-berani menyentuh miliknya! Huh! Tak ada kompromi!

"Tapi awak kan? Tak apa lah." Selamba sahaja balasan Akira menambah muncung Eryl. Eyy, ada jugak kena tepuk punggung nanti ni! Biasa dia!

"Ni hah."

Buku yang dibaca tadi, dicapai lalu ditunjukkan pada sang suami. Berkerut dahi Eryl melihat tajuk buku itu. Macam..

"Ini buku yang aku baca dekat perpustakaan di Kerajaan Emerald dulu. Fasal Alvarez bukan? Macam mana boleh ada dengan kau ni?"

"Bonda yang bagi dulu. Saya suka. Sebab ingatkan saya fasal Alvarez."

Senyuman mekar di bibir Akira saat terkenangkan setiap bait kata serta jalan cerita tersebut. Sangat indah dan terharu. Pahit jerih seorang lelaki yang cuba mengubah sesuatu yang mustahil. Perwatakan watak utama cerita itu juga sedikit sebanyak seperti Alvarez. Sebab itu dia terlalu menyukai buku tersebut.

"Ah ya lah. Macam mana latihan hari ni? Alvarez?" Soal Akira prihatin seraya menjauhkan buku tersebut. Wajah pucat Eryl jelas menunjukkan latihanya tidak mudah.

"One word and always. Hell."

Akira ketawa saat Eryl menyembamkan kepala pada dadanya. Tubuhnya juga dipeluk erat. Letih benar suaminya ini.

"Hurmm? Kenapa pulak hell?"

"Yelah, diorang tu! Ada ke patut pergi bawak aku berlatih dekat kawasan berkatak! Lepas tu kan, diorang tibai aku ramai-ramai! Huwarhh! Not fair! Not fair! I don't like it! Not a bit! Bohoo.."

Wanita berambut merah delima itu cuba menahan tawa dengan rungutan suaminya. Jelas lelaki itu tidak puas hati dengan latihan yang dikenakan. Tapi nak buat macam mana? Badan dia memang perlu dikerah.

"Nanti awak biasa lah dengan semua latihan tu. Baru seminggu kan? Alvarez dulu teruk jugak kena dengan si Ayrez. Sampai kena gantung terbalik dekat tebing tahu? Itu dia trauma sikit. Awak sabar lah." Pujuk Akira bersama tangan yang asyik bermain dengan rambut Eryl. Walaupun warnanya lain, dia terima suaminya seadanya.

"Haa.. Masalahnya bukan senang. Dah lah lawan sebelah mata. Akira.." Kini mata Eryl sayu menatap isterinya.

"Kau rasa aku cacat ke?" Soalan polos itu berjaya mengukir senyuman di wajah sang wanita. Perlahan-lahan kepala diangkat lalu ciuman mendarat pada mata kanan suaminya yang tidak lagi berfungsi.

"Mana ada cacat lah."

"Tapi aku dah buta sebelah mata."

"Tapi awak tak buta hati."

Kini Eryl pula ukir sengih. Belaian pada pipi yang kemudian turun ke leher, sedikit sebanyak menguji dia. Aish! Bahaya!

"Jangan fikir fasal mata awak ni. Awak cuma perlu biasakan diri aje. Hilang satu keupayaan tak bermakna awak hilang semua bukan? Ini.." Jari Akira jatuh pada hidungnya.

"Masih berfungi. Awak boleh hidu dan bau. Ini.."

Bibir disentuh.

"Awak boleh merasa."

Telinga.

"Awak boleh mendengar."

Kulit.

"Awak masih boleh menyentuh."

Dan kali ni, Akira membuat bulatan di depan wajah Eryl.

"Dan wajah ni pulak masih boleh buat saya jatuh hati."

Sebaik sahaja Akira menghabiskan bicara, Eryl terus menjerit suka. Bertalu-talu ciuman di hadiahkan pada wajah Akira sehingga wanita itu terkekek ketawa kegelian.

"Aku saaaaayaaaangg kauuuu."

"Iya. Iya."

Mesra sahaja kedua mereka berdua melayan satu sama lain. Tak lama kemudian, pintu bilik mereka diketuk dari luar. Eryl dah mendengus tak suka. Kacau lah!

"Pergi lah bukak." Suruh Akira lembut namun Eryl buat muka sedih.

"Alahh. Tak nak pisah dengan kauu."

"Eh, eh. Gedik pulak dia. Kalau awak tak nak, saya nak. Jangan marah kalau ianya lelaki tau?"

Terus Eryl turun dari katil bersama kaki yang dihentak tak suka. Tergelak Akira diatas katil dengan kegedikan Eryl. Haiih! Ada lagi rupanya!

"Siapa ni kacau memalam. Orang nak- Eh? Arez?"

Alvarez sekadar sengih melihat wajah cemberut ayahnya. Silap waktu ke?

"Kau.. Haiih. Baru lepas training? Ni kau nak apa? Kacau lah. Aku baru nak kasi kau adik."

"Huh?"

Bamm!

"Arhh! A-Akira!"

"Grrr…"

Cepat-cepat Eryl sepak bantal yang dibaling Akira sebelum menutup pintu. Tengah bulan mengembang ke? Tetiba aje garang..

Tapi seksi lah pulak. Hehehe..

Eryl sengih gatal.

"Erh..Urm.. Ayahanda?"

"Huh? Ah ya, ya. Kenapa kau panggil aku memalam ni?" Soal Eryl seraya berpeluk tubuh.

"Heira nak jumpa."

"What?"

***

Dua hari kemudian..

"Abang.."

Eryl yang baru sahaja mengemaskan pakaian, memalingkan badan ke belakang. Senyuman kelat diukir buat Akira yang berwajah sayu.

"Perlu ke pergi?" Soalnya.

"Dah jadi tanggungjawab aku, Akira."

"Tapi abang baru sembuh. Baru bangun."

"Tapi tak bermana aku boleh jadikan itu sebagai alasan untuk terus duduk sahaja. Lagi pun, ini mungkin boleh tolong aku kuatkan mentaliti serta kemahiran tempur aku. Aku dah lama sangat tidur, badan aku lemah. Fikiran aku dah sedia cetek, tak akan nak lagi cetek kan?"

Kini tanganya naik mengusap kepala Akira. Isterinya hanya tertunduk menekur lantai. Perlahan-lahan tangannya memeluk pinggang sang suami. Wajah pula tersembam di dadanya. Terlepas juga tawa kecil Eryl dengan tingkah Akira. Lembut tanganya mengusap belakang kepala sang isteri.

"Kau jangan lah risau Akira. Seth dan Alvarez juga ikut aku. Anak Ayrez pun ada tahu? Aku pergi sana bukan sendirian." Bisiknya lembut seakan memujuk Akira. Isterinya hanya mengangguk lemah sahaja.

"Siapa sangka yang Heira dah ada rancangan.." Keluhnya pula. Masih Akira ingat apa yang Eryl katakan selepas berjumpa Heira dua malam yang lalu.

"Heira mahu aku ke dunia Angkasia." Ujar Eryl seraya melabuh duduk di birai katil mereka.

"Huh? Kenapa?"

"Dia mahu aku cari Edwin. Katanya lelaki vampire itu masih hidup dan kemungkinan boleh bantu kita cari jejak Shawn yang dah menghilang 50 tahun dahulu."

Eryl mengeluh apabila teringatkan berita mengenai Shawn yang hilang tanpa jejak 50 tahun dulu. Dia sendiri tidak faham kenapa Immortal Guardian itu hilang secara tiba-tiba.

"Tapi kenapa baru sekarang Heira mahu jejaki dia?" Soal Akira bersama kerutan didahi. Sejak kehilangan Shawn, tidak pula Heira membuka bicara mengenai lelaki itu.

"Aku dah tanya, tapi dia buat don't know aje. Sakit pulak hati aku tengok muka acah bidadari tapi otak biru laut kalah aku tu." Dengus Eryl.

"Dia kata bila tiba masanya, dia akan bagi tahu. Jadi nak tak nak aku kena turun jugak ke Dunia Angkasia. Agaknya apa dah jadi ya? Bagaimana dengan Kerajaan Ayahanda? Haa.. Dia juga. Agak kau, makin kacak tak?" Gurau Eryl mendapat senyuman kelat Akira. Isterinya memeluk tubuh lalu bersandar pada kepala katil.

"Entahlah."

"Kau rasa dia ingat tak lagi aku?" Soal Eryl lirih bersama mata yang menatap Akira.

"Siapa tahu?" Balas Akira lembut.

"Bagaimana dengan Adrea? Boleh ke aku jumpa dia jika aku ke sana?"

"Takdir. Jika di izinkan, pasti kita akan jumpa dia Eryl. Pasti."

"Jika tidak?"

"Maka kita terima atau teruskan usaha sehinggalah kita berjumpa dia. Mengaku kalah dan hanya berkata 'jika atau kalau' sahaja tidak berguna. Kita usaha sehabis baik dan tunggu sahaja hasil daripadanya."

Jawapan itu sudah cukup untuk buat Eryl tersenyum. Perlahan-lahan dia menghampiri Akira lalu mengelus pipi isterinya. Bibirnya bertaut dengan bibir Akira untuk seketika.

"Aku suka bila kau tenang Akira. Kata-kata kau sentiasa menenangkan hati aku."

"Awak suami saya. Itu tanggungjawab saya untuk sentiasa menyenangkan awak."

Semakin melebar senyuman Eryl. Idea nakal bermain dalam fikira lalu selamba dia naik ke atas katil dan menindih tubuh Akira. Isterinya sudah kemerahan. Mata disepetkan pada Eryl yang mula tersengih-sengih menggoda.

"Ini mesti otak tengah kuning ni."

"Tahu pun. Meh sini kita kasi Alvarez adik kembar! Tak! Triplets terus! HAHAHA! Lagi dahsyat 10 kau!"

"ERYL!"

Adegan terakhir itu terus lesap dalam fikiran Akira. Wajahnya serta merta merah seakan tomato. Perasan akan hal itu, Eryl hanya senget kepala bersama dahi yang berkerut.

"Kau okey tak ni? Muka merah macam buntut babun. Pikir aku tengah bogel eh? Eyy gatal."

"Hey!"

Terus dikepitnya perut Eryl sehingga lelaki itu terjerit sakit! Huh! Jangan main-main dengan cubitan ketam Akira! Sakit woii!"

"Dah lah. Semua tengah tunggu awak dekat bawah. Awak ni kalau lambat, siput babi pun boleh menang."

Akira ketawa kecil apabila Eryl tayang muka toya.

"Eleh, siput babi tu minum ketum. Memang laju lah kiranya."

"Eyy, otak mereng!"

***

"Huwahh."

"Seth tutup mulut tu masa menguap." Tegur Alvarez namun diabaikan sahaja oleh Seth. Leher diregangkan sebelum guapan lain menyusul.

Alvarez hanya mampu menggeleng kepala sahaja. Nak marah sangat pun tak boleh. Sejak Ayrez pulang, lelaki itu memang training diorang macam nak mati. Meremang segala bulu Alvarez. Lagi-lagi semalam teruk dia kena. Sempat dia kerling bahagian rusuknya. Ada parut baru di kawasan itu. Akibat daripada latihan semalam.

Kalau dengan Ayrez, tak berparut memang bukan dia.

"Biar aje dia tu Arez. Kalau tegur pun tak guna. Telinga tak ada. Yang kau nampak tu sekadar hiasan. Plastik semata. Heh."

Terus mata ungu milik Seth mencerlu tajam pada gadis berambut merah dengan iris mata yang sama dengannya.

"Kau diam rambut tomato basi."

Sengihan gadis berambut merah delima mati. Matanya tajam membalas renungan Seth. Aliran elektrik juga kelihatan apabila mata mereka bertaut. Cepat-cepat Alvarez menolak kedua-duanya menjauhi apabila tangan memasing sudah diangkat untuk dilayangkan penumbuk!

"Tenang. Jangan lah bergaduh awal-awal macam ni." Tegas Alvarez. Tetapi apabila melihat keduanya seakan tidak mengedahkan dia, keluhan dilepaskan.

"Kenapa kau ikut kami ni Alice?" Soal Alvarez mendapat tumpuan Alice. Tersengih gadis itu pada Alvarez.

"Saje. Nak tengok papa mengamuk bila aku keluar dengan tiga lelaki hahaha."

"Seriously?"

Laju Alice mengangguk bersama sengihan yang tidak lekang. Itu lah kegemaranya. Setiap kali ayahnya mengamuk, bukanya dia takut. Malahan dijadikan bahan untuk ketawa! Sumpah lawak tengok wajahnya yang merah-merah menahan marah bersama mulut yang membebel tah apa-apa. Hahaha.

"Anak tak guna memang macam tu." Kutuk Seth dengan sengihan sinis. Kali ni, Alice pula yang bengang. Tanganya laju mencengkam kolar baju Seth sebelum sempat Alvarez menghalang.

"Kau berapa tahun dah hidup?"

"Yang pasti lagi lama dari kau."

Kali ni Seth pula yang mencengkam kolar baju Alice. Mata keduanya tajam menatap satu sama lain. Alvarez pula sedaya upaya cuba meleraikanya namun tiada hasil!

"Seth! Alice!"

Alvarez macam nak nangis. Ni kalau nampak dek uncle Senri mesti diorang kena marah lagi! Dulu pun macam tu. Uncle kalau marah jangan buat main. Seth yang kasar tu pun pernah nangis. Tu trauma budaknya tiap kali ayahnya naik hantu.

"Dah-dah lah tu gaduh. Kesian Alvarez."

"Betul tu!"

Teguran dua suara itu berjaya menarik perhatian ketiga-tiga mereka. Alvarez paling lebar senyuman bersama wajah yang sedikit merah.

"Selene! Selena!" Terus tubuh Selene dan Selena Ryuzaki dipeluk oleh Alvarez membuatkan kedua-dua wanita itu ketawa. Tangan mereka naik meramas rambut merah Alvarez.

"Geh."

Mencerlu mata merah sang kembar pada Seth yang jelas berwajah bosan. Selene dan Selena Ryuzaki, cucu kepada Lucia Ryuzaki.

"What the hell with that 'Geh' you asshole. Ingat sikit aku yang dah ubah suai kau punya pedang tu." Ujar Selene sebelum meleraikan pelukan dengan Alvarez.

"Tah. Tak reti bersyukur! Aku dengan kakak yang dah banyak tolong kau tahu?"

Rambut biru mereka berdua beralun mengikut tiupan angin. Cantik. Seakan warna laut. Wajah mereka sangat mirip. Yang boleh membezakan mereka ialah gaya rambut. Selene berambut pendek bawah telinga, manakala Selena panjang sehingga pinggang. Tak lama kemudian, muncul pula seorang gadis berambut hijau zamrud. Wajahnya seakan bayi. Comel sahaja.

"Seth memang suka bergaduh dengan Alice. Tak hairan jika satu hari nanti mereka berkahwin." Ujarnya bersama nada ' monotone'.

Terjegil mata Seth pada gadis itu.

"Kau Luci, diam. Biadab. Kecik-kecik dah tahu benda ni."

"Aku dah 40 tahun." Kali ni mata Luci atau lebih tepat, Lucienne mencerlu pada Seth.

"Oya? Apahal pendek macam 12 tahun? Ouh lupa. Tak cukup minum susu ibu dulu."

"Seth!"

Seth hanya ketawa sahaja apabila Alvarez menegur. Dia ni memang suka buat musuh ke apa? Perempuan pulak tu semuanya!

"Haiih.. Luci aku.." Tak sempat Alvarez memohon maaf bagi pihak Seth, badanya mengeras apabila terdengarkan bisikan bahaya Lucienne yang kini elok dikelilingi aura gelap. Cucu kepada Lucas Ryuzaki itu ternyata geram dengan anak kepada Senri tersebut.

"Aku nak bunuh dia. Aku nak dia kena makan dengan anjing sebelum dicincang masuk ke dalam mulut buaya. Kena rentap nyawa dia perlahan-lahan sampai terseksa.."

"Lu-Luci.."

Selene melepaskan keluahan dan tanganya naik mengusap kepala Lucienne.

"Dah lah Luci. Kau sumpah dia pun tak guna. Asshole tu nyawa liat. Kalau nak kill, kena buat strategi rapi." Ujar Selene sebelum disambung Selena.

"Betul! Betul! Lagi hebat strategi awak, lagi tragis dia mati!"

Nasihat Selene dan Selena berjaya membuatkan Alvarez melompong.

"Jangan hasut dia lah!"

"I see. Then better aku rancang lepas dia balik." Balas Lucienne tanpa menghiraukan Alvarez.

"Aku join woi!" Sampuk Alice pula bersama sengihan kejam.

"Heh, then aku pun." Sambung Selene.

"Hehe, apa yang Selene buat , saya pun nak buat!" Ujar Selena pula sebelum memeluk Selene.

Alvarez dah tak tahu nak kata apa. Sudahnya dia pandang sahaja Seth bersama muka tak semengah.

"Ini ke cara kau nak dapatkan harem? Nampaknya berkesan. Taniah bro, 4 orang tunggu kau balik. Tak sangka kau guna cara extreme. Sanggup korban diri."

"Oi!"

Tak lama kemudian, Eryl muncul bersama Akira serta Senri. Pemerintah Yggdrasil, Heira turut ada bersama para jeneralnya. Ayrez serta Red juga ada bersama.

"Dekat sini rupanya kamu semua berkumpul. Fufufu."  Ujar Heira lalu terbang di hadapan para remaja itu.

"Bagaimana persiapan kamu bertiga?"

Terus Alvarez dan Seth mengangkat ibu jadi. Alice pula sengih bersama lolipop yang masuk kedalam mulut. Wajah tegang ayahnya sempat dijeling. Ushh, marah betul!

"Bagus lah." Kini Heira terhala pula pada Eryl.

"Sekarang masanya."


Yeayyy! Tak lama lagi Eryl nak ke Angkasia! Okey? Boleh teruskan lagi? Saya ada mintk jugk adik saya karang chap ni memandangkn memang story kongsi hehe. Gaya kitorang pun 2x5 aje, itu awal sikit up.

Jadi enjoy ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro